Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Kebaikan Taufu Fa

Dulu kecik-kecik saya tak tahu pun apa kebenda TAUFU FA tu. AIR TAHU tau la..:p

Bila dah duduk asrama, barula tau yang AIR TAHU tu sama dengan TAUFU FA. Saya dari kecik memang panggil air tahu. Tak pernah pulak dengo mak abah sebut taufu fa. 


Masa kecik-kecik *sekarang pun kecik lagi ok..:p*, memang boleh kata asal ada pasar malam je mak mesti beli taufu fa. Walaupun saya tak berapa nak gemar rasa dia yang macam kelat-kelat tu kan. Agaknya nak soh saya ni putih kot. Haha. Tu yang dok bagi makan taufu fa kot. Tapi tak putih-putih pun..dah memang kulit jawo..Sighh~

Bila besar sket, saya memang tak bernafsu langsung bila tengok taufu fa. Tengok je pun boleh migrain. Oh, saya ni memang pelik sket. Kalau tak suka sesuatu makanan tu, akan jadi pening sampai loya nak muntah even ternampak makanan tu. Tu baru nampak, belum makan lagi. Kalau makan, kompem teruwweekk kat situ jugak. Enchik Suami, sila beware ok! Heh. Tapi pernahla gak saya ni try-try makan taufu fa. Konon-konon teringin la kan. Sekali ko ambikkk..terus muntah-muntah, cirit-birit. Lepas tu tobat!!Tak makan dah.



pix credit to: google



Tapi lepas baca info pasal kebaikan taufu fa, terus rasa nak cuba-cuba makan jugak. Ni ha kebaikannya..

1. Mencegah kanser
2. Meringankan diabetes
3. Mengurangi gejala menopaus
4. Mencegah osteoporosis
5. Mencegah aterosklerosis
6. Anti penuaan






cikgucomey:baru sedar kenapa mak paksa makan dulu-dulu.

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya Menang!

Yea, itu doa saya untuk pasukan bola sepak Malaysia!


Insya'Allah dengan kesungguhan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, pasukan bola sepak kita akan berjaya dalam perlawanan malam ni. 


Confirm malam ni saya duduk depan tv tgk bola. Lama tak ngadap tv semata-mata tgk bola. Almaklumla, Enchik Suami pun bukan peminat fanatik bola sepak. EPL ke Liga Malaysia ke, memang hampeh. Kalau badminton, tak payah cakapla. Memang dia peminat NO.1!




Pasukan Kebangsaan. Selamat berjuang!



CIKGUCOMEY:teringat dulu-dulu, selalu ikut abah ngan abang-abang tengok bola kat stadium larkin.lepas tu tak larat nak jalan sebab abah parking keta jauh.abah nak dukung tak larat sebab berat!haha

Monday, December 27, 2010

Ketiak Suami Ubat Penenang Jiwa

Haa..sapa suka cium ketiak suami angkat tangan!! 


Ele, malula tu nak ngaku. CikguComey tau ramai isteri-isteri kat luar sana suka cium ketiak suami yang masam tu kan. Haha. Okey, CikguComey ada info menarik nak kongsi pasal ketiak suami ni~


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi, kepada para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pssst:pengalaman ini hanya perempuan je yang tau betapa asyik dan rileksnya..FAKTA..serius..hihihi)



Cium jangan tak cium.Haha.


[pix:google]



Kajian juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena. Oleh itu, pesanan untuk para suami, JANGANLAH SHAVE KETIAK ANDA SAMPAI TOGEL, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu tu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi wanita.


::sumber info:diari Islam 2011



cikgucomey:lepas ni nak cium selalula.haha.

Wednesday, December 22, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Cerita ni dah agak lama kuar kat wayang tu. Dengar cerita, cerita ni cerita yang PALING BAGUS pernah Mamat Khalid hasilkan. Banyak dapat feedback positif. Kutipan pun dah dekat 5 juta katanya! Kayola Pakcik Mamat kite.



Baru plan nak tengok hari ni. Harap-harapla ada tayang lagi. Kalau takde, tunggu vcd kuarla nampaknya. *psttt..bukan vcd cetak rompak tau*





cikgucomey:suka cite hantu.

Thursday, November 4, 2010

UPIN IPIN AGENDA YAHUDI?



Petikan Dari FB kenalan,



**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***



***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI

WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***






cikgucomey:kompius.upin ipin kan org melayu yg keluarkan..hurmm.

Wednesday, November 3, 2010

Tak Jadik Konvo

Rindu eh?? Ngeh3.
Mintak maafla. Tak sempat nak update. Busy betul minggu ni.



Rasanya semua dah tau Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dah banjir kan.


CikguComey adalah salah seorang mangsa kejadian jugak.
Tapi bukan mangsa banjir. Mangsa pelajar yang tak jadik BERKONVO sebab banjir!Hahaha.


Tapi takla sedih sangat kan. Sebab dah pernah konvo time degree kat UKM. Kesian dekat adik2 yang baru 1st time nak konvo. Takda rezeki. Takpe katanya postpone bulan 3 nanti. CikguComey bernasib baikla sebab tak sangkut dalam banjir. Ada member yang stuck dlm banjir. Lagi kesian. Sabar banyak2. Dah musim dia sekarang kan. Tak boleh nak elak.


Ini pengajaran untuk UUM. Lain kali, buatla awal2. Janganla tunggu musim tengkujuh baru nak sibuk berkonvo. Dengar cerita ada parents yang mengamuk2 pagi semalam sebab konvo dibatalkan. Yelakan, duit dah habis banyak. Tenaga lagi. Mintak cuti lagi. Alih-alih batal. Dugaan.




cikgucomey:yakin setiap yang berlaku ada hikmah.

Tuesday, October 26, 2010

Paul Si Sotong Kurita Tak Panjang Umur

Ingat lagi tak si Paul sotong kurita yang glamour tu masa World Cup.
Takkanla tak ingat kan. Famous satu dunia tu!!




Sian Paul. Sekejap je sotong tu rasa nikmat glamour. Umur tak panjang.




Tinggal kenangan. Dunia ni kan pinjaman je. Ehehehe.
Sempat jugak ko glamer kan..



Paul telah disahkan mati oleh pihak muzium. Tak diberitahu pulak sebabnya. Tunggu je la paper besok. Confirm ada dekat paper kan.




cikgucomey:tak berapa suka makan sotong.

Dont Break My Heart~

Buat perokok2 sekalian, tengok-tengokla iklan ni. Huhu.





KATAKAN TIDAK PADA ASAP ROKOK!!


cikgucomey:risau abah n abg isap rokok.huhu

Sunday, October 24, 2010

Bront Palare Menang!


Congrats BRONT PALARE!!
Pemenang kategori Pelakon Lelaki FFM 23
*kalau tak silapla kategori tu.hehe.*


CikguComey memang suka tengok dia berlakon. Memang berkesanla.Tapi dia kurang publisiti. Low-profile je. Okeyla kan. Yang penting berlakon tip top.



Keep it up BRONT!


cikgucomey:pandang bakat bukan rupa.

Wednesday, October 6, 2010

Sedap Sangat ke Rokok??

Sekarang kecoh pasal harga rokok naik. Sana sini semua cakap pasal rokok.


Tapi CikguComey rasa takde kesan pun harga naik. Kalau dah kaki rokok tu, sanggup je bayarkan. Janji dapat asap. Ye tak?


Kecik macamni dah smoking. Hidup dia bertahan berapa lama ek??


Alhamdulillah, Enchik Suami tak merokok. Try pun tak pernah. Syukur sangat. CikguComey ni memang tak tahan bau rokok. Lagi2 bau rokok Gudang Garam. Boleh pengsan kalau bau woo!


Sedap sangat ke merokok ek?Apala yang best sangat merokok ni ek. Haih~Dah tau tak elok untuk kesihatan, still gak nak merokok. Tak paham den. Ingat-ingatla orang tersayang.



cikgucomey:arwah atok meninggal sebab rokok.huhu

Monday, August 9, 2010

Panjang Umur...

"Panjang umurnya..panjang umurnya..." *sila sambung kalau suka lagu ni.hehe*


Eh ada besday sape2 ke hari ni??


Bukanla.


Ni CikguComey nak beritahu,


"I'm counted! Make sure you are."


Baru je berapa jam saya buat entry risau pasal banci. Alih-alih elok je ada pembanci datang umah. Hehe. Memang panjang umur~


Tapi yang tak berapa bestkan, pembanci tu macam ala-ala kurang sopanla. Nasibla saya ni malas nak layan. Kang ada cikgucomey bagi ceramah. Baru tau.



Lain kali nak pasang sepanduk kat
macam ni kat depan rumah.




Saya faham diorang berpanas berhujan sebab nak banci. Tapi budi bahasa kenala diamalkan kan. Ye tak? Sebab tula CikguComey malas nak hangin. Sabar aje la. Ada gak pahala kan.



cikgucomey:lemah-lembut je orangnya.hik3.

Thursday, July 15, 2010

Najis Korang Timbul ke Tenggelam?

Hahaha.

Boleh pulak tiba-tiba saya teringat isu ni.

Ngeh3. Sila jangan muntah ek.

Bukan apa, hubby cakap ada beza kalau najis kita tu tenggelam atau timbul. Kalau timbul maknanya, badan kita ni sihat. Ada orang cakap banyak fiber. Heh.


Naik migrain fikir najis ku sihat ke tak. Kah3.


Sape-sape ada pendapat, sila tinggalkan komen ye.



aarecomel:dari dulu mmg kuat buang.tapi tak kurus2.hua3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails