Showing posts with label roti john. Show all posts
Showing posts with label roti john. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

Tuesday, June 26, 2012

PUASA GANTI

Pejam celik-pejam celik, dah nak puasa kan. Lepas tu raya pulak. Cepat betul masa berjalan. 
Kalau dulu, rasa lamanya naktunggu bulan puasa. La ni, tak sedar dah nak Ramadhan balik. 
Lepas tu baru terkedek-kedek nak ganti puasa. Heh. 




Sejak-sejak dah kerja, kahwin, saya memang payah nak ganti puasa. Mesti dah hujung-hujung baru nak ganti. Haipppp! Memang tak patut kan. Setahun ada 12 bulan. Tolak bulan puasa, ada lagi 11 bulan! Tapi tetap nak tunggu Rejab dan Syaa'ban baru nak ganti puasa. Konon-konon dapat pahala puasa sunat sekali. Alasan!! Ngehngehngeh.




Jadi azam tahun depan, nak ganti puasa awal-awal. Takdela tercungap-cungap nanti wehhh. Seminggu terus puasa 5 hari. Manala tak semput kan. Dengan cuaca sekarang yang memang panas ya ampunnnn.. Ini baru dekat dunia, akhirat?? Gulpp~ Tak mampu nak jawab.




Korang-korang dah habis ke ganti puasa tu?? 
Jangan buat-buat lupa pulak. Heh. Chaiyok, chaiyok!!






Pagi-pagi lagi dah pesan Enchik Suami beli Roti John 
untuk saya berbuka nanti... (^_^)



saya:bila puasa, macam-macam plak request.haha

Saturday, May 19, 2012

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails