Tuesday, July 13, 2010

Bersawang Daa..

Rindu ye. Heh.

Perasan. Hahaha. Ada ke yang rindu kat entry saya ni. Hik3.

Lama tak online. Weekend hari tu balik Jerteh. Malas nak mengangkut laptop. Tu yang tak berupdate blog ni. Huhu

Yeah!Finally, balik gak Jerteh tanpa dirancang. Alih-alih dah sampai umah Mek.Hubby tiba-tiba je call beritahu nak balik petang Jumaat tu. Saya ikutkan aje. Alhamdulillah, selamat sampai. Nasib tak banyak kereta.

Dapat gak makan sata sedap!Hehe. Sabtu pagi dah bising-bising soh hubby beli sata. Meroyanla katakan. Ngeh3. Rupanya, sata tu petang baru jual. Heh. Patutla hubby buat tak tahu je bila bini dia rengek-rengek nak sata pagi-pagi buta. Dah tu bantai tidur sampai kul 12 lak tu. Sabar je la.

Erm lama tak update jadik malas nak tulis panjang2. Sigh~

Tengok je la ole-ole dari kampung ni ek.


::KEPOK KEPING::
Memang wajib beli kalo balik Jerteh. Hubby memang suka sangat makan.
Bersupik-supik beli. Siap boleh bagi kat jiran sesupik dua.



::KEROPOK LEKOR::
Sori ek. Gambar blur2 je. Heh. Kepok ni pun wajib gak beli.
Yang ni my faveretla.

Tapi kali ni beli tak berapa sedap. Huhu.Telan je la.




::MOKTE::
Hubby panggil "mokte". Hehe. Pelik je bunyi.
Ni versi dah buang kulit.
Penat kait sebelum balik. Bukan I yang kait. Hua3.
I tukang kutip je. Hik3.


::SOS PENCICAH::
Yang ni pun tak tinggal gak. Rasanya kat sini pun ada gak tapi tak jumpa lagi.
Alang-alang dah balik kampung, beli je la.
Pernah beli brand lain tapi kurang umpphhhh~





aarecomel:balik JB pulak Jumaat ni.

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails