Showing posts with label tanda paper. Show all posts
Showing posts with label tanda paper. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Tragedi Oktober

Kejap je dah masuk bulan 10. Rasa macam baru masuk awal tahun. Tsk.
Bulan 10 ni saya sibuk sikit. Banyak perkara akan berlaku dalam bulan 10 ni.




1. Budak-budak dah start exam. Confirmla busy nak tanda paper. Ditambah lagi nak siapkan segala kerja-kerja akhir tahun sebelum cuti.

2. Akan berinduksi selama 3 hari..18-20 Oktober. Tempat masih tak tahu lagi. Tunggu surat sampai. Kena tinggal la Enchik Busuk saya. Heh.

3. Mak Abah akan menunaikan rukun Islam ke-5...Pergi haji. Alhamdulillah, rezeki Mak Abah sampai jugak akhirnya. Dijadualkan pernerbangannya pada 22 Oktober. Syukur dah habis induksi time tu. Risau jugak tak dapat hantar. 

4. 29 Oktober, adik sepupu kahwin. Tak tahu lagi balik ke tak. Ikutkan saya memang boleh balik, tapi Enchik Suami tak confirm lagi.

5. Paling best, cuti seminggu sempena Deepavali!!! Yeayyy! Boleh bersenang-lenang goyang kaki dekat rumah..:p




cikgufarhana:sedih+gembira bila mak abah nak pergi haji.semoga mereka selamat pergi dan pulang.

Friday, May 20, 2011

Tanda Paper Pulak..

Hampeh. Angan-angan nak update hari-hari, tapi tak berjaya jugak! Haih~

Budak-budak dah exam, Cikgu pun dah mula sibuk nak tanda paper. Kena pulun cepat-cepat sebab dah keluar arahan markah kena siapkan sebelum cuti. Huhu.

Kepala pun dah pening ni. Apa taknya..lain yang ditanya, lain yang dijawab. Mau tak pening kepala Cikgu ni tanda paper. Kita ni punya la ajar bagai nak rak, boleh pulak ada yang tak jawab soalan! Sabor aje la..


::Gambar hiasan::




cikgu_farhana:pening jugak bila cikgu akaun kena tanda paper BM.Huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails