Showing posts with label kisah perempuan. Show all posts
Showing posts with label kisah perempuan. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Treatment PCOS

Saspen pulak nak jumpa gynae Jumaat ni. Huhu. 


Pada hal dah setahun lebih treatment dengan Dr Ramesh ni. Maybe saspen sebab nak timbang berat kot. Hahaha. Perkara yang saya paling tak suka ialah TIMBANG BERAT ok! Sebab takut tengok jarum penimbang tu tunjuk dekat angka-angka yang mengerikan. Huahuahua. Tapi setiap kali datang appoinment, memang wajib timbang berat. Nak tak nak, kena jugak. Dr Ramesh macam biasala. Senyum je bila tengok berat saya yang mengerikan tu. Senyum penuh makna ye. Sendiri pahamla.






Mak aihhh, beratnya! Kalau berat saya macam ni, tak tahulah. 
Berat sekarang pun dah rasa tak larat nak bawak badan. Hehe.



Alhamdulillah lepas treatment, period saya pun dah regular. Setakat ni tak pernah missed lagi. Syukur sangat. Bila period dah regular, peluang untuk pregnant tu tinggila. Cuma belum ada rezeki lagi. Kawan-kawan doakanla ek. 




Ada seorang doktor pernah beritahu yang saya ni kira beruntung sebab period dah normal. Ada sesetengah pesakit PCOS terpaksa makan ubat turun darah untuk datang period. Ada sorang ofismate Enchik Suami dah buat ovarian drilling (OD) tapi period masih tak keluar jugak. Kasihan kan. Jadi, saya ni memang dah patut bersyukur sangat-sangat sebab period dah datang naturally. Insya'Allah pasti ada rezeki nanti.






Saya percaya, setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah dan ganjaran yang sangat  besar. Manala tau rezeki nak dapat kembar kan. Hehe. Aminkan ye kawan-kawan..:)))






saya:kalau dapat kembar sepasang, memang syukur sangat.

Friday, August 19, 2011

Rawak


1. Masih salahkan diri sendiri sebab blog tak berupdate. Haisshhhhh~PM pun sempat update blog dia tau...:p

2. Bulan Ramadhan tahun ni tak berapa best sebab tak dapat masak hari-hari untuk Enchik Suami. Tak dapat masak menu yang kebaboomm yang boleh buat perut Enchik Suami pecah... Sedih..(T___T)

3. The bestest thing, bulan ni gaji naik dan dapat tunggakan sekali! Yeehaaaaa~Syukur, Alhamdulillah..Bonus raya pun masyukkkk jugak. Dapat jugak rembattt perfume DKNY yang dah lama kehabisan stok kat rumah. Hehe.Tapi tak boleh joli sakan sebab dah nak kena bayar duit rumah..Tsk. Terus terbantut nak shopping.

4. Kalau tahun lepas, dapat puasa 14 hari je, tahun ni bajet kena ganti sikit je la. Alih-alih puasa ke-4 dah bendera Jepun. Arghhhhh~ Ingatkan cukupla 7 hari. Tetiba, Cik P jadik ting tong pulak. Bulan-bulan posela nak ting tong ye.. Dah benti seminggu, mai lagi. Nasib 2 hari je..So, kira banyakla gak kena ganti. Jawabnya, kena pose 6 la pasni..


5. Yang ni memang paling best..sebabnya, tahun ni Cikgu raya dekat JB dulu!!!!!!! Yeayyyyyy! Dapat makan rendang pagi raya nanti. Rendang air tangan mak memang tiada tandingan. Tahun lepas kempunan makan rendang mak sebab raya ke-3 baru sampai JB. Huhuhu.









cikgufarhana: tak sabar nak buat biskut raya.

Tuesday, July 26, 2011

Cikgu danTupperware..Tak Dapat Dipisahkan!

Bila cakap pasal Tupperware, Cikgu boleh jadi gila!!

Cikgu dah kenal Tupperware sejak kecik lagi. Dulu rumah mak penuh dengan Tupperware.Dari depan sampaila dalam bilik. Bawah katil pun penuh jadik tempat simpan Tupperware. Haha.Bukan rumahnya, kereta pun penuh dengan Tupperware. Pernah sekali tu, seat dalam kereta memang muat-muat je untuk Cikgu duduk, yang penuh dengan Tupperware! Bonet kereta tak payahla cakap..^__^

Ini semua sebab mak Cikgu jual Tupperware. Pagi mak ngaja macam biasa. 
Petang ligat dengan Tupperware..
Sampai dapat gelaran Kak Sal Tupperware!Haha.

Dengan jual Tupperwarela, mak dapat jalan g Hong Kong, Perth..Bayar deposit beli rumah..Dan banyak lagi.Tapi tu dulu. Masa mak ada kudrat lagi nak angkut barang-barang Tupperware yang boleh tahan beratnya. *tetibe rasa macam jadik citer sedih plak..tsk.*



 Ni ehsan Google. 
Kalo ehsan mak Cikgu, tak muat camera dik nonnnn~


Sekarang ni, turun pulak kat anak dia!Hihi. Tapi Cikgu takla macam mak. Pulun cari sales.Cikgu cuma membeli je.Membeli pun kira okeyla kan. Cuma bahaya sikitla bila dah start membeli ni. Sebabnya, tak boleh BERHENTI!! Asik nak tengok je katalog tu. Sampai Enchik Suami pun dah pening.

As a conclusion, siapa-siapa yang belum terjebak dengan Tupperware, baiklah korang jauhkan diri. Kalau tak, boleh botak kepala Enchik Suami..:p


 cikgufarhana: ai,panjangla pulak entrynya.

Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah..Turun 5kg!

Semalam Cikgu ada appointment dengan gynae. 
Dah lebih 2 bulan lebih tak jumpa Dr. Ramesh. 

Semalam saspen la jugak sebab last 2 months Doc dah pesan kena kurangkan berat badan. So, masuk je bilik semalam, Doc suruh timbang dulu. Fuhhhhh~Saspen weihh.Cikgu dah risau dah masa nak naik timbang tu. Haha.Rasa mak macam taknak naik je timbang tu.Ngee.
Sekali timbang..5kg turun!

Macam tak percaya je Cikgu tengok.Hihi. Macam nak melompat je kat situ. Haha.
Walaupun turun 5kg je, itu dah cukup banyak untuk Cikgu yang memang susah nak lose weight ni..:p

 Agak-agak boleh tak slim macam dia ni..??Yeahhh~Chaiyok2!


Enchik Suami pun hepi. Dia pun tak sangka jugak. Cikgu lagi berkobar-kobar nak turunkan lagi berat.Next appointment, bulan 9. So, still ada time nak turunkan lagi berat. Target nak kurangkan 10 kg lagi. Slow-slowla kan..



cikgu_farhana:lactolite+pb jugak satu usaha kan.makan pun kena jaga jugak.

Monday, March 14, 2011

Premium Beautiful(PB)

Sekarang ni ramai pulak kengkawan yang pakai PB. Tergugat jugakla iman ni. Rasa tergoda nak pakai jugak. Adeiii~Tapi yang tak tahan tu harga dia la..RM2000++. Sayang jugak nak keluar duit selepuk camtukan.




Sekarang ni ada 2 member yang approach saya soh pakai PB ni..Sorang member baik, sorang lagi member blogger. Member baik saya tu kurus je, tapi dia pakai PB sebab period tak regular. Alhamdulillah lepas pakai PB, period dia pun ok. Baru sebulan buat sales, dah dapat bonus RM1700..ok gak kan?? Lagi sorang pulak, member blogger..aidanisme..yang ni kalau tak silap boleh bayar installment. Erm tak kisah sebenarnya amik dengan sape-sape pun kan, yang penting hasilnya nanti. 




cikgu_farhana: Haih, boleh ke nak kurus ni??

Wednesday, February 23, 2011

After 40 Days..

Hari Isnin hari tu genap 40 hari Cikgu bleeding. Muka dah pucat. Badan makin lemah. Konon tak nak MC, last-last kena jugak MC. Doktor siap marah lagi sebab asik fikir pasal sekolah. Huhu. Dah teruk pun masih pikir pasal kerja.

Lama jugakla kat KPJ Penang tu. Mula-mula kena test darah. Doc nak tahu HB ok ke tak. Lamala jugak kat lab tu. Siap kena test darah kat cuping telinga ha.. Katanya prosedur biasa sebelum operation. Saspenla jugak kan. Takut bila dengar operation-operation ni. Huhu. Nasibla tak kena operate apa-apa. Ambik darah pulak tu. Pastu baru masuk jumpa Gynae. Doc pun dah pening kenapa bleeding tak benti-benti lagi. 

Finally, doc guna last option.. INJECTION! Nak tak nak kena injection jugak. Kalau tak, tak tau sampai bila darah nak benti. Sian Enchik Suami kan.. Seksa batin woo~Hehehe. Tang kena cucuk tu, mula-mula rasa macam kental je kan. Sampai umah barula rasa sakit. Nak mengiring pun susah. Penangan injection ok!





cikgu_farhana: next month ada appointment lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails