Showing posts with label puasa ramadhan. Show all posts
Showing posts with label puasa ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

AIR KATHIRA

Salam 10 Ramadhan!
Finally saya jumpa jugak air kathira dekat Butterworth ni.


Walaupun rasanya tak sama macam kat Johor nun, tapi bolehla setakat nak hilangkan kempunan kitorang berdua ni..;)


Sekarang ni teringin nak makan kuih kole kacang. Tapi tak jumpa lagi. Susah-susah, kena buat sendirila jawabnya. Adeiii~Rajin ke? Bulan puasa je selera macam-macam kan. Haih. Nafsu ok!




saya:semoga Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir kami berdua.Amin

Monday, July 9, 2012

MONDAY BLUES

Bila hari Isnin je, mood pun kureng. Kalau boleh rasa nak duduk goyang kaki, golek-golek atas tilam. Tambah-tambah sekarang ni hujan je kat Penang. Memang sedapla kalau tido. Terasa di sorgaaa~ Eheh.


Minggu depan dah start puasa. Rasa tak sabar pulak nak sambut Ramadhan kali ni. Harap-harap Ramadhan kali ni saya lebih rajin memasak. Lebih banyak resepi yang kebabomm yang akan dimasak. Yeayy!Chaiyok..chaiyok!


Enchik Suami pulak dah request Biskut Dahlia untuk hari raya. Saspen jugak nak buat sebab saya tak pernah buat! Makan taula. Setau saya, nenek saya memang pakar buat Biskut Dahlia ni. Memang biskut old skull kan. Harapnya jadikla biskut dahlia saya. Tengok resepi macam senang. *Tengok je memang senang.Try buat.Erk.*


KREDIT: GOOGLE



saya:berkobar-kobar nak buat biskut raya.

Tuesday, August 23, 2011

Menu Iftar Semalam


Semalam terover rajin sikit. Dapatla buat 2 jenis makanan untuk berbuka puasa. 
Itupun yang ringkas-ringkas je. Tapi cukuplah untuk perut kitorang berdua ni.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


 ::BRUSCHETTA::
Senang,mudah dan sedap dimakan..:p

 ::APAM BERAS::
Takde plan nak buat apam. Tetiba nampak kat tenet, terus g dapur 
tengok bahan-bahan cukup. Lastly, jadikla apam ni. 
Sebelum g sekolah dah sempat siap. Balik petang, kukus balik.


Bukti, saya masak dua menu ni semalam..:p





cikgufarhana:dah masuk mood raya.

Thursday, August 19, 2010

Menu Buka Puasa Hari Ni

Nak buka apa hari ni??

CikguComey plan nak buat APAM GULA HANGUS. Tekak ni macam teringin la sangat nak makan kuih apam ni. *aik,ngidam ke??hihi.mmg selalu ngidam pun.hahaha*


Cedok gambo Mamafami. Mintak halal ye Mama. Tapi kat umah mak ni takde acuan. CikguComey boh dalam loyang aje la.


Hari ni Abah dah request nak makan kuew tiaw. Orang Johor panggil MEE TIAW. Tak kisahla. Bendanya sama je kan. Dah siap rebus kerang bagai. Confirmla CikguComey kena masak kuew tiaw goreng kaw2.


Mesti meriah macam ni. Ada udang. Boh telur. Kerang lagi.
Perhhhh terangkat beb! Hehe. Berangan je. Tengokla nanti hasilnya.


Harap2la jadik 2 menu ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Hehe



cikgucomey:bila makan nasik je nak muntah.apa kess??

Wednesday, August 18, 2010

Bila dah Bersilat di Dapur..


Semalam pulunla CikguComey bersilat di dapur. Ekekeke.
Macam-macam langkah CikguComey bukak tau. Hehe.

Akhirnya, inilah hasil penat lelah setelah bersilat yang entah berapa minit jek. Hihihi.


Taraaaa~

.


.


.



::SOSEJ ROLL RANGUP::



Dari hari tu lagi CikguComey nak buat tapi asik tertangguh je. Padahal bukan susah no nak buatnya. Senang yang amat. Thanks ye Cik Mat Gebu!Resipi memang sempoi. Korang2 mesti cuba. Tapi CikguComey ada derhaka sket dari resepi asal. Ampun ye. Huhu. Yang penting, makan seketul pun dah kenyang!



Harusslaahh sememeh sket.
Almaklumla budak baru belajar. Hehe.

Buat 3 ketul je sebab ada 3 orang je kat umah.



cikgucomey:suka makan roti.tu pasal la gebu.ehehehe

Friday, August 13, 2010

MIM ALIF LAM SIN

Pandai eja jawi tak??Hehe. Kalau pandai mesti tau nak sebut entry title tu.

Cuba eja betul2..Lepas tu sebut. CikguComey nak dengar. Sapa salah eja, diri atas kerusi! *teringat masa sekolah agama. Tapi jarang kena denda sbb terer eja jawi. Hahaha. Angkat bakul sendiri ok!*


Okeh. Kali ni CikguComey nak mengaku yang CikguComey MEMANG PEMALAS! Heee~





Bukan malas nak puasa tau. Tapi malas nak update! Huhu. Online pun kejap2 je. Awal-awal puasa ni takde mood nak blogwalking. Apa lagi nak update. Idea kering. *alasan orang malas.ngeh3*. Tambah pulak Enchik Suami ada di sisi. Lagila takde masa nak update. *harusslahh layan Enchik Suami 1st class.Hihi*


Tunggu Enchik Suami balik baru ada masa nak update. Banyak cerita ni. Berbundle2. Hehe.
Tungggguuuuuuu~~



cikgucomey:sebenarnya rajin.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak!
*cakap arab plak.hehe.nak lebih2 tak pandai sbb B.Arab Tinggi dapat c6 je masa SPM.Hik3*




Alhamdulillah. Masih diberi peluang nikmati Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih barakah dan lebih baik dari yang sebelumnya.


Yang paling best Ramadhan kali ni, Enchik Suami dapat cuti dari kursus. So, dapatlah sambut 1st Ramadhan bersama isterinya yang comey tak hengat ni *nak gak puji diri sendiri.kekekekek* kat JB. Tapi yang tak best pulak, Enchik Suami kena extend kursus seminggu. Nampaknya sampai 15 Ramadhan la CikguComey berpuasa di rumah mak abah.



Kira adil la kot sebab tahun ni raya Jerteh dulu. So, mak abah takla terasa sangat kan sebab CikguComey dah sambut puasa dekat sini.


Ramadhan kali ni CikguComey rasa macam nak ajak Enchik Suami tour dari masjid ke masjidla. Tapi tak discuss lagi pasal ni. Kalau jadik, mesti bestkan. Setiap masjid mesti ada perbezaan kan. Ala, penat sikit takpe, Ramadhan setahun sekali je. Lepas ni kena tunggu setahun lagi baru dapat solat terawih. Doakanla apa yang CikguComey plan ni jadik ye.



cikgucomey:teringin sambut Ramadhan di Tanah Suci.

Tuesday, July 27, 2010

KENANGAN RAMADHAN:Ha!Berak Batal Puasa


Dah lama nak tulis entry ni. Tapi asik tergendala je. Macam-macam hal pulak sejak dua menjak ni sampai tak sempat nak update banyak2. Huhu. Aktiviti blogwalking pun tak sehebat dulu. Heh. Takpe, lepas raya insyaAllah habis semua blog I geledah. Tunggguuuuuuu~

Cerita pasal Ramadhan ni, banyak kenangan sebenonya. Ada yang best tahap gaban, ada gak yang sedih sampai bengkak mata nangis kalau ingat. Huhu.

Tapi kali ni cerita yang happy2 je la ek. Mood Nisfu Syaaban ada lagi ni. So kena happy2. Heee~

Saya ingat lagi masa badan slim lagi. Umur 5 tahun. *harusslaa masih slim.kekeke* Kalau tak silapla. Masa tu baru-baru nak belajo puasa. Puasa pun pun puasa yang yok, tengahari bukak periuk. Ngeh3. Tapi bila tengok abang2 puasa, saya pun semangatla nak puasa. Oh lupa nak beritahu. Saya ni anak bongsu, ada 3 orang abang.


Kalau dah namanya abang, memang confirmla suka menyakat adik dia kan. Lagi2la adik perempuan sorang. Comel pulak tu. *Hahaha.Saya memang suka puji diri sendiri.Sila jangan muntah ye.* Abang Long la yang paling suka menyakat. Disebabkan saya ni lurus bendul, main percaya je cakap dia. Masa sahur, dia ada bagitau "Dik, puasa tak boleh berak tau. Kalau berak, puasa batal." Saya pun angguk tanda faham.


Tup tup tengahari saya memang sakit perut nak berak. Heh. *Saya memang kaki buang air.Hehe.Air kecik ke air besar, memang sayala JUARA!Hahaha.Sampai sekarang.Erk~* Mula-mula muka dah kerut2 tahan taknak berak punya pasal. Tapi memang tak boleh tahan wehh. Bila najis di hujung tanduk *hua3.silakan muntah*, siapa boleh tahan beb!Kang ditahan sembelit pulak, last2 saya pun melabur dengan bahagianya. Kekeke. Elok je keluar jamban, Abang Long terus cakap, "Haaaaa, dah batal puasa!" Saya pun dengan muka sedih terus bukak peti sejuk minum air sirap. Ahhhhh~Lega.Sedap betul air sirap. Hihihi.


Tiba-tiba mak nampak pulak. Terus kena marah. Saya pun bagitaula Abang Long cakap camtu, mak terus gelak je. Sabar aje la. Wa kena kencing beb!


::ABG LONG WA..AND KAK LONG::
Kalau dia sengih2 kambing maksudnya dia kencing wa.
Wa dah tau dah. Hehe


[OH YE.SAYA TAU PASAL SLOT NI DARI MESSAGE KAT FB.PASTU G JENJALAN KAT BLOG ABG BEN.MEKASIH ABG BEN EK.JASAMU DIKENANG!HEHE]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!



aarecomel:rindu nak kecik.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails