Monday, May 28, 2012

Pesanan Enchik Suami


"Yang,balik JB jangan lama-lama sangat eh. Seminggu cukupla."

Pesan Enchik Suami beberapa minggu sebelum cuti sekolah..(",)

Ikutkan hati memang nak balik berdua. Tapi as usual Enchik Suami susah nak dapat cuti. So, terpaksala balik JB sorang. Memang sangat tak best! Dah tu kena naik bas pulak tu. Lagilaaaaaaaa bertambah-tambah tak best!! Hari tu nak tempah tiket flight tapi schedule kelas tambahan tak keluar lagi. Tak berani nak booking. Malas nak cari orang ganti last minute. Tak pasal-pasal orang menyumpah kat kite kan. 

Berat hati jugak nak tinggalkan Enchik Suami. Kitorang kan jarang-jarang berjauhan ni. Bukan Enchik Suami je meroyan, saya pun meroyan jugak nanti. Heh. Tapi awal-awal je la. Lepas 2-3 hari kat JB, takde maknanya! Haha. Hilang segala meroyan. Terus hilang ingatan kat Enchik Suami sekejap. Ngeh3.

Pesanan untuk Enchik Suami, BEHAVE YOURSELF OK!

Sayang awak sangat..:))



saya:berat hati.tsk.tak suka.

Saturday, May 19, 2012

Belum Rezeki Lagi

Lately, ramai kawan-kawan yang bersalin. 
Geram tengok gambar-gambar baby diorang. Comel-comel semua.


Kadang-kadang jadi sebak jugak. Tengok orang lain senang je nak pregnant. Lepas sorang, sorang. Senang kan? Tapi saya pujuk hati ni. Thinking positive way. Ujian Allah tu berbeza untuk setiap manusia. Jadi, redha dan teruskan berusaha. Berdoalah sebanyak mana. Insya'Allah, satu hari nanti Allah pasti makbulkan. 


Dan saya rasa beruntung kerana diuji Allah. 
Itu tandanya Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah..:)
Yang pasti, saya takkan pernah putus meminta dan terus meminta. 
Semoga Allah akan makbulkan permintaan kami yang lemah ni. Aminnn.....




saya: cekal.

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails