Saturday, February 27, 2010

Sendu Bertamu di Kalbu

Sendu Bertamu di Kalbu.

Cet. Sendu la sangat. *___*

Boring duduk sorang-sorang kat rumah. Hubby keje tak balik-balik. Pagi tadi jumpa kejap je sebab saya ada kelas tambahan Prinsip Akaun. Macam ni la duduk 2 orang. Kalau dah dua-dua busy, jumpa malam je la.

Semalam semua umat Islam menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah. Saya pun semangat nak sambut tapi dekat rumah je la. Huhu.

Pagi-pagi saya dah bangun. Lepas solat Subuh, berselawat sorang-sorang sambil kemas dapur. Hehe. Dapat gak pahala kan. Bukak tv ada siaran langsung perarakan Maulidur Rasul. Saya pun dah tercongok kat depan tv. Tengok MHI, pastu tukar plak Nasi Lemak Kopi O..

Tapi semalam ada sesuatu yang menggamit perasaan ni. Tak tahu napa. Rasa syahdu, sendu, pilu bila terkenangkan Rasulullah. Saya nangis tanpa sebab. Rasa rindu sangat kat Rasulullah walaupun tak pernah ketemu. Saya semakin khusyuk mendengar ceramah ustaz di tv sambil tangan melipat baju yang dah seminggu tak berlipat. Ngee~~

Jauh di hati saya, saya insaf dan rasa diri ini kerdil sangat. Keciknya saya walaupun luarannya saya ni sangatla chomel (^_~)..

Sesungguhnya, saya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini. Terima kasih Ya Tuhan kerana wujudkan rasa ini. Saya tak pernah sepilu ini. Dan saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Muhammad.

Thursday, February 25, 2010

Episod Balik Kampung

Sori kengkawan. Sibuk sejak akhir-akhir ni. Semalam dah selamat kena observe. Thanks a lot to Dr Latif. Komen-komen Dr sangat membina dan sangat membantu saya for be a good teacher. Personally, saya puas hati la gak. Tapi takla 100%. Untuk kali pertama ok kot. But can do much better. Yeah! Chaiyok2!

CNY holiday saya balik JB sorang-sorang. Hubby macam biasa, tak dapat cuti lama. So dia izinkan saya balik sebab family kat JB asik tanya bila nak balik. Mula-mula rasa berat hati nak tinggalkan hubby tapi saya pun kena jaga hati mak abah kan. Be fair. Maka bermulalah episod berpisah untuk 4 hari. 4 hari je pun..Hehe. Macamla lama sangat ek.

Saya balik JB naik bas. Plan awal nak naik flight tapi decide balik kampung pun lambat. Last minute decision gara-gara berpegang kepada janji hubby yang konon-kononnya nak balik JB bersama. Last-last janji manismu je la. Balikla bini tercinta dia ni naik bus Konsortium yang ada tv tu. Nasib baik bus ok. Berbaloila tiket RM65 dan perjalanan selama 10 jam. Takla bosan sangat.

Yang best balik JB kali ini sebab....

1. Dapat makan sate yang sedap kat Taman Sri Skudai..SATE BONG..Kalau korang tak percaya, boleh cuba.. Orang Kajang pun cakap sate nih lagi sedap dari sate kajang tau!

2. Dapat makan otak-otak. Hehe. Kat Butterworth ni manela ada otak-otak sesedap kat JB nih..Orang jual otak-otak pun takde.

3. Mak masakkan Mee Bandung Johor dan kuih nagasari. *__*. Sedap betul air tangan mak. Tak boleh lawan. Kuih nagasari tu kat Johor je ada. Kuih org Jawa kot. Almaklumla saya ni keturunan Jawa+Melayu..

4. Masa nak balik mak gorengkan makaroni. Anak kesayangan dia nih kempunan makan makaroni gara-gara suami tercinta tak suka makan makaroni. Huhu.

5. Saya belanja family makan pizza hut kat Jusco Taman U. Inilah masa yang saya paling suka. Kumpul ramai-ramai. Makan2. Borak-borak. Bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai. Walaupun suami tercinta jauh di Penang, dia tetap join kitorang makan. Tak caya? Betul.. sebab saya 3G ngan dia. Hehe. Nampak muka pun jadila kan.

6. Masa nak balik Penang, mak n family Along hantar kat Sri Putri. Walaupun tak cukup korum tapi sudah buat saya bahagi dan paling terharu bila Harith anak sedara kesayangan yang baru masuk tadika kemas (dia sangat bangga bersekolah di Tadika Kemas..hehe) tu pesan.."Mok cu, nanti datang sini lagi tau.. Bawak pok cu sekali.." So sweet. Saya tau dia tak puas manja ngan mokcu dia nih. Sabar ye Harith. Nanti mokcu bawak pokcu sekali. ^____^


Masa otw balik Penang, airmata saya gugur..Sikit..sikit..lama-lama banyak plak..Huhu. Nasib baik gelap. Orang sebelah tak nampak. Hehe. Sedih meninggalkan keluarga. Perasaan yang pada mulanya berat hati nak tinggalkan hubby totally bertukar. Bertukar! Hihi. Jadi perasaan yang sangat sayu dan hiba untuk tinggalkan mak, abah, Along n family.

Inilah fitrah yang kena saya lalui bila dah kahwin. Suami didahulukan. Dan saya sudah mula belajar untuk terima hakikat ini. Walaupun mak abah and family jauh di JB, kalian tetap di hati saya. Saya tak boleh hidup tanpa kasih sayang kalian semua.

Jauh di mata, dekat di hati.

Huhuhu. Cukupla. Nak nangis dah ni.


p/s: Keluarga adalah segala-galanya

Saturday, February 13, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Ini bukan lagu Anang. Saje suka-suka letak. Hehe. Macam best je title tu kan. Tapi sebenarnya memang pun. Lagi dua hari saya nak balik Johor tengok mak abah yang lama tak jumpa. Dan lagi dua harila saya nak tinggalkan suami peliharaanku yang terbucuk. Huhu. T__T

Rasa berat nak tinggalkan dia walaupun 4 hari. After we stayed together since last year, memang susah nak tinggalkan dia. Tak sanggup rasanya nak berpisah walaupun kejap. Uwaa..Rasa mahu meleleh dah air mata nih. Belum sampai Johor sudah sedih. Aiyaa ini macam punye olang pun ade ke..Ngeee~

Buat rakan-rakan, kalau ada nampak suami bucuk saya tu macam tak terurus untuk 4 hari, faham-faham je la ye. Almaklumla bini dia yang comel nih balik kampung tunai tanggungjawab kat mak abah. Sapa-sapa yang terserempak ke ternampak ke suami peliharaan ku tak terurus tolongla bawa dia pulang..Hehehe


model pencungkil gigi

Thursday, February 11, 2010

Sedih Tiba-tiba

Saya tak tau napa tiba-tiba saya emosi. Rasa mahu menangis. Huhuhu. Saya rasa sedih. Sedih bila fikir when I'm gonna have a bun in my oven. Seronok bila baca blog member-member yang sedang pregnant. Bahagianya mereka. Saya tak tahu napa hari ni saya sangat emosi. Tak tertahan-tahan airmata ni. Tolongla pergi air mata. Saya tak suka sedih-sedih. Saya benci sedih. Saya nak gembira je. Tolongla lari jauh-jauh perasaan nih.

Saya selalu fikir positif. Mungkin bukan rezeki saya dan suami lagi. Saya masih bersyukur sebab hubby sangat memahami. Walaupun saya tahu dia sangat suka budak-budak. Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails