Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

SAYONARA

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik nak masuk bulan Disember. Phewww~



Tahun ni adalah tahun yang paling penat untuk saya. Dari awal tahun sampailah hari-hari terakhir persekolahan, masih pulun buat kerja yang tak habis-habis. Alhamdulillah, semuanya siap sebelum cuti. 


Sekarang ni, sibuk pulak nak kemas barang. Nampak macam sikit je barangnya, tapi bila dah kemas baru tahu ok! Ni baru duduk rumah yang sekangkang kera, kalau duduk rumah yang besar gabak lagi banyaklah barang kan. Baju kurung saya pun dah penuh satu 'box' besar tu. Itu pun kadang-kadang merungut dengan Enchik Suami takda baju. Heh.


Sejujurnya, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah dan jiran-jiran. Diorang semua dah macam keluarga saya sendiri. Bukan senang nak hidup di tempat orang. Tambah pulak saya dan Enchik Suami takda sedara mara dekat sini. Kawan-kawan dan jiran-jiranla yang banyak membantu. Huhu. Allah saja yang mampu balas jasa mereka.








me:will gonna miss them badly...:((

Monday, May 28, 2012

Pesanan Enchik Suami


"Yang,balik JB jangan lama-lama sangat eh. Seminggu cukupla."

Pesan Enchik Suami beberapa minggu sebelum cuti sekolah..(",)

Ikutkan hati memang nak balik berdua. Tapi as usual Enchik Suami susah nak dapat cuti. So, terpaksala balik JB sorang. Memang sangat tak best! Dah tu kena naik bas pulak tu. Lagilaaaaaaaa bertambah-tambah tak best!! Hari tu nak tempah tiket flight tapi schedule kelas tambahan tak keluar lagi. Tak berani nak booking. Malas nak cari orang ganti last minute. Tak pasal-pasal orang menyumpah kat kite kan. 

Berat hati jugak nak tinggalkan Enchik Suami. Kitorang kan jarang-jarang berjauhan ni. Bukan Enchik Suami je meroyan, saya pun meroyan jugak nanti. Heh. Tapi awal-awal je la. Lepas 2-3 hari kat JB, takde maknanya! Haha. Hilang segala meroyan. Terus hilang ingatan kat Enchik Suami sekejap. Ngeh3.

Pesanan untuk Enchik Suami, BEHAVE YOURSELF OK!

Sayang awak sangat..:))



saya:berat hati.tsk.tak suka.

Saturday, May 19, 2012

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

Saturday, March 24, 2012

Bila Rumah Dah Siap

Alhamdulillah. Dah siap pun rumah yang kami beli.
Insya'Allah by next month dah boleh dapat kunci.
Bersyukur sangat..:)


Macam tak percaya pulak dah beli rumah. Heh. 
Hari tu, masa dapat masuk rumah sendiri, rasa macam nak menangis ok! 
Tak tahula nak cakap macamana perasaan saya ni. 
Syukur sangat-sangat sebab Allah permudahkan semuanya.


Masa tengok rumah hari tu, sempatla jugak booking untuk grill dan tinted cermin.Lepas dapat kunci, barula diorang mula pasang semua tu. Untuk grill je RM3500. Kira dah disount la sebab kebetulan kontraktor tu kawan abah. Dapatla murah sikit. Bajet dalam RM4000++.  Tinted cermin pulak RM500. Ni harga promosi untuk 3 buah rumah terawal je. Kalau ikutkan memang mahal lagi sebab rumah kitorang memang banyak tingkap+pintu. Bayangkanla, bilik je dah 6 bilik. Lepas tu sliding door lagi. Berbaloila jugak kan. Save sikit kat situ.

Banyak lagi benda nak disenaraikan. Plan nak extend dapur. Dah tanya harga dalam RM7000-8000. Belum yang lain-lain lagi. Huhu. Memang banyak duit nak guna. Tapi slowlyla kan sebab kitorang pun tak tahu bila nak duduk. Hehe. So, buat yang penting-penting dulu.



me:gambar nanti saya tepek ek.

Thursday, June 2, 2011

Dua Pinggan Dia Balun!!

Hari ni takla masak special sangat. Tapi tiba-tiba teringatkan ayam masak merah style mak Cikgu. Memang mabeles!!


So, bila tengok peti sejuk, bahan semua cukup, Cikgu pun masakla ayam masak merah untuk lunch Enchik Suami tadi. Agaknya memang sedap kot, tu yang sampai 2 pinggan Enchik Suami makan! 




Untuk pengetahuan korang, Enchik Suami ni bukan jenis makan banyak. 

Perut dia tu. Alahaiiiii...kecik bebenor! Tapi disebabkan ayam masak merah ni mabelesssss sangattttttt, tu yang makan banyak. Cikgu tak taula sedap ke tak. Selalunya tukang masak tak lalu sangat makan masakan sendiri kan..Lagipun arini kan pose, so tengok je la Enchik Suami makan tadi..




cikgu_farhana: tak sabar nak rasa ayam masak merah tu..

::MUFFIN PANDAN CHOC CHIP::

Finally, berjaya jugak nak buat muffin.
Dah berkali-kali tertangguh sebab banyak sangat makanan kat rumah Cikgu ni. 
Orangya 2 orang je..Hihi





Tak sabar nak tunggu Enchik Suami balik. Nak suruh dia rasa. Cikgu tak boleh rasa lagi sebab hari ni Cikgu puasa! 


Bukan main semangat buat muffin ni. Tapi tak tahula apa rasa muffin Cikgu ni. Lembut ke keras ke manis ke tawar ke..Hehe. Harap-harap sesedap rasa la kan..(*-*)



cikgu_farhana: rasa nak buat pizza pulak..

Monday, May 30, 2011

::APAM GULA MERAH::

Tiba-tiba teringin pulak nak makan apam. Lama tak buat. 

Akhirnya, jadi jugak apam Cikgu ni walaupun dah berhari-hari tertangguh. Nasibla kelapa parut tu elok lagi. Risau jugak kalau dah masam. Rugi je beli kelapa tu kan. Dahla mahal..



Ni la rupa Apam Gula Merah Cikgu..





Sebabkan lama tak buat, siap call mak dulu. Hihi. Alhamdulillah, jadik Sedap pulak tu. Hehe. Angkat bakul sendiri ok! 

Tapi keciwa sikit sebab Enchik Suami tak berapa suka. Penat-penat kita buat, dia tak berapa nak makan. Last-last, rezeki Aunty sebelah. Pagi-pagi dah dapat sepinggan Apam Gula Merah..^___^




cikgu_farhana: memang suka bagi jiran makanan..untung sapa jadik jiran cikgu.hihi

Monday, March 14, 2011

Demam Selsema

Dah berapa bulan tak kena demam. Time cuti sekolah pulak kena demam. Tapi okeyla kan. Tak payah amik MC. 
Cuma tak best sket. Niat di hati cuti sekolah ni  nak masak sedap-sedap, kaw-kaw untuk hubby. Postponela jawabnya. Ni pun tak larat nak masak. Makan pun tak lalu. Semalam masak bubur ayam je. Dengan Enchik Suami sekali makan bubur. Hehe. Sianla dia.Harap-harap cepatla sihat. Kerja sekolah pun tak sentuh lagi ni. Nama je cuti sekolah, kerja banyak wooo~





cikgu_farhana: agaknya dah banyak dosa-dosa kecik.huhu

Tuesday, December 14, 2010

Kabare??

Kabare semua..waras nggak?? Hehe.

Teman tau ramai yang rindu kat teman ni kan. Haha. Sorila yop. Banyak sangat menda yang berlaku dalam hidup teman ni. Tu yang tak sempat nak online. *alasan je.sebenarnya malas.ngeh3*

Almaklumla cuti sekolah. So mood pun cuti jugakla. Tapi jangan risau, lepas ni kompem teman ligat mengupdate blog teman. 

Wednesday, November 17, 2010

Musim Kahwin

Bila cuti sekolah je, confirmla schedule penuh dengan kenduri kahwin member2 kan.


CikguComey dah susun jadual kenduri kawan-kawan.
Tiap-tiap minggu makan frela jawabnya. Hehe.
Weekend full dengan kenduri ok!


Ni schedule yang dah siap,



20/11
- Banting - TUYUN
(member UKM)


27/11
-Bandar Tenggara, Kulai - AZZA
(member sekola,member baik ni!)

- Kulim, Kedah - KAK HASLINA (ngaja satu sekola, baik jugak..huhu.tapi kirim hadiah je)

5/12
-Taman Nuri, A.Star, Kedah - MAS
(member baik jugak masa kat UKM)

- Parit Buntar, Perak - AYU
( member sekelas DPLI)


11/12
- Senai, Johor - Yaya
(member sekolah.baik jugak.adeii)
- Permatang Pauh, Penang - Fadzliyana
(Cikgu GSTT kat sekolah)

- Juru, Penang - Kak Rosyatimah ( cikgu satu sekolah)

18/12
- Sik, Kedah - Kak Naimah
(member sekelas DPLI)




*ni pun ada lagi yang tak masuk dalam schedule.huhu



Gambar yang dah basi. Hehe. Tengok aje la ek.
Jangan muntah sudah. Hahaha




cikgucomey:lama tak makan nasi beriyani.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails