Showing posts with label mak abah. Show all posts
Showing posts with label mak abah. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Yeayy!Mak Abah Nak Balik

Kejap je masa berlalu.

Mula-mula masa mak abah nak pergi menunaikan haji, hati ni resah, gelisah. Lagi dekat mak abah nak pergi, lagi tak keruan. Siap nangis lagi. Enchik Suami pun pening. Tsk. *sori buat u susah hati.heh*

Besok, insya'Allah mak abah akan balik. Katanya, dijangka pukul 9.45 malam akan tiba di KLIA. Tapi rasanya lagi lambat. Tak kisahla, janji mak abah selamat kan. Saspen jugak ni. Huhu.


Gambar-gambar sebelum mak abah berangkat. Diorang dah nak balik, saya baru nak tepek kat sini..:p


 Anak mak..(^__^)
*awatla mata saya tak nampak.haishhh*



Abah dengan abang-abang saya. 
Semua gelap-gelap ok!



Sebelum berangkat pergi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya




saya:tak sabar nak balik JB..yeehaaa~

Monday, October 3, 2011

Tragedi Oktober

Kejap je dah masuk bulan 10. Rasa macam baru masuk awal tahun. Tsk.
Bulan 10 ni saya sibuk sikit. Banyak perkara akan berlaku dalam bulan 10 ni.




1. Budak-budak dah start exam. Confirmla busy nak tanda paper. Ditambah lagi nak siapkan segala kerja-kerja akhir tahun sebelum cuti.

2. Akan berinduksi selama 3 hari..18-20 Oktober. Tempat masih tak tahu lagi. Tunggu surat sampai. Kena tinggal la Enchik Busuk saya. Heh.

3. Mak Abah akan menunaikan rukun Islam ke-5...Pergi haji. Alhamdulillah, rezeki Mak Abah sampai jugak akhirnya. Dijadualkan pernerbangannya pada 22 Oktober. Syukur dah habis induksi time tu. Risau jugak tak dapat hantar. 

4. 29 Oktober, adik sepupu kahwin. Tak tahu lagi balik ke tak. Ikutkan saya memang boleh balik, tapi Enchik Suami tak confirm lagi.

5. Paling best, cuti seminggu sempena Deepavali!!! Yeayyy! Boleh bersenang-lenang goyang kaki dekat rumah..:p




cikgufarhana:sedih+gembira bila mak abah nak pergi haji.semoga mereka selamat pergi dan pulang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails