Showing posts with label doctor. Show all posts
Showing posts with label doctor. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Minggu Ini Dalam Sejarah


1. Isnin - Ambik cuti jaga suami yang demam teruk.

2. Selasa - Bikin gempak dekat sekolah..hampir-hampir nak pitam. Nasib ada cikgu-cikgu lain yang bantu. Balik sekolah, Enchik Suami jemput. 1st timeeeee tu!

3. Rabu - Keadaan masih tak stabil. So, MC lagi. Tapi doc memang dah bagi MC siap-siap. Macam dah tau je kan..:p

4. Khamis - Dah bersemangat nak pergi sekolah, tapi Enchik Suami kata saya tak sihat sepenuhnya. Ditambah pulak, tetiba ada bintik-bintik merah dekat badan. Enchik Suami terus panik. Terus bawak jumpa Doc. Again, dapat MC lagi.  Haih.

5. Jumaat - Bangun pagi, kepala dah sakit sangat. Gara-gara tak boleh tidur 2 malam. Tapi masih bersemangat nak pergi sekolah. Baju semua dah pakai. Alih-alih angin puting beliung datang..Bwekkkkkk~ Muntah-muntah pulak. Kebetulan Enchik Suami baru balik. Apelagi, terus tak bagi pergi sekolah. Tuan badan dah nangis-nangis nak g sekolah, tapi hakikatnya tuan punya badan dan nak pengsan. Kepala makin sakit. Finally, MC lagi..:((((

Sekian untuk minggu ini. Semoga saya dapat ceria seperti selalu..:((



Harap-harap besok dapat seceria ni..



cikgufarhana:menaip dalam kepeningan.

Wednesday, September 21, 2011

Saya Pulak Demam

Alkisahnya, dua hari lepas saya cuti sebab jaga suami demam teruk. Alih-alih saya yang demam lagi teruk!
Semalam sebelum pergi sekolah memang dah rasa semacam. Tapi sempatla makan ubat dulu. Rasa macam dah ok sket, so decidela jugak pergi sekolah. Tetiba dekat sekolah boleh pulak badan ni makin panas sampai tahap 40 darjah. Ape lagi, tetiba buat gimikla kan..gimik nak collapse..Nasib kat staff room masa tu. Kalau collapse kat kelas, siapala nak angkat saya yang ringannnn sangaaatttttt ni. Hehe. 

Kecohla jugak kat staff room tu. Nasib member-member lain prihatin kan. Tolong amikkan air, bagi panadol. Nak pergi toilet pun diorang follow. Rasa malu pun ada. Lagi satu macam dah menyusahkan orang lain. Tapi seriously, saya memang dah lembik masa tu sebab badan panas sangat. Kepala macam melayang. Bila dah panas sangat, sendi-sendi memang sakit sampai lutut pun bisa. Nak jalan pun tak larat. Finally, (lepas cikgu-cikgu ni bising-bising sebab PK Petang tak bagi hantar g klinik..malas nak cerita.panjang sangat.heh) saya diangkut ke klinik. Masa g klinik, suhu dah kurang sket ke 38 sebab badan saya dah berpeluh. Doc tak cakap banyak, amik suhu lepas tu terus bagi injection. Lega sket. Dah boleh borak-borak pastu.

Semalam jugak, pertama kali dalam sejarah hidup saya, Enchik Suami jemput saya balik dari sekolah. Haha. Bukan senang tau. Walaupun tersesat-sesat, sampai gak. Baru dia tahu betapa jauhnya saya berulang hari-hari ke sekolah. Tapi rasa terharu pun ada. At least saya tahu dia betul-betul prihatin kat saya kan. Dengan baju uniform yang dipakai dari pagi (masa ni Enchik Suami jadi perhatian sekejap kt staff room..:p), Enchik Suami datang jemput saya balik. Terima kasih abang!

Hari ni saya MC. Memang patut diberi MC sebab pagi tadi demam balik. Macam on-off pulak kan. Tapi sekarang, alhamdulillah..getting better and better. Hopefully, esok terus sihat sebab bersemangat nak pergi sekolah..:)))




cikgufarhana: demam pun masih buat kerja di rumah.

Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah..Turun 5kg!

Semalam Cikgu ada appointment dengan gynae. 
Dah lebih 2 bulan lebih tak jumpa Dr. Ramesh. 

Semalam saspen la jugak sebab last 2 months Doc dah pesan kena kurangkan berat badan. So, masuk je bilik semalam, Doc suruh timbang dulu. Fuhhhhh~Saspen weihh.Cikgu dah risau dah masa nak naik timbang tu. Haha.Rasa mak macam taknak naik je timbang tu.Ngee.
Sekali timbang..5kg turun!

Macam tak percaya je Cikgu tengok.Hihi. Macam nak melompat je kat situ. Haha.
Walaupun turun 5kg je, itu dah cukup banyak untuk Cikgu yang memang susah nak lose weight ni..:p

 Agak-agak boleh tak slim macam dia ni..??Yeahhh~Chaiyok2!


Enchik Suami pun hepi. Dia pun tak sangka jugak. Cikgu lagi berkobar-kobar nak turunkan lagi berat.Next appointment, bulan 9. So, still ada time nak turunkan lagi berat. Target nak kurangkan 10 kg lagi. Slow-slowla kan..



cikgu_farhana:lactolite+pb jugak satu usaha kan.makan pun kena jaga jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails