Thursday, February 24, 2011

Yeayyy! Gaji Dah Masuk!!

Cikgu kaya! Cikgu kaya! Haha. Tadi Enchik Suami bagitau gaji dah masuk. Apa lagi, terusla check online..Kompem! Gaji Cikgu pun dah masuk gak. Alhamdulillah..:p

Tapi yang tak bestnya, kena bayar samanla pulak. Hadoiii~Asik kena saman je. Sabar aje la. Enchik Suami dah bebel sebab Cikgu asik kena saman je kan. Hehe. Minah rempitla katakan. Ambikkk koo~Tak pasal-pasal melayang RM300!


Apa-apapun, sebelum g shopping make sure segala hutang piutang settle dulu. Barula lega sikit nak shopping kan. Jangan lupa gak duit untuk simpanan. Penting tu!




cikgu_farhana: menyimpan untuk masa depan.

Wednesday, February 23, 2011

After 40 Days..

Hari Isnin hari tu genap 40 hari Cikgu bleeding. Muka dah pucat. Badan makin lemah. Konon tak nak MC, last-last kena jugak MC. Doktor siap marah lagi sebab asik fikir pasal sekolah. Huhu. Dah teruk pun masih pikir pasal kerja.

Lama jugakla kat KPJ Penang tu. Mula-mula kena test darah. Doc nak tahu HB ok ke tak. Lamala jugak kat lab tu. Siap kena test darah kat cuping telinga ha.. Katanya prosedur biasa sebelum operation. Saspenla jugak kan. Takut bila dengar operation-operation ni. Huhu. Nasibla tak kena operate apa-apa. Ambik darah pulak tu. Pastu baru masuk jumpa Gynae. Doc pun dah pening kenapa bleeding tak benti-benti lagi. 

Finally, doc guna last option.. INJECTION! Nak tak nak kena injection jugak. Kalau tak, tak tau sampai bila darah nak benti. Sian Enchik Suami kan.. Seksa batin woo~Hehehe. Tang kena cucuk tu, mula-mula rasa macam kental je kan. Sampai umah barula rasa sakit. Nak mengiring pun susah. Penangan injection ok!





cikgu_farhana: next month ada appointment lagi.

Friday, February 18, 2011

Salam Penghulu Segala Hari!

Salam Jumaat semua!
Semoga hidup korang sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah s.w.t..

Hari ni pagi-pagi Enchik Suami dah pergi ofis. Actually Enchik Suami cuti seminggu. Tapi disebabkan ada sambutan hari jadi untuk pekerja yang lahir bulan Januari ngan Februari, kenala datang jugak. Bukan main siap ada sambutan lagi kan. Cikgu pulak sempat pesan kalau ada makanan lebih bawakla balik sikit. Hahaha. Dasar malas nak masak ok! 

Agak-agak macamnila rupa Enchik Suami bila balik nanti. Haha.
Seronok ye bang..:p



Tapi hampa..(T____T).. Enchik Suami baru SMS, makanan dah habis. Cettt!Sajela tu tak nak bawak balik. Huhu. Takpela, Cikgu dah siap goreng bihun pun. Penuh satu kuali tu Cikgu masak. Jawabnya sampai ke petangla tak habis.



cikgu_farhana:lahir hari Jumaat.

Thursday, February 17, 2011

Ost Hidayah



Lagu ini penuh dengan pengajaran yang mungkin akan MENGINSAFKAN
kita.Cuba la tengok citenya..HIDAYAH...TAPI CITE INI DARI SEBERANG LA...hehe
Tapi yang penting ada pengajaran didalam setiap citenya....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul semua!
Semoga kasih dan sayang kita kepada Rasulullah akan subur di hati sampai bila-bila. Walaupun tak pernah bersua, setiap hari Cikgu rasa rindu dan sayang dekat Rasulullah..
*sayu je hati*

Semalam, masa on the way balik dari sekolah, dengar lagu-lagu nasyid. Sayu sangat hati. Sampai meleleh air mata. Nasib takda orang perasan. Tengah jem-jem boleh pulak Cikgu feeling sorang-sorangkan. Hehe. Tapi paling touching tu bila dengar lagu Puteriku Sayang dari kumpulan Hijjaz. Hati ni memang tersentuhla sangat. Tambah pulak teringat zaman sekola dulu-dulu. Terus rindu kat kengkawan sekolah kan.. Huhu. (T___T)

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




Apek Oh Apek



Bukan nak cerita pasal Apek ni la.. Nak gosip pasal Apek lagi sorang ni..


.



.



.

Haa..Apek ni la baru betul..
tapi bukan Apek bawak basikal tua, Apek bawak motor tua.


Alkisahnya, semalam masa on the way pergi sekolah, sorang Apek dah langgar kereta Cikgu. Cikgu memang terkejut, terkujat sampai nak pecah jantung ni uolllss~ Mana taknya, dok feeling-feeling nyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, tetiba bunyi gedanggg! Dalam kepala, dok pikir habislah kereta aku. Apek tu pulak dah jatuh tergolek kat tengah jalan. Jalan pulak bukan jalan-jalan kecik ni, jalan besor ha.. Memang keta lalu lalang. Nasib baiklah takde lori or kereta kat belakang. Kalo tak, memang dah "selamat" dah Apek tu. Yang sempoinya, elok je Apek tu boleh bangun, dia terus je blah macamtu. Takutla tu sebab dah salahkan. Mana taknya, nak belok kanan main kuar je kan. Tak tengok ada keta ke tak.. Saksi kejadian pun cakap Cikgu tak salah. Legaa~ Kereta pun ok. Takde calar teruk.


Pesanan untuk penunggang motor, silalah bawak motor dengan berhemah. Nak cross tu, bagila signal. Tengok kiri kanan dulu. Jangan main keluar je. 



cikgu_farhana: malang tak berbau, sebab tu kena baca doa naik kenderaan.

Friday, February 11, 2011

Polycystic Ovary a.k.a PCOS

Semalam CikguComey MC sebab badan dah tak larat gila. Dah sebulan Cik P kuar tak berenti-renti. Lately, Cik P dah jadi heavy pulak. Pagi semalam, bangun-bangun macam nak pengsan. Kepala noneng-noneng. Rengek-rengek kat Enchik Suami. Last-last Enchik Suami decide bawak CikguComey g gynae dekat KPJ Penang Specialist. Last 2 weeks, kitorang dah g. Suppose next appointment 1st March, tapi sebab Cik P tak mo stop, pergi jugak semalam. Tak pernah pulak Cik P melarat sampai sebulan uolllss~ Sian dekat Enchik Suami. Puasa sebulan. Hahaha. *18 sx ye..budak kecik jangan nyebok2 nak tau. Hihi.*

Nak kata terkejut, takla terkejut sangat sebab dah expect memang something wrong somewhere. Semalam, dengan keadaan CikguComey yang bertemankan Cik P, doc tetap wat ultrasound. Sabar je la. Seganla gak tapi dah nama sakit, simpan je la malu tu..:p

Finally, barula tau yang CikguComey ada Polycycstic Ovary a.k.a PCOS. Sebab tu la cik P tak mo berenti. Sekarang, CikguComey kena kurus untuk menormalkan balik ovari tu.
Macam ni keadaan ovari wanita yang ada PCOS.
(T___T)


Doc cakap kena makan ubat untuk masa yang lama. Bukan berbulan-bulan tapi mungkin bertahun-tahun! Then, bila dah preggy baru stop makan ubat. Huhu. Harap-harapla berjaya menguruskan badan. Chaiyok2!!



cikgucomey:redha dengan qada' dan qadarNya.

Friday, February 4, 2011

RX Lite..Berkesan ke?



Tetiba rasa nak try produk ni. Maybe sebab terpengaruh dengan rasa koko kot. Macam selera sikitla nak telan kan. Hehe. Ada sesiapa tak dah minum produk ni? 
Bolehla share pengalaman..:p




cikgucomey:azam 2011, nak kurus!!!hihi.

Thursday, February 3, 2011

Jalan-Jalan Makan Angin

Dah 2 tahun kawin, tapi kitorang tak pernah jenjalan makan angin berdua. Honeymoon pun tak g lagi ok! Honeymoon kat umah je hari-hari. Tsk. Sedih gila. Tapi takpa, yang penting kitorang maintain bahagia..:p

Besok Enchik Suami cuti. So, dari awal dia dah tanya nak pergi mana. Kalau boleh taknakla jauh-jauh. Area utara okay lagila. Pikir punya pikir, last-last decide nak pergi sini..


.



.




.



.



.



.
Tahu tak kat mana ni??
psttt:sila abaikan gambar lelaki berseluar kecik biru tu..erk~




Dekat sini la...


.



.




.

::Lost World of Tambun::



Harap-harapla jadik. Lama tak mandi-manda ni. Tapi macam ramai orang je kan. Nama pun cuti ek. Redah je la..Janji dapat makan angin..^___^



cikgucomey:bila dapat p The Legend Water Chalet.Haihh~

Siakap Senohong Masak Sweet Sour..:p

Menu lunch hari ni..SIAKAP  SENOHONG..(^_^)



Sebenarnya, gambar kat atas tu gambar ulang tayang. Kalau tak silap dah penah boh pun kat sini. Tapi disebabkan CikguComey punya camera tu ada prob, tepek je la gambar ni. Menunya sama, rupa je lain. Dah selamat pun ikan tu. Pinggan pun dah basuh. Heh. Memang hari ni, ni je lauknya. Senang keje den. Enchik Suami bukan pandai makan banyak lauk. So, nak senang keje, CikguComey bohla salad, timun, tomato, dan daun celery tu sekali ngan ikan. Kompem dia makan. Senang kan..



cikgucomey:konon tak nak makan nasik, hampehhh.tsk.

Wednesday, February 2, 2011

Kebaikan Taufu Fa

Dulu kecik-kecik saya tak tahu pun apa kebenda TAUFU FA tu. AIR TAHU tau la..:p

Bila dah duduk asrama, barula tau yang AIR TAHU tu sama dengan TAUFU FA. Saya dari kecik memang panggil air tahu. Tak pernah pulak dengo mak abah sebut taufu fa. 


Masa kecik-kecik *sekarang pun kecik lagi ok..:p*, memang boleh kata asal ada pasar malam je mak mesti beli taufu fa. Walaupun saya tak berapa nak gemar rasa dia yang macam kelat-kelat tu kan. Agaknya nak soh saya ni putih kot. Haha. Tu yang dok bagi makan taufu fa kot. Tapi tak putih-putih pun..dah memang kulit jawo..Sighh~

Bila besar sket, saya memang tak bernafsu langsung bila tengok taufu fa. Tengok je pun boleh migrain. Oh, saya ni memang pelik sket. Kalau tak suka sesuatu makanan tu, akan jadi pening sampai loya nak muntah even ternampak makanan tu. Tu baru nampak, belum makan lagi. Kalau makan, kompem teruwweekk kat situ jugak. Enchik Suami, sila beware ok! Heh. Tapi pernahla gak saya ni try-try makan taufu fa. Konon-konon teringin la kan. Sekali ko ambikkk..terus muntah-muntah, cirit-birit. Lepas tu tobat!!Tak makan dah.



pix credit to: google



Tapi lepas baca info pasal kebaikan taufu fa, terus rasa nak cuba-cuba makan jugak. Ni ha kebaikannya..

1. Mencegah kanser
2. Meringankan diabetes
3. Mengurangi gejala menopaus
4. Mencegah osteoporosis
5. Mencegah aterosklerosis
6. Anti penuaan






cikgucomey:baru sedar kenapa mak paksa makan dulu-dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails