Showing posts with label jiran sebelah. Show all posts
Showing posts with label jiran sebelah. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

SAYONARA

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik nak masuk bulan Disember. Phewww~



Tahun ni adalah tahun yang paling penat untuk saya. Dari awal tahun sampailah hari-hari terakhir persekolahan, masih pulun buat kerja yang tak habis-habis. Alhamdulillah, semuanya siap sebelum cuti. 


Sekarang ni, sibuk pulak nak kemas barang. Nampak macam sikit je barangnya, tapi bila dah kemas baru tahu ok! Ni baru duduk rumah yang sekangkang kera, kalau duduk rumah yang besar gabak lagi banyaklah barang kan. Baju kurung saya pun dah penuh satu 'box' besar tu. Itu pun kadang-kadang merungut dengan Enchik Suami takda baju. Heh.


Sejujurnya, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah dan jiran-jiran. Diorang semua dah macam keluarga saya sendiri. Bukan senang nak hidup di tempat orang. Tambah pulak saya dan Enchik Suami takda sedara mara dekat sini. Kawan-kawan dan jiran-jiranla yang banyak membantu. Huhu. Allah saja yang mampu balas jasa mereka.








me:will gonna miss them badly...:((

Monday, May 30, 2011

::APAM GULA MERAH::

Tiba-tiba teringin pulak nak makan apam. Lama tak buat. 

Akhirnya, jadi jugak apam Cikgu ni walaupun dah berhari-hari tertangguh. Nasibla kelapa parut tu elok lagi. Risau jugak kalau dah masam. Rugi je beli kelapa tu kan. Dahla mahal..



Ni la rupa Apam Gula Merah Cikgu..





Sebabkan lama tak buat, siap call mak dulu. Hihi. Alhamdulillah, jadik Sedap pulak tu. Hehe. Angkat bakul sendiri ok! 

Tapi keciwa sikit sebab Enchik Suami tak berapa suka. Penat-penat kita buat, dia tak berapa nak makan. Last-last, rezeki Aunty sebelah. Pagi-pagi dah dapat sepinggan Apam Gula Merah..^___^




cikgu_farhana: memang suka bagi jiran makanan..untung sapa jadik jiran cikgu.hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails