Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, July 9, 2012

MONDAY BLUES

Bila hari Isnin je, mood pun kureng. Kalau boleh rasa nak duduk goyang kaki, golek-golek atas tilam. Tambah-tambah sekarang ni hujan je kat Penang. Memang sedapla kalau tido. Terasa di sorgaaa~ Eheh.


Minggu depan dah start puasa. Rasa tak sabar pulak nak sambut Ramadhan kali ni. Harap-harap Ramadhan kali ni saya lebih rajin memasak. Lebih banyak resepi yang kebabomm yang akan dimasak. Yeayy!Chaiyok..chaiyok!


Enchik Suami pulak dah request Biskut Dahlia untuk hari raya. Saspen jugak nak buat sebab saya tak pernah buat! Makan taula. Setau saya, nenek saya memang pakar buat Biskut Dahlia ni. Memang biskut old skull kan. Harapnya jadikla biskut dahlia saya. Tengok resepi macam senang. *Tengok je memang senang.Try buat.Erk.*


KREDIT: GOOGLE



saya:berkobar-kobar nak buat biskut raya.

Tuesday, June 26, 2012

PUASA GANTI

Pejam celik-pejam celik, dah nak puasa kan. Lepas tu raya pulak. Cepat betul masa berjalan. 
Kalau dulu, rasa lamanya naktunggu bulan puasa. La ni, tak sedar dah nak Ramadhan balik. 
Lepas tu baru terkedek-kedek nak ganti puasa. Heh. 




Sejak-sejak dah kerja, kahwin, saya memang payah nak ganti puasa. Mesti dah hujung-hujung baru nak ganti. Haipppp! Memang tak patut kan. Setahun ada 12 bulan. Tolak bulan puasa, ada lagi 11 bulan! Tapi tetap nak tunggu Rejab dan Syaa'ban baru nak ganti puasa. Konon-konon dapat pahala puasa sunat sekali. Alasan!! Ngehngehngeh.




Jadi azam tahun depan, nak ganti puasa awal-awal. Takdela tercungap-cungap nanti wehhh. Seminggu terus puasa 5 hari. Manala tak semput kan. Dengan cuaca sekarang yang memang panas ya ampunnnn.. Ini baru dekat dunia, akhirat?? Gulpp~ Tak mampu nak jawab.




Korang-korang dah habis ke ganti puasa tu?? 
Jangan buat-buat lupa pulak. Heh. Chaiyok, chaiyok!!






Pagi-pagi lagi dah pesan Enchik Suami beli Roti John 
untuk saya berbuka nanti... (^_^)



saya:bila puasa, macam-macam plak request.haha

Tuesday, September 27, 2011

Rindu TAN

Raya dah sampai penghujung.
Ni maknanya, dah sebulan TAN masuk hospital. Hari ni rasa rindu sangat dekat TAN. 
Kalau nampak sepupu sepapat TAN, rasa sedih pulak. Macamanela keadaan TAN. Semoga dia baik-baik sahaja.

Kepada Enchik Mekanik, sila buat kerja cepat sikit ek.

Gambar TAN dari belakang. Depan pun cedera jugak, 
tapi tak teruk sangat.



cikgufarhana:baru niat nak carikan teman TAN, dah merajuk..:p 

Tuesday, August 23, 2011

CORNFLAKES MADU


Dah bertahun tak buat biskut ni. Pada hal biskut ni la yang paling senang kan..So, taun ni memang dari awal dah plan nak buat jugak biskut cornflakes.

Finally,


Hot from oven..Cikgu punya cornflakes madu..
Menarik tak?Hehe.



cikgufarhana:mazola dah siap.tapi lupa nak snap gambar.

Saturday, December 25, 2010

Krismas di Kampung~

Merry Christmas!
Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Semoga kamu semua dilindungi Tuhan dan ceria2 selalu ye!


::Sengal. Dah petang baru nak wish. Hehe. Semalam seharian tak berblog. Tu yang tak sempat nak wish. Tapi kira okla wish petang-petang raya ni kan.




Hari ni CikguComey sambut krismas di kampung. Nun jauh di Jerteh. Malam tadi baru sampai sini. Alhamdulillah selamat sampai walaupun hujan sepanjang perjalanan. Risau sepanjang perjalanan, takut jadik apa-apa. Alhamdulillah takda apa-apa. CikguComey memang tak putus-putus doa dalam hati. Bukan apa, taula bila hujan jalan licin, lopak air banyak, jalan berlubang lagi.  Dekat Grik pulak kiri kanan pokok. Takut gak kalau petir ke apa kan. Memang tawakal je. Mulut pulak tak henti pesan kat Enchik Suami jangan bawak laju-lajuBiar lambat, asal selamat.




Model sampingan.








cikgucomey:semoga perjalanan kami besok dipermudahkan dan selamat sampai ke rumah.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA!

Mesti semua orang dengan busy dekat dapur. Huhu.



Sedih. Uwaaa!!!! (T___T)
CikguComey hanya baring sambil mengadap laptop dengan TV yang dipasang tapi takde sapa yang tengok. Tsk. Sadis sungguh hidupku ni.


Besok sape2 yang makan lemang, ketupat, rendang tu ingat-ingatla kat CikguComey ni. Makankan untuk CikguComey sekali ek.



SALAM AIDILADHA semua!



cikgucomey:teringin nak korban.

1st Time Raya di Perantauan

Tiba-tiba sayu pulak dengar lagu Dendang Perantau. Tsk.


1st time
tau CikguComey sambut Raya Haji sorang2 di perantauan. Kira perantauan la gak kan. Walaupun dalam Malaysia lagi. Ngeh3.


Enchik Suami pun hanya dapat cuti sehari je. So, dia decide tak nak balik.
Tak berbaloi pun
. Letih je. Takpela. CikguComey memahami.



Tak mau sedih2la. Kita layan lagu hepi2 ek.







cikgucomey:rindu nak makan ketupat ngan kuah kacang.

Wednesday, September 22, 2010

Ceritera Raya Yang Nak Basi Dah..


Haih~
Asik nak mengeluh je sejak2 ni.



Tak hilang letih lagi ni. Mana taknya, beraya pusing semenanjung ok!
Tak caya?? Betul ni. CikguComey beraya pusing satu semenanjung tau. Korang nak tau ke?Ahh, tak kira nak cerita gak walaupun dah nak basi. Haha. Raya kan sebulan. Ye tak?? Ngeh3.






Mula-mula gerak dari umah kat Butterworth balik ke Jerteh,Terengganu. Raya ke-3 dari Jerteh balik Johor pulak. Lepas tu raya ke-8, dari JB balik ke Butterworth. Habis satu semenanjung CikguComey lalu tau. Kecuali Perlis la. Hehe.




On the way balik JB. Muka hubby dah letih gile.

CikguComey interframe sket je.
Nanti terserlah plak kecomelan I, kompemla korang jeles kan. Haha.




Tapi raya kali ni best sket la sebab dapat berkonvoi raya ngan abang2 CikguComey. Walaupun adik beradik I ni 4 orang je, tapi memang susahla nak dapat raya sama2. Memang bestla dapat raya sama2. Banyak umah sedara kitorang singgah kat Batu Pahat tu. Selalunya 2 buah umah je g raya. Tahun ni banyakla gak. Umah sepupu abah yang tak pernah pergi pun kitorang g. Best2~


Tak larat nak bebel panjang. Layan ajela gambar yang entah apa2 ni ek. Ngee~



::Trademark CikguComey. Hik3. ::





Anak2 buah yang membesar bagai johan. Hehe.

Yang sulung tu dah macam anak dara. Umur baru 13 ok!




Letih betul si kecik ni sampai tertidur. Kalau korang nak tau, si kecik ni tertidur masa makan.
Daging ada lagi dalam mulut. Hehe.
Time ni, CikguComey dah alihkan pinggan
kat atas peha dia tu.
Sian sangat. Letih ye Harith..




Akak ipar I ni sembunyi plak belakang I.
Patutnya I yang kena 'sembunyikan' badan yang bam2 tu. Haha.





Enchik Suami berbaju kuning!1st time pakai kuning.
Selalu merah je.Ensem2. Ngeh3.
Harusslaah puji suami sendiri ye.







Mak.Abah.Pak Long.
Ekceli paklong I ni sakit. Katanya ada saka.
Adeii~Serammm.




cikgucomey:tak puas lagi raya.raya kt johor sebulan.huhu

Tuesday, September 7, 2010

Plan Lain, Lain Yang Jadik

Hoyyeehhhh2~



Besok nak balik kampung dah! Tapi bukan balik bandar, kali ni balik kampung ok. Hehe. Tahun ni turn raya kat Jerteh. *huhu.sedih sebenornya. (T__T)*



Orang yang paling gumbira mestila Enchik Suami kan. Raya umah dia mestila seronok kan. Tapi yang penat, isteri dia yang comel ni gak. Penat den kemas umah. Packing baju. Gosok baju raya. Letih dah ni. Rasa nak demam pun ada. *mintak dijauhkan.kang tak beraya pulak.*




Ok, back to track. Hehe. Sebenarnya, nak tepek gambar menu buka puasa tadi. Konon nak masak Nasi Daging Merah, sekali jadik NASI GORENG USA uollllllssss! Haha. Ni semua gara-gara nak habiskan stok makanan dalam peti sejuk tu ha. Ni pun pening lagi sebab ada lagi makanan tak abis dalam tu. Adeiii~ *terus rasa nak bagi kat Aunty sebelah.haha.time ni baru nak bagi ye*



Mohle tgk gambar NASI GORENG USA ngan donut pujaan hati. Eehehe.






::MENU IFTAR 070910::



cikgucomey:yeay!besok takyah pening nak masak ape.hehe

Monday, September 6, 2010

Mood Lagu Raya

CikguComey sangat suka lagu raya ni. Tak tahu napa..Hehe..Layan je la ek.



Monday, August 30, 2010

Raya..Raya..Raya...

Rindu CikguComey takk??Haha..Malula tu nak ngaku. Takpe2. CikguComey tahu korang rindu gila kan..Heee~


Ok, sila abaikan CikguComey yang kuat perasan ni. Ngeh3.


Kita cerita pasal raya plak la. Dah tinggal bapa hari je nak rayakan. Adala dalam seminggu lebih. Tak lama dah tu. Kanak-kanak mesti seronok kan. CikguComey tahun ni biasa-biasa je. Almaklumla masih penganggur terhebat. So, hanya mengharapkan belas ihsan Enchik Suami je la. Sedih kan..Sob..Sob..Sob..


Tapi takpe. Kali ni la bleh kikis Enchik Suami. Haha. Bayangkan 2 hari turut2 CikguComey g Jusco Bandar Perda. Hihi. Semalam yang paling letihla. Tapi puas hati. Apa yang CikguComey nak semua dapat. Yabedabeduuuuuu!!!


Cuma kesian kat Enchik Suami. Penat layan bini dia yang kiut-miut ni. *nak juga tu puji diri sendiri.haha* Tapi Enchik Suami sikit pun tak bising. Ikut je. Tu yang best tu.



Kesudahannya, bila malam ....
.



.




.



Tertidur depan tv. Penat sangat ye bang. Sian abg.
Nasib tak ngences. Haha.
I LAPPP U LAA YANG!!



cikgucomey:bila shopping terus baik sakit.haha

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak!
*cakap arab plak.hehe.nak lebih2 tak pandai sbb B.Arab Tinggi dapat c6 je masa SPM.Hik3*




Alhamdulillah. Masih diberi peluang nikmati Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih barakah dan lebih baik dari yang sebelumnya.


Yang paling best Ramadhan kali ni, Enchik Suami dapat cuti dari kursus. So, dapatlah sambut 1st Ramadhan bersama isterinya yang comey tak hengat ni *nak gak puji diri sendiri.kekekekek* kat JB. Tapi yang tak best pulak, Enchik Suami kena extend kursus seminggu. Nampaknya sampai 15 Ramadhan la CikguComey berpuasa di rumah mak abah.



Kira adil la kot sebab tahun ni raya Jerteh dulu. So, mak abah takla terasa sangat kan sebab CikguComey dah sambut puasa dekat sini.


Ramadhan kali ni CikguComey rasa macam nak ajak Enchik Suami tour dari masjid ke masjidla. Tapi tak discuss lagi pasal ni. Kalau jadik, mesti bestkan. Setiap masjid mesti ada perbezaan kan. Ala, penat sikit takpe, Ramadhan setahun sekali je. Lepas ni kena tunggu setahun lagi baru dapat solat terawih. Doakanla apa yang CikguComey plan ni jadik ye.



cikgucomey:teringin sambut Ramadhan di Tanah Suci.

Monday, July 26, 2010

Perlu ke Sedondon??

Lebih kurang 2 minggu je nak sambut Ramadhan Al-Mubarak.

Puasa ganti pun ramai yang tak habis lagi dah sibuk nak cerita pasal raya. Hehe. Eh, saya tak termasuk golongan itu ye sebab tahun lepas puasa penuh. Haha. Untung. Takyah sibuk2 ganti.

Cakap pasal raya, banyak benda nak fikir. Ye tak?

Kueh raya. Baju raya la. Duit raya. Langsir raya. Serba serbi nak fikir. Haih~ Nasibla raya setahun sekali. *tetiba lagu raya Setahun Sekali (Amy Mastura) terngiang-ngiang kat telinga. Heh*


Hurm baju raya pun tak buat lagi. Nampak gaya pakai baju kurung yang tak pernah pakai lagi. Huhu. Tapi baju hubby pun takde lagi. Korang rasa perlu ke beli kaler sama?? Suami isteri memang kena sedondon ke? Heh.


Kena sedondon macam ni ke?
Tak sedondon tak romantik ke? Heh.




aarecomel:tahun lepas terlupa mtk maaf kt suami.haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails