Showing posts with label letih. Show all posts
Showing posts with label letih. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

Thursday, February 23, 2012

Lemah

Kadang-kadang susah nak luahkan apa yang ada dalam hati ni.
Kadang-kadang kita cuba buat-buat kuat semangat.
Tapi sampai satu tahap..
Kita baru sedar yang kita tak mampu nak kuat lagi.
Dan akhirnya, jatuh jugak air mata ni..

Lega..
Itu je mampu diucapkan bila air mata dah mengalir selebat mungkin.
Menangis bukan tanda lemah, tapi pengubat hati..

Saya menangis untuk sekian kalinya.
Dah lama tak menangis sampai bengkak-bengkak mata.
Rasa diri ni kerdil sangat compared to others.
Mujur Enchik Suami selalu di sisi. Katanya, belum ada rezeki lagi.
Saya masih cuba positifkan diri, mencari balik kekuatan yang selama ini saya bina..


 La Tahzan!




me:rasa rendah diri semakin menebal.

Friday, September 23, 2011

Minggu Ini Dalam Sejarah


1. Isnin - Ambik cuti jaga suami yang demam teruk.

2. Selasa - Bikin gempak dekat sekolah..hampir-hampir nak pitam. Nasib ada cikgu-cikgu lain yang bantu. Balik sekolah, Enchik Suami jemput. 1st timeeeee tu!

3. Rabu - Keadaan masih tak stabil. So, MC lagi. Tapi doc memang dah bagi MC siap-siap. Macam dah tau je kan..:p

4. Khamis - Dah bersemangat nak pergi sekolah, tapi Enchik Suami kata saya tak sihat sepenuhnya. Ditambah pulak, tetiba ada bintik-bintik merah dekat badan. Enchik Suami terus panik. Terus bawak jumpa Doc. Again, dapat MC lagi.  Haih.

5. Jumaat - Bangun pagi, kepala dah sakit sangat. Gara-gara tak boleh tidur 2 malam. Tapi masih bersemangat nak pergi sekolah. Baju semua dah pakai. Alih-alih angin puting beliung datang..Bwekkkkkk~ Muntah-muntah pulak. Kebetulan Enchik Suami baru balik. Apelagi, terus tak bagi pergi sekolah. Tuan badan dah nangis-nangis nak g sekolah, tapi hakikatnya tuan punya badan dan nak pengsan. Kepala makin sakit. Finally, MC lagi..:((((

Sekian untuk minggu ini. Semoga saya dapat ceria seperti selalu..:((



Harap-harap besok dapat seceria ni..



cikgufarhana:menaip dalam kepeningan.

Wednesday, February 23, 2011

After 40 Days..

Hari Isnin hari tu genap 40 hari Cikgu bleeding. Muka dah pucat. Badan makin lemah. Konon tak nak MC, last-last kena jugak MC. Doktor siap marah lagi sebab asik fikir pasal sekolah. Huhu. Dah teruk pun masih pikir pasal kerja.

Lama jugakla kat KPJ Penang tu. Mula-mula kena test darah. Doc nak tahu HB ok ke tak. Lamala jugak kat lab tu. Siap kena test darah kat cuping telinga ha.. Katanya prosedur biasa sebelum operation. Saspenla jugak kan. Takut bila dengar operation-operation ni. Huhu. Nasibla tak kena operate apa-apa. Ambik darah pulak tu. Pastu baru masuk jumpa Gynae. Doc pun dah pening kenapa bleeding tak benti-benti lagi. 

Finally, doc guna last option.. INJECTION! Nak tak nak kena injection jugak. Kalau tak, tak tau sampai bila darah nak benti. Sian Enchik Suami kan.. Seksa batin woo~Hehehe. Tang kena cucuk tu, mula-mula rasa macam kental je kan. Sampai umah barula rasa sakit. Nak mengiring pun susah. Penangan injection ok!





cikgu_farhana: next month ada appointment lagi.

Thursday, January 20, 2011

Cuti Pun Kerja

Hari ni sepatutnya kami bersenang lenang di rumah. Tapi bini tercomel pagi-pagi dah mengadap buku. *blogging je lebih sebenonya.*Sang arjuna bangun tido terus siap-siap pergi kerja. Ingat tak kena g ofis. Alih-alih dah siap pakai baju. Yeala, tadi tengok dia bukan main bantai tido sampai siang, alih-alih dah siap nak g ofis. Confuse~


Agak-agak korangla, Enchik Suami kerja apa ek?? 
Gambar ni clue jawapan.Hihi.
Hehehe.Teka jangan tak teka..


Dua hari lepas, dah malam pun kena g ofis lagi. Dah nak pukul 12 malam boleh pulak dapat call nak kena approve apa tah. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 3 lebih pagi baru balik. Bini dia ni punya risau sampai tertido dengan nyenyaknya!Hahaha. Tak larat dah mata den ni. Balik sekolah dah penat. Kul 12 mata pun dah kuyu je. Hehe. Apa lagi ngorokla. Hihihi. *Sori yang. Tapi I bangunkan bila u balik.. ;p*


Kesimpulannya, cuti pun kami berdua kerja!!




cikgucomey:kerja itu ibadah..=)

Saturday, January 15, 2011

CikguComey Stress!!



Haih~Tak produktif langsung!Baru 3 entry je bulan nih~ Orang lain pun keja jugak, tapi maintain je update hari-hari. 


Tapi memang takda masa sekarang. Balik sekolah dah letih. Almaklumla sekolah jauh sket ngan umah. 45 minit. Tu paling awal. Kalau jalan sesak, 1 jam baru sampai. Letih wooo~Kereta pulak manual. Boleh tercabut urat-urat lutut ni kalo traffic jam.

Sampai umah, korang ingat boleh rilek-rilek, santai-santai? Takda maknanya! Pujaan hati Malaya dah merengek-rengek mintak dilayan. Bini yang keletihan ni, layankan aje. Tak buat nanti kurang pulak pahala. Ni belum ada anak lagi. Kalau ada anak, pujaan hati kena pandai-pandaila bawak diri ye. Hehe.



 
Asal amik gambar mesti muka saya sekerat aje. Sabar je la. 
Oh, ni la pujaan hati yang mengada-ngada tu. Hehe. Ampun yang~



Sekian saja luahan hati saya yang stress bila tengok blognya tak berupdate!




cikgucomey:sabtu pun kena g sekolah.

Friday, January 7, 2011

Busy Gila

Dah 7 hari masuk tahun baru. Tapi baru sempat nak jenguk blog. Haih~


Awal-awal buka sekolah ni, memangla banyak keje. Lagi-lagila bila kena jadi guru tingkatan. Macam-macam nak kena settle. Besok pun dah start LDP. Huhu.


Nasibla Enchik Suami memahami. Kadang-kadang kesian tengok Enchik Suami terbiar. Dah naik sekolah ni tak dapat nak bagi layanan 1st class. Ampun bang~ Nanti hari Ahad kita g ronggeng-ronggeng ek. Yeehaa!!


 ::Eye On Malaysia::
Tak tau apa motif letak gambar ni. 
Pernah dating kat sini dengan Enchik Suami.


  
cikgucomey:banyak benda nak update, tapi dah letih.

Friday, August 13, 2010

MIM ALIF LAM SIN

Pandai eja jawi tak??Hehe. Kalau pandai mesti tau nak sebut entry title tu.

Cuba eja betul2..Lepas tu sebut. CikguComey nak dengar. Sapa salah eja, diri atas kerusi! *teringat masa sekolah agama. Tapi jarang kena denda sbb terer eja jawi. Hahaha. Angkat bakul sendiri ok!*


Okeh. Kali ni CikguComey nak mengaku yang CikguComey MEMANG PEMALAS! Heee~





Bukan malas nak puasa tau. Tapi malas nak update! Huhu. Online pun kejap2 je. Awal-awal puasa ni takde mood nak blogwalking. Apa lagi nak update. Idea kering. *alasan orang malas.ngeh3*. Tambah pulak Enchik Suami ada di sisi. Lagila takde masa nak update. *harusslahh layan Enchik Suami 1st class.Hihi*


Tunggu Enchik Suami balik baru ada masa nak update. Banyak cerita ni. Berbundle2. Hehe.
Tungggguuuuuuu~~



cikgucomey:sebenarnya rajin.

Monday, July 26, 2010

Ngada-ngada Je Lebih

Hari ni saya PUASA! Yeay~

Tu pun setelah Syaaban dah masuk setengah bulan. Huhu.

Sejak-sejak kahwin ni memang jarang puasa sunat. Orang makin tua, makin banyak amal. Ni terbalik pulak. Gulppp~ *Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini. .Isk..isk..*


Biasala bila dah lama tak puasa, mulala lepek semacam je. Otak ni pun lambat je berfikir. Haih. Alasan semata-mata. Padahal diri sendiri yang tak tahan godaan. Heh. Tu namanya ngada-ngada terlebih!! Asal puasa je tak larat. Puasa je tak boleh buat itu ini. Nanti haus, tak tahan. Macam-macam songeh. Hehe.


Ni letih tahap gaban. Heh. Saya takla sampai macam ni.
Masih boleh mengayuh basikal gara-gara nak kurus. Kekeke.



aarecomel:tak tau nak buka ape nanti
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails