Showing posts with label zuriat. Show all posts
Showing posts with label zuriat. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

DOAKANLA EK

Aminnnn...:))
Doa-doakanla ek kengkawan.


Tengok kat wall member ramai yang ada application ni. Saya pun buatla untuk suka-suka. Takde keje.
Ok la tu 3 orang kan.*Sorang pun tak dapat lagi. Huhu* 
Syukur sangat kalau dapat 3 orang. Sesuaila dengan ekonomi sekarang kan.






saya:tak pernah berhenti berharap.

Saturday, May 19, 2012

Belum Rezeki Lagi

Lately, ramai kawan-kawan yang bersalin. 
Geram tengok gambar-gambar baby diorang. Comel-comel semua.


Kadang-kadang jadi sebak jugak. Tengok orang lain senang je nak pregnant. Lepas sorang, sorang. Senang kan? Tapi saya pujuk hati ni. Thinking positive way. Ujian Allah tu berbeza untuk setiap manusia. Jadi, redha dan teruskan berusaha. Berdoalah sebanyak mana. Insya'Allah, satu hari nanti Allah pasti makbulkan. 


Dan saya rasa beruntung kerana diuji Allah. 
Itu tandanya Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah..:)
Yang pasti, saya takkan pernah putus meminta dan terus meminta. 
Semoga Allah akan makbulkan permintaan kami yang lemah ni. Aminnn.....




saya: cekal.

Thursday, February 23, 2012

Lemah

Kadang-kadang susah nak luahkan apa yang ada dalam hati ni.
Kadang-kadang kita cuba buat-buat kuat semangat.
Tapi sampai satu tahap..
Kita baru sedar yang kita tak mampu nak kuat lagi.
Dan akhirnya, jatuh jugak air mata ni..

Lega..
Itu je mampu diucapkan bila air mata dah mengalir selebat mungkin.
Menangis bukan tanda lemah, tapi pengubat hati..

Saya menangis untuk sekian kalinya.
Dah lama tak menangis sampai bengkak-bengkak mata.
Rasa diri ni kerdil sangat compared to others.
Mujur Enchik Suami selalu di sisi. Katanya, belum ada rezeki lagi.
Saya masih cuba positifkan diri, mencari balik kekuatan yang selama ini saya bina..


 La Tahzan!




me:rasa rendah diri semakin menebal.

Wednesday, November 30, 2011

Patut Ke Saya Mengeluh..

Tak tahu nak mula dari mana. 
Sedih tapi rasa macam tak bersyukur pulak..:(

After 3 years, saya bersyukur sebab Tuhan masih panjangkan jodoh, beri kami kekuatan untuk hadapi segala kepayahan dan kesenangan bersama, rezeki yang melimpah ruah.
Ada kerja tetap, ada kereta, ada tempat berteduh, alhamdulillah rumah pun dah beli..


Patut ke saya mengeluh?
Hanya kerana saya belum dikurniakan rezeki yang satu ini..





"Ya Tuhan, kalau ini dugaanMu padaku, berikanlah aku kekuatanMu, kesabaranMu. Sesungguhnya aku percaya dengan ketentuanMu dan perancanganMu."

Tuesday, June 28, 2011

::Sedih::

Sejak dua menjak ni, rasa sayu je bila tengok ramai member yang dah bersalin. Yang pregnant..
Tersentuhla jugak hati ni. Terdetik dalam hati, bilala turn aku..(T___T)

Tapi Cikgu tetap bersyukur sebab Enchik Suami sangat memahami. Kalau Cikgu sedih, dia yang tenangkan.Belum sampai rezeki kami. 





Harap-harapnya, akan adala rezeki kami tahun ni. Doakan ye kawan-kawan.




cikgu_farhana: takkan berputus asa.yakin dengan perancangan Allah

Wednesday, March 16, 2011

Semoga Bertambah-tambah Rezeki Tahun Ni

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun pelbagai ujian dan dugaan kami hadapi, alhamdulillah Tuhan masih sayangkan kami. 

Semalam dapat berita gembira sebab dah lulus interview SPP. Lega rasa. Kalau ingat balik, bukan main risau masa nak interview haritu. Sampai tak boleh tido malam. Huhu. Bertambah-tambah gembira, Enchik Suami pun insya'Allah akan naik pangkat! Syukur sangat-sangat.. Kalau dah naik pangkat, maksudnya naik gaji la kan. Hehe.*dah bertanduk dah ni.macam-macam nak pow.Ngeh3*


Harapan dan doa kami, semoga akan ada rezeki nan satu itu. Sabar dan terus berusaha untuk rezeki yang satu ni. Kawan-kawan doakan jugak ye!




cikgufarhana:dah mula jeles tgk member-member dukung anak.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails