Showing posts with label F.O.O.D.. Show all posts
Showing posts with label F.O.O.D.. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

::Oreo Cheesecake::

2 bulan setengah di KL, aktiviti memasak sangatlah tidak memberangsangkan. Haih.
Memang malas gila! Tapi bila ada orang nak datang, boleh pulak rajin kan. 


Jadi, kawan-kawan, silalah rajin-rajin datang rumah saya ok! 
Confirm saya akan automatik bertukar jadi rajin. Haha.




Godeh-godeh folder F.O.O.D terus terliur tengok gambar ni





.



.





.





Perghhh memang menggiurkan anak tekak wehh. 
Kombinasi biskut oreo dengan creamcheese memang terbaikk! 
Tapi kalau nak buat lagi, saya nak try resepi yang simple macam kat SINI
Orang yang takde oven pun boleh buat tau..



saya: laporrrr!!

Friday, November 30, 2012

4th ANNIVERSARY

Alhamdulillah. Dah 4 tahun kami bersama. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Insya'Allah seberat mana pun dugaan, jika dengan izinNya ia akan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri.


Tahun ke-4, tiada hadiah istimewa, tiada kad ucapan, tiada dinner yang romantik, sekadar hidangan penambah berat badan. Hahaha. Serius. Bila masuk dalam mulut, saya dah terbayang lemak-lemak tepu sedang menempel kat badan saya terutama bahagian perut yang sedia ada dah banyak lemak! 



::OREO VANILLA CREPE WITH CHOCOLATE BUTTERCREAM::



Amacam? Berlemak tak? Haha.




Atas permintaan, saya letakkan resepi dan sumbernya. 

Untuk CREPE
Sumber: Majalah AROMA(Kak Ita-fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan:
  • 140gm tepung kek- self raising flour
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm gula caster
  • 500ml susu segar/susu cair
  • 30gm butter - dicairkan
  • 4 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu esen vanila - *saya letak perisa vanilla.sama ke lain ek?rasanya lain.bedal je la.


Cara penyediaan:
  1. Masukkan tepung kek+tepung jagung+garam dalam satu bekas. Ayak dan masukkan 1/2 susu ke dalam adunan tadi dan gaul rata sehingga licin dan tak berketul-ketul.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula, dan baki 1/2 lagi susu. Kemudian kacau rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kuning telur (no.2) ke dalam adunan tepung (no.1) dan gaul rata sehingga adunan menjadi licin. Tambahkan butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau hingga rata dan kemudian tapis.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
  5. Sediakan non-stick pan atau apa2 kuali yang tak lekat, panaskan dengan api besar sampai kuali betul2 panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Bila lapisan bawah dan kuning keemasan, angkat. Tak payah balikkan. Ulang hingga habis semua adunan.



Tips dari Kak Ita:Lepas angkat kulit crepe,lapis dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik untuk mengekalkan kelembapan dan elakkan crepe menjadi kering.






Untuk filling, saya hanya buat simple chocolate buttercream. Asalnya saya nak buat Vanilla Cream Kastard, tapi disebabkan semalam tak berapa sihat, saya guna je bahan yang ada dekat dapur. Memang tak larat nak drive semata-mata nak beli whipping cream. Jadi, guna je la stok yang sedia ada kat rumah. Jimat.


Tapi rasanya kureng sikit. Muak. Kalau filling guna whipping cream or chocolate ganache lagi sedapla. Kalau nak cuba jugak buttercream, boleh cuba resepi ni. Simple sangat.


CHOCOLATE BUTTERCREAM
Sumber: Google (tak ingat kt mana)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan choc chip - *saya gantikan dgn compound milk chocolate.sbb tu je stok yg ada.


Cara-cara:
  1. Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler
  2. Bila dah cair kacau sehingga sebati.
  3. Simpankan ke dalam peti sejuk biar pra beku. Kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim. 
  4. Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas crepe.


Ada banyak lagi resepi yang simple, boleh search kat google kalo tak nak cuba yang ini. Same goes to filling lain. Nak senang rujuk kat blog Kak Ita. Semua ada.


Untuk penyediaan:
  1. Letak sekeping crepe kemudian paipkan filling. 
  2. Lepas tu, letak biskut oreo yang dibuang cream atas filling tadi. Lapiskan semula dengan crepe dan ulang hingga siap.

Nak letak biskut dari bawah sampai atas pun boleh. Saya tak letak semua lapisan sebab stok biskut tak cukup. Mana nak cukup. Satu letak atas filling, satu masuk dalam mulut. Hahaha. Manalah nak cukupkan. Tapi serius.. Bila letak biskut oreo menambah lagi kelazatannya. 




Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin sangat. Kalau ada resepi yang simple-simple, confirm laju je saya cuba. Heh. Jadi, resepi yang saya cuba semua yang simple dan ringkas. Lagipun sendiri nak makan kan. Lainla kalau nak bisnes.


Pesanan saya, banyakkan bersabar masa mendadar crepe tu ok! Memang menguji kesabaran. SELAMAT MENCUBA!



saya:teringat-ingat kesedapan Oreo CheeseCake.adeii.


Sunday, November 25, 2012

MURTABAK MINI

As usual, hari Ahad adalah hari bermalas-malasan untuk saya. 
Jadi, hari ni saya sekadar masak Murtabak Mini untuk 'brunch' (breakfast+lunch). 


MURTABAK MINI

Bahan-bahan inti:

Isi ayam/daging cincang -ikut suka nak letak banyak mana
2 biji ubi kentang -dipotong dadu
1 biji bawang besar -dicincang/dipotong dadu
serbuk kari -saya bubuh 1 paket(kalau tak suka rasa kari, boh 2 sudu besar pun dah ok)
cili blender -(yang ni optional.saya suka ada rasa pedas.cili blender ni saya memang dah
                  siap boh bawang merah,bawang putih, dan halia.memang selalu ada stok)
gula, garam secukup rasa - nak letak perasa pun boleh.saya memang takde stok perasa kat  
                                     umah.

*kalau ada daun sup, boleh jugak nak letak.saya tak letak sebab tak beli.




 Bahan-bahan lain:

  • kulit popia saiz besar
  • 2 biji telur         
  • sedikit minyak untuk menggoreng               


Cara-cara:
  1. Serbuk kari+cili blender digaul sekali. Letak air sedikit
  2. Tumis serbuk kari+cili blender hingga naik bau. 
  3. Masukkan kentang dan ayam. Masukkan air sedikit untuk mempercepatkan kentang empuk.
  4. Bila kentang hampir empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan bawang yang dicincang tadi. Biarkan sehingga kentang betul-betul empuk. 
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, campurkan inti dengan telur. Gaul sebati.
  7. Panaskan kuali, letak sedikit sahaja minyak. 
  8. Letak sedikit inti di atas kulit popia dan lipatkannya menjadi empat segi.
  9. Masukkan murtabak ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Selamat mencuba!


saya: gigihkan diri untuk menaip resepi yang sempoi nih atas permintaan sorang kawan yang sedang sarat mengandung tetapi berkobar-berkobar memasak. Hehe.

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

AIR KATHIRA

Salam 10 Ramadhan!
Finally saya jumpa jugak air kathira dekat Butterworth ni.


Walaupun rasanya tak sama macam kat Johor nun, tapi bolehla setakat nak hilangkan kempunan kitorang berdua ni..;)


Sekarang ni teringin nak makan kuih kole kacang. Tapi tak jumpa lagi. Susah-susah, kena buat sendirila jawabnya. Adeiii~Rajin ke? Bulan puasa je selera macam-macam kan. Haih. Nafsu ok!




saya:semoga Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir kami berdua.Amin

Thursday, July 26, 2012

TERCEKIK TULANG

Rupa-rupanya seksa jugak bila tercekik tulang ek. Lagi-lagi tulang yang halus-halus tu. 
Bila dah tercekik, punyala seksa nak keluarkan. 

Serius. Memang susah gila! Tak tipu. 
Tak percaya korang tryla buat-buat tercekik. Baru korang tau.
Amacam? Ada bran? Eheh.




Ini semua gara-gara nasi kerabu. Selepas kejadian tercekik tulang tempoh hari, Enchik Suami terus belikan lauk daging bakar untuk gantikan ikan goreng tepung. Dia takut saya tercekik lagi. Ehehe. 



Terima kasih abang kerana memahami. Terharu. Tsk.




saya:mujur tulang ikan,kalo tulang ayam, pengsan.

Friday, June 8, 2012

TIRAMISU

Ramai pulak yang mintak resepi tiramisu. Mungkin gambar yang saya letak dekat Facebook tu menggiurkan sangat kot. Ehehe. Pasal tu la ramai yang berkenan. 




Sila jangan tertipu dengan gambar ye; rasanya tidakla hebat mana pun..:p






Tapi cara nak buat memang sempoi. Sekejap je dah siap. Saya pulak memang jenis suka resepi yang simple-simple ni. Janji hasil kebaboomm. Heh. Kebaboom untuk tekak Enchik Suami jadikla.



RESEPI DARI GOOGLE (Lupa dari blog mana.Tsk.Sori)


Bahan-bahan:
  • 250 ml whipping cream
  • 200ml cream cheese (saya guna PHILADELPHIA)
  • 1/2 cawan gula halus (kalau takde stok, tak payah pening-pening. Gula pasir tu blender aje.Heh)
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan nescafe
  • serbuk koko dan strawberi (untuk hiasan)
  • sebuku kek (apa-apa kek)


Cara-cara:


1. Bancuh nescafe dengan air panas.

2. Pukul gula, cream cheese, whipping cream sampai kembang dan gebu. 
(Sila guna mixer eh. Kalau rasa tangan tu kental, bolehla nak pukul pakai tangan. Hehe)

3. Potong kek dan susun dalam bekas. 

4. Tuangkan bancuhan nescafe atas kek. (Jangan tuang semua pulak. Agak-agak)

5. Sapu cream cheese+whipping cream yang dah dipukul tadi ke atas kek. Ulang langkah sampai habis.

6. Sejukkan dalam peti sejuk.

7. Bila nak makan, hiaslah dengan serbuk koko dan strawberi.






Bolehla kalau nak surprisekan Enchik Suami. 
Confirm Enchik Suami senyum lebar.
(^__________________^)



Gigih jugak nak buat tiramisu ni. Sebelum ni tak tahu pun apa tu cream cheese, whipping cream. Sebabkan Enchik Suami asyik cakap tiramisu sedap, saya pun gigih google resepi kat internet. Saya pun tak pernah makan sebelum ni. Tapi tak sia-sia, memang sedap!





Selamat mencuba!



saya:simple tapi sedap.

Friday, March 16, 2012

Mee Sup Kebaboo

Sejak dua menjak ni rasa tak tau nak makan apa. 
Makan tu tak sedap. Makan ni tak sedap. Haih.
Apa kena entah tekak ni. 


Enchik Suami pulak outstation.
Lagila takde selera nak makan.


Tapi tadi terjumpa pulak gambar ni dalam lappy husband.

...






...




...




..





...





Nampak macam menggiurkan je ek. (^___~) 
Saya ni Mee Sup memang kureng sket. Selalu masak sebab Enchik Suami suka sangat. 
Kalau sebungkus tu, dia sorang makan 3/4 bungkus ok! 


Besok Enchik Suami balik. Bolehla nak masak Mee Sup ni. Lepas tu buat bergedil, sambal kicap kaw-kaw..Perghhh kompem terangkat! 








me:buat soto nasi pun ok jugak kan.adeii.dalam dilema.heh

Sunday, May 22, 2011

Air Tangan Isteri

Hari ni Enchik Suami kena kerja. Katanya, nak buat preparation untuk Hari Ulangtahun TUDM..

Eh, ulangtahun TUDM ke tentera ek?? Kompius pulak. Heh. Tak kisahla. Yang penting , hari ulangtahunla kan..:p


So, sebelum pergi kerja pagi tadi, dia dah pesan tak payah masak. Makan kat luar je. Tapi Cikgu rasa macam tak bestla pulak. Bukan apa, kalau selalu makan luar pun tak best jugak kan. Kan lebih afdhal kalo isteri yang masak. Pahala pun lebih kan. 


Cakap pasal air tangan isteri, sebelum Cikgu kawin, abah Cikgu selalu pesan. Kalau dah kawin, ada anak, kena masak. Air tangan mak ni lain. Suami pun macam tu. Kena bagi suami makan dengan air tangan kita sendiri. Lagi satu, bila masak kat rumah ni, jimat sikit. Makan kat luar pun belum tentu terjamin kebersihannya kan. So, baiklah masak walaupun hanya masak telur goreng dengan bilis kicap. Heh. *lauk faveret tu*



Semoga Cikgu akan diberi kekuatan dan kerajinan
berterusan untuk memasak..Hee~



Kalau nak tau lebih lagi pasal isu ni, lehla lawat kat SINI.




cikgu_farhana: memang suka memasak.

Wednesday, May 18, 2011

I'm Back!

Hahahahaha. Gelak puas-puas dulu. Lama gila Cikgu tak update blog.

Tak sempat cik kak oiii..Keje sekolah berlambak. Tambah pulak, nak layan Enchik Suami yang asik ngadu kurang kasih sayang. Haihhh~ Macam-macam la.

Tapi kali ni dah berazam nak rajin-rajinkan update! Yeahhh! *dengan penuh semangat ni, ala-ala Abg Nas rambut ketak.hahaha*

Sebab lama tak update, Cikgu nak tunjuk mukala sketkan. Walaupun tak berapa nak cun, harap bolehla buat hilang rindu korang kt Cikgu. *macamla ada yang rindu kt aku ni kan..haha.tak kire.nak letak jugak!*






Taraa......










Apa macam? Cun takkk??? Hehe.



cikgu_farhana: gambar choc donut ball lagi menggoda dari muka cikgu ok!

Tuesday, March 22, 2011

Live From School~

Hehe. Curik masa kejap update blog. Minggu ni budak-budak ujian, so cikgu kurangla kerja sikit. Tapi ngantuk jugakla dok jaga kelas tadi. Haih~Macam nak pengsan tahan ngantuk. Hahaha~Cikgu pulak over ngantuk ek!

Cuma nak share apa Cikgu masak pagi tadi. Requested by Enchik Suami. Bangun tido, tanpa gosok gigi terus dia ngap!!Eh, tapi taik mata dah cuci tau! Hehe. Sila jangan geli ek.. Macamla korang tak biasa. Ngeh3.



 ::Sosej Roll::



Makannya 2 orang je. Tapi cikgu memang selalu buat lebih. 

So, yang lebih tu, cikgu suruh Enchik Suami bawak bekal g ofis. Hehe. Selamat. Tak membazir..:p




Bekal untuk Enchik Suami. Siap ada sos lagi..kalau ada mayonis paket, 
nak je bubuh.Tapi takda stok dekat rumah.



cikgufarhana: mood masak-masak dah balik!!

Friday, February 4, 2011

RX Lite..Berkesan ke?



Tetiba rasa nak try produk ni. Maybe sebab terpengaruh dengan rasa koko kot. Macam selera sikitla nak telan kan. Hehe. Ada sesiapa tak dah minum produk ni? 
Bolehla share pengalaman..:p




cikgucomey:azam 2011, nak kurus!!!hihi.

Thursday, February 3, 2011

Siakap Senohong Masak Sweet Sour..:p

Menu lunch hari ni..SIAKAP  SENOHONG..(^_^)



Sebenarnya, gambar kat atas tu gambar ulang tayang. Kalau tak silap dah penah boh pun kat sini. Tapi disebabkan CikguComey punya camera tu ada prob, tepek je la gambar ni. Menunya sama, rupa je lain. Dah selamat pun ikan tu. Pinggan pun dah basuh. Heh. Memang hari ni, ni je lauknya. Senang keje den. Enchik Suami bukan pandai makan banyak lauk. So, nak senang keje, CikguComey bohla salad, timun, tomato, dan daun celery tu sekali ngan ikan. Kompem dia makan. Senang kan..



cikgucomey:konon tak nak makan nasik, hampehhh.tsk.

Wednesday, February 2, 2011

Kebaikan Taufu Fa

Dulu kecik-kecik saya tak tahu pun apa kebenda TAUFU FA tu. AIR TAHU tau la..:p

Bila dah duduk asrama, barula tau yang AIR TAHU tu sama dengan TAUFU FA. Saya dari kecik memang panggil air tahu. Tak pernah pulak dengo mak abah sebut taufu fa. 


Masa kecik-kecik *sekarang pun kecik lagi ok..:p*, memang boleh kata asal ada pasar malam je mak mesti beli taufu fa. Walaupun saya tak berapa nak gemar rasa dia yang macam kelat-kelat tu kan. Agaknya nak soh saya ni putih kot. Haha. Tu yang dok bagi makan taufu fa kot. Tapi tak putih-putih pun..dah memang kulit jawo..Sighh~

Bila besar sket, saya memang tak bernafsu langsung bila tengok taufu fa. Tengok je pun boleh migrain. Oh, saya ni memang pelik sket. Kalau tak suka sesuatu makanan tu, akan jadi pening sampai loya nak muntah even ternampak makanan tu. Tu baru nampak, belum makan lagi. Kalau makan, kompem teruwweekk kat situ jugak. Enchik Suami, sila beware ok! Heh. Tapi pernahla gak saya ni try-try makan taufu fa. Konon-konon teringin la kan. Sekali ko ambikkk..terus muntah-muntah, cirit-birit. Lepas tu tobat!!Tak makan dah.



pix credit to: google



Tapi lepas baca info pasal kebaikan taufu fa, terus rasa nak cuba-cuba makan jugak. Ni ha kebaikannya..

1. Mencegah kanser
2. Meringankan diabetes
3. Mengurangi gejala menopaus
4. Mencegah osteoporosis
5. Mencegah aterosklerosis
6. Anti penuaan






cikgucomey:baru sedar kenapa mak paksa makan dulu-dulu.

Monday, January 31, 2011

Cerita Interview

Cerita dah nak basi. Tapi takpela. Sekadar nak kongsi pengalaman.


Dua minggu sebelum interview,
CikguComey rilek-rilek je. Malas nak pikir sangat. Lagipun kerja sekolah memang berlambak. Awal tahun kan, macam-macam kerja nak buat. 


Lagi 3 hari nak interview, 
baru terkedek-kedek nak print segala info yang dah terperap dalam laptop. Pulunla gak cari maklumat pasal pendidikan, isu-isu semasa. Nak sedapkan hati je. Kalau tak cari nanti macam overconfident pulak kan. Hehe.


Dua hari sebelum interview
berkurung dalam rumah. Konon-konon baca nota yang dah print tu. Hakikatnya, berfesbuk ngan berblogging je lebih. Haha. Baca nota sejam, fesbuk berjam-jam. Apa macam?? Hihihi.


Malam sebelum interview,
pulun baca nota. Perut makin kecut. Makan pun tak lalu. Tidur pun tak lena. Rasa macam taknak tido, tapi paksa gak mata sebab lepas interview kena g sekolah jugak. Adeii~ Risau sampai buat Enchik Suami bengang! Boleh pulak Enchik Suami kuarkan ayat laser zasssss kat bini dia yang sensitip tak hengattt niiii. Huhu. Lebih kurang cengginila ayat zassss tu, " Kalau U takut sangat macamni, tak naik gaji pun takpela.." Bini comey ni terus masuk bilik, buat-buat tido. Padahal air mata dah laju je kuar. Haha. Memang gembeng kan.. Nak buat macamane. Boleh pulak ada adegan air mata sebelum kena interview. Haih~Drama Queen betul kann..:p


Hari yang ditunggu. 
Pagi-pagi dah bangun. Walaupun mata ngantok gila. Paksa mata bangun. Huhu. 6.45 pagi dah gerak g Politeknik Seberang Perai. Gelap gila kawasan Poli tu. Sampai nak cari library pun tak jumpa. Nasibla ada geng yang sekali dok tercari-cari kan. Alhamdulillah jumpa jugak library walaupun cari dalam kegelapan.  
Pesanan untuk pekerja Poli Seberang Perai: Sila pasang lampu terang-terang. 

CikguComey candidates yang ke-6 dari 8 orang, bilik temuduga 2. Ada 2 bilik temuduga, setiap bilik ada 8 orang je candidates. Berdebar-debar gak tunggu. Huhu. Sejuk tak payah cakap, ngalahkan Kutub Utara!Air-cond kuat sangat. Hehe.


Last-last soalan ditanya:

  •  Motto UUM- Memang tak ingat, ingat yang UKM je. Haha. Boleh pulak kan.
  • Teknologi hijau- Hentam je, tapi betul. Haha.
  • Beza visi dan misi- Haa, yang ni dapat jawab dengan yakin. Memang yakin gila!
  • Tinggi tiang gol bola jaring dan keluasan padang bola jaring- Gluppp~Memang blurr.
  • Sebutkan RUKUN NEGARA dan macamana nak terapkan pada pelajar- Alhamdulillah. Kalau tak dapat jawab, kena halau dah kot!Hehe
  • Kenapa RUKUN NEGARA digubal- Nasib baik pandangan diterima. Panel setuju..:p
 
Ni la antara soalan-soalan yang ditanya. NKRA ke FPK ke MBMMBI ke PIPP ke semua tak tanya ok! Kesimpulannya, pengetahuan am sangat penting!


Ubat untuk perut yang lapar gila lepas kena interview. Hehe. 
Sempat lagi pekena Prosperity Burger sebelum pergi sekolah. Hihi. 
Memang marveles! Slurppp~




cikgucomey:harap-harapla lulus.

Saturday, December 25, 2010

Ulang Tayang..ROTI JOHN versi FRENCH LOAF

Sorila kengkawan ek. Hari tu dah malam-malam buta taip resepi sampai lupa nak boh gambar ROTI JOHNnya. Hehe.Ni baru sempat online and baca komen2 kengkawan.



Ni la ROTI JOHN saya yang tak seberapa. Tapi bolehla buat perut tu meletop!Haha.


Amacam??Terliur tak??Ngeh3




cikgucomey:suka bila tgk enchik suami makan dengan lahapnya.sedapla tu.hihi

Friday, December 24, 2010

Resepi Roti John

Atas permintaan Kak Jaja dan Acan Kentot, CikguComey letakla resepi Roti John versi French Loaf. Sebelum tu mintak maafla ek sebab ukurannya memang ikut suka hati. Sebab CikguComey ni masak memang ikut suka je. Campak-campak aje. Hehe.


Bahan-bahan:
French Loaf a.k.a Roti Perancis- dipotong 6. *kalau nak potong lagi kecik pun boleh jugak,dapat banyak sikit.*
Telur-3 biji *nak boh lebih pun takpe*
Marjerin
Mayonis, sos cili
Tomato,timun *kalau suka salad, bleh ganti salad*

Bahan untuk inti:
250 gm daging cincang/daging kisar (kite beli daging kisar Ramly je)
1 biji bawang merah-dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari daging *nak lebih pun boleh jugak.ikut suka ye.*
Sedikit gula dan garam
Sedikit minyak masak


Cara-cara memasak inti:
 1. Masukkan bawang yang dicincang sampai naik bau.
 2. Masukkan daging cincang, goreng seketika. Lepas tu, masukkan serbuk kari. Biarkan sebati. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga garing. Agak-agakla ye. Jangan sampai hangit. Hehe.
3. Dah siap, sejukkan dulu.

Bila dah sejuk, masukkan telur dalam adunan inti tadi. Kacau rata. Untuk menggoreng, cairkan sedikit mentega dalam kuali. Lepas tu letak inti atas kuali dan biarkan seketika. Agak-agak telur dah masak sikit, letak roti atasnya. Tunggu sehingga betul-betul masak, bolehla balik-balikkan roti tu. Dah siap, letakla sayuran, boh mayonis dan sos cili. Lepas tu apalagi, ngappppplaaaa~Hehe.



Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan, sila tinggalkan komen ye.Hehe.




cikgucomey:masak ikut suka.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails