Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

Friday, May 20, 2011

Tanda Paper Pulak..

Hampeh. Angan-angan nak update hari-hari, tapi tak berjaya jugak! Haih~

Budak-budak dah exam, Cikgu pun dah mula sibuk nak tanda paper. Kena pulun cepat-cepat sebab dah keluar arahan markah kena siapkan sebelum cuti. Huhu.

Kepala pun dah pening ni. Apa taknya..lain yang ditanya, lain yang dijawab. Mau tak pening kepala Cikgu ni tanda paper. Kita ni punya la ajar bagai nak rak, boleh pulak ada yang tak jawab soalan! Sabor aje la..


::Gambar hiasan::




cikgu_farhana:pening jugak bila cikgu akaun kena tanda paper BM.Huhu.

Wednesday, May 18, 2011

Musim Exam

Sekarang ni dah musim exam. Lega sikit. Bolehla merajinkan diri update blog. Haha. Lepas ni tak taula. Nak kena ngadap paper la plak..Entah ada masa nak update ke tak. Awal-awal je semangat kan.

Hari ni Cikgu tak banyak kelas sangat. Semua 1 waktu je. Tapi 1 waktu pun dah mengantuk yang amat!! Haih. Lagi-lagi lepas rehat kan. Bukan budak-budak je yang ngantok, dengan cikgu-cikgu pun boleh terlena. Hehe. Nasibla tak tersengguk-sengguk. Cikgu mesti kena pandai cover. Kalau tak, tak pasal-pasal kena gelak ngan budak kan. Erk. Terus tak ayu dah. Haha.

Cuma Cikgu tak berapa suka gelagat budak yang suka dok pusing-pusingkan pen. Kalau terer betul nak pusingkan pen tu takpela jugak. Ini asyik jatuh je. Bila dah jatuh, mestilah kuarkan bunyi kan. Memang menyakitkan telinga. Kalau sorang je yang buat macamtu, tak apa. Ini boleh kata semua! Sabar aje la.





Semoga pelajar-pelajar Cikgu dapat jawab exam dengan elok ye..:p



cikgu_farhana: rasanya buat soalan dah senang, tapi budak komplen susah.korang yang tak study, Cikgu dipersalahkan.haih~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails