Tuesday, July 27, 2010

KENANGAN RAMADHAN:Ha!Berak Batal Puasa


Dah lama nak tulis entry ni. Tapi asik tergendala je. Macam-macam hal pulak sejak dua menjak ni sampai tak sempat nak update banyak2. Huhu. Aktiviti blogwalking pun tak sehebat dulu. Heh. Takpe, lepas raya insyaAllah habis semua blog I geledah. Tunggguuuuuuu~

Cerita pasal Ramadhan ni, banyak kenangan sebenonya. Ada yang best tahap gaban, ada gak yang sedih sampai bengkak mata nangis kalau ingat. Huhu.

Tapi kali ni cerita yang happy2 je la ek. Mood Nisfu Syaaban ada lagi ni. So kena happy2. Heee~

Saya ingat lagi masa badan slim lagi. Umur 5 tahun. *harusslaa masih slim.kekeke* Kalau tak silapla. Masa tu baru-baru nak belajo puasa. Puasa pun pun puasa yang yok, tengahari bukak periuk. Ngeh3. Tapi bila tengok abang2 puasa, saya pun semangatla nak puasa. Oh lupa nak beritahu. Saya ni anak bongsu, ada 3 orang abang.


Kalau dah namanya abang, memang confirmla suka menyakat adik dia kan. Lagi2la adik perempuan sorang. Comel pulak tu. *Hahaha.Saya memang suka puji diri sendiri.Sila jangan muntah ye.* Abang Long la yang paling suka menyakat. Disebabkan saya ni lurus bendul, main percaya je cakap dia. Masa sahur, dia ada bagitau "Dik, puasa tak boleh berak tau. Kalau berak, puasa batal." Saya pun angguk tanda faham.


Tup tup tengahari saya memang sakit perut nak berak. Heh. *Saya memang kaki buang air.Hehe.Air kecik ke air besar, memang sayala JUARA!Hahaha.Sampai sekarang.Erk~* Mula-mula muka dah kerut2 tahan taknak berak punya pasal. Tapi memang tak boleh tahan wehh. Bila najis di hujung tanduk *hua3.silakan muntah*, siapa boleh tahan beb!Kang ditahan sembelit pulak, last2 saya pun melabur dengan bahagianya. Kekeke. Elok je keluar jamban, Abang Long terus cakap, "Haaaaa, dah batal puasa!" Saya pun dengan muka sedih terus bukak peti sejuk minum air sirap. Ahhhhh~Lega.Sedap betul air sirap. Hihihi.


Tiba-tiba mak nampak pulak. Terus kena marah. Saya pun bagitaula Abang Long cakap camtu, mak terus gelak je. Sabar aje la. Wa kena kencing beb!


::ABG LONG WA..AND KAK LONG::
Kalau dia sengih2 kambing maksudnya dia kencing wa.
Wa dah tau dah. Hehe


[OH YE.SAYA TAU PASAL SLOT NI DARI MESSAGE KAT FB.PASTU G JENJALAN KAT BLOG ABG BEN.MEKASIH ABG BEN EK.JASAMU DIKENANG!HEHE]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!



aarecomel:rindu nak kecik.huhu

2 comments:

  1. hhee.masa kecil, puasa yang yuk,tengahari jer dah berbuka.

    abg suka buli adik perempuannya yer..Wakenabeb

    ReplyDelete
  2. kak sweetie~hehe.tu la.WAKENABEB!

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails