Saturday, July 31, 2010

MAMALYNA'S GA


Hehe. Saje2 je join. Mana tau ada rejeki. Hee~

Simple je syaratnya.

1.Jadik follower blog MAMALYNA.
2.Buat entry simple and letak banner.
3.Tinggalkan link entry di kotak komen entry GA ni.

Sempoi je kan. Mehla meriahkan GA ni.



aarecomel:bila pulak nak wat GA ye??

Friday, July 30, 2010

Juara Imam Muda 2010


Tahniah, Asyraf!

Ini dia Juara Imam Muda Malaysia yang pertama.

Semoga anda berjaya dalam perjuangan sebenar selepas ini. Tahniah jugak kepada Astro Oasis kerana berjaya menerbitkan program yang bagus seperti ini. Teruskanlah eh. Elok sangat untuk remaja sekarang.



aarecomel:suka Astro Oasis.

Terjah Lagi


Terjah blog Padin kali ni.

Semangat Encik Padin kita ni nak sambut Ramadhan. Banner dia pun dah ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bagus2! Semangat ini yang kita nak.



Terjah Awek Mechanical Engineering pulak. Namanya Hirmaliza Razak. Agaknye la. Hehe. Belum sempat kenalan lagi.

Ha, sape2 yang minat nak kenal g la ke blog cik adik kita ni. Click je kat SINI. Takpun kat gambar bawah ye.




aarecomel:makin best plak terjah menerjah.

Award Dari Cik Bucken

Mintak maafla Cik Bucken. Asik lupa je nak buat entry ni. Dah tua katakan. Heh.


Actually, ni la 1st time dapat award. Haha. Tu yang blur2 bila dapat Award ni. Jakun sekejap sampai tak tau nak buat apa.



Bold
Mekacih Cik Bucken ek. Baik benor hati Cik Bucken bagi Cikgu Comey ni award. Terharu plak. Tsk~Tsk~ *over pulak.camnila org 1st time dpt award.kahkahkah*


Bukan saya je dapat award ni, ada teman blogger lain tau. Memang baik sungguhla hati Cik Bucken ni. Yang bestnye, cikgu-cikgi yang dapat award ni.

Tag 5 orang:


Untuk Cik Bucken, Cikgu Comey dah baca berpuluh-puluh kali, tapi masih tak paham pasal backlink tu. Mintak maafla sgt2 ye. Ada lampi sket. Hehe. Kang ada masa, cikgu baca balik ye.

Tapi takpela,Cikgu Comey tetap tag 5 orang yang bertuah:



If penerima2 award nak cuba backlink tu sila ke SINI ye.



aarecomel:1st time bg award kat orang.haha

Blogwalking

Hari ni tak sempat nak update banyak. Cuma nak kongsi je blog yang diterjah hari ni.


1st blog yang diterjah, blog Ica.



Sekampung rupanya. Orang Johor jugak. Kakak kita ni ada anak Autism. So, apalah salahnya kita sama-sama bagi semangat dekat Kak Ica n family. Semoga Kak Ica tabah membesarkan anak istimewa kurniaan Allah.


2nd blog, Miss Jue kita nih.

Ternampak entry Abg Ben pasal Miss Jue ni. Tu yang terjah. Hehe. Baguskan Abg Ben. Sebabkan slot2 yang dia buat, lehla meramaikan lagi teman blogger. Keep it up Abg Ben!

Untuk teman2 blogger, sila tinggalkan jejak korang ye. InsyaAllah saya akan terjah blog korang balik.Kalau ada masa, saya akan komen entry2 kengkawan.



aarecomel:suka tolong orang.

Thursday, July 29, 2010

Nak Kahwin Lagi!!

Eh tak boleh ke nak kahwin lagi?? Bolehkan.

Hehe. Bukan nak nikah sorang lagi. Gila ke apa?? Perempuan mana boleh kahwin dua. Saja gedik2 nak naik pelamin lagi. Hehe.

Best kahwin ni. Kalau diingat-ingat balik, memang letih gila buat persiapan. Macam-macam kena buat, macam-macam kena fikir. Tapi nama pun kahwin, sekali seumur hidup, penat pun tak rasa. Rasa bahagia je.



::FARHANA & NAZRI::
29.11.2008


Cuma yang tak best, duitla!!Ingat murah ke nak kahwin woo??Beribu-ribu. Eh silap. Berpuluh-puluh ribu. Kalau sekarang dah puluh-puluh ribu, apa lagi 5 tahun akan datang. Lu pikirla sendiri beb~



::Setahun Lapan Bulan::
[29.11.2008-29.07.2010]



Actually, hari ni genap 1 tahun 8 bulan usia perkahwinan kami. Rasa macam baru je. Hehe. Patutla orang keliling sibuk tanya dah ada belum. Erk~ Dah dekat 2 tahun kawin rupanya. Huhu. Apa-apapun, semoga rumahtangga kami sentiasa aman dan bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Aminn~





aarecomel:rindu dekat encik suami.

Lagi Kes Isteri Curang

Haih.Apa nak jadikla dunia sekarang.

Isteri yang diamanahkan menjaga aib rumahtangga, makin menjadi-jadi mengaibkan suami sendiri. Nau'zubillah. Semoga teman-teman blogger tidak termasuk dalam golongan ini termasuk saya sendiri. Aminn~

Kisah ini kisah benar.

Seorang kenalan Mak baru sahaja bercerai. Kasihan.
Umur kenalan Mak tu pun dah 40-an. Isterinya pun lebih kurang. Anak-anak semua dah besar. Pasangan suami isteri ni kedua-duanya warga pendidik a.k.a GURU. Cuma si isteri ni graduan universiti, mengajar di sekolah menengah. Beza pulak dengan suami yang hanya mengajar di sekolah rendah.

Baru-baru ni si isteri ditangkap khalwat bersama pelajarnya yang berada di Tingkatan 6. Kena tangkap pulak dekat ladang KELAPA SAWIT! Malunya~Sian si suami dan anak2.

Mak cakap sebelum ni si suami selalu puji isterinya. Pandai jaga anak, urus rumah tangga. Memang nampakla si suami menyayangi isterinya. Kesian kan. Akhirnya, bercerai juga. Kalau tak ceraikan, dikata dayus. Isterinya diceraikan talak satu.



Pening si suami memikirkan keadaan anak-anaknya.



Semoga kisah ini dijadikan iktibar untuk para isteri, termasuk diri saya sendiri.



aarecomel:selalu muhasabah diri.

Adakahhhh Aku......??

Dah berapa hari tak berapa lalu nak makan.

Kepala asik pening je.

Perut pun macam sebu2..

Haih~

Tiba-tiba terfikir

Adakahhhh aku....
.
.

.

.

.

.
.

MENGANDUNG??




Bilala nak boncett ayu macam ni. Huhu.
Mesti bestkan dalam perut ada baby.
Nih asik bawak isi perut jek. Hehe.





Hehe.Kadang2 perasan je lebih.Check2 negative.Huhu.Takpe.Sabar.Usaha lagi.



aarecomel:jeles tgk orang pregnant.

Tuesday, July 27, 2010

Khas Untuk Para Suami

Bukan nak tuju pada sapa2. Sekadar nak ingatkan.

Para Suami sekalian,

TOLONGLAH bertanggungjawab atas isteri anda.Duit nafkah isteri tolongla jangan lupa bagi tiap2 bulan.Sikit pun takpe. Janji bagi. Isteri terima seadanya.

Haram memakan duit isteri sekiranya isteri tidak redha. Suami kena ingat, DUIT SUAMI, DUIT ISTERI, DUIT ISTERI,BUKAN DUIT SUAMI!



GERAM NIHHH!!



[Geram bila ada kaum kerabat tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik]





aarecomel:alhamdulillah.bucuk saya bertanggungjawab.

KENANGAN RAMADHAN:Ha!Berak Batal Puasa


Dah lama nak tulis entry ni. Tapi asik tergendala je. Macam-macam hal pulak sejak dua menjak ni sampai tak sempat nak update banyak2. Huhu. Aktiviti blogwalking pun tak sehebat dulu. Heh. Takpe, lepas raya insyaAllah habis semua blog I geledah. Tunggguuuuuuu~

Cerita pasal Ramadhan ni, banyak kenangan sebenonya. Ada yang best tahap gaban, ada gak yang sedih sampai bengkak mata nangis kalau ingat. Huhu.

Tapi kali ni cerita yang happy2 je la ek. Mood Nisfu Syaaban ada lagi ni. So kena happy2. Heee~

Saya ingat lagi masa badan slim lagi. Umur 5 tahun. *harusslaa masih slim.kekeke* Kalau tak silapla. Masa tu baru-baru nak belajo puasa. Puasa pun pun puasa yang yok, tengahari bukak periuk. Ngeh3. Tapi bila tengok abang2 puasa, saya pun semangatla nak puasa. Oh lupa nak beritahu. Saya ni anak bongsu, ada 3 orang abang.


Kalau dah namanya abang, memang confirmla suka menyakat adik dia kan. Lagi2la adik perempuan sorang. Comel pulak tu. *Hahaha.Saya memang suka puji diri sendiri.Sila jangan muntah ye.* Abang Long la yang paling suka menyakat. Disebabkan saya ni lurus bendul, main percaya je cakap dia. Masa sahur, dia ada bagitau "Dik, puasa tak boleh berak tau. Kalau berak, puasa batal." Saya pun angguk tanda faham.


Tup tup tengahari saya memang sakit perut nak berak. Heh. *Saya memang kaki buang air.Hehe.Air kecik ke air besar, memang sayala JUARA!Hahaha.Sampai sekarang.Erk~* Mula-mula muka dah kerut2 tahan taknak berak punya pasal. Tapi memang tak boleh tahan wehh. Bila najis di hujung tanduk *hua3.silakan muntah*, siapa boleh tahan beb!Kang ditahan sembelit pulak, last2 saya pun melabur dengan bahagianya. Kekeke. Elok je keluar jamban, Abang Long terus cakap, "Haaaaa, dah batal puasa!" Saya pun dengan muka sedih terus bukak peti sejuk minum air sirap. Ahhhhh~Lega.Sedap betul air sirap. Hihihi.


Tiba-tiba mak nampak pulak. Terus kena marah. Saya pun bagitaula Abang Long cakap camtu, mak terus gelak je. Sabar aje la. Wa kena kencing beb!


::ABG LONG WA..AND KAK LONG::
Kalau dia sengih2 kambing maksudnya dia kencing wa.
Wa dah tau dah. Hehe


[OH YE.SAYA TAU PASAL SLOT NI DARI MESSAGE KAT FB.PASTU G JENJALAN KAT BLOG ABG BEN.MEKASIH ABG BEN EK.JASAMU DIKENANG!HEHE]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!



aarecomel:rindu nak kecik.huhu

Monday, July 26, 2010

Perlu ke Sedondon??

Lebih kurang 2 minggu je nak sambut Ramadhan Al-Mubarak.

Puasa ganti pun ramai yang tak habis lagi dah sibuk nak cerita pasal raya. Hehe. Eh, saya tak termasuk golongan itu ye sebab tahun lepas puasa penuh. Haha. Untung. Takyah sibuk2 ganti.

Cakap pasal raya, banyak benda nak fikir. Ye tak?

Kueh raya. Baju raya la. Duit raya. Langsir raya. Serba serbi nak fikir. Haih~ Nasibla raya setahun sekali. *tetiba lagu raya Setahun Sekali (Amy Mastura) terngiang-ngiang kat telinga. Heh*


Hurm baju raya pun tak buat lagi. Nampak gaya pakai baju kurung yang tak pernah pakai lagi. Huhu. Tapi baju hubby pun takde lagi. Korang rasa perlu ke beli kaler sama?? Suami isteri memang kena sedondon ke? Heh.


Kena sedondon macam ni ke?
Tak sedondon tak romantik ke? Heh.




aarecomel:tahun lepas terlupa mtk maaf kt suami.haha

Aiman Tak Kisah

Opss~ Jangan salah faham. Bukan nak cerita pasal si Aiman Tak Kisah. Hehe.

Saya ni punya nama pendek je. FARHANA. Eh, bukan Farhana Puteri Bumi Kenyalang tuu.. *Ekceli bangga gak ada lagu nama Farhana. Ekekeke. Terus glamer pastu.Hua3.Perasan!* Tapi ramai betul susah nak sebut nama saya dengan sebutan yang betul. Haih~Susah bebeno ke??


Masa sekolah, cikgu-cikgu selalu panggil FARAHANA. Agaknya bila ditambah A ditengah tu lagi senang nak sebut kot. Kalau cikgu tu pakai gigi palsu, boleh terkeluar agaknya gigi dia bila sebut FARHANA. Ngeh3. Saya agak je la.

Saya ni banyak nama glamer jugak. Hihi. Glamerla sangat.

Orang keliling, jiran-jiran, makcik pakcik, sepupu sepapat panggil saya FARAH. Tapi bila sampai kampung, nenek terus panggil PARAHHHHHHHHH~Huhu. Orang Jawa mana ada huruf F.
Keluarga angkat saya pulak lebih selesa panggil ANA. Tak tahu napa. Arwah ayah cakap nama Ana lagi sesuai dengan saya. Ahaks. Terasa lembut dan ayu gitu. *terus jadik sopan bila orang panggil Ana. Hua3*

Masuk sekolah menengah, kawan-kawan panggil A'A atau ejaan cantik A'ARE. Hehe. Kalau dah nama duduk asrama, wajib ada nama glamer gitu. Sampai kawan-kawan sekelas boleh lupa nama sebenar. Bila cikgu panggil nama Farhana, diorang siap boleh tak kenal. Hanginnnnn je~



Sekarang dah boleh panggil Cikgu Farhana a.k.a Cikgu Comey.
Hik3. Cikgu tak kisah. Lalalala~



Bila dapat anak sedara, dapatla pangkat MOK SU. *Dalam hati taula aku ni gemuk.korang panggil aku mok su pulak. adeii~ hehe*

Balik Jerteh, anak-anak sedara hubby panggil AUNTY FARAH. Haha. Konon-konon asal bandar, panggil pun kena style orang bandar la eh. Bukan saya yang suruh panggil macam tu, hubby yang memandai-mandai je. Last-last lekat sampai sekarang. Sabar aje la. Layannn~




aarecomel:farhana=kegembiraan

Ngada-ngada Je Lebih

Hari ni saya PUASA! Yeay~

Tu pun setelah Syaaban dah masuk setengah bulan. Huhu.

Sejak-sejak kahwin ni memang jarang puasa sunat. Orang makin tua, makin banyak amal. Ni terbalik pulak. Gulppp~ *Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini. .Isk..isk..*


Biasala bila dah lama tak puasa, mulala lepek semacam je. Otak ni pun lambat je berfikir. Haih. Alasan semata-mata. Padahal diri sendiri yang tak tahan godaan. Heh. Tu namanya ngada-ngada terlebih!! Asal puasa je tak larat. Puasa je tak boleh buat itu ini. Nanti haus, tak tahan. Macam-macam songeh. Hehe.


Ni letih tahap gaban. Heh. Saya takla sampai macam ni.
Masih boleh mengayuh basikal gara-gara nak kurus. Kekeke.



aarecomel:tak tau nak buka ape nanti
.

Saturday, July 24, 2010

Mintak Simpang Malaikat 44!!

Suamiku kahwin dua???
Mintak dijauhkanlah..Simpang malaikat 44 uolsss!!
*sambil terpikir kenapa malaikat 44..kenapa tak 55 ke 66 ke..hehe*

Saya tau bukan saya je takut dimadukan. Boleh kata semua isteri tak nak dimadukan. Betul tak Kaum Isteri2??? Hehe.



Kalau betul2 redha, payung emas di syurga.
Kalau tak redha, jawabnya sediakan payung sebelum hujan. Hik3.



Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat saya dengar suami kahwin dua. Mula-mula masa balik Jerteh hari tu. Tak sangka pulak yang biras saya tu berbini dua. Terkejut makkk~ Siap nak tersedak lagi masa mak mentua cerita. Bila tanya Encik Suami, dia cakap malas nak cerita or bising-bising. Takut balik pada diri sendiri. Gulp~ Terus terdiam sambil berdoa semoga dia hanya milik saya seorang. Huhu.

Balik JB pulak mak saya bercerita yang jiran kami *jiran dekat sangat* dah kahwin dua. Yang tak bestnya, jiran kami tu nak sewa rumah yang betul-betul terletak dekat depan rumah kitorang ni untuk bini no.2 dia. Sigh~ Saya kurang setujula sebab kesian dekat bini 1st. Kot ye pun bini 1st redha, jagalah hati dia. Yang paling tak tahan, mak saya btau jiran saya tu siap boleh jemput datang majlis dekat umah bini no.2.. Hantar kad lagi uolsss!! Memang selamba badak sumbu betul la~ Huhu.

Macam-macam hal kan. Heh.

Cuma saya kagum dengan isteri2 pertama. Kalau saya ditempat mereka, boleh ke saya terima semua ini??Tabah ke saya?? Waallahua'alam. Saya pun tak tahu. Saya cuma berdoa benda ni takkan terjadi pada saya. Aminnn~



aarecomel:punya seorang sahabat yang ada adik beradik 30 lebih sbb bapaknya kahwin 3.

Wednesday, July 21, 2010

Bila Rindu


Mode hari ini : TAK KERUAN

Muka comel tak seceria Adibah Noor,

Badan lesu tak setangkas Datuk Nicol David,

Makan tak lalu tak seperti hari-hari biasa,

Kepala noneng-noneng mengalahkan ibu mengandung,

Sebabnya...

.

.

.

.

.


Rindu gila dekat Bucuk!



Ikutkan hati mahu pulang saja ke rumah. Weekend boleh jumpa Bucuk. Huhu. Rasa mahu nangis. Rindu nak gelak tawa dengan Bucuk. Stress~



aarecomel:migrain.Align Center

Tuesday, July 20, 2010

Perempuan CANTIK Suka Lelaki BULAT?

Status one of my fren yang dapat isteri cantik.
Cantik ke??
*cakap sambil kening terangkat..haha*



Jangan tanya apa jawapannya. Heh.

Sebabnya, saya ni PEREMPUAN BULAT berkahwin dengan LELAKI HENSEM..Hahaha.

Hensem ke suami saya?? Gulp~Tersedak pulak.

Korang rasa betul ke fakta nih? Saya rasa semua kebetulan je. Dah jodoh masing-masing kan. Rezekila sapa dapat perempuan cantik ke lelaki cantik ke. Jodoh pertemuan, ajal maut kan di tangan Tuhan. Ye tak?

Tapi kalau awek bulat jalan dengan pakwe hensem mesti orang sekeliling pandang sampai teleng kepala. Kalau boleh nak pusing kepala tu sampai 360 darjah!!

Korang ingat awek booolat tak ramai peminat ke?
*ayat mak saya..hahahaha.*




aarecomel:gemuk2 pun ramai peminat.kalau kurus lagila.haha.perasan gile!

Taik Lagi

Ai..macam dah takda entry lain nak tulis eh.

Cerita taik lagi. Heh. Tapi kali ni confirm tak meloyakan korang. Ngeh3.

Semalam dok belek muka yang gebu ala-ala Marilyn Monroe ni, barulah perasan yang taik lalat kat muka makin banyak. Dah boleh challenge Kak Pah kooooo!!! Hehe. *pasni bolehla nyanyi Seiring dan Sejalan dengan En Suami ala-ala Kak Pah ngan Broery..hua3*


Confuse bile taik lalat kat no.4 tu makin beso.
Kang ada yang panggil aku "Meenachi" pasni.




Adeii~Geram betul kat lalat ni. Kot ye pun ko nak melabur, janganla melabur kat muka aku nih. Haih. Cukup-cukupla wehhh. Baik-baik muka aku halus mulus, suci bersih, jadik penuh dengan taik ko lalat. Heeeeeee~




aarecomel:setakat ni muka maintain manis.hak3

Monday, July 19, 2010

Dah Ada Isi Belum??

Dah ada isi belum??
Takda lagi ke??

Soalan cepumas..cepugangsa..cepuperak..Heh.

Confirm soalan tu yang makcik Bedah, makcik Peah, makcik Som akan tanya nanti.
Kadang-kadang malas aku nak g mana-mana bila balik kampung sebab tak larat nak tepis soalan-soalan camtu. Haih~Tapi kesian pulak kat mak kan.

Tak larat aku nak sedu sedan pasal ni.
Bukan tak usaha
. Bagai nak rak usaha tau. Ekekeke.
Tapi belum ada rezeki. Korang ingat senang ke nak dapat baby? Kalau Tuhan tak izinkan lagi aku nak buat macam mana.



Sapa yang tak teringin nak boyot macamni oiiii~
Kalau aku boyot macamni kompem lagi comel.Hik3.


Emosi pulak tengahari buta ek. Sigh~Apa-apala ek. Janji aku rock! Keh3.



aarecomel:usaha tergendala 5 minggu.adeii~

Eh Mak Sayala!

Semalam mak saya sibuk suruh bukak facebook. Katanya ada gambar dia masa dolu-dolu. Hehe. Ala masa muda-muda, badan ala Angelina Jolie gitu. Hua3.

Okeh. Sila abaikan ye.*kalau mak baca blog ni, kompem dah kene cepuk..hik3*

Disebabkan berukband Encik Suami yang hampir-hampir nak kena potong ni, tak dapatla den nak bukak facebook semalam. Mak den dah semangat je. Last-last kempunan.

Tadi online je terus saya bukak facebook. Carila gambar yang mak saya sibuk sangat nak tengok tu. Cari punya cari, punya selok, punya selongkar..sampai penah mata belek..

.

.



.


.



.



Taraaaaaaaaaa~


Eh Mak sayala! Hehe.

::5 KASTURI 1983 SEK REN NGEE HENG,JB::


Inilah gambar yang dia nak tengok tu. Ni kalau dia tengok kompem terharu. Hik3. Silap-silap ada adegan air mata. Mak den ni emosi. Nanti mulala cerita kenangan-kenangan dolu. Hehe.

Anyway, hari ni besday Mak yang ke 56! Tua dah mak saya. *tapi orang selalu kata mak nampak muda. Erm patutla saya pun awet muda. Keturunan rupanya. Kah3* Kalau tak harini balik bawak hadiah banyak, ada sambutan kat sekolah..ala PENCEN la..tapi mak sambung lagi 2 tahun. So, 2 tahun lagi barulah sambut ye.


aarecomel:malam ni nak makan pizza hut.

Berukband Oh Berukband

Salam Monday Blues.

Mesti ramai yang tak semangat nak kerja kan. Hehe.
Jangan jeles ye.
Wa dok rilek-rilek di atas tilam empuk sambil berblogging di pagi Isnin. Ngeh3.
Dah nama wa penganggur terhebat!!
*lambat betul la posting ni..boring tahap gaban dah ni..arghhhh~tension wa!*

Wa tau luorang rindu nak baca entry kat sini kan..kan..kan..Kih3

Mintak maafla beb. Wa punya berukband ada sikit masalah. Tu pasal wa takde update ini belog sejak wa kena paksa rela balik kampung. Heh.

Nasib baikla wa tak hangin. Kalau tak memang wa dah kasi potong ini berukband.



Potong!Potong!


Ditambah pulak wa guna laptop mak wa yang macam siput sedut ni. Erk~
Tapi takpela. Janji wa boleh belogwakling..belogclimbing..wa sudah senang hati lor..





aarecomel:laki wa syok dapat wa punya lappy n broadband.aishhh~

Friday, July 16, 2010

Hari "Gembeng" Saya

Hurmm. Hari yang ditunggu dah sampai.

Beg pun dah siap. Tinggal angkat kaki je.

Kenapala JB tu jauh sangat.. Heh. Boleh pulak kuar soalan tu ek. Apa punya soalan daa..

Macam ni lah bila nak berjauhan. Berat je kaki nak jalan. Mood pun macam biskut. Air mata dah penuh ni. Tunggu masa nak jatuh gedebuk. Huhu. Silap-silap boleh banjir Butterworth. Tsk~


Saya memang "gembeng" dari kecik.Uwaaaaaaaaa~



5 minggu tu. Bukan 5 jam ke 5 minit ke 5 saat.
5 minggu!!

*kalau ada rezeki dah boleh dapat baby comel.hik3*




Wahai masa, cepatla berlalu ye. Semoga 5 minggu tu akan dilalui macam 5 hari je.



aarecomel:gembeng=kuat nangis.

Thursday, July 15, 2010

Najis Korang Timbul ke Tenggelam?

Hahaha.

Boleh pulak tiba-tiba saya teringat isu ni.

Ngeh3. Sila jangan muntah ek.

Bukan apa, hubby cakap ada beza kalau najis kita tu tenggelam atau timbul. Kalau timbul maknanya, badan kita ni sihat. Ada orang cakap banyak fiber. Heh.


Naik migrain fikir najis ku sihat ke tak. Kah3.


Sape-sape ada pendapat, sila tinggalkan komen ye.



aarecomel:dari dulu mmg kuat buang.tapi tak kurus2.hua3

Bau Badan Punca Perceraian

Haaaaa.. Jangan terkejut. Memang kenyataan ye.

Macam-macam hal sekarang. Bau badan pun boleh buat suami isteri bercerai. Selisih malaikat 44. Hehe. Mintakla dijauhkan dari rumah tangga saya yang baru setahun jagung ni. Huhu.

Saya rasa benda-benda remeh macam ni sebenarnya boleh bawak bincang antara suami isteri. Kenapalah boleh sampai cerai-berai. Kalau isteri bau masam, suami tegurla. Takpun belikanla apa-apa yang boleh hilangkan bau badan si isteri yang masam tu. Begitu jugak dengan isteri. Barulah aman bahagia hidup tu. Hehe.

Tapi bau badan ni ada faedahnya. Contoh macam kat bawah ni.

.

.

.

Terus tak jadik nak rompak. Erk.



Macam saya sendiri, suami akan pakai deodoran dan perfume yang saya suka. Saya pun macam tu. Kalau nak beli perfume mesti tanya suami dulu. Ok tak bau? Kuat sangat ke? Mestilah tanya dia kan. Kita ni berhias untuk dia, bukan orang lain.::PERFUME HUBBY::
Saya suka dia pakai perfume ni. Tergoda uuuuuuuu! Hik3.




Yang ni saya punya. Bau sedang-sedang aja. Tak kuat sangat.



::DKNY BE DELICIOUS::



Tak kisahla mahal ke murah ke perfume or deodoran yang kita pakai. Janji badan tak berbau. Suami balik kerja pun senyum lebar je bila cium isteri wangi sangat. Hehe.



aarecomel:suami busuk pun tetap sayang.

Wednesday, July 14, 2010

Wakaka Crew The Champion!

Finally habis gak Showdown 2010.

Tak minat pun nak tengok. Tapi Encik Suami dah tengok, ku layan saja.

Orang kampung I menangla. Hehe. Budak-budak Muo tu.

Congrats WAKAKA CREW!




Gunala duit RM50 000 tu ke jalan yang betul ye. Penat korang menari berbulan-bulan. Once again, congratulations Wakaka Crew!



aarecomel:tak reti seni.heh.

Kerdilnya Diri Ini

Saya suka baca info di Musafir Kasih.

Rasa hinanya diri ini.

Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Masih kurang amalan diri ini.

Ya Allah..




Buat kawan-kawan, rajin-rajinla singgah di Musafir Kasih. Banyak info yang bagus untuk kita baca dan jadikan pedoman. Jangan nak kejar nuff je. Hehe. Peringatan untuk diri sendiri jugak.




aarecomel:sukakan ilmu baru.

Ingat Orang Tersayang

Bapaku pulang dari kota, Bapaku belikan kereta, Kereta kecil warna merah, Bolehku bawa ke sekolah.

Hihihi. Lama tak nyanyi lagu kegemaran ramai ni. Hehe.

Tiba-tiba teringat kisah balik kampung hari tu. Boleh fobia, trauma, macam-macam perasaan ada. Syukur selamat.

Perjalanan Butterworth-Jerteh tak lama sangat. Cuma dalam 4 jam setengah. Tapi jalan nak ke sana memang sangat mencabar. Memang kena berhati-hati. Nasibla saya ni pemandu pro. Hehe. Perasan. Betul la, cuma tak setaraf driver F1 je lagi. Hik3.

Masa on the way balik Butterworth, boleh pulak sebijik kereta Gen2 ni macam nak berlumba. Siap ada adegan kejar mengejar. Encik Suami pun boleh tahan layan. Tak tahu bini kat sebelah dah cuak je dalam hati. Heh. Tapi mestilah Encik Suami menang sebab kereta kesayangan manual. Si Gen2 tu auto. Asal naik bukit je mesti lembab. Heh. Sahla kereta auto.

Sampai dekat area Grik, Gen2 tu sudah potong Encik Suami. Biar je la. Tiba-tiba En Suami tergerak nak buat potongan panjang. Dia pun biar je signal memotong tu. Tup-tup elok je nak potong si Gen2, boleh pulak si Gen2 tu keluar tiba-tiba. Apa lagi, terkejut mak! Mak pun "Abangggggg!!!".. Hehe. Nasibla En Suami tak terkejut beruk dengan jeritan manja mak ni. Huhu. En Suami maintain kawal kereta. Kalau tak dah terlanggar besi penghadang jalan. Confirm2 rabak kereta kitorang. Bengong betul si Gen2 tu. Tak tengok ke nak keluar. Main keluar je. Tuhan je tahu camna saya rasa time tu. Huhu



TAN kena servis. Buah hati Encik Suami. Nanti ye.
Tahun depan insyaAllah ada kawan. Hehe.



Syukurla En Suami masih boleh tenang dalam keadaan macam tu. *walaupun muka dah merah padam, lutut dah ketar2..hehe* Kalau saya yang bawak, rasanya dah rabak sebelah. Huhu. Tapi sampai sekarang kalau ingat balik, memang boleh trauma. Alhamdulillah panjang umur lagi.



Kesimpulannya, ingatlah yang tersayang bila memandu.



aarecomel:ada 2 saman tak bayar lagi.adeii~

Hari-hari Terakhir

Gulp~ Bukan hari-hari terakhirku di dunia ye. Heh.

Lagi 2 hari je kat umah. Lepas ni sebulan berkampung di JB. Sebabnya, Encik Suami berkursus selama sebulan, lebih tepat 5 minggu. Huhu. Apa nak buat. Kenala biasakan diri. Encik Suami pejuang negara. Ecehhh~Hehe.

Macam biasa, sebelum saya tinggalkan rumah, kenala kemas apa yang patut. Pagi tadi dah cuci toilet.


Den takla cuci toilet sampai bertopeng. Ekekeke.
Den cuci toilet dengan penuh kasih sayang. Hahaha.




Baju semua dah basuh. Cadar pun dah basuh. Tinggal nak buang sawang, mop2 lantai. Hehe. Bab mengemop memang malas sikit. Sigh~


Bukti baju dah basuh.
.


.


.


.


.

Ngeh3.
Bertimbun baju. Ekceli tak banyak pun. Basuh cadar ngan tuala.
Tu yang nampak banyak. Heh.



Sambil lipat kain, sambil blogging. Sempat lagi tu. Hihi



aarecomel:boring duduk rumah.haih~

Tips Hilangkan Karat di Baju

Terima kasih En Google.

Haih~Jumpa gak akhirnya. Heh.

Encik Suami kan nak g kursus. Macam biasala dia. Baru sibuk nak basuh baju uniform. Tengok-tengok ada yang kena karat. Kenala bini dia ni cari petua tok nenek nak hilangkan karat tu. Nasib ada En Google. Hehe.




Camni rupanya..

  • Ambil sebiji limau nipis
  • Belah limau tersebut menjadi dua bahagian
  • Tabur garam secukupnya di atas bahagian yang terkena karat
  • Gosokan ke limau nipis pada bagian yang terkena karat
  • Kemudian biarkan ia kering
  • Setelah itu cucilah baju tadi dengan sabun sehingga bersih
Den baru try malam tadi. Tak tahula tu berkesan ke tak. Kalau tak hilang gak, den kenala sental lagi.


Tak tahula boleh hilang ke tak. Try n error. Heh.
Ciput je yang kena. Tapi nak sental bukan main susah.
Huhu. Sabar banyak2.



Korang bolehla cuba nanti ek. Semoga berjaya!Hee.



aarecomel:sedih nak balik JB.

Tuesday, July 13, 2010

Adolf Hitler:Tidak Sejahat Yang Disangka

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...




Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


[credit to En.Azhar Abdullah]



aarecomel:saya hanya copy info utk share dgn semua.info yg perlu kita tahu.

Bersawang Daa..

Rindu ye. Heh.

Perasan. Hahaha. Ada ke yang rindu kat entry saya ni. Hik3.

Lama tak online. Weekend hari tu balik Jerteh. Malas nak mengangkut laptop. Tu yang tak berupdate blog ni. Huhu

Yeah!Finally, balik gak Jerteh tanpa dirancang. Alih-alih dah sampai umah Mek.Hubby tiba-tiba je call beritahu nak balik petang Jumaat tu. Saya ikutkan aje. Alhamdulillah, selamat sampai. Nasib tak banyak kereta.

Dapat gak makan sata sedap!Hehe. Sabtu pagi dah bising-bising soh hubby beli sata. Meroyanla katakan. Ngeh3. Rupanya, sata tu petang baru jual. Heh. Patutla hubby buat tak tahu je bila bini dia rengek-rengek nak sata pagi-pagi buta. Dah tu bantai tidur sampai kul 12 lak tu. Sabar je la.

Erm lama tak update jadik malas nak tulis panjang2. Sigh~

Tengok je la ole-ole dari kampung ni ek.


::KEPOK KEPING::
Memang wajib beli kalo balik Jerteh. Hubby memang suka sangat makan.
Bersupik-supik beli. Siap boleh bagi kat jiran sesupik dua.



::KEROPOK LEKOR::
Sori ek. Gambar blur2 je. Heh. Kepok ni pun wajib gak beli.
Yang ni my faveretla.

Tapi kali ni beli tak berapa sedap. Huhu.Telan je la.




::MOKTE::
Hubby panggil "mokte". Hehe. Pelik je bunyi.
Ni versi dah buang kulit.
Penat kait sebelum balik. Bukan I yang kait. Hua3.
I tukang kutip je. Hik3.


::SOS PENCICAH::
Yang ni pun tak tinggal gak. Rasanya kat sini pun ada gak tapi tak jumpa lagi.
Alang-alang dah balik kampung, beli je la.
Pernah beli brand lain tapi kurang umpphhhh~





aarecomel:balik JB pulak Jumaat ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails