Eh, gaji dah masuk ke??
Okay, buat-buat terkejut pulak kan. Hari ni orang-orang gomen dah gaji ok!
Jadi, silalah bayar segala hutang-piutang korang tu. Shopping tu kemudian ye.
Kalau awal-awal korang dah g shopping, nanti ada pulak tak cukup duit nak bayar hutang sedia ada.
Tak pasal-pasal bertambah lagi hutang. Mintak dijauhkanla.
saya: tak suka berhutang.
Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts
Monday, June 25, 2012
Friday, August 19, 2011
Rawak
1. Masih salahkan diri sendiri sebab blog tak berupdate. Haisshhhhh~PM pun sempat update blog dia tau...:p
2. Bulan Ramadhan tahun ni tak berapa best sebab tak dapat masak hari-hari untuk Enchik Suami. Tak dapat masak menu yang kebaboomm yang boleh buat perut Enchik Suami pecah... Sedih..(T___T)
3. The bestest thing, bulan ni gaji naik dan dapat tunggakan sekali! Yeehaaaaa~Syukur, Alhamdulillah..Bonus raya pun masyukkkk jugak. Dapat jugak rembattt perfume DKNY yang dah lama kehabisan stok kat rumah. Hehe.Tapi tak boleh joli sakan sebab dah nak kena bayar duit rumah..Tsk. Terus terbantut nak shopping.
4. Kalau tahun lepas, dapat puasa 14 hari je, tahun ni bajet kena ganti sikit je la. Alih-alih puasa ke-4 dah bendera Jepun. Arghhhhh~ Ingatkan cukupla 7 hari. Tetiba, Cik P jadik ting tong pulak. Bulan-bulan posela nak ting tong ye.. Dah benti seminggu, mai lagi. Nasib 2 hari je..So, kira banyakla gak kena ganti. Jawabnya, kena pose 6 la pasni..
5. Yang ni memang paling best..sebabnya, tahun ni Cikgu raya dekat JB dulu!!!!!!! Yeayyyyyy! Dapat makan rendang pagi raya nanti. Rendang air tangan mak memang tiada tandingan. Tahun lepas kempunan makan rendang mak sebab raya ke-3 baru sampai JB. Huhuhu.
cikgufarhana: tak sabar nak buat biskut raya.
Labels:
balik kampung,
bulan puasa,
enchik suami,
gaji,
kisah perempuan,
kisah ramadhan,
shopping
Sunday, March 27, 2011
Rezeki Beli Rumah
Alhamdulillah.
Beberapa hari lepas, Cikgu dapat surat tawaran lantikan tetap. Baru tawaran, tapi insya'Allah tak lama lagi sahla lantikan Cikgu. Gaji pun naikla kan. Syukur sangat.
Kebetulan, masa balik JB haritu, Enchik Suami terbukak hati pulak nak booking rumah. Dekat sangattttt dengan umah mak Cikgu. Satu taman! Hihi. Tapi baru bookingla. Baru nak apply loan. Harap-harapla lulus.
Mungkin ni la dinamakan rezeki. Rezeki nak beli rumah!
Alhamdulillah, syukur. Semoga urusan kami dipermudahkan.
::Rumah yang dibooking::
[34'x65']
[6 rooms, 5 bathrooms]
cikgufarhana:selalu pesan pada diri, "bersangka baik pada Allah". setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang besar.alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan!
Labels:
cikgu-cekgi,
gaji,
i feel good,
part of life,
rumah idaman
Wednesday, March 16, 2011
Semoga Bertambah-tambah Rezeki Tahun Ni
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun pelbagai ujian dan dugaan kami hadapi, alhamdulillah Tuhan masih sayangkan kami.
Semalam dapat berita gembira sebab dah lulus interview SPP. Lega rasa. Kalau ingat balik, bukan main risau masa nak interview haritu. Sampai tak boleh tido malam. Huhu. Bertambah-tambah gembira, Enchik Suami pun insya'Allah akan naik pangkat! Syukur sangat-sangat.. Kalau dah naik pangkat, maksudnya naik gaji la kan. Hehe.*dah bertanduk dah ni.macam-macam nak pow.Ngeh3*
Harapan dan doa kami, semoga akan ada rezeki nan satu itu. Sabar dan terus berusaha untuk rezeki yang satu ni. Kawan-kawan doakan jugak ye!
cikgufarhana:dah mula jeles tgk member-member dukung anak.huhu
Labels:
cikgu-cekgi,
duit suami duit isteri,
gaji,
si jantung hati,
zuriat
Thursday, February 24, 2011
Yeayyy! Gaji Dah Masuk!!
Cikgu kaya! Cikgu kaya! Haha. Tadi Enchik Suami bagitau gaji dah masuk. Apa lagi, terusla check online..Kompem! Gaji Cikgu pun dah masuk gak. Alhamdulillah..:p
Tapi yang tak bestnya, kena bayar samanla pulak. Hadoiii~Asik kena saman je. Sabar aje la. Enchik Suami dah bebel sebab Cikgu asik kena saman je kan. Hehe. Minah rempitla katakan. Ambikkk koo~Tak pasal-pasal melayang RM300!
Apa-apapun, sebelum g shopping make sure segala hutang piutang settle dulu. Barula lega sikit nak shopping kan. Jangan lupa gak duit untuk simpanan. Penting tu!
cikgu_farhana: menyimpan untuk masa depan.
Labels:
duit suami duit isteri,
gaji,
part of life,
sharing is caring
Subscribe to:
Posts (Atom)


