Showing posts with label sukesuke. Show all posts
Showing posts with label sukesuke. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

DOAKANLA EK

Aminnnn...:))
Doa-doakanla ek kengkawan.


Tengok kat wall member ramai yang ada application ni. Saya pun buatla untuk suka-suka. Takde keje.
Ok la tu 3 orang kan.*Sorang pun tak dapat lagi. Huhu* 
Syukur sangat kalau dapat 3 orang. Sesuaila dengan ekonomi sekarang kan.






saya:tak pernah berhenti berharap.

Saturday, June 9, 2012

OREO CHEESECAKE

Bila mood rajin nak memasak, habis semua blog resepi nak selongkar. Hehe. Tapi bila time mood dah ke laut, resepi yang berlonggok-longgok dalam document tu, haramm tak ditengoknya. Heh.



Disebabkan aura rajin dah meresap dalam jiwa, maka terhasil lah OREO CHEESECAKE. 
Sila jangan fengsannn, ok!







Ini Oreo Cheesecake versi saya. Orang lain guna springform pan. Tapi saya ni terlebih kreatif, gunala loyang yang lobang tengah-tengah tu. 
Korang pun, kalau dah takde springform pan tu, tak payah nak hentak-hentak kepala kat dinding, guna je apa yang ada. Hehe.


Mujurla loyangnya tak besar mana, cukupla untuk kitorang dua orang ni. 
Bagi jugak sepinggan dekat jiran sebelah. Maklumla, Enchik Suami perut kecik. 
Lagipun, ciskek-ciskek ni bukan selera tekak dia. Saya pulak ikut mood. Time nak buat tu berkobar-kobar, bila dah siap, makan pun ala-ala je. Heh. 




saya:macam nak buat karipap pulak.

Tuesday, November 22, 2011

Sweetttttnyaaa Baddrol Bakhtiar..:)))

:)))))..

First of all, tahniah untuk semua pemain Harimau Malaya yang bermatian-matian untuk bawak balik emas once again. U did well dearrr!! Tak sia-sia saya duduk tercongok depan tv ok!Enchik Suami yang tak berapa minat bola sebelum ni pun terus jadik minat bola..:p

Personally, saya memang tabik spring dekat Kapten HM, Baddrol Bakhtiar..Dia memang superb la! Sebelum ni saya tak kenal pun sapa dia ni. Tapi sekarang, i'm ur BIG FAN ok!

Tapi seriously si Baddrol ni sweettt sangat. Ehehe. Semalam saya memang dok pujila si Baddrol ni. Sampai panas telinga Enchik Suami. Nampakla muka tak puas hati kan bila isteri dia ni puji orang lain..:))


 Sweet kan..kan..kan..:))


Sori yang, I memang suka orang hitam manis since dolu-dolu lagi. Tapi U jangan risau, U tetap paling hensemm! 
*sebenarnya nak cari suami hitam manis, tapi dah jodoh dengan kulit apek kan.redha.hihi.*




saya:enchik suami tetap paling kacak di mata saya..:))

Sunday, March 6, 2011

Sekadar Luahan

Serius malas nak update blog ni. Mood tah kemana. Ditambah pulak kerja sekolah banyak. Pencerapan la. Meeting PIBG la. Balik je dah letih. Tak larat nak ngadap laptop. Kalau on laptop pun sebab buat kerja-kerja sekolah. Takda maknanya nak berfb ke berblogging ke apa lagi nak berblogwalking! 


Sekolah tinggal seminggu je. Lepas tu, boleh rehat goyang kaki, jadik surirumah sepenuh masa ok! Tapi untuk seminggu je. (T___T) . Sejak dua menjak ni, memang cepat letih. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja, jadik surirumah sepenuh masa, ada bisnes online ke..paling cikai pun, jual kueh ke kan. Arghhh~berangan je la. Kalau duduk rumah, duit berkepuk-kepuk, memangla saya sanggup berhenti kerja. Ni walaupun dua-dua bekerja, kais sebulan, makan sebulan. Huhu. Tapi tetap bersyukur sebab masih cukup makan, ada tempat tinggal, ada kereta nak g jalan-jalan.

 Kalau jadik housewife, confirmla aku pemasak tegar!Pantang ada resepi, confirm nak cuba. 
Sekarang, jangan harapla. Masak ala kadar je. Donut pun lama tak buat!Haih~



Buat kengkawan lama, dah dapat bonus tu, ingat-ingat aku yang jadik kuli kerajaan ni ye. Tak baik tau rezeki tu makan sorang-sorang. Haha. *time ni la baru nak ngaku kawan, nak contact kengkawan lama.apa punya kawan la..ngeh3* Syok bila dengar kawan-kawan dapat bonus kan.. Ada yang 3 bulan gaji, paling best 12 bulan gaji pun adooo!Perggghhhh~Sentap jugak la. Tapi tu rezeki masing-masingkan..Yang penting jangan lupa menyimpan untuk masa depan!





cikgucomey: kadang-kadang rasa mahu kerja private balik.boleh gitu?hihi

Friday, February 18, 2011

Salam Penghulu Segala Hari!

Salam Jumaat semua!
Semoga hidup korang sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah s.w.t..

Hari ni pagi-pagi Enchik Suami dah pergi ofis. Actually Enchik Suami cuti seminggu. Tapi disebabkan ada sambutan hari jadi untuk pekerja yang lahir bulan Januari ngan Februari, kenala datang jugak. Bukan main siap ada sambutan lagi kan. Cikgu pulak sempat pesan kalau ada makanan lebih bawakla balik sikit. Hahaha. Dasar malas nak masak ok! 

Agak-agak macamnila rupa Enchik Suami bila balik nanti. Haha.
Seronok ye bang..:p



Tapi hampa..(T____T).. Enchik Suami baru SMS, makanan dah habis. Cettt!Sajela tu tak nak bawak balik. Huhu. Takpela, Cikgu dah siap goreng bihun pun. Penuh satu kuali tu Cikgu masak. Jawabnya sampai ke petangla tak habis.



cikgu_farhana:lahir hari Jumaat.

Thursday, February 3, 2011

Jalan-Jalan Makan Angin

Dah 2 tahun kawin, tapi kitorang tak pernah jenjalan makan angin berdua. Honeymoon pun tak g lagi ok! Honeymoon kat umah je hari-hari. Tsk. Sedih gila. Tapi takpa, yang penting kitorang maintain bahagia..:p

Besok Enchik Suami cuti. So, dari awal dia dah tanya nak pergi mana. Kalau boleh taknakla jauh-jauh. Area utara okay lagila. Pikir punya pikir, last-last decide nak pergi sini..


.



.




.



.



.



.
Tahu tak kat mana ni??
psttt:sila abaikan gambar lelaki berseluar kecik biru tu..erk~




Dekat sini la...


.



.




.

::Lost World of Tambun::



Harap-harapla jadik. Lama tak mandi-manda ni. Tapi macam ramai orang je kan. Nama pun cuti ek. Redah je la..Janji dapat makan angin..^___^



cikgucomey:bila dapat p The Legend Water Chalet.Haihh~

Wednesday, November 3, 2010

Nasib Sempat...

Walaupun tak jadik konvo, CikguComey sempat wat outdoor photoshoot last weekend. Hehe. Nasib plan shoot awal. Adala gak kenangan.



Tapi ni je yang ada kat blog photographer. Gambar tak amik lagi. Layan je mana yang ada ek..





Puas hati! Hehe. Gambar sorang2 tu memang comel kan. Hua3.
Ada lagi. Nanti dah dapat gambar, I upload lagi yek!



cikgucomey:tak puas photoshoot.hehe

Sunday, October 24, 2010

APAM BALIK HOMEMADE

Lama tak bersilat kat dapur. Sejak Enchik Suami kursus, dapur CikguComey tak berapa nak berasap. Ehehehe.


Dah duduk sorang, tak kuasa nak masak. Makan je apa yang ada. Biskut cicah milo 'o' pun dah kira menyelerakan. *sebenarnya MALAS!haha*


Tapi tadi boleh datang pulak aura rajin. Mula-mula plan nak g pasar malam je. Alih-alih terajin pulak nak buat APAM BALIK homemade. Dari haritu nak buat tapi dah berpuluh-puluh kali postpone. Hehe. Finally, jadik jugak!


Gambarnya esokla ek. Malas nak transfer. Ngee~*letih gara2 apam balik.haha*


Sekarang ni rasa bestnya kalau dapat tidur macam ni. Hehe.
Penat gila wehh membalikkan apam tu.
Kroohhh~kroohhh~



cikgucomey:katak dah bunyi2.kompem ujan.


Wednesday, October 20, 2010

Dinner: 2 BUNGKUS NASI LEMAK!!!


Burkk~
Alhamdulillah.


Hehe. Kenyang gile nih. Baru plan nak diet, datang pulak rezeki.
Tak baik tolak rezeki kan. Ngee~



Patutla CikguComey dok gatal tangan. Rupanya nak dapat nasi lemak! Haha. Nak pecah perut abiskan nasi lemak 2 bungkus. Adeii. Makin bertambah-tambahla lemak ni. Haihhh~




Enchik Suami baru sound minggu lepas, "TAK KURUS-KURUS PUN YANG.." hehe. Sabar ye bang. U anta I g SLIM WORLD ke LONDON WEIGHT ke kompem I slim melim u. Hik3.




cikgucomey:agak2 macamanela kalau saya kurus ek??

Sunday, October 17, 2010

Award Dari WANZI

Jangan jeles! CikguComey dapat award!
*macamnila orang yang jarang dapat award.excited semacam.haha*




Thank you WANZI!
Buat susah-susah je bagi award ni. Hehe.
CikguComey tak laratla nak tag malam ni.
Besok-besok ye WANZI.
Letih dah ni..


cikgucomey:baru 2x dpt award.sadis~

Bercinta Macam Naik Bas

Yeke? Korang setuju ke dengan perumpamaan kawan CikguComey ni??



"BERCINTA MACAM NAIK BAS"


Maksudnya, ada orang naik bas sekali je dah sampai destinasi. Ada orang pulak kena tukar bas banyak kali baru sampai destinasi yang dituju.




Ada benarnya jugak kan. Erm~


Alhamdulillah. CikguComey tak kena naik bas
banyak kali. Rezeki masing-masing.



cikgucomey:lawak pulak tgk gambar kat atas tu.haha

I'M OLD ENOUGH!

Boleh kata setiap minggu CikguComey akan tengok rancangan ni.
Walaupun dah tau rancangan ni dah lapuk kan, tapi tetap nak tengok gak. Ngee~


Korang ingat senang ke nak buat rancangan macam ni??
Susah tu. Memang salutela kat orang Jepun ni. Macam-macam idea diorang kan.
Sebab tu la Jepun maju.


Pernah sekali CikguComey boleh pulak ternangis tengok rancangan ni. Haha. Kata RATU AIRMATA! Ngeh3. Bukan sedih pasal apa pun. Bila tengok mak diorang nangis, ngan aku sekali nangis. Hehe. Kalau anak sendiri yang terlibat dalam program ni pun, confirmla I terharu kan.



Meh layan one of the episode..









cikgucomey:agak2 kalau kat m'sia budak2 selamat ke nak g shopping sendiri??

Thursday, October 14, 2010

Mencari Photographer Area Penang

CikguComey sedang mencari2 freelance photographer area Penang ni. Kalau dapat yang area Butterworth lagi ok.


Bukan nak amik gambar kawin, tapi nak amik gambar konvo. Hehe.


::BACHELOR ACCOUNTING::
2004-2008
Tak mau amik gambar skema2. Nak yang ngokngek2.Haha



2 Nov ni CikguComey konvo untuk DPLI. Yang tak best, Enchik Suami tak boleh attend. So, we decide nak bergambar berdua la dulu kan. Outdoor photoshoot. Ada gak la kenangan. Masa degree dulu, Enchik Suami tak datang pun. Huhu.



So, sapa2 yang ada buat freelance photography blehla roger2 kat sini ek..Sangat dialukan!


cikgucomey:nanti kalo preggy pun mahu bergambar gak.hihi.

Tuesday, October 12, 2010

Sempat Lagi Tuuuuu...

Haih~Time takde duit ni boleh plak CikguComey shopping online. Haha


Buat Enchik Suami,
Ampunkan isterimu yang memang kaki shopping ni ek! *ampun yang..hehe*


Tapi bukanla mahal sangat pun. RM33 je. Sehelai blouse je tau. Kata tengah kering, sehelai je la. Nanti dapat gaji, confirm berhelai-helai I beli uolllllsssss!! Ngee~


Tak sabar nak tunggu blouse tu sampai. Harap2la cantik and bila CikguComey pakai akan bertambah-tambahla kecomelan akak dik non oiii~ Haha


Opss, lupa pulak. Tak boleh puji lebih2 sebab nanti kena keji dengan manusia berhati busuk. *Erk. Arghh, lantakla. Nak keji ke nak puji ke CikguComey tetap maintain comel!*


Kalau korang nak cuci2 mata, blehla g kat SINI. Memang tak tahan wei. Buat yang comel2 mcm I ni, dont worry saiz anda available. Tu yang best.


Ni la blouse yang CikguComey beli. RM28 je.
Kalo ok, confirm I beli lagi ye Cik Biha. Hehe
.
www.kznabihah.com


cikgucomey:semakin suka shopping online.

Sunday, October 10, 2010

Kalau Berpacaran..I Likee!!




KALAU BERPACARAN
::SUHAIMI MIOR HASSAN feat. ANA RAFFALI & ALTIMET::

Sangat suka lagu ni. Sempoi. Simple. Nice.
Enjoy it!



cikgucomey:suka yg simple2 aje.

Tuesday, October 5, 2010

Hari-Hari Tanpamu

Hari-hari tanpamu,
Aku malas nak masak,
Kononnya takda selera,
Tapi 2 bungkus roti aku bedal.

Hari-hari tanpamu,
Tidurku tak lena,
Tidurku bertemankan cahaya lampu kalimantang,
Sebabnya aku ni penakut.

Hari-hari tanpamu,
Aku sunyi tanpa bicara,
Aku rindu akan suaramu yang konon2 macho itu,
Barula aku sedar rupanya aku suka suaramu yang kukutuk sebelum ni. *ngee*

Buat arjunaku,
Aku memang rindu sama kamu,
Cepatlah masa berlalu,
Supaya aku dapat bersamamu seperti sediakala.


Nukilan,
ISTERIMU YANG TAK PANDAI TULIS SAJAK. *haha*

Tuesday, September 28, 2010

Trillion Thanks to Abang Bucuk!

I Lappppp Uuuuuuuuuuu La Abang! Hihi.





Sekarang CikguComey tak perlu risau. Sebabnya, Enchik Suami akan mem"blogwalking"kan bagi pihak bini dia nih. Hehe. CikguComey dah start keje. Mana nak sempat jalan2. Malam tido awal.


Tapi Enchik Suami pesan updatela sikit2. Mana yang larat. Dia bab2 tulis memang fail sket. Kalo tulis bahasa Kelate kompem lulus. Haha. Jangan marah eh yang~Ngeh3.



cikgucomey:tapi minggu depan kena blogwalking sendiri.huhu.

Sunday, September 26, 2010

Nasi Ayam Penyet




::NASI AYAM PENYE
T::


Sekarang ni memang tengah glamer Nasi Ayam Penyet. Kat Penang ni pun dah ada.


Tadi CikguComey makan Nasi Ayam Penyet kat Jusco Seberang Perai. Boleh tahanla. Tapi sedap lagi kat Taman U, Skudai. Hehe. Hubby pun cakap camtu. CikguComey makan set Lele Penyet. Memang nak makan ikan keli. Lama sangat tak makan. Pergghhh!Memang sedapla bila dapat makan ikan keli. Rangup plak tu. Marvelessss~


Nanti nak try set makanan lain plak kat restoran tu. Bakso pun ada. Faveret I jugak tu. *hihi.semua faveret.tolak batu ngan kayu je.hua3*



cikgucomey:besok dah keje.malasnya!

Aduh, Sakit Kepalaku!

Memang betul2 sakit kepala sekarang ni.
*sakit2 pun bleh update blog.hehe.hubby paksa ok!kata nak kaya.haha*



Muka memang dah ala-ala macamnila. Hurmmm~



Tak tahula napa pening dari pagi tadi. Tapi time shopping boleh hilang pening pulak. Hua3. Tu maksudnya kena shopping je la kan. Baru tak pening. Hik3. Botakla kepala Enchik Suami. Ala, sekali sekala takpekan yang.. Ngee~


cikgucomey:mata dah kuyu nih~

Friday, September 24, 2010

Syok Woo Kahwin!

Ni entry untuk kawan2 yang belum kahwin je. Hehe.


Baikla korang kahwin cepat2. Best woo kahwin!! Haha.
Jangan pikir 18sx ok! CikguComey tak cakap apa2 pun. Hee~



Saja je nak bagi mood kahwin. Hepi sikit. Kita layan lagu kahwin je la ek.




Lagu yang kompem ada bila korang g majlis kahwin. Ye tak?




cikgucomey:rindu nak wat hantaran.haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails