ULAT LALAT??
Kalau lalat tu biasala dengarkan. Jumpa pun selalu. Hehe. Nih ulat lalat. Hurmm. Baru ni. Almaklumla saya bukan orang sains. Minat sains pun tak. Tapi setakat SPM bolehla dapat A2. Hehe.
Okay2. Corner lain pulak ek.
Kalau nak tau, ulat lalat ni digunakan untuk orang kencing manis. Kita semua taukan kalau orang yang menghidap penyakit kencing manis ni memang senang nak kena potong kaki. Lebih-lebih lagi bila penghidap kencing manis ni ada luka-luka. Memang confirm lambat nak baik. Itu kira untungla dapat baik. Kalau dah busuk, benyek, sah-sah kena potong. Memang gelila kalau kita tengok kan. Kesian pun ada. Saya ni memang gelila nak tengok. Pegang apatah lagi. Sebab tu la tak jadik doktor. Heeee~

Ni la contoh kaki yang ulat lalat ni suka. Heh.
Boleh baik kalau ulat lalat makan. ngee~
Boleh bayangkan tak?? Dalam sejam dah berapa? 120 orang!! Angka yang menakutkan.
Dengan adanya ulat lalat ni, makcik-makcik dan pakcik-pakcik dapat selamatkan kaki mereka dari dipotong. Ulat lalat ni akan makan daging yang busuk je. Daging yang elok takkan diusik. Pandai ulat lalat ni kan. Hik3.
Ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut. Untuk proses menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami. Kalau luka di peringkat awal, tapi ada tisu mati, lava (ulat) ini akan diletak dalam 48 jam, sekali aplikasi. Maksudnya jika letak ulat tu hari ini, lusa baru akan buka (balutan).
Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan sembuh sepenuhnya daripada luka tersebut, namun jika luka itu terlalu teruk ianya tidak boleh pulih hanya dengan sekali rawatan sahaja.
Penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis tetapi juka luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpamanya.Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja.
[credit to: bernama.com dan majalah 3]
aarecomel:suka tgk m3 dari dulu
huu, gelinyer tgk luka kencing manis tu, and geli jgk bila dgr terapi guna ulat lalat. aigooo~~
ReplyDeleteanyway, rasanya utk elak smua benda geli2 ni, kita kenalah elak drpd mendapat kencing manis. bila dah ada tu, kena mkn ubat btol2, kena kawal paras gula dalam darah. then jgn lupa jumpa doktor slalu, ikut la masa temujanji ye.
then bila dah ada kencing manis tu, elaklah drpd terkena luka. iyew. geli2.
anyway, makaceh sebab tulis artikel ni. :)
siti zarina~
ReplyDeletehuhu.tu la kan.kena kurangkan makan manis.banyakkan makan sayur dan buah.makanan seimbang.
ala,kebetulan saya tgk majalah 3.tu yg tulis artikel ni.sharing is caring.hehe
info yang bagus :) tQ..
ReplyDelete:).. kongsilah lagi.. :)
Bagus juga untuk penyakit kencing manis
ReplyDelete