Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

TERCEKIK TULANG

Rupa-rupanya seksa jugak bila tercekik tulang ek. Lagi-lagi tulang yang halus-halus tu. 
Bila dah tercekik, punyala seksa nak keluarkan. 

Serius. Memang susah gila! Tak tipu. 
Tak percaya korang tryla buat-buat tercekik. Baru korang tau.
Amacam? Ada bran? Eheh.




Ini semua gara-gara nasi kerabu. Selepas kejadian tercekik tulang tempoh hari, Enchik Suami terus belikan lauk daging bakar untuk gantikan ikan goreng tepung. Dia takut saya tercekik lagi. Ehehe. 



Terima kasih abang kerana memahami. Terharu. Tsk.




saya:mujur tulang ikan,kalo tulang ayam, pengsan.

Tuesday, August 23, 2011

Menu Iftar Semalam


Semalam terover rajin sikit. Dapatla buat 2 jenis makanan untuk berbuka puasa. 
Itupun yang ringkas-ringkas je. Tapi cukuplah untuk perut kitorang berdua ni.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


 ::BRUSCHETTA::
Senang,mudah dan sedap dimakan..:p

 ::APAM BERAS::
Takde plan nak buat apam. Tetiba nampak kat tenet, terus g dapur 
tengok bahan-bahan cukup. Lastly, jadikla apam ni. 
Sebelum g sekolah dah sempat siap. Balik petang, kukus balik.


Bukti, saya masak dua menu ni semalam..:p





cikgufarhana:dah masuk mood raya.

Friday, August 19, 2011

Ini Je Yang Mampu..:-(


As I told u guys before, Ramadhan tahun ni tak dapat masak menu yang kebaboomm untuk Enchik Suami. Sebabnya, Cikgu sekolah petang. Perjalanan dari umah ke sekolah dah 45 minit. So, sampai umah pun dah pukul 6.30+++. So, memang tak sempatla masak menu special2. Sempoi2 je.

Ni je la yang mampu Cikgu masak. Tu pun time cuti.

 ::CARA MANIS+CARA BERLAUK IN MY VERSION::



 ::MEE SOTO::


 ::BUAH MELAKA::



::MEE GORENG UDANG::



cikgufarhana:banyak lagi yang cikgu masak.tapi sempoi2 je.malas nak snap.

Monday, September 6, 2010

Hidup Biar Sedappp



Lalalalalalala
. Hati riang.




Bold ^______________^




Hepi bebeno hari ni sebab Nasi Tomato CikguComey mabelessss sangaaaaaattttt! Haha. Angkat bakul sendiri ok!



Eh bukan perasan tau. Buktinya, Enchik Suami hanya mampu menganggukkan kepala berkali2 bila ditanya "sedap tak bang?".. Hehe. Sambil anggguk sambil ngap. Ngeh3. Lapar sangatla tu. 2 pinggan ok dia makan!



Tak mahu bebel panjang, layan Nasi Tomato kat bawah ni ek.





::NASI TOMATO::
Sedap hingga menjilat jari. Hik3. Sangatla perasan kan!









Nak tepek jugak lauk semalam. Hubby request nak makan DAGING GORENG KUNYIT.



::DAGING GORENG KUNYIT::
Letih jugak nak tunggu empuk. Tapi bila makan
mmg ummppphhh~Tak boleh cakapla.
Hehe. Angkat bakul sendirik lagi ok!

*sila jangan meluat ye!hehe*



cikgucomey:misi menghabiskan lauk dalam fridge.hehe.

Tuesday, August 17, 2010

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Baru kejap tertengok KETUK-KETUK RAMADHAN. Menarik2. Hehe.

Dah lama CikguComey tak kelentang-kelentung di dapur. Hihi. Masak biasa-biasa je. Lama tak cuba resepi baru. Kalau tak, macam-macamla CikguComey nak try buat.

Tunggu Enchik Suami habis kursus baru nak start balik bersilat kat dapur kecik CikguComey. Ngeh3. Dah banyak resepi dalam waiting list. Tinggal nak bersilat je la.

Tadi tengok Sheera Iskandar ala anak Aznah Hamid tu masak Nasi Daging Jongang. Nak jugak tagline JONGANG! Memang sempoi. Harusslaah CikguComey try. Lagipun Enchik Suami memang suka makan daging. Kalau CikguComey masak nasik ni kompemla Enchik Suami tambah2 sayangggg!Ekekekekeke~


::credit to sajiankaseh::



cikgucomey:ada member request CikguComey buat blog masak2.huhu.layak ke??

Not Feeling Well

Hurmmm..

Dah 2 hari CikguComey muntah lepas buka puasa. Gara-gara angin penuh dalam perut. Huhu. Tak larat dah ni. Perut pun rasa sakit je.





Adoyai~Dugaan apakah ini.


Enchik Suami suruh g hospital. Tapi CikguComey tersangatla malas. Taula kalau g hospital kerajaan. Letih nak nunggu. Silap2 boleh ketar2 lutut den ni nunggu. Hehe.

Harap-harapla hari ni ok. Tapi loya2 nak muntah ada rasa lagi. Adeii~Sabar aje la. Dugaan Ramadhan.



cikgucomey:rindu enchik suami.huhu

Tuesday, July 27, 2010

KENANGAN RAMADHAN:Ha!Berak Batal Puasa


Dah lama nak tulis entry ni. Tapi asik tergendala je. Macam-macam hal pulak sejak dua menjak ni sampai tak sempat nak update banyak2. Huhu. Aktiviti blogwalking pun tak sehebat dulu. Heh. Takpe, lepas raya insyaAllah habis semua blog I geledah. Tunggguuuuuuu~

Cerita pasal Ramadhan ni, banyak kenangan sebenonya. Ada yang best tahap gaban, ada gak yang sedih sampai bengkak mata nangis kalau ingat. Huhu.

Tapi kali ni cerita yang happy2 je la ek. Mood Nisfu Syaaban ada lagi ni. So kena happy2. Heee~

Saya ingat lagi masa badan slim lagi. Umur 5 tahun. *harusslaa masih slim.kekeke* Kalau tak silapla. Masa tu baru-baru nak belajo puasa. Puasa pun pun puasa yang yok, tengahari bukak periuk. Ngeh3. Tapi bila tengok abang2 puasa, saya pun semangatla nak puasa. Oh lupa nak beritahu. Saya ni anak bongsu, ada 3 orang abang.


Kalau dah namanya abang, memang confirmla suka menyakat adik dia kan. Lagi2la adik perempuan sorang. Comel pulak tu. *Hahaha.Saya memang suka puji diri sendiri.Sila jangan muntah ye.* Abang Long la yang paling suka menyakat. Disebabkan saya ni lurus bendul, main percaya je cakap dia. Masa sahur, dia ada bagitau "Dik, puasa tak boleh berak tau. Kalau berak, puasa batal." Saya pun angguk tanda faham.


Tup tup tengahari saya memang sakit perut nak berak. Heh. *Saya memang kaki buang air.Hehe.Air kecik ke air besar, memang sayala JUARA!Hahaha.Sampai sekarang.Erk~* Mula-mula muka dah kerut2 tahan taknak berak punya pasal. Tapi memang tak boleh tahan wehh. Bila najis di hujung tanduk *hua3.silakan muntah*, siapa boleh tahan beb!Kang ditahan sembelit pulak, last2 saya pun melabur dengan bahagianya. Kekeke. Elok je keluar jamban, Abang Long terus cakap, "Haaaaa, dah batal puasa!" Saya pun dengan muka sedih terus bukak peti sejuk minum air sirap. Ahhhhh~Lega.Sedap betul air sirap. Hihihi.


Tiba-tiba mak nampak pulak. Terus kena marah. Saya pun bagitaula Abang Long cakap camtu, mak terus gelak je. Sabar aje la. Wa kena kencing beb!


::ABG LONG WA..AND KAK LONG::
Kalau dia sengih2 kambing maksudnya dia kencing wa.
Wa dah tau dah. Hehe


[OH YE.SAYA TAU PASAL SLOT NI DARI MESSAGE KAT FB.PASTU G JENJALAN KAT BLOG ABG BEN.MEKASIH ABG BEN EK.JASAMU DIKENANG!HEHE]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!



aarecomel:rindu nak kecik.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails