Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

::Oreo Cheesecake::

2 bulan setengah di KL, aktiviti memasak sangatlah tidak memberangsangkan. Haih.
Memang malas gila! Tapi bila ada orang nak datang, boleh pulak rajin kan. 


Jadi, kawan-kawan, silalah rajin-rajin datang rumah saya ok! 
Confirm saya akan automatik bertukar jadi rajin. Haha.




Godeh-godeh folder F.O.O.D terus terliur tengok gambar ni





.



.





.





Perghhh memang menggiurkan anak tekak wehh. 
Kombinasi biskut oreo dengan creamcheese memang terbaikk! 
Tapi kalau nak buat lagi, saya nak try resepi yang simple macam kat SINI
Orang yang takde oven pun boleh buat tau..



saya: laporrrr!!

Friday, November 30, 2012

4th ANNIVERSARY

Alhamdulillah. Dah 4 tahun kami bersama. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Insya'Allah seberat mana pun dugaan, jika dengan izinNya ia akan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri.


Tahun ke-4, tiada hadiah istimewa, tiada kad ucapan, tiada dinner yang romantik, sekadar hidangan penambah berat badan. Hahaha. Serius. Bila masuk dalam mulut, saya dah terbayang lemak-lemak tepu sedang menempel kat badan saya terutama bahagian perut yang sedia ada dah banyak lemak! 



::OREO VANILLA CREPE WITH CHOCOLATE BUTTERCREAM::



Amacam? Berlemak tak? Haha.




Atas permintaan, saya letakkan resepi dan sumbernya. 

Untuk CREPE
Sumber: Majalah AROMA(Kak Ita-fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan:
  • 140gm tepung kek- self raising flour
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm gula caster
  • 500ml susu segar/susu cair
  • 30gm butter - dicairkan
  • 4 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu esen vanila - *saya letak perisa vanilla.sama ke lain ek?rasanya lain.bedal je la.


Cara penyediaan:
  1. Masukkan tepung kek+tepung jagung+garam dalam satu bekas. Ayak dan masukkan 1/2 susu ke dalam adunan tadi dan gaul rata sehingga licin dan tak berketul-ketul.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula, dan baki 1/2 lagi susu. Kemudian kacau rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kuning telur (no.2) ke dalam adunan tepung (no.1) dan gaul rata sehingga adunan menjadi licin. Tambahkan butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau hingga rata dan kemudian tapis.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
  5. Sediakan non-stick pan atau apa2 kuali yang tak lekat, panaskan dengan api besar sampai kuali betul2 panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Bila lapisan bawah dan kuning keemasan, angkat. Tak payah balikkan. Ulang hingga habis semua adunan.



Tips dari Kak Ita:Lepas angkat kulit crepe,lapis dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik untuk mengekalkan kelembapan dan elakkan crepe menjadi kering.






Untuk filling, saya hanya buat simple chocolate buttercream. Asalnya saya nak buat Vanilla Cream Kastard, tapi disebabkan semalam tak berapa sihat, saya guna je bahan yang ada dekat dapur. Memang tak larat nak drive semata-mata nak beli whipping cream. Jadi, guna je la stok yang sedia ada kat rumah. Jimat.


Tapi rasanya kureng sikit. Muak. Kalau filling guna whipping cream or chocolate ganache lagi sedapla. Kalau nak cuba jugak buttercream, boleh cuba resepi ni. Simple sangat.


CHOCOLATE BUTTERCREAM
Sumber: Google (tak ingat kt mana)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan choc chip - *saya gantikan dgn compound milk chocolate.sbb tu je stok yg ada.


Cara-cara:
  1. Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler
  2. Bila dah cair kacau sehingga sebati.
  3. Simpankan ke dalam peti sejuk biar pra beku. Kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim. 
  4. Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas crepe.


Ada banyak lagi resepi yang simple, boleh search kat google kalo tak nak cuba yang ini. Same goes to filling lain. Nak senang rujuk kat blog Kak Ita. Semua ada.


Untuk penyediaan:
  1. Letak sekeping crepe kemudian paipkan filling. 
  2. Lepas tu, letak biskut oreo yang dibuang cream atas filling tadi. Lapiskan semula dengan crepe dan ulang hingga siap.

Nak letak biskut dari bawah sampai atas pun boleh. Saya tak letak semua lapisan sebab stok biskut tak cukup. Mana nak cukup. Satu letak atas filling, satu masuk dalam mulut. Hahaha. Manalah nak cukupkan. Tapi serius.. Bila letak biskut oreo menambah lagi kelazatannya. 




Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin sangat. Kalau ada resepi yang simple-simple, confirm laju je saya cuba. Heh. Jadi, resepi yang saya cuba semua yang simple dan ringkas. Lagipun sendiri nak makan kan. Lainla kalau nak bisnes.


Pesanan saya, banyakkan bersabar masa mendadar crepe tu ok! Memang menguji kesabaran. SELAMAT MENCUBA!



saya:teringat-ingat kesedapan Oreo CheeseCake.adeii.


Sunday, November 25, 2012

MURTABAK MINI

As usual, hari Ahad adalah hari bermalas-malasan untuk saya. 
Jadi, hari ni saya sekadar masak Murtabak Mini untuk 'brunch' (breakfast+lunch). 


MURTABAK MINI

Bahan-bahan inti:

Isi ayam/daging cincang -ikut suka nak letak banyak mana
2 biji ubi kentang -dipotong dadu
1 biji bawang besar -dicincang/dipotong dadu
serbuk kari -saya bubuh 1 paket(kalau tak suka rasa kari, boh 2 sudu besar pun dah ok)
cili blender -(yang ni optional.saya suka ada rasa pedas.cili blender ni saya memang dah
                  siap boh bawang merah,bawang putih, dan halia.memang selalu ada stok)
gula, garam secukup rasa - nak letak perasa pun boleh.saya memang takde stok perasa kat  
                                     umah.

*kalau ada daun sup, boleh jugak nak letak.saya tak letak sebab tak beli.




 Bahan-bahan lain:

  • kulit popia saiz besar
  • 2 biji telur         
  • sedikit minyak untuk menggoreng               


Cara-cara:
  1. Serbuk kari+cili blender digaul sekali. Letak air sedikit
  2. Tumis serbuk kari+cili blender hingga naik bau. 
  3. Masukkan kentang dan ayam. Masukkan air sedikit untuk mempercepatkan kentang empuk.
  4. Bila kentang hampir empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan bawang yang dicincang tadi. Biarkan sehingga kentang betul-betul empuk. 
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, campurkan inti dengan telur. Gaul sebati.
  7. Panaskan kuali, letak sedikit sahaja minyak. 
  8. Letak sedikit inti di atas kulit popia dan lipatkannya menjadi empat segi.
  9. Masukkan murtabak ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Selamat mencuba!


saya: gigihkan diri untuk menaip resepi yang sempoi nih atas permintaan sorang kawan yang sedang sarat mengandung tetapi berkobar-berkobar memasak. Hehe.

KASIH ABAH

Kejadian 3 hari lepas, semasa saya sedang memilih kuih untuk minum petang,


Bapa: Adik nak kuih apa? Ambik la.
Anak perempuan: (Terus pilih kuih-muih kegemaran)

Usai si anak memilih kuih, si bapa pun bertanya,

Bapa: Cukup ke dik? Nak apa-apa lagi?
Anak: (Sekadar menggelengkan kepala tanda cukup)


Semasa dalam perjalanan pulang, saya rasa sebak. Teringat saya pada Abah.. (T__T)


Abah saya adalah orang yang paling istimewa dan anugerah yang tidak ternilai untuk saya. Sejak kecil, Abah sangat menjaga makan kami adik beradik. Tak pernah sekali pun saya adik beradik tak cukup makan. Abah saya tak pernah kekok dalam membantu Mak menguruskan rumah. Dari mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, hatta memasak pun Abah cukup hebat! Bertuahkan saya.


Abah pantang bila dengar saya nak makan apa-apa. Pasti dia akan belikan makanan yang saya nak makan. Kalau tak jumpa, dia akan cari sampai jumpa. Begitulah kasih Abah.. (T_____T)



Hakikatnya, walaupun saya dah 4 tahun kahwin, kasih sayang Abah terhadap saya tak pernah berubah. Masa Abah datang ke rumah saya tempoh hari, Abah tunaikan hasrat saya nak makan Asam Pedas Ikan Pari. Malah, sepanjang di rumah saya, Abahlah orang yang sibuk memasak di dapur, bukannya saya! Ya Allah, besarnya kasih sayang Abah. Abah jugakla yang temankan saya pergi ke pasar. Abahlah jugak yang keluarkan tenaga kopekkan durian untuk saya makan. Dan setiap kali Abah nak ke rumah saya, dia pasti akan tanya dulu kalau-kalau saya ada nak makan apa-apa. Abah pasti akan belikan dan bawa ke Penang.




Sesungguhnya, saya tahu bahawa saya tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Abah pada saya. Hanya sekalung doa yang tak pernah putus dari saya untuk Abah dan Mak.





Buat Abah, 
Adik cuma nak Abah tahu, yang Adik sangat sayangkan Abah dan Abah adalah lelaki nombor satu dalam hati Adik.



saya: menaip sambil bergenang air mata.


Tuesday, June 26, 2012

PAVLOVA..SEDAP KE?

Sana sini orang cerita pasal PAVLOVA. Sedap sangat ke pavlova ni?? *ayat kerek ok*
Serius, saya tak pernah makan. Heh. Ketinggalan zaman sikit je. 




Niat di hati nak cuba buat sendiri. Kalau sedap, tak payah order. Tapi kalau tak sedap, gamaknya kenala order saja. Senang cerita.




Dah selongkar banyak jugak blog-blog resepi. Cari resepi pavlova yang simple-simple je. Saya ni takla rajin sangat mem'baking' ni. Tengok mood jugak. 






Kalau mood dah ke laut, takde maknanya nak cuba resepi yang komplikated sampai nak hentak-hentak kaki. Ngeee~ Tapi bila mood tu berkobar-kobar, ribut taufan ke gempa bumi ke tak jadi hal. Masak tetap masak. Hahaha. Teringat masa buat keropok lekor hari tu. Rumah bergoyang pun boleh rilek siang ikan. Orang lain semua dah bertempiaran lari turun, saya boleh selamba badak siang ikan! Korang ada?? Tak ada kan...:)))




Tengok pun dah cair air liur. Belum masuk anak tekak lagi. 
Adeeiii~Kena buat jugak ni.

ihsan: google'




Disebabkan semua orang sibuk cerita pasal pavlova ni, saya pun bercadang nak try buat sendiri minggu ni. Tak tahula tu jadik ke tidak. Tunggu je la. 






saya:jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.

Saturday, June 9, 2012

OREO CHEESECAKE

Bila mood rajin nak memasak, habis semua blog resepi nak selongkar. Hehe. Tapi bila time mood dah ke laut, resepi yang berlonggok-longgok dalam document tu, haramm tak ditengoknya. Heh.



Disebabkan aura rajin dah meresap dalam jiwa, maka terhasil lah OREO CHEESECAKE. 
Sila jangan fengsannn, ok!







Ini Oreo Cheesecake versi saya. Orang lain guna springform pan. Tapi saya ni terlebih kreatif, gunala loyang yang lobang tengah-tengah tu. 
Korang pun, kalau dah takde springform pan tu, tak payah nak hentak-hentak kepala kat dinding, guna je apa yang ada. Hehe.


Mujurla loyangnya tak besar mana, cukupla untuk kitorang dua orang ni. 
Bagi jugak sepinggan dekat jiran sebelah. Maklumla, Enchik Suami perut kecik. 
Lagipun, ciskek-ciskek ni bukan selera tekak dia. Saya pulak ikut mood. Time nak buat tu berkobar-kobar, bila dah siap, makan pun ala-ala je. Heh. 




saya:macam nak buat karipap pulak.

Friday, June 8, 2012

TIRAMISU

Ramai pulak yang mintak resepi tiramisu. Mungkin gambar yang saya letak dekat Facebook tu menggiurkan sangat kot. Ehehe. Pasal tu la ramai yang berkenan. 




Sila jangan tertipu dengan gambar ye; rasanya tidakla hebat mana pun..:p






Tapi cara nak buat memang sempoi. Sekejap je dah siap. Saya pulak memang jenis suka resepi yang simple-simple ni. Janji hasil kebaboomm. Heh. Kebaboom untuk tekak Enchik Suami jadikla.



RESEPI DARI GOOGLE (Lupa dari blog mana.Tsk.Sori)


Bahan-bahan:
  • 250 ml whipping cream
  • 200ml cream cheese (saya guna PHILADELPHIA)
  • 1/2 cawan gula halus (kalau takde stok, tak payah pening-pening. Gula pasir tu blender aje.Heh)
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan nescafe
  • serbuk koko dan strawberi (untuk hiasan)
  • sebuku kek (apa-apa kek)


Cara-cara:


1. Bancuh nescafe dengan air panas.

2. Pukul gula, cream cheese, whipping cream sampai kembang dan gebu. 
(Sila guna mixer eh. Kalau rasa tangan tu kental, bolehla nak pukul pakai tangan. Hehe)

3. Potong kek dan susun dalam bekas. 

4. Tuangkan bancuhan nescafe atas kek. (Jangan tuang semua pulak. Agak-agak)

5. Sapu cream cheese+whipping cream yang dah dipukul tadi ke atas kek. Ulang langkah sampai habis.

6. Sejukkan dalam peti sejuk.

7. Bila nak makan, hiaslah dengan serbuk koko dan strawberi.






Bolehla kalau nak surprisekan Enchik Suami. 
Confirm Enchik Suami senyum lebar.
(^__________________^)



Gigih jugak nak buat tiramisu ni. Sebelum ni tak tahu pun apa tu cream cheese, whipping cream. Sebabkan Enchik Suami asyik cakap tiramisu sedap, saya pun gigih google resepi kat internet. Saya pun tak pernah makan sebelum ni. Tapi tak sia-sia, memang sedap!





Selamat mencuba!



saya:simple tapi sedap.

Durian Oh Durian


Musim-musim cuti sekolah ni, banyak pulak orang jual durian tepi-tepi jalan. Mula-mula boleh tahan lagila. Nampak pun buat macam tak nampak je kan. Haha. Konon-konon nak tahan nafsu la. Balik Johor pun macam tu jugak. Punyala banyak apek-apek tu jual durian, saya boleh buat bodoh je kan. Jual mahal katakan. Pada hal anak tekak ni dah menjerti-jerit nak telan durian!Hahaha.


Tahan punya tahan, last-last surrender! Tak boleh tahan wehhhhh!! 
Bau durian yang menusuk-nusuk lobang hidung memang menggiurkan. Auwwww. Hehe. 
Saya akhirnya beli jugak 3 bijik durian!! Yeah!Berjayaaaaaa!!

Ihsan: Google

Beli 3 bijik, 2bijik saya balun, lagi sebijik tu simpan untuk Enchik Suami. 
Last-last saya jugak yang habiskan. Haha. 
Dah memang Hantu Durian ok!




Konon-konon g pasar nak beli bahan nak masak, dengan durian-durian sekali saya borong. Hehe. Nasibla beli 3 bijik je, kalau tak memang tak laratla nak bawak. 
Tapi serius marvelessssss durian apek ni. Tak rugi beli, 3 biji baru RM20. 










saya: taip sampai terliur ok.tsk.durian!

Saturday, May 19, 2012

Tak Produktifla Saya Ni!

Lama tak update blog. Sangat tak produktif! Hurmm..:(

Since budak-budak tengah exam, kerja pun kurang sikit. Taklah busy sampai tak cukup tangan, tak cukup tidur. Tidur pun siap mimpi pasal kerja ok! Memang disasterla. Heh. Kerja cikgu semakin membebankan sekarang. (T____T)


Mujurla ada Enchik Suami ubat penenang. Tapi itu pun tak boleh mengeluh lebih-lebih okay. Kalau komplen lebih-lebih nanti  Enchik Suami terus jawab, "Tu la. Nak sangat jadik cikgu. Baikla keje ofis macam dulu". Sabar je la. Bukan nak bagi semangat ke kan.Sobs.


Tak sabar nak cuti. Nak berehat-rehat, berguling-guling kat umah. Main masak-masak.
Cakap pasal masak-masak, saya memang dah lama tak masak resepi yang kebabom u all. Lama tak selongkar resepi-resepi baru kat blog resepi. Adala jugak terjah beberapa blog, tapi setakat terjah aje la. Cuci mata. 
Bila mood dah ke laut, apa pun tak jadi. Heh. 
So, cuti sekolah ni berazam untuk mencuba resepi yang best-best!
*Sian kat Enchik Suami asik makan ikan goreng je. Hahaha. Itu pun dah cukup menyelerakan untuk dia.*




Serius lama gila tak buat Roti John. 
Terus lapar tengok gambar ni. Stress!





saya: SELAMAT HARI GURU untuk saya. Heh. Lupa pulak.

Sunday, April 15, 2012

MAIN KETUK-KETUK

Bulan ni bulan yang memenatkan.
Baru balik kursus, sibuk dengan Sukantara. Lepas tu, Merentas Desa dan Jogathon pulak. 
Memang letih. Serius letih!

Tapi penat-penat pun sempat lagi main ketuk-ketuk kat dapur. Heh.
Terover rajin pulak bulan ni. Biasala.. Bila datang aura rajin tu macam-macam resepi la nak buat kan. Kalau malas, harammmm..Heh.

1st recipe is KEROPOK LEKOR HOMEMADE.. 
Tak pernah seumur hidup buat keropok lekor sendiri. Alkisahnya, ada ikan selayang dah lama benor dalam peti sejuk tu. Plan nak buang, tapi macam sayang pulak.
Saya pun google cara-cara nak buat kepok lekor. Last-last, jadik jugak kepok lekor homemade ni..:p




2nd recipe is BRUSCHETTA. 
Ceritanya sebab dah boring asik makan nasi. So, nak ubah selera sikit, buatlah Bruschetta ni. Senang, mudah, cepat dan sedap. Tak rugi mencuba! 
Ni dah kali ke-2 la buat resepi ni. Memang superb!





3rd recipe is BAKED MACARONI.
Konon-konon nak buat untuk 2 orang je. Alih-alih lepas bancuh semua bahan, jadi banyak la pulak. Jadi saya asingkan dua adunan. Satu adunan untuk kitorang dua je makan dan satu lagi untuk kawan-kawan sekolah.

 Yang ini masuk dalam acuan muffin. 
Cukupla untuk kitorang berdua makan.


Ni pulak rezeki kawan-kawan. 
Licin. Kejap je habis..:)



Harap-harap lepas ni saya akan lebih rajin masuk dapur.. (^__^)



me:bilala nak kurus kalau macamni..adeii!

Saturday, March 31, 2012

See.Food


Belek punya belek, terjumpa gambar-gambar ni. So, kita cuci mata ek. 
Kalau rasa lapar, silalah rajin-rajinkan diri masuk dapur. Hehe. 
Hari ni, saya malas nak masak. Mood dah ke laut. 

Malam ni pulak ada makan-makan kat umah kawan. 
So, kite masak simple-simple aje tengah hari ni.. Yeayy!




me:nak masak pun ikut mood.

Friday, March 16, 2012

Mee Sup Kebaboo

Sejak dua menjak ni rasa tak tau nak makan apa. 
Makan tu tak sedap. Makan ni tak sedap. Haih.
Apa kena entah tekak ni. 


Enchik Suami pulak outstation.
Lagila takde selera nak makan.


Tapi tadi terjumpa pulak gambar ni dalam lappy husband.

...






...




...




..





...





Nampak macam menggiurkan je ek. (^___~) 
Saya ni Mee Sup memang kureng sket. Selalu masak sebab Enchik Suami suka sangat. 
Kalau sebungkus tu, dia sorang makan 3/4 bungkus ok! 


Besok Enchik Suami balik. Bolehla nak masak Mee Sup ni. Lepas tu buat bergedil, sambal kicap kaw-kaw..Perghhh kompem terangkat! 








me:buat soto nasi pun ok jugak kan.adeii.dalam dilema.heh

Tuesday, November 29, 2011

3rd Anniversary

Today, we turn to 3 years. Bless!

Syukur, kami masih diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian dalam kehidupan berumahtangga.

Takde hadiah istimewa pun. 
Sekadar Tiramisu special made by Cikgu..:)




1st time buat untuk Enchik Suami. Dia memang suka tiramisu ni. Saya memang tak pernah makan. 
Tapi serius, bila makan tadi memang sedapppp!!!! 
Bukan nak angkat bakul sendiri. Heh. Memang sedap, cuma tak sesuai untuk orang yang tengah diet ok!

 
Suka gile bila dapat makan tiramisu..Sedap ye yang..:))



saya:semoga kami akan terus tabah..:)

Wednesday, November 23, 2011

Nyum..Nyumm

Finally, dapat jugak cari roti berkrim..:))
Walaupun bentuknya bukan siput, tapi kira okla dari tak ada kan.


Lazat berkrim+choc rice..Nyum3x

Enchik Suami pun excited bila saya call btau dah jumpa roti ni. Hari ni dia balik lambat pulak sebab lawat kawan sekerja meninggal.So, saya pun masih menahan nafsu untuk me'ngap' roti ni. Makan sama-sama baru feeellll..:p



saya:sanggup pergi sunway carnival sorang-sorang, semata-mata nak cari roti ni.ehe

Roti Siput Oh Roti Siput


Adeiii..Nangis tengok roti ni.
(T__T)


 ::Gambar ihsan Google::


Roti Siput yang sangat nostalgia..:p

Sekarang susah nak cari. Masa kecik-kecik selalu sangat beli roti ni dekat Uncle Benggali yang jual roti naik motor. Memang marvelessss la!

Nak buat sendiri, malas nak uli. Nak tunggu beli breadmaker, entah bila. Ehehehe. 

Roti Siput oh Roti Siputtttt!!!!



saya:kena cari breadmaker jugak jawabnya..:(

Tuesday, August 23, 2011

CORNFLAKES MADU


Dah bertahun tak buat biskut ni. Pada hal biskut ni la yang paling senang kan..So, taun ni memang dari awal dah plan nak buat jugak biskut cornflakes.

Finally,


Hot from oven..Cikgu punya cornflakes madu..
Menarik tak?Hehe.



cikgufarhana:mazola dah siap.tapi lupa nak snap gambar.

Menu Iftar Semalam


Semalam terover rajin sikit. Dapatla buat 2 jenis makanan untuk berbuka puasa. 
Itupun yang ringkas-ringkas je. Tapi cukuplah untuk perut kitorang berdua ni.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


 ::BRUSCHETTA::
Senang,mudah dan sedap dimakan..:p

 ::APAM BERAS::
Takde plan nak buat apam. Tetiba nampak kat tenet, terus g dapur 
tengok bahan-bahan cukup. Lastly, jadikla apam ni. 
Sebelum g sekolah dah sempat siap. Balik petang, kukus balik.


Bukti, saya masak dua menu ni semalam..:p





cikgufarhana:dah masuk mood raya.

Friday, August 19, 2011

Ini Je Yang Mampu..:-(


As I told u guys before, Ramadhan tahun ni tak dapat masak menu yang kebaboomm untuk Enchik Suami. Sebabnya, Cikgu sekolah petang. Perjalanan dari umah ke sekolah dah 45 minit. So, sampai umah pun dah pukul 6.30+++. So, memang tak sempatla masak menu special2. Sempoi2 je.

Ni je la yang mampu Cikgu masak. Tu pun time cuti.

 ::CARA MANIS+CARA BERLAUK IN MY VERSION::



 ::MEE SOTO::


 ::BUAH MELAKA::



::MEE GORENG UDANG::



cikgufarhana:banyak lagi yang cikgu masak.tapi sempoi2 je.malas nak snap.

Friday, June 10, 2011

Mabelessssssssss~


Present gift untuk orang yang berjaya turunkan berat badan. Haha.
Serius sedap. Mabelesss sanggaaaatttttt~
Terpengaruh dengan iklan kat tv punya pasal. Akhirnya, berjaya jugak beli aiskrim ni..:p


Paling sedap sebab ada buah-buahan kan. Cikgu ngan hubby memang hantu buah. So, memang sesuailaaa sangat..




cikgu_farhana: sekali sekala kenala bagi reward kat diri sendiri kan..:p

Tuesday, June 7, 2011

Pengat Pisang ke Bubur Merah Bubur Putih??

Macam-macamla bila puasa ni kan.
Nak makan itulah, inila..Nafsu betul!! Ngee~




::credit to enchik google::


Ni tengah confuse nak masak PENGAT PISANG ke BUBUR PUTIH BUBUR MERAH??
Dua-dua menggiurkan tekak ni. Haha. 
Betul la cakap Enchik Suami, Cikgu ni nafsu bukan main, nanti makannya tak..:p




cikgu_farhana:lama tak masak bubur-bubur ni..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails