Showing posts with label boncett. Show all posts
Showing posts with label boncett. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Belum Rezeki Lagi

Lately, ramai kawan-kawan yang bersalin. 
Geram tengok gambar-gambar baby diorang. Comel-comel semua.


Kadang-kadang jadi sebak jugak. Tengok orang lain senang je nak pregnant. Lepas sorang, sorang. Senang kan? Tapi saya pujuk hati ni. Thinking positive way. Ujian Allah tu berbeza untuk setiap manusia. Jadi, redha dan teruskan berusaha. Berdoalah sebanyak mana. Insya'Allah, satu hari nanti Allah pasti makbulkan. 


Dan saya rasa beruntung kerana diuji Allah. 
Itu tandanya Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah..:)
Yang pasti, saya takkan pernah putus meminta dan terus meminta. 
Semoga Allah akan makbulkan permintaan kami yang lemah ni. Aminnn.....




saya: cekal.

Thursday, February 23, 2012

Lemah

Kadang-kadang susah nak luahkan apa yang ada dalam hati ni.
Kadang-kadang kita cuba buat-buat kuat semangat.
Tapi sampai satu tahap..
Kita baru sedar yang kita tak mampu nak kuat lagi.
Dan akhirnya, jatuh jugak air mata ni..

Lega..
Itu je mampu diucapkan bila air mata dah mengalir selebat mungkin.
Menangis bukan tanda lemah, tapi pengubat hati..

Saya menangis untuk sekian kalinya.
Dah lama tak menangis sampai bengkak-bengkak mata.
Rasa diri ni kerdil sangat compared to others.
Mujur Enchik Suami selalu di sisi. Katanya, belum ada rezeki lagi.
Saya masih cuba positifkan diri, mencari balik kekuatan yang selama ini saya bina..


 La Tahzan!




me:rasa rendah diri semakin menebal.

Tuesday, June 28, 2011

::Sedih::

Sejak dua menjak ni, rasa sayu je bila tengok ramai member yang dah bersalin. Yang pregnant..
Tersentuhla jugak hati ni. Terdetik dalam hati, bilala turn aku..(T___T)

Tapi Cikgu tetap bersyukur sebab Enchik Suami sangat memahami. Kalau Cikgu sedih, dia yang tenangkan.Belum sampai rezeki kami. 





Harap-harapnya, akan adala rezeki kami tahun ni. Doakan ye kawan-kawan.




cikgu_farhana: takkan berputus asa.yakin dengan perancangan Allah

Friday, May 27, 2011

Buah Zuriat

Alhamdulillah. Dah sampai pun buah zuriat yang diorder.

Tapi masih dalam kotak lagi. Enchik Suami sibuk sangat minggu ni. Tak sempat lagi nak mengerjakan buah zuriat tu. Huhu. Isteri dia pun dah kurang kasih sayang ni. .(T___T)

Cikgu bukan beli buah zuriat je, Cikgu beli sekali serbuk kurma. Ni pun sebab ada kawan Cikgu yang cadangkan. Kawan Cikgu ni pun lepas dua tahun kahwin baru pregnant. Dia beritahu dia amalkan serbuk kurma dan air zam-zam. Makan setiap kali sebelum bersama. Suami isteri kena amalkan. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa dia, dia dah pregnant 5 bulan. So, dia cadangkanla Cikgu cuba makan serbuk kurma. 



 Rupa luaran Buah Zuriat




 Setelah berjaya dibelah..:p




 Ni pulak..rupa serbuk kurma tu.




::credit to enchik google::



Selagi ada jalan, kita berusaha. 
Yang penting, usaha dan selebihnya berserah pada Tuhan.





cikgu_farhana: tak pernah berputus asa.

Friday, February 4, 2011

RX Lite..Berkesan ke?



Tetiba rasa nak try produk ni. Maybe sebab terpengaruh dengan rasa koko kot. Macam selera sikitla nak telan kan. Hehe. Ada sesiapa tak dah minum produk ni? 
Bolehla share pengalaman..:p




cikgucomey:azam 2011, nak kurus!!!hihi.

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Tinggal 2010

Dua hari je lagi menjelang tahun baru 2011.


Apa azam korang? CikguComey masih belum fikir lagi ni. 
Azam tahun ni pun ada yang tak tercapai lagi. Haih~ 




Kalau diingat-ingat, dikenang-kenang, tahun 2010 adalah tahun penuh cabaran dan dugaan. Tapi alhamdulillah, CikguComey masih bertahan sehingga sekarang. Kita kena selalu positif. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Adakalanya kita terlupa akan hikmah yang menyusul setelah diduga berkali-kali. Yang penting, kita kena yakin bahawa sesungguhnya Allah itu perancang terbaik.




Semoga tahun 2011 lebih membawa erti dalam kehidupan CikguComey dan semoga akan ada rezeki yang satu itu. ('',)




Rezeki yang satu.


[pix:google]



cikgucomey:tak pernah putus asa.

Thursday, July 29, 2010

Adakahhhh Aku......??

Dah berapa hari tak berapa lalu nak makan.

Kepala asik pening je.

Perut pun macam sebu2..

Haih~

Tiba-tiba terfikir

Adakahhhh aku....
.
.

.

.

.

.
.

MENGANDUNG??




Bilala nak boncett ayu macam ni. Huhu.
Mesti bestkan dalam perut ada baby.
Nih asik bawak isi perut jek. Hehe.





Hehe.Kadang2 perasan je lebih.Check2 negative.Huhu.Takpe.Sabar.Usaha lagi.



aarecomel:jeles tgk orang pregnant.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails