Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

::Oreo Cheesecake::

2 bulan setengah di KL, aktiviti memasak sangatlah tidak memberangsangkan. Haih.
Memang malas gila! Tapi bila ada orang nak datang, boleh pulak rajin kan. 


Jadi, kawan-kawan, silalah rajin-rajin datang rumah saya ok! 
Confirm saya akan automatik bertukar jadi rajin. Haha.




Godeh-godeh folder F.O.O.D terus terliur tengok gambar ni





.



.





.





Perghhh memang menggiurkan anak tekak wehh. 
Kombinasi biskut oreo dengan creamcheese memang terbaikk! 
Tapi kalau nak buat lagi, saya nak try resepi yang simple macam kat SINI
Orang yang takde oven pun boleh buat tau..



saya: laporrrr!!

Friday, November 30, 2012

4th ANNIVERSARY

Alhamdulillah. Dah 4 tahun kami bersama. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Insya'Allah seberat mana pun dugaan, jika dengan izinNya ia akan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri.


Tahun ke-4, tiada hadiah istimewa, tiada kad ucapan, tiada dinner yang romantik, sekadar hidangan penambah berat badan. Hahaha. Serius. Bila masuk dalam mulut, saya dah terbayang lemak-lemak tepu sedang menempel kat badan saya terutama bahagian perut yang sedia ada dah banyak lemak! 



::OREO VANILLA CREPE WITH CHOCOLATE BUTTERCREAM::



Amacam? Berlemak tak? Haha.




Atas permintaan, saya letakkan resepi dan sumbernya. 

Untuk CREPE
Sumber: Majalah AROMA(Kak Ita-fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan:
  • 140gm tepung kek- self raising flour
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm gula caster
  • 500ml susu segar/susu cair
  • 30gm butter - dicairkan
  • 4 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu esen vanila - *saya letak perisa vanilla.sama ke lain ek?rasanya lain.bedal je la.


Cara penyediaan:
  1. Masukkan tepung kek+tepung jagung+garam dalam satu bekas. Ayak dan masukkan 1/2 susu ke dalam adunan tadi dan gaul rata sehingga licin dan tak berketul-ketul.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula, dan baki 1/2 lagi susu. Kemudian kacau rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kuning telur (no.2) ke dalam adunan tepung (no.1) dan gaul rata sehingga adunan menjadi licin. Tambahkan butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau hingga rata dan kemudian tapis.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
  5. Sediakan non-stick pan atau apa2 kuali yang tak lekat, panaskan dengan api besar sampai kuali betul2 panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Bila lapisan bawah dan kuning keemasan, angkat. Tak payah balikkan. Ulang hingga habis semua adunan.



Tips dari Kak Ita:Lepas angkat kulit crepe,lapis dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik untuk mengekalkan kelembapan dan elakkan crepe menjadi kering.






Untuk filling, saya hanya buat simple chocolate buttercream. Asalnya saya nak buat Vanilla Cream Kastard, tapi disebabkan semalam tak berapa sihat, saya guna je bahan yang ada dekat dapur. Memang tak larat nak drive semata-mata nak beli whipping cream. Jadi, guna je la stok yang sedia ada kat rumah. Jimat.


Tapi rasanya kureng sikit. Muak. Kalau filling guna whipping cream or chocolate ganache lagi sedapla. Kalau nak cuba jugak buttercream, boleh cuba resepi ni. Simple sangat.


CHOCOLATE BUTTERCREAM
Sumber: Google (tak ingat kt mana)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan choc chip - *saya gantikan dgn compound milk chocolate.sbb tu je stok yg ada.


Cara-cara:
  1. Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler
  2. Bila dah cair kacau sehingga sebati.
  3. Simpankan ke dalam peti sejuk biar pra beku. Kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim. 
  4. Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas crepe.


Ada banyak lagi resepi yang simple, boleh search kat google kalo tak nak cuba yang ini. Same goes to filling lain. Nak senang rujuk kat blog Kak Ita. Semua ada.


Untuk penyediaan:
  1. Letak sekeping crepe kemudian paipkan filling. 
  2. Lepas tu, letak biskut oreo yang dibuang cream atas filling tadi. Lapiskan semula dengan crepe dan ulang hingga siap.

Nak letak biskut dari bawah sampai atas pun boleh. Saya tak letak semua lapisan sebab stok biskut tak cukup. Mana nak cukup. Satu letak atas filling, satu masuk dalam mulut. Hahaha. Manalah nak cukupkan. Tapi serius.. Bila letak biskut oreo menambah lagi kelazatannya. 




Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin sangat. Kalau ada resepi yang simple-simple, confirm laju je saya cuba. Heh. Jadi, resepi yang saya cuba semua yang simple dan ringkas. Lagipun sendiri nak makan kan. Lainla kalau nak bisnes.


Pesanan saya, banyakkan bersabar masa mendadar crepe tu ok! Memang menguji kesabaran. SELAMAT MENCUBA!



saya:teringat-ingat kesedapan Oreo CheeseCake.adeii.


Sunday, November 25, 2012

MURTABAK MINI

As usual, hari Ahad adalah hari bermalas-malasan untuk saya. 
Jadi, hari ni saya sekadar masak Murtabak Mini untuk 'brunch' (breakfast+lunch). 


MURTABAK MINI

Bahan-bahan inti:

Isi ayam/daging cincang -ikut suka nak letak banyak mana
2 biji ubi kentang -dipotong dadu
1 biji bawang besar -dicincang/dipotong dadu
serbuk kari -saya bubuh 1 paket(kalau tak suka rasa kari, boh 2 sudu besar pun dah ok)
cili blender -(yang ni optional.saya suka ada rasa pedas.cili blender ni saya memang dah
                  siap boh bawang merah,bawang putih, dan halia.memang selalu ada stok)
gula, garam secukup rasa - nak letak perasa pun boleh.saya memang takde stok perasa kat  
                                     umah.

*kalau ada daun sup, boleh jugak nak letak.saya tak letak sebab tak beli.




 Bahan-bahan lain:

  • kulit popia saiz besar
  • 2 biji telur         
  • sedikit minyak untuk menggoreng               


Cara-cara:
  1. Serbuk kari+cili blender digaul sekali. Letak air sedikit
  2. Tumis serbuk kari+cili blender hingga naik bau. 
  3. Masukkan kentang dan ayam. Masukkan air sedikit untuk mempercepatkan kentang empuk.
  4. Bila kentang hampir empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan bawang yang dicincang tadi. Biarkan sehingga kentang betul-betul empuk. 
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, campurkan inti dengan telur. Gaul sebati.
  7. Panaskan kuali, letak sedikit sahaja minyak. 
  8. Letak sedikit inti di atas kulit popia dan lipatkannya menjadi empat segi.
  9. Masukkan murtabak ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Selamat mencuba!


saya: gigihkan diri untuk menaip resepi yang sempoi nih atas permintaan sorang kawan yang sedang sarat mengandung tetapi berkobar-berkobar memasak. Hehe.

KASIH ABAH

Kejadian 3 hari lepas, semasa saya sedang memilih kuih untuk minum petang,


Bapa: Adik nak kuih apa? Ambik la.
Anak perempuan: (Terus pilih kuih-muih kegemaran)

Usai si anak memilih kuih, si bapa pun bertanya,

Bapa: Cukup ke dik? Nak apa-apa lagi?
Anak: (Sekadar menggelengkan kepala tanda cukup)


Semasa dalam perjalanan pulang, saya rasa sebak. Teringat saya pada Abah.. (T__T)


Abah saya adalah orang yang paling istimewa dan anugerah yang tidak ternilai untuk saya. Sejak kecil, Abah sangat menjaga makan kami adik beradik. Tak pernah sekali pun saya adik beradik tak cukup makan. Abah saya tak pernah kekok dalam membantu Mak menguruskan rumah. Dari mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, hatta memasak pun Abah cukup hebat! Bertuahkan saya.


Abah pantang bila dengar saya nak makan apa-apa. Pasti dia akan belikan makanan yang saya nak makan. Kalau tak jumpa, dia akan cari sampai jumpa. Begitulah kasih Abah.. (T_____T)



Hakikatnya, walaupun saya dah 4 tahun kahwin, kasih sayang Abah terhadap saya tak pernah berubah. Masa Abah datang ke rumah saya tempoh hari, Abah tunaikan hasrat saya nak makan Asam Pedas Ikan Pari. Malah, sepanjang di rumah saya, Abahlah orang yang sibuk memasak di dapur, bukannya saya! Ya Allah, besarnya kasih sayang Abah. Abah jugakla yang temankan saya pergi ke pasar. Abahlah jugak yang keluarkan tenaga kopekkan durian untuk saya makan. Dan setiap kali Abah nak ke rumah saya, dia pasti akan tanya dulu kalau-kalau saya ada nak makan apa-apa. Abah pasti akan belikan dan bawa ke Penang.




Sesungguhnya, saya tahu bahawa saya tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Abah pada saya. Hanya sekalung doa yang tak pernah putus dari saya untuk Abah dan Mak.





Buat Abah, 
Adik cuma nak Abah tahu, yang Adik sangat sayangkan Abah dan Abah adalah lelaki nombor satu dalam hati Adik.



saya: menaip sambil bergenang air mata.


Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

Sunday, July 15, 2012

PEMANGGANG AJAIB

Sana sini cerita tentang pemanggang ajaib. Produk ni dah lama dah ada kat pasaran.
Mungkin saya je yang tak perasan. Haha. 

Tak boleh jadik. Nak kena beli jugak pemanggang ni. Macam-macam resepi boleh buat.
Ikutkan hati hari ni jugak nak beli, tapi hari ni hari Ahad, confirmla kedai tu tutup kan. 




Sangat sesuai dengan saya yang masak ikut mood ni. Kalau malas-malas, kita panggang aje guna pemanggang ni kan. Yang penting sedap dan sihat!



saya:sangat teruja

Monday, July 9, 2012

MONDAY BLUES

Bila hari Isnin je, mood pun kureng. Kalau boleh rasa nak duduk goyang kaki, golek-golek atas tilam. Tambah-tambah sekarang ni hujan je kat Penang. Memang sedapla kalau tido. Terasa di sorgaaa~ Eheh.


Minggu depan dah start puasa. Rasa tak sabar pulak nak sambut Ramadhan kali ni. Harap-harap Ramadhan kali ni saya lebih rajin memasak. Lebih banyak resepi yang kebabomm yang akan dimasak. Yeayy!Chaiyok..chaiyok!


Enchik Suami pulak dah request Biskut Dahlia untuk hari raya. Saspen jugak nak buat sebab saya tak pernah buat! Makan taula. Setau saya, nenek saya memang pakar buat Biskut Dahlia ni. Memang biskut old skull kan. Harapnya jadikla biskut dahlia saya. Tengok resepi macam senang. *Tengok je memang senang.Try buat.Erk.*


KREDIT: GOOGLE



saya:berkobar-kobar nak buat biskut raya.

Tuesday, June 26, 2012

PAVLOVA..SEDAP KE?

Sana sini orang cerita pasal PAVLOVA. Sedap sangat ke pavlova ni?? *ayat kerek ok*
Serius, saya tak pernah makan. Heh. Ketinggalan zaman sikit je. 




Niat di hati nak cuba buat sendiri. Kalau sedap, tak payah order. Tapi kalau tak sedap, gamaknya kenala order saja. Senang cerita.




Dah selongkar banyak jugak blog-blog resepi. Cari resepi pavlova yang simple-simple je. Saya ni takla rajin sangat mem'baking' ni. Tengok mood jugak. 






Kalau mood dah ke laut, takde maknanya nak cuba resepi yang komplikated sampai nak hentak-hentak kaki. Ngeee~ Tapi bila mood tu berkobar-kobar, ribut taufan ke gempa bumi ke tak jadi hal. Masak tetap masak. Hahaha. Teringat masa buat keropok lekor hari tu. Rumah bergoyang pun boleh rilek siang ikan. Orang lain semua dah bertempiaran lari turun, saya boleh selamba badak siang ikan! Korang ada?? Tak ada kan...:)))




Tengok pun dah cair air liur. Belum masuk anak tekak lagi. 
Adeeiii~Kena buat jugak ni.

ihsan: google'




Disebabkan semua orang sibuk cerita pasal pavlova ni, saya pun bercadang nak try buat sendiri minggu ni. Tak tahula tu jadik ke tidak. Tunggu je la. 






saya:jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.

Saturday, June 9, 2012

OREO CHEESECAKE

Bila mood rajin nak memasak, habis semua blog resepi nak selongkar. Hehe. Tapi bila time mood dah ke laut, resepi yang berlonggok-longgok dalam document tu, haramm tak ditengoknya. Heh.



Disebabkan aura rajin dah meresap dalam jiwa, maka terhasil lah OREO CHEESECAKE. 
Sila jangan fengsannn, ok!







Ini Oreo Cheesecake versi saya. Orang lain guna springform pan. Tapi saya ni terlebih kreatif, gunala loyang yang lobang tengah-tengah tu. 
Korang pun, kalau dah takde springform pan tu, tak payah nak hentak-hentak kepala kat dinding, guna je apa yang ada. Hehe.


Mujurla loyangnya tak besar mana, cukupla untuk kitorang dua orang ni. 
Bagi jugak sepinggan dekat jiran sebelah. Maklumla, Enchik Suami perut kecik. 
Lagipun, ciskek-ciskek ni bukan selera tekak dia. Saya pulak ikut mood. Time nak buat tu berkobar-kobar, bila dah siap, makan pun ala-ala je. Heh. 




saya:macam nak buat karipap pulak.

Friday, June 8, 2012

TIRAMISU

Ramai pulak yang mintak resepi tiramisu. Mungkin gambar yang saya letak dekat Facebook tu menggiurkan sangat kot. Ehehe. Pasal tu la ramai yang berkenan. 




Sila jangan tertipu dengan gambar ye; rasanya tidakla hebat mana pun..:p






Tapi cara nak buat memang sempoi. Sekejap je dah siap. Saya pulak memang jenis suka resepi yang simple-simple ni. Janji hasil kebaboomm. Heh. Kebaboom untuk tekak Enchik Suami jadikla.



RESEPI DARI GOOGLE (Lupa dari blog mana.Tsk.Sori)


Bahan-bahan:
  • 250 ml whipping cream
  • 200ml cream cheese (saya guna PHILADELPHIA)
  • 1/2 cawan gula halus (kalau takde stok, tak payah pening-pening. Gula pasir tu blender aje.Heh)
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan nescafe
  • serbuk koko dan strawberi (untuk hiasan)
  • sebuku kek (apa-apa kek)


Cara-cara:


1. Bancuh nescafe dengan air panas.

2. Pukul gula, cream cheese, whipping cream sampai kembang dan gebu. 
(Sila guna mixer eh. Kalau rasa tangan tu kental, bolehla nak pukul pakai tangan. Hehe)

3. Potong kek dan susun dalam bekas. 

4. Tuangkan bancuhan nescafe atas kek. (Jangan tuang semua pulak. Agak-agak)

5. Sapu cream cheese+whipping cream yang dah dipukul tadi ke atas kek. Ulang langkah sampai habis.

6. Sejukkan dalam peti sejuk.

7. Bila nak makan, hiaslah dengan serbuk koko dan strawberi.






Bolehla kalau nak surprisekan Enchik Suami. 
Confirm Enchik Suami senyum lebar.
(^__________________^)



Gigih jugak nak buat tiramisu ni. Sebelum ni tak tahu pun apa tu cream cheese, whipping cream. Sebabkan Enchik Suami asyik cakap tiramisu sedap, saya pun gigih google resepi kat internet. Saya pun tak pernah makan sebelum ni. Tapi tak sia-sia, memang sedap!





Selamat mencuba!



saya:simple tapi sedap.

Saturday, May 19, 2012

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

Sunday, April 15, 2012

MAIN KETUK-KETUK

Bulan ni bulan yang memenatkan.
Baru balik kursus, sibuk dengan Sukantara. Lepas tu, Merentas Desa dan Jogathon pulak. 
Memang letih. Serius letih!

Tapi penat-penat pun sempat lagi main ketuk-ketuk kat dapur. Heh.
Terover rajin pulak bulan ni. Biasala.. Bila datang aura rajin tu macam-macam resepi la nak buat kan. Kalau malas, harammmm..Heh.

1st recipe is KEROPOK LEKOR HOMEMADE.. 
Tak pernah seumur hidup buat keropok lekor sendiri. Alkisahnya, ada ikan selayang dah lama benor dalam peti sejuk tu. Plan nak buang, tapi macam sayang pulak.
Saya pun google cara-cara nak buat kepok lekor. Last-last, jadik jugak kepok lekor homemade ni..:p




2nd recipe is BRUSCHETTA. 
Ceritanya sebab dah boring asik makan nasi. So, nak ubah selera sikit, buatlah Bruschetta ni. Senang, mudah, cepat dan sedap. Tak rugi mencuba! 
Ni dah kali ke-2 la buat resepi ni. Memang superb!





3rd recipe is BAKED MACARONI.
Konon-konon nak buat untuk 2 orang je. Alih-alih lepas bancuh semua bahan, jadi banyak la pulak. Jadi saya asingkan dua adunan. Satu adunan untuk kitorang dua je makan dan satu lagi untuk kawan-kawan sekolah.

 Yang ini masuk dalam acuan muffin. 
Cukupla untuk kitorang berdua makan.


Ni pulak rezeki kawan-kawan. 
Licin. Kejap je habis..:)



Harap-harap lepas ni saya akan lebih rajin masuk dapur.. (^__^)



me:bilala nak kurus kalau macamni..adeii!

Friday, March 16, 2012

Mee Sup Kebaboo

Sejak dua menjak ni rasa tak tau nak makan apa. 
Makan tu tak sedap. Makan ni tak sedap. Haih.
Apa kena entah tekak ni. 


Enchik Suami pulak outstation.
Lagila takde selera nak makan.


Tapi tadi terjumpa pulak gambar ni dalam lappy husband.

...






...




...




..





...





Nampak macam menggiurkan je ek. (^___~) 
Saya ni Mee Sup memang kureng sket. Selalu masak sebab Enchik Suami suka sangat. 
Kalau sebungkus tu, dia sorang makan 3/4 bungkus ok! 


Besok Enchik Suami balik. Bolehla nak masak Mee Sup ni. Lepas tu buat bergedil, sambal kicap kaw-kaw..Perghhh kompem terangkat! 








me:buat soto nasi pun ok jugak kan.adeii.dalam dilema.heh

Friday, March 2, 2012

Deko Dapur

Since rumah dah nak siap, macam-macam dalam kepala otak ni. Nak buat macam tu, nak buat macam ni.
Rumah sendiri kan, jadi excited tu lebih sikit..:))


Tapi dalam banyak-bayak benda nak buat, dapur jugak yang jadi 1st priority saya. 
Lumrah orang perempuan kot ek.
Gaji besar mana pun, kena duduk dapur jugak..;p


Dapur rumah kitorang takla besar sangat. Untuk wet kitchen memang tak berapa besar.
Plan macam nak besarkan, tapi still dalam consideration. Belum finalize lagi. 
Saya memang suka dapur besar. Senang kalau time kenduri kan.
Takla dok berlaga bontot kan. Heh.


 
Sesuai untuk ruang yang kecik. Suka konsep ni. 
Guna ruang yang ada sebaik mungkin.



Ha, yang ini exactly sama dengan wet kitchen rumah kitorang. Ruangnya kecik
 tapi padanan warna putih oren menampakkan dapur ni lebih luas.



 Deko yang ni, favourite colour Enchik Suami.
Ok jugak kan cat warna merah kat dapur. 
Semangat sikit nak masak. Hehe


 I wish that i'll have this kitchen. 
Memang nak sangat deko dapur macam ni!
Tapi nak yang modern style.


 Ni pun ok jugak!


Yang ni memang stylishla. Kalau apartment, sangat sesuai.



Sebenarnya, tak kirala deko dapur kita tu macam mana pun kan, yang penting mesti bersih. Kalau deko dah meletopp, tapi dapur tunggang langgang, tak guna jugak kan. Ye tak??




me: baru fikir pasal dapur.belum lagi yang lain-lain..:(

Monday, October 3, 2011

I Am Totally Recover..:)

Alhamdulillah, after 2 weeks demam on-off, hari ini saya isytiharkan yang saya TOTALLY RECOVER! Takde lagi panas-panas badan, sakit-sakit sendi, pening-pening nak muntah, batuk kong-kong.. Heh. Dah macam penyakit orang-orang tua kan..:p 

Hari ni saya bangun pagi dengan penuh bersemangat. Pagi-pagi dah on laptop siapkan kerja sekolah ok!
Lepas tu masak nasi sebab dah janji nak masak Nasi Goreng Sardin dengan Enchik Suami. Sempat lagi buat Sosej Roll..:p

So, hari ni saya dah sembuh sepenuhnya! No more MC lepas ni. Harap-harapla. Tapi sekarang ada risau sikit sebab period dah delay. May be sebab makan ubat banyak sangat kot. Tapi kalau ada rezeki, Alhamdulillahhhhhh!!!


 Chaiyokkkk!!


cikgufarhana: takut nak mengharap, percaya dengan ketentuan Allah..:)

Tuesday, August 23, 2011

CORNFLAKES MADU


Dah bertahun tak buat biskut ni. Pada hal biskut ni la yang paling senang kan..So, taun ni memang dari awal dah plan nak buat jugak biskut cornflakes.

Finally,


Hot from oven..Cikgu punya cornflakes madu..
Menarik tak?Hehe.



cikgufarhana:mazola dah siap.tapi lupa nak snap gambar.

Menu Iftar Semalam


Semalam terover rajin sikit. Dapatla buat 2 jenis makanan untuk berbuka puasa. 
Itupun yang ringkas-ringkas je. Tapi cukuplah untuk perut kitorang berdua ni.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


 ::BRUSCHETTA::
Senang,mudah dan sedap dimakan..:p

 ::APAM BERAS::
Takde plan nak buat apam. Tetiba nampak kat tenet, terus g dapur 
tengok bahan-bahan cukup. Lastly, jadikla apam ni. 
Sebelum g sekolah dah sempat siap. Balik petang, kukus balik.


Bukti, saya masak dua menu ni semalam..:p





cikgufarhana:dah masuk mood raya.

Friday, August 19, 2011

Ini Je Yang Mampu..:-(


As I told u guys before, Ramadhan tahun ni tak dapat masak menu yang kebaboomm untuk Enchik Suami. Sebabnya, Cikgu sekolah petang. Perjalanan dari umah ke sekolah dah 45 minit. So, sampai umah pun dah pukul 6.30+++. So, memang tak sempatla masak menu special2. Sempoi2 je.

Ni je la yang mampu Cikgu masak. Tu pun time cuti.

 ::CARA MANIS+CARA BERLAUK IN MY VERSION::



 ::MEE SOTO::


 ::BUAH MELAKA::



::MEE GORENG UDANG::



cikgufarhana:banyak lagi yang cikgu masak.tapi sempoi2 je.malas nak snap.

Tuesday, June 7, 2011

Pengat Pisang ke Bubur Merah Bubur Putih??

Macam-macamla bila puasa ni kan.
Nak makan itulah, inila..Nafsu betul!! Ngee~




::credit to enchik google::


Ni tengah confuse nak masak PENGAT PISANG ke BUBUR PUTIH BUBUR MERAH??
Dua-dua menggiurkan tekak ni. Haha. 
Betul la cakap Enchik Suami, Cikgu ni nafsu bukan main, nanti makannya tak..:p




cikgu_farhana:lama tak masak bubur-bubur ni..:p

Sunday, June 5, 2011

Donut Lagi..:p

::DONUT GEBUS-GEBAS::
Pelbagai saiz.Hehe. Donut ikut suka..;p 
Yang penting gebu!



Bangun tido tetiba rasa lidah ni nak makan donut. 
Tengok bahan semua ada. Laju je la tangan ni menguli.


Akhirnya, jadikla donut kat atas tu. Dah habis licin pun..:p  



cikgu_farhana: sekali-sekala makan donut takpe..kalau hari-hari, muka pun dah macam donut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails