Showing posts with label blogwalking. Show all posts
Showing posts with label blogwalking. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Sekadar Luahan

Serius malas nak update blog ni. Mood tah kemana. Ditambah pulak kerja sekolah banyak. Pencerapan la. Meeting PIBG la. Balik je dah letih. Tak larat nak ngadap laptop. Kalau on laptop pun sebab buat kerja-kerja sekolah. Takda maknanya nak berfb ke berblogging ke apa lagi nak berblogwalking! 


Sekolah tinggal seminggu je. Lepas tu, boleh rehat goyang kaki, jadik surirumah sepenuh masa ok! Tapi untuk seminggu je. (T___T) . Sejak dua menjak ni, memang cepat letih. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja, jadik surirumah sepenuh masa, ada bisnes online ke..paling cikai pun, jual kueh ke kan. Arghhh~berangan je la. Kalau duduk rumah, duit berkepuk-kepuk, memangla saya sanggup berhenti kerja. Ni walaupun dua-dua bekerja, kais sebulan, makan sebulan. Huhu. Tapi tetap bersyukur sebab masih cukup makan, ada tempat tinggal, ada kereta nak g jalan-jalan.

 Kalau jadik housewife, confirmla aku pemasak tegar!Pantang ada resepi, confirm nak cuba. 
Sekarang, jangan harapla. Masak ala kadar je. Donut pun lama tak buat!Haih~



Buat kengkawan lama, dah dapat bonus tu, ingat-ingat aku yang jadik kuli kerajaan ni ye. Tak baik tau rezeki tu makan sorang-sorang. Haha. *time ni la baru nak ngaku kawan, nak contact kengkawan lama.apa punya kawan la..ngeh3* Syok bila dengar kawan-kawan dapat bonus kan.. Ada yang 3 bulan gaji, paling best 12 bulan gaji pun adooo!Perggghhhh~Sentap jugak la. Tapi tu rezeki masing-masingkan..Yang penting jangan lupa menyimpan untuk masa depan!





cikgucomey: kadang-kadang rasa mahu kerja private balik.boleh gitu?hihi

Tuesday, September 28, 2010

Trillion Thanks to Abang Bucuk!

I Lappppp Uuuuuuuuuuu La Abang! Hihi.





Sekarang CikguComey tak perlu risau. Sebabnya, Enchik Suami akan mem"blogwalking"kan bagi pihak bini dia nih. Hehe. CikguComey dah start keje. Mana nak sempat jalan2. Malam tido awal.


Tapi Enchik Suami pesan updatela sikit2. Mana yang larat. Dia bab2 tulis memang fail sket. Kalo tulis bahasa Kelate kompem lulus. Haha. Jangan marah eh yang~Ngeh3.



cikgucomey:tapi minggu depan kena blogwalking sendiri.huhu.

Monday, August 23, 2010

Saya Sihat!


Mintak maaf sangat ye kawan2 blogger. CikguComey tak sempat nak blogwalking. Nanti ada masa CikguComey balas jejak ye.

Alhamdulillah CikguComey sehat dah. Tadi g jumpa doc kat Johor Specialist. Semua ok. Erm tak payahla cerita panjang ek. Doakan CikguComey kesayangan semua ni *perasan betul.masih ada yg sayang ke?hehe* sihat sepanjang masa and dimurahkan rezeki untuk dapat cahaya mata. Aminnnnnn~




CikguComey:takkan berputus asa.

Friday, August 6, 2010

Kecik-kecik Cili Api

Bravo!Bravo!

Saya memang kagum la dengan si budak sekolah ni..AMIR IZZAT baru 16 tahun, tapi sudah jadik blogger tegar! Siap dah dapat check nuff lagi. Baguslah adik oi. Boleh simpan duit tu untuk masa depan.




Korang2 yang tak pernah g blog dia, blehla click kat gambo tu. Takpun kat nama dia tu.


cikgucomey:bilala nak advance mcm diorang.

Siapa NOR AZITA OSMAN?

Saya memang ketinggalan sikit.

Almaklumla sejak balik JB ni asyik ukur jalan je. Boleh kata hari-hari keluar. Entah apa yang busy sangat. Heh.

Pagi tadi dok belek2, terjah2 blog, ternampak isu NOR AZITA OSMAN.



Haih. Gitula kalau dah tersilap kata. Tersilap kata dalam facebook pulak tu. Terusla kena bambu kaw-kaw punya. Terus buang account facebook dia. Huhu. Penangan FACEBOOK!


Saya tak nak komen panjang lebar. Seantero Malaysia dah tahu pasal isu ni kan.



Saya pun tinggal merantau di negeri orang, tapi alhamdulillah masih boleh sesuaikan diri. Biasala, tempat sendiri tak sama dengan tempat lain. Sekurang-kurangnya bersyukur Tuhan masih bagi nikmat hidup. Merungut senyap2 sudahla. Tak payahla sampai ke FB ye!


Pesanan saya, sebelum tulis apa-apa, fikirla sehabis-habisnya. Jangan ikut sedap mulut je. Dan kita sebagai hamba Allah, apalah salah maafkan cik Nor Azita kita ni. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan.



aarecomel:bangga jadi anak JOHOR.

Friday, July 30, 2010

Terjah Lagi


Terjah blog Padin kali ni.

Semangat Encik Padin kita ni nak sambut Ramadhan. Banner dia pun dah ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bagus2! Semangat ini yang kita nak.



Terjah Awek Mechanical Engineering pulak. Namanya Hirmaliza Razak. Agaknye la. Hehe. Belum sempat kenalan lagi.

Ha, sape2 yang minat nak kenal g la ke blog cik adik kita ni. Click je kat SINI. Takpun kat gambar bawah ye.




aarecomel:makin best plak terjah menerjah.

Blogwalking

Hari ni tak sempat nak update banyak. Cuma nak kongsi je blog yang diterjah hari ni.


1st blog yang diterjah, blog Ica.



Sekampung rupanya. Orang Johor jugak. Kakak kita ni ada anak Autism. So, apalah salahnya kita sama-sama bagi semangat dekat Kak Ica n family. Semoga Kak Ica tabah membesarkan anak istimewa kurniaan Allah.


2nd blog, Miss Jue kita nih.

Ternampak entry Abg Ben pasal Miss Jue ni. Tu yang terjah. Hehe. Baguskan Abg Ben. Sebabkan slot2 yang dia buat, lehla meramaikan lagi teman blogger. Keep it up Abg Ben!

Untuk teman2 blogger, sila tinggalkan jejak korang ye. InsyaAllah saya akan terjah blog korang balik.Kalau ada masa, saya akan komen entry2 kengkawan.



aarecomel:suka tolong orang.

Tuesday, July 27, 2010

KENANGAN RAMADHAN:Ha!Berak Batal Puasa


Dah lama nak tulis entry ni. Tapi asik tergendala je. Macam-macam hal pulak sejak dua menjak ni sampai tak sempat nak update banyak2. Huhu. Aktiviti blogwalking pun tak sehebat dulu. Heh. Takpe, lepas raya insyaAllah habis semua blog I geledah. Tunggguuuuuuu~

Cerita pasal Ramadhan ni, banyak kenangan sebenonya. Ada yang best tahap gaban, ada gak yang sedih sampai bengkak mata nangis kalau ingat. Huhu.

Tapi kali ni cerita yang happy2 je la ek. Mood Nisfu Syaaban ada lagi ni. So kena happy2. Heee~

Saya ingat lagi masa badan slim lagi. Umur 5 tahun. *harusslaa masih slim.kekeke* Kalau tak silapla. Masa tu baru-baru nak belajo puasa. Puasa pun pun puasa yang yok, tengahari bukak periuk. Ngeh3. Tapi bila tengok abang2 puasa, saya pun semangatla nak puasa. Oh lupa nak beritahu. Saya ni anak bongsu, ada 3 orang abang.


Kalau dah namanya abang, memang confirmla suka menyakat adik dia kan. Lagi2la adik perempuan sorang. Comel pulak tu. *Hahaha.Saya memang suka puji diri sendiri.Sila jangan muntah ye.* Abang Long la yang paling suka menyakat. Disebabkan saya ni lurus bendul, main percaya je cakap dia. Masa sahur, dia ada bagitau "Dik, puasa tak boleh berak tau. Kalau berak, puasa batal." Saya pun angguk tanda faham.


Tup tup tengahari saya memang sakit perut nak berak. Heh. *Saya memang kaki buang air.Hehe.Air kecik ke air besar, memang sayala JUARA!Hahaha.Sampai sekarang.Erk~* Mula-mula muka dah kerut2 tahan taknak berak punya pasal. Tapi memang tak boleh tahan wehh. Bila najis di hujung tanduk *hua3.silakan muntah*, siapa boleh tahan beb!Kang ditahan sembelit pulak, last2 saya pun melabur dengan bahagianya. Kekeke. Elok je keluar jamban, Abang Long terus cakap, "Haaaaa, dah batal puasa!" Saya pun dengan muka sedih terus bukak peti sejuk minum air sirap. Ahhhhh~Lega.Sedap betul air sirap. Hihihi.


Tiba-tiba mak nampak pulak. Terus kena marah. Saya pun bagitaula Abang Long cakap camtu, mak terus gelak je. Sabar aje la. Wa kena kencing beb!


::ABG LONG WA..AND KAK LONG::
Kalau dia sengih2 kambing maksudnya dia kencing wa.
Wa dah tau dah. Hehe


[OH YE.SAYA TAU PASAL SLOT NI DARI MESSAGE KAT FB.PASTU G JENJALAN KAT BLOG ABG BEN.MEKASIH ABG BEN EK.JASAMU DIKENANG!HEHE]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!



aarecomel:rindu nak kecik.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails