Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Sawang Oh Sawang

Pon..Pon..Pon...

Ada lagi ke orang dekat sini??Hehe.

Sorila ek. Cikgu memang busy sangat bulan ni. Macam-macam event. Lepas satu, satu..Tu pasal la blog ni bersawang daa.. Siap kena tegur dengan Kak Jaja lagi.Hihi.

Sebabkan lama tak update, nak tepekla gambar Cikgu. Buat korang hilang rindu.(^_~)







Amacam?Hilang rindu tak..Ngeh3



cikgufarhana: bilela nak kaya kalo tak selalu update.haih

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul semua!
Semoga kasih dan sayang kita kepada Rasulullah akan subur di hati sampai bila-bila. Walaupun tak pernah bersua, setiap hari Cikgu rasa rindu dan sayang dekat Rasulullah..
*sayu je hati*

Semalam, masa on the way balik dari sekolah, dengar lagu-lagu nasyid. Sayu sangat hati. Sampai meleleh air mata. Nasib takda orang perasan. Tengah jem-jem boleh pulak Cikgu feeling sorang-sorangkan. Hehe. Tapi paling touching tu bila dengar lagu Puteriku Sayang dari kumpulan Hijjaz. Hati ni memang tersentuhla sangat. Tambah pulak teringat zaman sekola dulu-dulu. Terus rindu kat kengkawan sekolah kan.. Huhu. (T___T)

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




Tuesday, January 18, 2011

Kerja Guru Membebankan?

Belum sebulan persekolahan bermula, sudah banyak suara mengeluh KERJA CIKGU MEMBEBANKAN! Itu hak masing-masing untuk bersuara. Kalau tengok di Facebook CikguComey, ramai jugak yang komplen sana sini. Mungkin itu saja cara untuk mereka melepaskan emosi. 

Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum, gembira walaupun letih sket sebab sekolah jauh sikit dari rumah. Takda apa yang nak dikesalkan. Dan saya tak pernah menyesal pun berkorban cita-cita walaupun kadang-kadang rasa rindunyaaaaaaaaaaaa nak keje field account. Jeles tengok mereka-mereka yang di luar sana berjaya as an accountant! 


Tapi pada saya, apa-apa kerja yang kita buat, kita kena ikhlas dan buat yang terbaik. Enjoy dengan kerja kita. Kalau gaji ribu-ribu, tapi kita suffer, sama jugak datangnya. Nothing. Sekurang-kurangnya, saya bahagia sekarang sebab hari-hari boleh jumpa Enchik Suami. Hari-hari boleh bau Enchik Suami. Hik3.


Model tetap blog ni. Haha. 
Gambar ni takde kena mengena dengan entry ek.
Saje-saje letak. Tengokla betapa kerasnya tangan 
Enchik Suami pegang baby. Takutla tuuu~Hihi.



cikgucomey:dari kecik sampai besar dah biasa dengan kerja-kerja cikgu.bukan sekarang je cikgu banyak kerja.dulu-dulu pun sama.contoh terbaik, mak sendiri guru berdedikasi.

Tuesday, November 9, 2010

Rindula Pulak

Erm tiba2 rindu yang amat dekat Enchik Suami. Adeii~


Sabarlah wahai hati ('',)
3 hari je lagik.



Setiap kali besday Enchik Suami mesti potong kek.
Tapi bila turn besday si isteri, kek sepotong pun takde. Sadiss~

Takpela, I tetap sayang u. Hehe


Moga hati ni tabah. Sebulan je lagi.
Lepas ni, hari-hari leh ngadap Enchik Suami.
Cepatlah masa berlalu.


cikgucomey:teringin nak makan kek.

Friday, October 29, 2010

Emosi Hari Jumaat

Sedih sikit.
Enchik Suami bagitau mungkin tak dapat balik minggu ni. Huhu.






Sedih tapi taknak risaukan Enchik Suami. Cuba buat-buat faham situasi dia. Dalam hati, Tuhan je tau.


Pre-convo photoshoot pun maybe kena postpone. And once again, tak dapat bergambar dengan Enchik Suami. Kecewa lagi. (T_____T)


Mengharapkan keajaiban je sekarang ni.




cikgucomey:tahan diri dari nangis.

Sunday, September 26, 2010

Ratu Airmata!

Tadi tengok cerita kat TV3. Mula2 ok. Macam biasa je.


Tapi bila part mak dia datang dari kampung, pastu bawakkan lepat pisang, siap suapkan kat mulut anak dia (Eira Syazira) terus I meleleh air mata. Huhu. Eh silap, bukan meleleh! Menangis teresak2 terus! Nasib Enchik Suami ada di sisi. Terus dapat dakapan hangat gitu. Hik3. Mekacih yang!




Sensitif terlebih pulak sejak2 ni. Rindu sangat kat mak. Rasa tak puas balik raya hari tu. Tak sempat nak manja2 ngan mak lebih2. Huhu. Dah memang anak emak kan. Uwaaa~ Tak mo nangis lagi.


Terjumpa pulak gambar ni. Mak sihat lagi masa ni. Bergaya lagi. Ahaks!
Abah pun berisi sangat. Sekarang dah kurus macam muda2. Huhu.
Rindu sangat mak ngan abah!



cikgucomey:kasih ibu sampai ke syurga.rindula selagi mereka ada.huhu

Sunday, August 15, 2010

Bantal Busuk Dah Balik

Mahu nangis kejap.

Uwaaaa!!!!


Bantal busuk saya dah balik Butterworth. Huhu. Sedih. Sunyi je dia takda.


Ni la BANTAL BUSUK saya!
Tapi dia kata saya TILAM dia.
Taula I gebukan.Hehe.


Cepatla 25hb. Tak sabar dah ni. Adeeiii~Terseksa jiwa dan raga. Ecececehhh. *sila jangan fikir lain ek.hehe*

Tak sanggup rasanya nak PJJ lagi. Tapi sekali sekala best jugakkan. Rindu-rinduan. Hehe. Ala, CikguComey ni memang ngada-ngada sikit. Tak jumpa kejap pun dah rindu. Heee~



cikgucomey:sunyi sangat bila dia takde.

Wednesday, July 21, 2010

Bila Rindu


Mode hari ini : TAK KERUAN

Muka comel tak seceria Adibah Noor,

Badan lesu tak setangkas Datuk Nicol David,

Makan tak lalu tak seperti hari-hari biasa,

Kepala noneng-noneng mengalahkan ibu mengandung,

Sebabnya...

.

.

.

.

.


Rindu gila dekat Bucuk!



Ikutkan hati mahu pulang saja ke rumah. Weekend boleh jumpa Bucuk. Huhu. Rasa mahu nangis. Rindu nak gelak tawa dengan Bucuk. Stress~



aarecomel:migrain.Align Center

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails