Wednesday, June 30, 2010

Dating Hujung Minggu

Lama kami tak ber'dating'. Heh.

Enchik suami busy sangat bulan ni sampai bulan depan. Banyak exercise. Bulan depan dia kursus sebulan kat base Alor Star. Terpaksala bini dia nih dihantar pulang ke kampung. Hihi. Suka-suka. Tapi sedih jugak sebab tak dapat jumpa Enchik Suami sebulan. Haruslah tido berbantalkan kain pelikat suami. Wakakakakaka.

Okey, lari topik daa..

Last Saturday sempatla g Sunway Carnival tengok wayang. Konon nak g lepas maghrib, alih-alih lambatla gak. Hubby dok tgk berita dulu. Pukul 9 baru sampai Sunway. Sampai je terus g tengok tiket wayang. Nasib sempat lagi, kalau tak jalan-jalan cuci mata je la. Kami pun beli tiket Knight and Day. Hero filem ni Tom Cruise, heroin pulak Camreon Diaz.


::Heroin and Hero::
[Cameron Diaz][Tom Cruise]


Not bad la filem ni. Best gak. Banyak aksi dan banyak gak adegan lawak. Saya pun boleh tergelak besar. Hehe. *memang kaki gelak pun..kekekeke*

Tapi yang tak best masa tengok filem ni, boleh pulak hidung saya ni terbau PETAI. Adoyai~ Gila kuat bau petai. Sapelah yang mencekik petai sebelum tengok wayang weh. Kot ye nak mencekik, janganlah banyak2. Kuat gila bau sendawa petai. Haih~Memang tak tahanla. Kompem orang sebelah saya tu. Hehe. Dua tiga kali dia g toilet. Kompem cirit birit makan sambal petai. Hahaha. Sabar je la.


Layan trailer filem ni..


Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Blogwalking..blogwalking..

Macam ni lah hidup penganggur terhebat. Hehe. Hari-hari mengadap lappy. Tapi make sure semua kerja rumah sudah siap baru boleh online.

Seronok jugak blogwalking. Macam-macam info boleh dapat. I likeee~

Tadi baru jumpa blog yang betul-betul mengimbau nostalgia. Saya rasa kalau mak dan abah tengok mesti diorang pun terkenang-kenangla zaman muda mereka. Heh.


http://bluesriders.blogspot.com/
Memang interesting untuk saya yang tak hidup lagi masa zaman ni.
Really enjoy it!




aarecomel: takkan ada masa depan, kalau takda masa silam.

Minggu Yang Suram

Minggu ini penuh dengan ujian. Mohon Allah beri saya kekuatan yang berterusan.

Kadang-kadang apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Saya tak larat nak sedih lagi. Biarlah orang itu mahu kata apa pun. Saya punya prinsip sendiri dan saya takkan sesekali menyalahkan takdir. Apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Saya juga tak nak mengungkit kisah silam yang sepatutnya disimpan rapi. Cuma saya sedikit terkilan dengan dia. Kenapa perlu diungkit setelah 15 tahun. Manusia..manusia.

Sekarang ni, saya hanya berdoa semoga Allah berikan saya dan keluarga kekuatan. Biarlah kami ni hina dimata dia, tapi mulia di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebagai manusia, kita takda hak nak menghukum seseorang. Itu semua kerja Allah. Semoga hari-hari mendatang akan dipermudahkan segalanya. Amin.


Kalau boleh hari-hari nak senyum macam ni.
Bahagia je.



aarecomel: Semoga saya dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya.

Sunday, June 27, 2010

Sabar itu Separuh daripada Iman

Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.

Masa belajar dulu, member-member ramai yang tak sabar nak kahwin. Pantang cerita bab kahwin, semua khusyuk je. Semua excited nak bercerita. Tiba-tiba, saya yang kahwin dulu. Hehe. Nak buat macamane, jodoh awal. Bak kata orang tua-tua, "kalau dah ada orang nak, jalan je la".

Bila dah kahwin, duduk bersama, tidur sekatil, barula tahu besarnya makna 'perkahwinan'.

Mula-mula kahwin, kami PJJ. Sorang di utara, sorang di selatan. Jumpa sebulan sekali. Nasibla hubby banyak cuti. Bolehla apply cuti lama sikit. 6 bulan PJJ, alhamdulillah saya dapat tawaran DPLI dekat UUM.

Then, barula bermula episod rumahtangga sebenar.
Every week berulang-alik dari Sintok-Butterworth. Kalau banyak assignment, dua minggu sekali baru balik. Ikutkan badan memang penat. Tapi dek kerana tanggungjawab sebagai isteri, saya kuatkan semangat. Boleh kata tiap2 minggu, setiap pagi Ahad sayalah pelanggan setia Plus Highway. Hehe. Kelas pukul 8 pagi, lepas Subuh baru terkedek-kedek gerak dari rumah. Nasibla saya ni pemandu berhemah. Hihi. Tepat pukul 8 dah tercongok kat dewan kuliah. Kalau fikir balik, memang syukur sangat saya ni tak terlibat dengan sebarang kemalangan or kecelakaan. Syukur alhamdulillah.

Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah, saya dapat harungi kehidupan sebagai seorang pelajar dan isteri dengan baik. Syukur Allah permudahkan segalanya.

Sekarang ni, masih menunggu keputusan penempatan ke sekolah. Banyak sangat info. Saya malas nak amik pusing. Sabar menunggu. Cuma hati sedikit terusik bila hubby ungkit pasal kerja saya yang dulu.

Ya. Hakikatnya saya seorang yang bekerjaya. Saya bersyukur Allah permudahkan rezeki saya. Habis pengajian 2 minggu, saya dah ditawarkan kerja di TOPGLOVE. Salah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Tapi jodoh tak panjang. Saya ambik keputusan balik kerja di JB. Saya dapat offer untuk bekerja di salah sebuah company yang berpangkalan di Ireland. Syaratnya, 2 tahun kerja di Malaysia, tetapi dalam tempoh 2 tahun tu saya memang banyak travel. After 2 years, saya kena duduk di India. Tempohnya tak tahu lagi. Selain tu, company akan support saya buat ACCA dalam tempoh 3 tahun. Menarik kan? Akhirnya, saya tolak jugak.


~My colleagues at Topglove~


Masa dapat tawaran DPLI, saya jugak dapat interview untuk Accountant w41. Pada mulanya saya tak tahu yang saya dapat sebab masa tu saya dah mendaftar di UUM. Mak pulak taknak beritahu saya. Katanya, biarlah saya jadik cikgu. Hati kuat nak pergi. Hubby pun sokong, tapi bila difikir dalam-dalam, saya decide untuk kekal di UUM.

Tipu kalau saya kata saya tak suka kerja saya yang dulu. Itu memang cita-cita saya. Mahu jadi accountant. Chartered Accountant. Tapi bila dah kahwin, saya rasa saya perlu berkorban. Hubby keja tak tentu masa. Selalu outstation. Kalau ada anak nanti macamanela agaknya. Dan pensyarah saya pernah beritahu, "Carilah kerja yang dapat puaskan hati awak, jangan cari kerja hanya sebab wang". Saya pegang kata-kata itu.

Sebab itulah saya tetapkan niat untuk menjadi guru.
Bukan sebarang guru, tapi guru yang sebenar-benarnya guru!


~Wif my students during RLM~

Saya puas bila student saya dapat memahami apa yang saya ajar. Saya puas bila student dapat markah baik. Saya puas bila student suka tanya soalan.

Kerana itulah, saya tetap bersabar. Mungkin sekarang hubby tak faham kenapa jalan ini yang saya pilih. Bila dah ada anak, mungkin dia akan menghargai pengorbanan saya. Sesungguhnya, saya tak pernah menyesal pilih jalan ini. Tak kisahla posting lambat, saya tetap yakin setiap yang Allah tentukan pasti ada sebab dan hikmah. Sabar dan terus sabar kerana nikmat kesabaran itu sangat besar. InsyaAllah.


aarecomel: semoga saya sentiasa menjadi hamba yang penyabar.

Friday, June 25, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Dulu masa sekolah, tiap-tiap malam kitorang baca surah ni sebelum tutup lampu. Sebelum tidurla maksudnya. Balik je prep, terus g supper pastu balik dorm terus buat halaqah dan mula baca surah ni.


Fadhilat Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


aarecomel:alhamdulillah.masih amalkan sampai sekarang.



Thursday, June 24, 2010

Fikir Dulu, Baru Beli

Harore~

Semua sihat ke?Hehe.Hari ni mood baik.Sebabnya, hubby dah gaji!Haha.Bolehla jalan-jalan cuci mata. Dapat sehelai dua baju, okla kan. Hihi. *memang tak sah kalau tak pow hubby..^__^*

Actually, tiba-tiba terfikir nak buat entry ni. Almaklumla dah nak dekat bulan puasa, pastu raya pulak. Confirmla banyak sales kan. Harga runtuhla, jualan gudangla. Macam-macam lagila. Time ni la kita kena berfikir dengan bijak. Sebagai pelanggan, kita ada hak untuk memilih yang terbaik.

Ok, ini antara tips-tips membeli barang yang saya selalu buat.


1. Bandingkan harga pakej dengan harga kalau beli loose.

Selalunya, every weekend akan ada harga promosi. Contohnya, beli 1 percuma 1. Beli 3 percuma 1.Takpun jual barang secara pakej. 3 barang RM5. Untukkan kepastian, saya selalu membandingkan harga tawaran dengan harga kalau saya beli "loose". Sebab kebanyakannya, harga pakej lebih mahal kalau dibandingkan kalau kita beli "loose". Ok, perkara ini terjadi pada saya. Masa tu saya nak beli santan kotak.

1 kotak santan = RM1.90 (harga loose)
6 kotak santan = RM11.90 (harga pakej)

Kalau dikira dengan betul, RM1.90X6 kotak = RM11.40.

Nampak tak perbezaannya. Memangla murah 50 sen je, tapi sekurang-kurangnya kita dapat gak berjimatkan. Betul tak? Kalau hari-hari kumpul 50 sen, sebulan dah berapa. Setahun?10 tahun?Banyakkan. Sebab tu penting untuk kita bandingkan dulu harga promosi dengan harga biasa yang ditawarkan.


2. Bandingkan berat(ml/kg/gram) dengan harga.

Ini tips penting jugak. Dekat pasaran macam-macam brand ada kan. Sebagai pengguna, kita kena pandai menilai. Saya selalu bandingkan kuantiti dengan harga. Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan brand yang glamor lebih bagus kualitinya. Tu memang situasi biasa. Tapi kita kena kikis pemikiran macam tu. Lebih-lebih lagi harga barang makin mahal sekarang, apa salahnya cuba barangan tempatan atau barang yang lebih murah harganya, tapi kuantitinya masih sama. Dapat gak kurangkan belanja kan.



3. Tengok "expired date" dan cop halal (untuk Muslim)

Saya selalu terlepas pandang tentang tarikh luput ni. Kadang-kadang bila kelam kabut tak sempat nak belek lama-lama. Hehe. Tapi kalau shopping ngan hubby, dia memang teliti dalam hal ni. Ada sekali saya terus je amik tin susu tanpa tengok expired date. Pastu hubby macam tak puas hatikan. Dia pun belek-belekla. Expired bulan 11/2010. Lagi bape bulan je kan. Ikutkan memangla elok lagi. Tapi hubby tak puas hati. Dia pun suruh saya tukar dan tengok dulu tarikh luput. Sekali ko..ada stok baru rupanya. Tinnya kilat lagi. Expired 2011. Apa lagi, kena bebel la dengan cik abang. Hehe.


Tengok elok-elok ye.~


Cop halal tu jangan lupa tengok. Especially time nak beli bahan makanan. Sangat penting. Takkan nak bagi suami dan anak dari sumber yang meragukan. Dan mencari yang halal adalah fardhu ain. Ingat tu!

::Logo Halal Malaysia::



4. Barang lama, harga murah, tapi kualiti ok ke?

YES-Year End Sales. Event wajib setiap hujung tahun. Makcik-makcik, kakak-kakak berduyun-duyun g shopping. Semua shopping centre penuh. Cakap je, SOGO (tempat paling glamer), Mid Valley, Jusco memang sesak dan padat dengan manusia. Harga tak payah cakapla. Boleh juling mata. Dari nak beli sepasang kasut, boleh berpasang-pasang. Plan nak beli kasut je, last-last dapat handbag baru, baju baru..dari bajet RM200, boleh jadik RM500. Sigh~ Betul kan?

Hehe. Sampai tak nampak jalan.. (",)


Tapi sejujurnya, saya jarang beli barang masa sale. Kalau ada sale pun, saya akan beli barang yang "new arrival". Tak tahu napa. Saya susah nak tertarik dengan barang-barang yang sales 50%, less 70 %. Mungkin sebab pernah tertipu dulu kot. Kasut yang dibeli masa sale tak tahan lama.

Personally, saya lebih menekankan kualiti dari kuantiti. Saya ni jenis orang yang akan pakai sesuatu barang tu sampaila lusuh ke rosak ke. Hehe. Sampai hujung nyawala pendek kata. Lagipun, pensyarah saya pernah bgtau yang kasut-kasut sales tu memang dah lama. Sebab taknak simpan stok lama, diorang pun jual harga murah. Ada gak untung kan dari terbiar je dalam stor. Akhirnya, kita sebagai pengguna gak yang tertipu. Tak berbaloi beli berapa bulan dah tak boleh pakai. Kita gak yang rugi.



Ni la antara tips yang saya buat time shopping. Ada lagi. Tapi pinggang dah lenguh ngadap lappy ni. Hehe. Siapa-siapa ada tips lain, bolehla kongsi ek.



aarecomel:orang kata budak account kedekut.bukan kedekut.berjimat.ngee~

Wednesday, June 23, 2010

Memori Bola Sepak

Waka..waka..This time for Africa *betul ke?ingat2 lupa..heh*

Semua orang sibuk cerita pasal bola. Musim-musin World Cup sekarang ni. 4 tahun sekali je. Gerai mamak penuh. Time ni la kita boleh tengok skrin-skrin besar bersepah-sepah di restoran. Kayola tauke-tauke mamak a.k.a mapley.

Dulu masa kecik-kecik, saya selalu ikut Abah g Stadium Larkin. Anak abahla katakan. Sian mak kena tinggal sorang-sorang dekat rumah. Hehe. Anak perempuan sorang je. Lain semua lanang*ni bahasa Jawa ye, bahasa Melayu=anak lelaki*, sah-sah la saya ni terkenan sikit perangai budak-budak laki. Sebenarnya, saja je nak ikut. Nak elak kena baca buku. Hik3. Tapi seronok sangat dapat g stadium. Macam-macam gelagat orang kita boleh tengok.

Saya ingat lagi, masa tu skuad bola sepak Johor memang terer, ngetop gitu. Ala zaman-zaman Ervin Boban, Abbas Saad, Alistair Edward,Khalid Shadan, Anuar Abu Bakar*ni je la yang aku ingat..lain xda dalam memori* memang superb la masa ni. Stadium penuh. Meriah dengan penyokong. Sampai parking kereta pun penuh. Sanggup pulak tu parking jauh-jauh semata-mata mahu tengok bola. Jenuhla gak jalan kan. Nasib masa tu kecik lagi, abah mampu nak dukung. *sekarang takda sape larat nak dukung..beso bebeno.haha* Bila nak masuk pulak, kena berebut-rebut. Aishh. Semua tu memang kenanganla. Tapi part yang paling tak boleh lupa, gelagat orang jual makanan. Sampai sekarang masih boleh ingat lagi suara abang-abang penjual makanan ni. Memang unik. Apa ceritala mereka-mereka ini kan?


Gambar-gambar kenangan. Tak silap ni pemain Johor 1991.


::Skuad Superb Johor 1991::




::Abbas Saad::




::Ervin Boban::


Kalau nak dibandingkan sekarang, skuad Johor tak sehebat dulu. Bola sepak Malaysia pun dah takda taring. Bilala Malaysia dapat beraksi di World Cup kan..Soalan yang tiada jawapan. Semoga bola sepak Malaysia akan bersinar lagi.





aarecomel: hubby saya tak minat bola.pelik ke?

Tuesday, June 22, 2010

Ubat Sakit Gusi

Ha..Siapa ada masalah gusi?? Angkat tangann!!!

Ada berita baik untuk sesiapa yang ada masalah gusi sensitif or gusi berdarah. *macam nak jual barang plak uols..haha*

Saya bukan nak jual barang, cuma nak berkongsi je. Husband saya memang ada masalah gusi. Dia tak boleh pakai ubat gigi yang ada jual kat pasaran ni. Kalau pakai confirm gusi berdarah. Tak tahula pulak apa sebabnya. Agaknya kecik-kecik dulu kurang minum susu kot. Hahaha. I guess!

Then, one day dia g jumpa dentist nak cuci gigi. Pastu dia citela masalah dia tu. Doktor tu pun suggest beli ubat gigi DR. RODZI. Mahal la sket dari ubat gigi biasa ni. 90gm RM10. Dulu RM8.50. Lepas kuar iklan kat tv terus jadik mahal ko.. Nak tampung advertisement cost la tu. Hehe. Tapi serius ubat gigi ni bagus. My hubby terus elok. Takda dah gusi berdarah. Ubat gigi ni dibuat daripada gamat. Selain elok untuk gusi, ia dapat memutihkan gigi gak. Mulut pun fresh je. Boleh tergoda u bile bau mulut hubby. Haha. *opsss 18sx plak..hihi*

So, pada siapa-siapa yang ada masalah gusi, bolehla dapatkan produk ni dekat farmasi. Tapi bukan semua farmasi ada. Dekat utara ni senang sikit cari. Kalau cari kat Watson or Guardian memang tak ada. Carilah dekat farmasi-farmasi luar.


Ubat Gigi Dr Rodzi.
*click je kat cni kalau nak tahu lebih lanjut*




aarecomel: gigi menawan, hati pun senang..hee~



Perlu ke Protokol dalam Seni?

Tadi petang sempat tengok Melodi ulangan yang hari Ahad lepas punya. Hari tu tak berkesempatan nak tengok sebab g Tesco beli barang dapur.*sorang-sorang pun jadik g beli barang dapur*. Kadang-kadang malas nak tengok Melodi. Banyak yang tak elok dari elok.

Yang menarik perhatian saya kali ni, satu topik berkaitan perlu ke protokol dalam berkarya atau dalam seni. Isu ini jadi 'hot' bila ada seorang pengarah muzik Indonesia menyatakan pendapat yang industri seni Malaysia ni terlampau banyak protokol atau undang-undang. Sebagai contoh, dari aspek berpakaian. Disebabkan terlampau byk undang-undang yang perlu dipatuhi, dia berpendapat itulah sebab utama industri muzik Malaysia tidak semaju Indonesia!

Apa pendapat korang? Saya rasa saya tak setuju langsung!

Agaknya dia tak sedar kot rakyat negara dia tu macam mana skrg. Nama je negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, tapi hanya pada nama je. Tengokla sekarang. Isu paling hot. PETERPORN. Si Ariel, Luna Maya tu agama ape? Bukan Islam ke? Macam tu ke yang perlu dijadikan idola masyarakat? Takkan kita nak ada artis yang macam tu jugak. Sebab takda protokol la artis-artis Indonesia tu perangai macam S**T*N..

Saya sokongla pendapat dari Papa Rock, Ramli Sarip. Pada dia, tak salah nak berkarya ke nak berseni tapi adat, budaya, dan agama kena jaga. Aidit Alfian pun ada bangkitkan isu ulama Indonesia ada menegur pakaian artis perempuan terlampau menjolok mata. Perlu ke berpakaian seksi untuk menyanyi? Korang nak jual body ke nak jual suara? Betul tak? Saya suka dengan penampilan Anna Rafali. Sopan dan anggun berbaju kurung. Sempoi. Cantik pun cantik. Suara pun sedap. Harap-harapla dia kekal berimej sebegitu. Perangai pun biarla sepadan dengan pakaian tu ye.


::Ana Rafali::

Apa-apapun, kita kena ingat jangan lalai dengan hiburan. Tak salah berhibur tapi jangan sampai melalaikan.



aarecomel: Rasa tenang bila dengar lagu-lagu nasyid.

Mode ::EMOSI TAK STABIL::

Pagi-pagi dah tak keruan. Resah semacam. Nak marah pun ada. Tengok hubby tido sedap je. Nak ngada-ngada pun takde mood. Pandangan kosong. Kepala sarat dengan mimpi mainan tido malam tadi. Bangun2 je dah migrain. Siap mandi terus masak. Lembab je buat kerja. Macam orang takde energy. Mana pulak hilang semangat ni. Langkah longlai je.

Hubby dah siap nak g keje. Hidang makanan. Sambil layan dia makan, mulut laju membebel. Dah mulala. Bila emosi tak stabil, mulut jadi mangsa. Nasib hubby malas nak layan. Dia makan dengan lahapnya. Macam takda apa berlaku.

Perut dah kenyang, hubby gerak nak g ofis. Bini pun salam peluk cium. Peluk lama2. Macam tak mau lepas. Pada hal nak pegi keje je. Biasala mood tak elok, rasa mahu dibelai2 je. Heh. Tiba-tiba aunty sebelah btau ada surat notis. Adeii~ Patutla rasa tak sedap hati je. Dapat notis bil elektrik rupanya. Hubbyla ni. Lambat bayar. Sabar je la. Aunty sebelah pun dapat gak. Haha. Sepesen. Dia siap offer nak tolong bayarkan. Bagus. Good offer. Haha.

Dah buat macam-macam. Mood masih tak muncul tiba. Haih. Jom tido!


aarecomel:bertambah migrain bila tau posting bulan 9

Monday, June 21, 2010

Roti Saj

Aiseyy.. Lupa pulak nak update ini resipi. Dah dua kali buat roti ni. Memang sedap dan yang paling penting mengenyangkan. Makan sekeping pun dah penuh perut. 1st time buat, makan ngan kuah kari ayam. Hubby makan laju gila. Mula-mula goreng sikit je (dalam 5 keping) takut tak habis pulak nanti. Alih-alih tengok member sebelah makan tak henggaaaatt. Saya baru makan sekeping, dia makan kat 4 keping. Nasibla ada balance yang belum goreng. Plan nak buat breakfast, hurmmm..tak sempat. Malam tu gak licin. 2nd time makan ngan sambal bilis je. Boleh tahan gak. Bukan taknak buat kuah kari tapi rempah kari dah abes. Hehe. Sambal bilis pun jalan gak. Licin! Mohle tengok gambo Roti Saj ni ek..


::ROTI SAJ::
5 keping dah cukup utk 2 orang.
Tapi kalau hubby kuat makan tak cukup kot. Hehe.







Sambal bilis.
Ni semua orang pandai masak kan. Senang je.






Ni haa rupanya..
Memang macam roti nan kat kedai mamak.
Berbaloi-baloi ('',)




aarecomel: lepas kawin baru tau hubby tak makan nasik masa kecik-kecik.

Saturday, June 19, 2010

Serius..I'm Fallin in Love!

OMG!
.
Saya jatuh cinta lagi!
.
Again..
.
Hisshhh.. Takkan kot?
.
Boleh ke?
.
Eh tak dosa ke?
.
Ala..macamana ni?
.
Dah tak keruan dah ni..adeii~
.
Jantung dup dap, dup dap..
.
Serius.
.
Tak lena tido.
.
Tapi makan lalu jek. *hehe..mana bleh tak makan beb*
.
Mandi pun basah
*tipula sangat kalau orang mandi tak basah. tu kambing namanya. kekekek*
.
Arghhh..
.
Berangan je ko ni
.
Dia pandang ko sebelah mata pun tak ingin wei
.
Sedarla diri
.
(!___!)
.
Takpela
.
Saya tetap suka awak, sebab
.
Lesung pipit awak cuteeeeeeeee sangat
.
Awak memang comel!
.
.
.
.
Messi pujaan hati!
*sila abaikan org tua di sebelah itu ye..hehe.i dont like maradona*


aarecomel: orang yang ada lesung pipit memang comelkan..termasukla I kan. Haha

Again...Home Alone 2

Once again.

Saya kena tinggal.

!_______!

Apa nak buat. Kena faham kerja dia. Tadi pun dia lambat je nak gerak. Sedihla tu tinggalkan bini dia yang comel nih. Heee~ As usual, sebelum g mestilah ada adegan peluk cium kan. Pahala tu beb. Hubby macam lebih2 sedih plak. Bini dia dah rilek sket. 2nd time kan. So dah boleh managela feeling2 sedih ni. Ngeh3.

Dont worry abg. Sayang tau jaga diri. Tak sedih dah.
Satu malam je kan. ('',)

I'm just fine. As long as kain pelikat si bucuk ada, kompem boleh tido malam ni. Hahaha. Tu je la pengubat rindu. Kalau nangis pun kukesat air mata *include hingus yang meleleh tu..haha* dengan kain pelikat. Kain pelikat..lalalalala..kain pelikat..lalalalalala.. Ala. Bukan saya je buat macam tu. Tak caya tanyala member2 korang yang dah kawin. Hahaha.



aarecomel:mintak2 dapat tido lena malam ni.

Friday, June 18, 2010

Andai Itu TakdirNya

Emosi terganggu lagi.

Sorang sorang bunting.

Bila turn aku..aku pun takda jawapan.

Kepala pusing. Rasa macam ada batu hempap je.

Gedebuk!

Adeii~

Baru nak ok. Tiba-tiba datang lagi.

Rasa taknak online FB lagi.

Tak mahu tau siapa yang bunting lagi lepas ni.

Sedih. Jeles.

Tapi aku kena kuat.

Kalau itu takdirNya,

Aku kena sabar,

redha,

percaya pada ketentuanNya.

Sesungguhnya.. Dia perancang terbaik.

Ya Allah, kepadaMu aku berserah.



Anugerah Tuhan yang tiada nilainya.
Ibu sentiasa menunggumu sayangggg~




aarecomel:masih bersyukur punya suami yang penyayang.

Thursday, June 17, 2010

Makan..Makan..

Baru transfer gambar. Dok tertangguh dari hari tu. Gara-gara laptop kena install windows baru. Terpaksalah saya install balik software camera.

Tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni. Malas pulak nak bebel panjang-panjang. *ada ke orang nak baca apa aku bebel?hihihi..lantakla.*



Karipap ayam.
Banyak gak saya buat time nih. Siap frozenkan lagi.
Hubby suka sangat sebab banyak ayam. Ada sebijik tu pelik sket.
Kes malas. Hua3. Ku pintal2 saja. Janji sedap~




Wantan karipap~Hihihi. Macam wantan kan. .kan..kan..



Taraaaa~ Model BIG APPLE DONUT.
Haha. Auwwww~seksi u. Model tanpa baju.
Tolong jangan tenung lama2 ye. Ngeh3.



Choc Donut..
Gara-gara meroyan nak makan chocolate.
Tepekla donut tu dgn chocolate.
Serius. Heaven~



Cucur udang.
Banyak gila. Tak larat nak makan.
Pewot I kan kecik je (perasan kecik) .Hihi. Tapi sumbatla gak.


Bubur kacang hijau.
Faveret hubby. Dulu mak selalu wat bubur ni.
Tapi saya bolayan. Dah tua-tua ni *erk..tua ke?* jadik suka plak.


Model tak bertauliah. Harap maaf. Haha. Jakun tgk makanan.
Konon2 terkejutla tu. Padahal dia yang ngap lebih.
Saya yang buka puasa, dia yang lebih2 makan. Apa kes??


APAM COKLAT~
kompius sebenarnya. Apam tapi tak macam apam pun.
Tak kesahla kan. Janji gebusss~^___^

credit to: ummi:home-sweet-home::


Setelah dibogelkan. Camnila rupanya. Saya guna cetak putu ayu.
Dah tu je yang ada kat rumah. Comel2 je. Senang makan. Sekali ngap je.







aarecomel:roti saj..next n3..



Tuesday, June 15, 2010

Tempat Jatuh Lagi Dikenang...

Saya masih berusaha memujuk suami supaya beli rumah kat JB. Hehe. Tapi masih belum berjaya. Bukan senang nak pujuk dia. Dia tak kisah duduk di mana pun, saya yang mengada-ngada lebih mahu duduk di JB. Bukan nak puji kampung halaman, tapi saya rasa kalau duduk di JB macam-macam ada.

1. Banyak kedai runcit MELAYU
Memang macam kelakar pulak alasan saya ni kan tapi sangat penting untuk saya yang kaki masak ni. Saya bukan nak banggakan tempat halaman, tapi memang sangat berbeza. Dekat kawasan rumah mak saya, ada 4 kedai runcit dan 1 pasar raya. Ada kedai runcit ni bukak 24 jam. Ikan tak payah cakapla. Macam-macam jenis ikan. Sotong and udang pun banyak. Kedai yang lain pun sama. Bukak awal. Lepas Subuh terus bukak. Sayur segar-segar. Sayur kampung pun ada.
Kalau nak dibandingkan dengan kawasan perumahan saya, hanya ada sebuah kedai runcit India a.k.a kedai runcit UNCLE nama timangannya. Nak beli ayam pun was-was. Ikan lagila tak payah cakap. Kalau ada pun alahai. Tak lalu nak beli. Ada kedai runcit Melayu, tapi jauh sikit. Cuma masalahnya, bukak tak tentu. Kejap bukak, kejap tak. Pernah sekali berbulan-bulan tak bukak. Lepas tu, satu senario yang saya kurang suka dekat sini bila kedai bukak lambat sangat. Bayangkan pukul 11 baru nak bukak kedai. Adei. Letih nak tunggu. Pukul 11 lebih baru ada ikan. Ada sebuah kedai ni plak, masa bukak tu okla. Tapi sangat berserabut, kotor, and tak terurus. Saya rasa tikus pun ada dalam itu kedai. Iyerkkk~

2. Tempat makan sedap
Dekat JB banyak tempat makan sedap. Hubby pun puji. Dulu dia selalu cakap makan kat JB mahal. Itu sebelum dia kahwin dengan sayala. Dia dengar orang cerita je. Tapi bila dah makan sendiri baru tau. Tak mahal mana pun. Sama je. Sedap pun sedap. Masa balik kampung hari tu, abah ada bawak kitorang makan dekat Restoran Enam Puluhan dekat Stulang Laut. Betul-betul depan laut ngadap Singapore. Memang sedap dia punya Mee Rebus and Roti Bakar. Gila marveles. Hubby pun cakap camtu. Otak-otak Kempas takda sapa leh lawan. Kalau rasa nak makan Nasi Lemak Kukus boleh g Senibong. Nak makan ABC, g Tepian Tebrau. Steamboat belambak dekat Dataran Bandaraya. Dekat area umah mak saya pun ada kedai yang sedap. Kalau nak dibandingkan dengan area rumah saya sekarang ni, ermm jauh sangat beza. Tak taula ye. Mungkin saya tak explore lagi kawasan sini. Tambah plak hubby kureng sket makanan utara ni.

3.Jusco and etc.
Kalau dah nama perempuan, of cozla suka shopping. Paling sengkek pun window shopping. Hihi. Bukan takde Jusco or Shopping Complex dekat sini, tapi tak banyak and kureng menarik. Jusco pun baru ada satu dekat Bandar Perda. Kalau dekat island, banyakla. Yang kira ok sket Sunway Carnival. Entahla. Saya tetap rasa di JB lagi mudah and dekat. Saya jarang beli baju di sini. Kebanyakan baju-baju saya dibeli di JB.

4.Gerai buah
Haha. Satu lagi alasan yang agak tak kukuh untuk suami saya. Hehe. Penting untuk saya tau. Saya suka makan buah. Especially pisang. Apa-apa yang berkaitan dengan pisang memang saya suka. Pisang goreng ke belebat pisang ke pengat pisang ke, memang kegemaran. Saya agak kecewa bila tak dapat cari pisang tanduk atau pisang kapas di sini. Mak kata mungkin orang dekat sini tak makan pisang tu. Entahla. Huhu. Dekat sini susah nak jumpa gerai buah-buahan di tepi jalan. Kalau nak jumpa gerai buah yang banyak pun dekat Kailan, Kepala Batas. So memerlukan masa dan tenaga. Nak cari ubi kayu pun susah. Haih~Tak taula saya. Kalau dekat rumah mak saya, kedai runcit pun ada jual ubi kayu, pisang tanduk, keledek, tembikai, jambu batu..Macam-macam. So kalau tekak ni teringin nak makan pengat pisang ke ubi rebus, anytime boleh. Kedai dekat je. Kenapala susah sangat dekat sini.


Cukupla kot alasan saya tu. Banyak lagi dalam senarai tapi malas nak taip. Buat saya makin rindu dekat kampung halaman. Sigh~



aarecomel:emosi sebab tak jumpa pisang tadi..tak dapat makan pengat pisang..uwaaaa~

Monday, June 14, 2010

Cicak Goreng

Mesti tekak korang kembang bila dengar post kali ni kan. Haha. Aku yang tukang goreng nih apatah lagi. Serius naik kembang tekak. Makan pun dok terbayang lagi cicak goreng tu. Haih. Agak bengongla gak macamana la aku boleh tak perasaan yang aku pegang cicak. Auwwwwwwwww~Geli geleman kalau aku tau aku pegang cicak. Boleh menjerit satu rumah. Haha.

Alkisahnya macam ni..Tadi petang aku malas nak masak. Then nampak daging ada lagi kat fridge. Dok terperap sampai naik beku dah. Nak masak buat lauk malas. Last2 aku decide rebus daging tu bagi empuk. Niat di hati nak buat nasi goreng daging faveret suami. Dah siap goreng nasi, aku dok layan Syahjihan dulu. Hehe. Agak2 hubby nak balik barula aku terkedek-kedek g dapur nak goreng kepok a.k.a keropok keping. Laki aku nih kalau makan nasik goreng mesti tak tinggal kepok dia tu. Kalau tak goreng nanti dia mulala bising. Mula-mula masa nak goreng kepok tu aku dah rasa was-was je. Aku dok belek kepok tu. Tapi hubby aku penah cakap kepok tak basi. Hehe. Memangla kan. Tapi takut dah berlapuk. Aku pun buat-buatla yakin kepok tu masih selamat dimakan. Sekali..ambikkkk ko! Bukan kepok yang aku goreng. ANAK CICAK!
Buekkkkkkkkk! Terus kembang tekak aku wei. Dah nak termuntah dah. Tapi dalam pada nak muntah tu sempat lagila aku gelak sorang-sorang. Hahahaha~ Padan muka ko cicak. Sapa suruh dok kat kepok aku tu. Kan dah kena goreng.

Gelak-gelak gak tapi geli weh. Lepas ni kena more berhati-hati. So sape-sape yang baca entry ni, hope korang pun concern dengan cicak-cicak dekat rumah korang. Pastu make sure masa beli apa-apa makanan korang pastikan ianya 'CLEAN N CLEAR'..Huhu.



aarecomel:pelik bila ada orang suka bela cicak..erkk~

Friday, June 11, 2010

Mengidam

Haih. Mengalahkan orang mengandung. Mengidam macam-macam. Haha. Tapi serius saya tengah mengidam sangat nak makan coklat. Tak kisahlah apa-apa pun. Janji berkaitan dengan coklat. Kek coklat, coklat Cadbury, coklat Apollo yang murah tu *ala..yang sepeket RM1.20 tu..hihi*, choc tart..apa2la. Janji chocolate..^______^


Ni ha..Coklat kegemaran.Murah.Sedap..Tapi bukan yang susu.I dont loikee!Boleh mun*** jadiknye..Grrrr~


Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Pelik kan. Hehe. Padahal boleh je gi kedai kek ke kedai runcit ke beli..The problem is saya M.A.L.A.S nak drive g kedai. Hahaha. Tahap gaban punya malas. FYI, saya dah seminggu tak keluar rumah. Hanya terperap di dalam rumah sahaja. Bila dah malas, tak boleh nak buat apa. Hahahaha. Gila bosan kan saya ni. Whateva. Janji saya bahagia. Hihihi. Tapi hari ni rasa tak tahan sangatla. Nak ajak hubby g cari chocolate gak malam ni. Haih..Kalau dapat makan sket pun jadikla. Nanti sian baby saya. Meleleh je air liur..Huhu..*abaikan yang ini..berangan semata-mata..baby belum kuar lagi..dia main hide n seek..malu nak kuar..haha*



Adeii~meleleh air liur ni..Malas nak buat.Pergi Secret Recipe sudah..




Coklat Chip Cookies..Haa..Famous Amos!Pe lagi..Tapi aku tak jumpe lagi famos amos kat sini..Haih~




Ice cream and chocolate wafer..Perghh~Menyengat beb..Ada strawberi plak tu..Bang cepatla balik..tak tahan dah ni..Hahaa




Coklat homemade..Tak pernah try lagi sebab dah mind set coklat homemade tak sedap. Boleh tak mcmtu..Hehe. Tapi rasanya kena tryla gak. Mana tau sedap..


Dahla tu. Cukup-cukupla cuci mata ye. Lap sikit air liur tu. Haih korang plak yang lebih2 t'liur ye.Haha.



aarecomel:coklat penawar terbaikk..

Wednesday, June 9, 2010

Seronok Tapi...

Gembira sangat dapat balik kampung. Kampung ke? Hehe. Kira kampungla kan walaupun umah taman, kat JB lak tu. Hihi. As long as jauh dari umah sendiri dikira kampungla kan. Memang betul la orang tua cakap. Pergilah sejauh mana pun, kampung halaman jugak tetap di hati.

Macam biasala kalau dah balik kampung tu apa je nak makan, semua dapat. Pulut ngan kuah serawa durian. Mee rebus. Ubi rebus cicah sambal tumis. Otak-otak Kempas yang gila sedap. Fuhhh~ Banyak syiok. Hehehe. Mak layankan je anak dia ni. Tapi bukan I yang lebih-lebih makan. Sang arjunaku plak yang makan banyak ok. Sejak bila tah kuat makan. Hahaha. Terjangkit kat bini dia la tu. Huahuhuahua. Makan bang, jangan tak makan. Heeeeee~

Sekejap je seminggu. Tapi puas hatila. Dapat jumpa family. Makan macam-macam. Jumpa Zapp, Azza, Fir, n Ain. G majlis Mas n Ajak. Okeyla. Berbaloila balik.

Seronok sangat tapi..masih tak puas lagi. Nak duduk umah mak lama lagi. Huhu. Balik sebelum cuti sekolah, so tak dapat spend banyak masa dengan mak. Mak tak sempat nak shopping-shopping ngan anak dia ni. Masa nak balik tu berat je hati. Rasa nak suruh hubby naik bas je. Haha. Tapi bila tgk keadaan mak yang tak sihat tu, malas nak susahkan dia. Nanti dia gak nak kena hantar anak dia ni balik. So, sabar je la. Jangan ikutkan perasaan. Ada masa boleh balik lagi.
Apa-apa pun saya gembira sangat dapat balik JB. Yeah~JB tetap di hati!

Sunday, June 6, 2010

Emosi

Tiba-tiba..

Sedih. Tersentuh. Tension.

Macam-macam ada perasaan ni.

Sebabnya..

Tengok kawan-kawan yang baru kawin..dah pregnant..

Huhu.

Tak tahu macamana nak bendung perasaan ni.

Jeles..memang sangat jeles!

Tipu kalau aku tak jeles.

Ya Tuhan..

Kuatkanlah semangat hambaMu ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails