Monday, August 30, 2010

Debaran Makin Terasa

Adeii~Adoyaii~Haihhhh~ *ape lagi ek..ehehe*


Sekarang ni tengah kecoh pasal posting. CikguComey pun dah tak keruan. Hari tu call KPM, check nama, orang KPM tu bagitau nama dalam senarai Jabatan Teknik dan Vokasional. Tapi tak sure kena hantar sekolah teknik ke tak. Ikut kekosongan. CikguComey tak kisah. Janji dapat sekolah. Huhu.


Page DPLI kat facebook penuh dengan isu posting. Huhu.



Paling saspen, ramai yang kena hantar Sabah dan Sarawak. Betul la bunyi-bunyi masa CikguComey baru-baru masuk DPLI, katanya DPLI kali ni ramai yang akan dihantar ke Malaysia Timur. Yup, it's totally fact!


Buat rakan-rakan seperjuangan, selamat berbakti di Malaysia Timur. CikguComey masih tak tahu lagi nasib badan. Huhu. Doakan yang terbaik ye.



cikgucomey:opss lupa ada yang tak tahu saya ni tunggu posting.hehe.

Raya..Raya..Raya...

Rindu CikguComey takk??Haha..Malula tu nak ngaku. Takpe2. CikguComey tahu korang rindu gila kan..Heee~


Ok, sila abaikan CikguComey yang kuat perasan ni. Ngeh3.


Kita cerita pasal raya plak la. Dah tinggal bapa hari je nak rayakan. Adala dalam seminggu lebih. Tak lama dah tu. Kanak-kanak mesti seronok kan. CikguComey tahun ni biasa-biasa je. Almaklumla masih penganggur terhebat. So, hanya mengharapkan belas ihsan Enchik Suami je la. Sedih kan..Sob..Sob..Sob..


Tapi takpe. Kali ni la bleh kikis Enchik Suami. Haha. Bayangkan 2 hari turut2 CikguComey g Jusco Bandar Perda. Hihi. Semalam yang paling letihla. Tapi puas hati. Apa yang CikguComey nak semua dapat. Yabedabeduuuuuu!!!


Cuma kesian kat Enchik Suami. Penat layan bini dia yang kiut-miut ni. *nak juga tu puji diri sendiri.haha* Tapi Enchik Suami sikit pun tak bising. Ikut je. Tu yang best tu.



Kesudahannya, bila malam ....
.



.




.



Tertidur depan tv. Penat sangat ye bang. Sian abg.
Nasib tak ngences. Haha.
I LAPPP U LAA YANG!!



cikgucomey:bila shopping terus baik sakit.haha

Saturday, August 28, 2010

Tribute To Abg Bucuk

Huisssshhhh~ Banyak betul sawang. Berkepuk-kepuk.

Macam tu la bila rumah dah sebulan lebih kena tinggal. Letih gak CikguComey nak kemas. Nasib Enchik Suami ringan tulang. Tapi itu pun kena monitor. Kalau tak main ngelat. *korang tau ke ngelat ape??orang Johor tau kot..cuba teka?hehe*

Alhamdulillah dapat suami yang ringan tulang. Kalau mintak tolong, tak banyak mulut. Kalau CikguComey penat, nanti dia tolong buat apa yang patut. Syukur sangat.


Gambar ulang tayang. Haha. Lama tak bergambar berdua.
Malas nak posing2. Hehe.


Mekacih abang!Nanti sayang belanja makan otak2 eh. Haha. *tu je yang mampu.tapi tunggu balik JB la.kui3*



cikgucomey:makin hari makin sayang.ecececehhh~

Thursday, August 26, 2010

Kembali ke Pangkal Jalan

Pon~Pon~


I'm back! Ehehehe.






Alhamdulillah, CikguComey sudah kembali ke pangkal jalan. Hihi. Dah selamat sampai rumahku syurgaku. Ekekekeke.


Mood letih ada lagi. Nak demam pun ada sebab bas tu gile sejuk. Tambah pulak, CikguComey bernasib malang semalam sebab dapat seat bawah lubang angin yang panjang tu. Ambikkk ko~Lemak-lemak tepu dalam badan CikguComey pun tak dapat menahan kesejukan tu tau. Huhu. Rasa macam kat Everest jek. Ngeh3.





Sweater tebal pun tak berkesan gak. CikguComey siap berstokin bagai tapi sejuk jugak. Last-last, ku ambik kain pelikat Abg Bucukku bungkus satu badan. Haha. Dengan muka-muka sekali. Puas hati! Baru lena tido. Hehe.


Dah tak heran mamat sebelah pandang2. Mesti dia confuse kain pelikat sapa plak eh..CikguComey dah tak kuasa nak layan. Yang penting, kain pelikat Abg Bucukku memang sedap je bau. Haha. Tu yang lena tido. *memangla bau sedap.dah dekat sebulan tak basuh.jadi peneman tidola kononnya.haha*


cikgucomey:ngantok lagi.

Monday, August 23, 2010

Saya Sihat!


Mintak maaf sangat ye kawan2 blogger. CikguComey tak sempat nak blogwalking. Nanti ada masa CikguComey balas jejak ye.

Alhamdulillah CikguComey sehat dah. Tadi g jumpa doc kat Johor Specialist. Semua ok. Erm tak payahla cerita panjang ek. Doakan CikguComey kesayangan semua ni *perasan betul.masih ada yg sayang ke?hehe* sihat sepanjang masa and dimurahkan rezeki untuk dapat cahaya mata. Aminnnnnn~




CikguComey:takkan berputus asa.

Friday, August 20, 2010

Ahhh...Lega


Memang lega sangat bila dapat mem'buang' dengan jayanya. *sila jangan geli ek.macam korang tak biasa membuangkan.ekekekekeh*

Tapi jenuh CikguComey cari penawar tau. Naik pening pala pening fikir camne nak bagi dia lancar je. Hehe. Macam-macam buah CikguComey telan. Betik, epal hijau, minum susu. Tapi tak berjaya gak.

Last-last CikguComey tergerak hati nak beli dragon fruit. Memangla xberapa nak sedap kan. CikguComey layannn je. Dari hidup tak tentu arah sebab tak buang harta karun dalam perut ni, baikla CikguComey telan je buah tu kan.


Ada 2 jenis. 1 isi putih, 1 isi merah.
Yang merah sedap lagi.
CikguComey makan yg merah.


Elok je bangun sahur, CikguComey dah sakit2 perut. Eh, dah ada tanda2 nak melaburla.*pelik sekejap.sebab sejak pose dah lama takde tanda2 tu.ekekeke* Apa lagi, pagi tu berjaya membuang dengan jaya sekali. Perut pun kempis sikit.*sikit jek.hua3*


Haa..kalau korang2 ada masalah nak membuang segala isi perut tu, baikla cuba makan dragon fruit tu. Tapi jangan terkejut kalau harta karun korang tu ada kaler merah2 sket. Hahaha. Betul ni. CikguComey tak tipu. Tak percaya, silalah cuba ye!

Thursday, August 19, 2010

Menu Buka Puasa Hari Ni

Nak buka apa hari ni??

CikguComey plan nak buat APAM GULA HANGUS. Tekak ni macam teringin la sangat nak makan kuih apam ni. *aik,ngidam ke??hihi.mmg selalu ngidam pun.hahaha*


Cedok gambo Mamafami. Mintak halal ye Mama. Tapi kat umah mak ni takde acuan. CikguComey boh dalam loyang aje la.


Hari ni Abah dah request nak makan kuew tiaw. Orang Johor panggil MEE TIAW. Tak kisahla. Bendanya sama je kan. Dah siap rebus kerang bagai. Confirmla CikguComey kena masak kuew tiaw goreng kaw2.


Mesti meriah macam ni. Ada udang. Boh telur. Kerang lagi.
Perhhhh terangkat beb! Hehe. Berangan je. Tengokla nanti hasilnya.


Harap2la jadik 2 menu ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Hehe



cikgucomey:bila makan nasik je nak muntah.apa kess??

Dari Masjid ke Masjid

Malam tadi sempatla tengok rancangan ni dekat TV3. Biasa hari Ahad. Tapi mungkin ulangan kot malam tadi.

Personally, CikguComey memang suka la rancangan ni. Memang bagus sangat! Yeala kita ni manala sempat nak singgah semua masjid kan. Masjid dekat rumah pun belum tentu pergi. Erk~ *sapa makan cili terasa pedasnya.ehehehe*


So, bila tengok rancangan ni bolehla tau masjid-masjid yang menarik dan aktif dekat Malaysia ni. Boleh jugak kongsi-kongsi idea nak buat aktiviti apa dekat masjid or surau taman kan.



Kat belakang van tu, masjid pertama di dunia yang dindingnya
diperbuat daripada anyaman. Dekat PERAK.
Korang tau tak? Tak tau kan. Hehe.


Tahniahla pada penerbit rancangan ni, Ahmad Fedtri Yahya!


CikguComey memang tabik springla dekat dia. Memang serba boleh. Mengacara pandai. Jadi penerbit pulak tu. Tulis lirik lagu. Haih serba serbila. Untungla sapa dapat Fedtri ni. *rugi kahwin awal..ekekeke.tipu je.best woo kahwin awal*


cikgucomey:memang suka rancangan2 tv3 dari kecik.

Wednesday, August 18, 2010

Bila dah Bersilat di Dapur..


Semalam pulunla CikguComey bersilat di dapur. Ekekeke.
Macam-macam langkah CikguComey bukak tau. Hehe.

Akhirnya, inilah hasil penat lelah setelah bersilat yang entah berapa minit jek. Hihihi.


Taraaaa~

.


.


.



::SOSEJ ROLL RANGUP::



Dari hari tu lagi CikguComey nak buat tapi asik tertangguh je. Padahal bukan susah no nak buatnya. Senang yang amat. Thanks ye Cik Mat Gebu!Resipi memang sempoi. Korang2 mesti cuba. Tapi CikguComey ada derhaka sket dari resepi asal. Ampun ye. Huhu. Yang penting, makan seketul pun dah kenyang!



Harusslaahh sememeh sket.
Almaklumla budak baru belajar. Hehe.

Buat 3 ketul je sebab ada 3 orang je kat umah.



cikgucomey:suka makan roti.tu pasal la gebu.ehehehe

Tuesday, August 17, 2010

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Baru kejap tertengok KETUK-KETUK RAMADHAN. Menarik2. Hehe.

Dah lama CikguComey tak kelentang-kelentung di dapur. Hihi. Masak biasa-biasa je. Lama tak cuba resepi baru. Kalau tak, macam-macamla CikguComey nak try buat.

Tunggu Enchik Suami habis kursus baru nak start balik bersilat kat dapur kecik CikguComey. Ngeh3. Dah banyak resepi dalam waiting list. Tinggal nak bersilat je la.

Tadi tengok Sheera Iskandar ala anak Aznah Hamid tu masak Nasi Daging Jongang. Nak jugak tagline JONGANG! Memang sempoi. Harusslaah CikguComey try. Lagipun Enchik Suami memang suka makan daging. Kalau CikguComey masak nasik ni kompemla Enchik Suami tambah2 sayangggg!Ekekekekeke~


::credit to sajiankaseh::



cikgucomey:ada member request CikguComey buat blog masak2.huhu.layak ke??

Not Feeling Well

Hurmmm..

Dah 2 hari CikguComey muntah lepas buka puasa. Gara-gara angin penuh dalam perut. Huhu. Tak larat dah ni. Perut pun rasa sakit je.





Adoyai~Dugaan apakah ini.


Enchik Suami suruh g hospital. Tapi CikguComey tersangatla malas. Taula kalau g hospital kerajaan. Letih nak nunggu. Silap2 boleh ketar2 lutut den ni nunggu. Hehe.

Harap-harapla hari ni ok. Tapi loya2 nak muntah ada rasa lagi. Adeii~Sabar aje la. Dugaan Ramadhan.



cikgucomey:rindu enchik suami.huhu

Sunday, August 15, 2010

Hapuskan Airmatamu


Gembira
. Terharu. Sedih. Semua ada.

Bukan kisah sedih. Bukan sebab rindu Enchik Suami. Tapi sebab kenangkan bila rezeki nak timang cahaya mata.

Baru kejap tengok gambar anak kawan. Baru je bersalin tadi petang. Sangat comel. Gembira untuk dia. Cuma hati ni tersentuh sikit bila fikir bilala saya nak rasa saat2 tu. Terus menitik airmata ni. Alangkah bagus kalau Enchik Suami di sisi. Mesti dia dah peluk saya. Huhu.


Congrats Yuli!Sangat comel~


cikgucomey:masih yakin dgn perancanganNya.

Bantal Busuk Dah Balik

Mahu nangis kejap.

Uwaaaa!!!!


Bantal busuk saya dah balik Butterworth. Huhu. Sedih. Sunyi je dia takda.


Ni la BANTAL BUSUK saya!
Tapi dia kata saya TILAM dia.
Taula I gebukan.Hehe.


Cepatla 25hb. Tak sabar dah ni. Adeeiii~Terseksa jiwa dan raga. Ecececehhh. *sila jangan fikir lain ek.hehe*

Tak sanggup rasanya nak PJJ lagi. Tapi sekali sekala best jugakkan. Rindu-rinduan. Hehe. Ala, CikguComey ni memang ngada-ngada sikit. Tak jumpa kejap pun dah rindu. Heee~



cikgucomey:sunyi sangat bila dia takde.

Friday, August 13, 2010

MIM ALIF LAM SIN

Pandai eja jawi tak??Hehe. Kalau pandai mesti tau nak sebut entry title tu.

Cuba eja betul2..Lepas tu sebut. CikguComey nak dengar. Sapa salah eja, diri atas kerusi! *teringat masa sekolah agama. Tapi jarang kena denda sbb terer eja jawi. Hahaha. Angkat bakul sendiri ok!*


Okeh. Kali ni CikguComey nak mengaku yang CikguComey MEMANG PEMALAS! Heee~





Bukan malas nak puasa tau. Tapi malas nak update! Huhu. Online pun kejap2 je. Awal-awal puasa ni takde mood nak blogwalking. Apa lagi nak update. Idea kering. *alasan orang malas.ngeh3*. Tambah pulak Enchik Suami ada di sisi. Lagila takde masa nak update. *harusslahh layan Enchik Suami 1st class.Hihi*


Tunggu Enchik Suami balik baru ada masa nak update. Banyak cerita ni. Berbundle2. Hehe.
Tungggguuuuuuu~~



cikgucomey:sebenarnya rajin.

Tuesday, August 10, 2010

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban



Marilah kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan bersedekah seikhlas mungkin.

Baru kejap CikguComey baca entry Bro Eyriqazz yang mengharapkan sumbangan dari teman-teman blogger untuk makciknya yang kehilangan suami. Takziah dari CikguComey untuk makcik Bro Eyriqazz dan keluarganya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah.


Untuk info lebih lanjut, boleh terus ke SINI.



cikgucomey:selalu pesan pada diri sendiri, jgn hrpkan balasan atas kebaikan yang dibuat.ikhlaskan diri.

Apa ada Dalam Stor??

Minggu lepas CikguComey dapat aura rajin nak mem'vacuum' umah. *selalu sapu gitu-gitu aje.hua3* CikguComey pun selongkarla stor rumah mak yang memang penuh dengan khazanah tu. *dah bleh jadik muzium la jugak.hehe*



::VACUUM ANTIK::
Antikla pada CikguComey. Bunyi pun kuat. Aummmm~Hehe


Niat di hati nak keluarkan vacuum, alih-alih CikguComey ternampak dua benda kat bawah ni.




.




.




.



Selipar masa belajar kat UKM.


Ngee~Ada lagi.Boleh pakai lagi tau.
Tapi kalau hujan, confirm CikguComey jatuh gedebuk

macam nangka busuk. Ehehe.





Signboard masa kahwin.


Ni Abg Long yang buat. Patutnya Farhana & Nazri. Tapi terbalik.
Macam majlis kat rumah lelaki pulak. Hehe.

Kenangan beb!Bleh tunjuk anak cucu ni.




cikgucomey:suka simpan barang,bila serabut buang jugak.hehe

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak!
*cakap arab plak.hehe.nak lebih2 tak pandai sbb B.Arab Tinggi dapat c6 je masa SPM.Hik3*




Alhamdulillah. Masih diberi peluang nikmati Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih barakah dan lebih baik dari yang sebelumnya.


Yang paling best Ramadhan kali ni, Enchik Suami dapat cuti dari kursus. So, dapatlah sambut 1st Ramadhan bersama isterinya yang comey tak hengat ni *nak gak puji diri sendiri.kekekekek* kat JB. Tapi yang tak best pulak, Enchik Suami kena extend kursus seminggu. Nampaknya sampai 15 Ramadhan la CikguComey berpuasa di rumah mak abah.



Kira adil la kot sebab tahun ni raya Jerteh dulu. So, mak abah takla terasa sangat kan sebab CikguComey dah sambut puasa dekat sini.


Ramadhan kali ni CikguComey rasa macam nak ajak Enchik Suami tour dari masjid ke masjidla. Tapi tak discuss lagi pasal ni. Kalau jadik, mesti bestkan. Setiap masjid mesti ada perbezaan kan. Ala, penat sikit takpe, Ramadhan setahun sekali je. Lepas ni kena tunggu setahun lagi baru dapat solat terawih. Doakanla apa yang CikguComey plan ni jadik ye.



cikgucomey:teringin sambut Ramadhan di Tanah Suci.

Monday, August 9, 2010

Panjang Umur...

"Panjang umurnya..panjang umurnya..." *sila sambung kalau suka lagu ni.hehe*


Eh ada besday sape2 ke hari ni??


Bukanla.


Ni CikguComey nak beritahu,


"I'm counted! Make sure you are."


Baru je berapa jam saya buat entry risau pasal banci. Alih-alih elok je ada pembanci datang umah. Hehe. Memang panjang umur~


Tapi yang tak berapa bestkan, pembanci tu macam ala-ala kurang sopanla. Nasibla saya ni malas nak layan. Kang ada cikgucomey bagi ceramah. Baru tau.



Lain kali nak pasang sepanduk kat
macam ni kat depan rumah.




Saya faham diorang berpanas berhujan sebab nak banci. Tapi budi bahasa kenala diamalkan kan. Ye tak? Sebab tula CikguComey malas nak hangin. Sabar aje la. Ada gak pahala kan.



cikgucomey:lemah-lembut je orangnya.hik3.

I'm Not Counted Yet


"Saya telah dibanci"




"I'm counted"


Adeii. Tiba-tiba risau pasal ni. Saya tak dibanci lagi. Macam mana ni?? *perlu ke risau sampai macamni?ehehehe*
Add Image


Risau nihhh~




cikgucomey:lagi risau bila suami tak call.huhu

Alahai Durian


::PUJAAN HATI::





Haihh durian..Kenapala ko ni menggoda je kejenya. Den tak tahan dengan godaan ko tu. Lagi-lagila bau ko yang semerbak wangi sampai habis bau satu rumah. Heh. Dapat pulak ko tu gebus, kuning keemasan. Adeii~ Memangla den ni tak kuat iman.


Tapi satu je la den ada geram sikit dengan ko ni. Bila dah sedap makan sampai sendawa pun bau durian *ekekekekeke*, badan den mulala nak demam. Panas dah badan ni gara-gara makan ko durian oiiii.


Tak apala. Sebab ko durian, den sanggup demam. Janji den puas hati dapat makan durian. Hehehe.*sebenarnya, alasan je makan durian demam.padahal dah banyak dosa2 kecik, tu yang Tuhan bagi demam.gulp~terus kelu lidah.*





cikgucomey:lepas gian makan durian.nanti dah puasa tak lalu dah nak makan.hehe

Friday, August 6, 2010

Korang Kenal WAK NANDRO??

Haaaaaaaa~Korang kenal tak WAK NANDRO? *sebut betul2..slanga jawa sket..NANDRO.hik3*


Saya pun tak kenal. Tahu nama saja tapi tak pernah bersua muka. Ecececeh~



Apa yang istimewa pasal WAK NANDRO ni??Siapa pulak la wak jawa ni ek??


Agaknya lebih kurang Wak ni kot mukanya. Ehehehe.
Toche En Google.




Mengikut cerita mak saya, masa saya nak kahwin, nenek saya ni b'iya-iya benor suruh mak saya panggil Wak ni. Tujuannya, suruh tengok2kan atau lebih senang kira macam baca2la apa yang patut. Jampi gitu supaya hujan tak turun. Nenek siap cakap, "Wak ni pandai. Mujarab."

Nak jadikan cerita, mak setuju aje cadangan nenek saya ni. Maka, datanglah Wak ni ke rumah masa hari saya sanding. Pulunla Wak ni berdoa. Konon-konon nak tolak hujan la, sekali ko..Hambikkk~Hujan selebat-lebat hujan! Mr Bucuk saya berarak kena hujan. Kesian, tapi maintain hensem. Ekekeke.

Mujarab ye Wak. Banyakla Wak punya mujarab. Wak nak lawan kuasa Tuhan. Kan dah malu sendiri. Haih~ Yang paling kurang hasamm, mula2 cakap bayaran sekihlas hati, alih-alih mintak RM130! Memang tak ikhlas Wak ni!Mentang2 ko nampak umah aku beso sket ko letak harga kaw2 ye!

Saya memang tak tahu menahu pasal Wak ni. Lepas majlis selesai, umah dah kemas, barulah mak cerita. Memang hangin gak la. Nenek ku pun satu hal, napela percaya benda2 macam tu. Patutnya solat hajat, ini dipanggil WAK NANDRO!


cikgucomey:sampai skrg kena perli dgn MR BUCUK. Wak ape tu..??

Kecik-kecik Cili Api

Bravo!Bravo!

Saya memang kagum la dengan si budak sekolah ni..AMIR IZZAT baru 16 tahun, tapi sudah jadik blogger tegar! Siap dah dapat check nuff lagi. Baguslah adik oi. Boleh simpan duit tu untuk masa depan.




Korang2 yang tak pernah g blog dia, blehla click kat gambo tu. Takpun kat nama dia tu.


cikgucomey:bilala nak advance mcm diorang.

Siapa NOR AZITA OSMAN?

Saya memang ketinggalan sikit.

Almaklumla sejak balik JB ni asyik ukur jalan je. Boleh kata hari-hari keluar. Entah apa yang busy sangat. Heh.

Pagi tadi dok belek2, terjah2 blog, ternampak isu NOR AZITA OSMAN.



Haih. Gitula kalau dah tersilap kata. Tersilap kata dalam facebook pulak tu. Terusla kena bambu kaw-kaw punya. Terus buang account facebook dia. Huhu. Penangan FACEBOOK!


Saya tak nak komen panjang lebar. Seantero Malaysia dah tahu pasal isu ni kan.



Saya pun tinggal merantau di negeri orang, tapi alhamdulillah masih boleh sesuaikan diri. Biasala, tempat sendiri tak sama dengan tempat lain. Sekurang-kurangnya bersyukur Tuhan masih bagi nikmat hidup. Merungut senyap2 sudahla. Tak payahla sampai ke FB ye!


Pesanan saya, sebelum tulis apa-apa, fikirla sehabis-habisnya. Jangan ikut sedap mulut je. Dan kita sebagai hamba Allah, apalah salah maafkan cik Nor Azita kita ni. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan.



aarecomel:bangga jadi anak JOHOR.

GCB::Sedap Banget::



Eh GCB ke BCG ek?? Heh. BCG tu injection masa darjah 6 kan. Ok. Bukan BCG, GCB..


Macam manala nak kurus. Asyik makan je. Hahaha.


Tapi seriously heaven dapat makan GCB. Ala burger McDonald yang baru tu. Not badla. Compared tu Pocket Full KFC *betul ke pocket full?hentam sajela.janji ade pocket2 tu dekat2la tu.hehe* tu better makan GCB. Tapi ikut tekak masing2la kan. Ada orang prefer Pocket Full.

Bold
Saya pilih GCB!


::GCB::
Grilled Chicken Burger



Sape2 yang tak pernah try lagi, korang cepat2la g Mcd. Limited edition. Tapi pada sapa yang berdiet tu, dinasihatkan tak payahla ek. Kang bertambah-tambah lemak. Hahaha. Cikgu Comey takpe. Balik makan je terus kayuh basikal. Hua3.



aarecomel:bukan selalu makan McD.

Wednesday, August 4, 2010

Saya dah Kurus!

Waaaaa~Cikgu Comey dah kurus??

Biar betul??Ekekeke. Percaya jangan tak percaya ye.


Sebelum dihantar pulang, Encik Suami berpesan:

"Yang, nanti lepas sebulan Abang nak tengok ayang kurus tau."

Si isteri yang comey lagi rupawan menjawab dengan penuh sopan ada
unsur manja2 sket *gedik2*:

"Yola abang. Confirm ayang kurus nanti.
Kan dekat umah mak ada basikal."


.




.




.




.




Ni la rupa basikal tu. Penat den kayuh tau.
Asik tengok jam je bila kayuh. Lambat beno nak setengah jam.
Ekekeke.


Tapi misi masih tak berjaya lagi. Hahaha. Takpe. Ada 2 minggu lagi. Adeii~Sempat ke? Harusslaa beli JUSMATE 5 uolsss!Ngeh3. Ada sape2 nak sponsor?? Hee~



aarecomel:taknak kurus sgt nti xcomey plak.hua3

Bandi Amuk Bukak Topeng

::BANDI AMUK::


Lama tak dengar cerita Bandi Amuk ni kan.

Dia ni kalau buat show mesti bertopeng. Tak tahu apa relevannya dia bertopeng. Heh. Tapi tak kisahla kan. Layan je~

Alkisahnya, semalam saya dah terserempak ngan Bandi ni masa isi minyak kereta kat Shell Skudai. Ala, Shell yang sebelahnya ada McDonald tu. Budak2 UTM confirm tau la. Memang tempat lepak diorang. *saya kadang2 je lepak situ.hehe*

Kali ni memang livela tengok dia tak bertopeng. Rambut maintain panjang. Tapi tengok sekali imbas je dah tau tu Bandi. Boleh kenal mata dia tu. Tapi takda perasaan pun. Takde pulak nak mintak autograf ke bergambar ke. Mungkin sebab tau dia memang duduk area Skudai ni *tau rumah dia tapi tak nak btau. Sapa nak tau, boleh tapi 20 sen..hik3* so anytime boleh terserempak lagi.


Dia ni mungkin peminat Bandi.
Hepi gila bila dapat jumpa Bandi live version.


aarecomel:suka lagu rock kapak.

Tuesday, August 3, 2010

I'm Super Happy!

Yeay!Saya super dooper happy hari ni. Hehehe.

Mula-mula tadi dah letih sangat. Lepas solat Zuhur, rasa mahu ngorok je. Tapi tiba-tiba tergerak pulak nak check nuff. Sekali tengok..Eh duit saya makin banyakla. Hihihi. Walaupun jauh lagi boleh cash out, saya tak kisah. Janji duit makin naik kan. Sikit-sikit lama2 jadik bukit. Ye tak.



Korang ada ke duit bertimbun macam ni??Takde kan.
Hehe. *takut gak bila banyak duit.huhu.kompem ramai yang nak rompak.auuwww~*





Ok, tu je nak bgtau. Hee~



aarecomel:bersederhana itu lebih baik.

Monday, August 2, 2010

2nd Award From Ataicha


1. Ucap terima kasih kat insan yang tag kat kita tu dan jangan lupa link kan

Firstly, nak ucapkan thanks kepada .. ataicha. Mekasih ek ataicha sebab murah hati sangat bagi award ni.Hehe



2. Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe..

Nanti eh. Tak larat dah ni. Esok I tag. Hehe




3. Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang
Belum lagi. Esok ye.


4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri
~Umur masuk 25.
~Asal JB, sekarang dok Butterworth
~Dah kahwin dengan En Mohd Nazri
~Anak bongsu dari 4 beradik
~Suka masak
~Suka bawak keta laju2 sampai kena panggil minah rempit. Heh *alamak!tiba2 t'ingat ada 2 saman tak bayar lagi. Ekekeke*
~Bila ngajo, memang garang tapi maintain comey. Ngee~

Sunday, August 1, 2010

I'm 25, not 17!


Selalunya orang suka bila orang lain cakap dia nampak muda. Sapa tak sukakan. *sape tak suka sila angkat kaki.hee~*

Bukan nak meninggi diri. Tapi ramai orang yang 1st time jumpa saya akan tanya soalan ni.

"Belajar kat mana?"

Tak pun, diorang mesti tanya,


"Baru habis sekolah ke?"


Adoyai~Muka saya ni budak2 sangat ke? Mula-mula memangla rasa suka kan bila orang cakap kita nampak muda. Tapi kalau dah selalu sangat, jadik macam tak best plak. Huhu.


Bila saya cakap yang saya ni umur 25, diorang terkejut. Tambah terkejut bila tahu dah kahwin! Yes, I'm married! Apa, ingat orang gemuk tak laku ke? Heh. *apsal ayat macam emo pulak ni.hehe*



Confuse.Tapi malasla den nak fikir.
Janji den maintain comey.Hik3.



Hurmmm. Tak kisahla kan. Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah. Muda pun muda la, janji Encik Bucuk sayang saya. Ekekekeke.


aarecomel:korang rasa saya ni awet muda ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails