Showing posts with label orang jawa. Show all posts
Showing posts with label orang jawa. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Wishlist Balik JB

Bukan selalu dapat balik JB dengan Enchik Suami. Almaklumla, Enchik Suami pejuang negara, susah sikit nak dapat cuti. So, bila dapat balik sama ni, macam-macamla plan dia.




1. Nak makan NASI AYAM PENYET sedap+murahhhh..Tempatnya tak jauh pun. Dekat Taman U. Restoran kawan pakcik Cikgu. Memang kalau balik JB, kitorang mesti makan dekat gerai dia. Sesuaila dengan selera Enchik Suami. Sambal tak pedas.Sedang-sedang je. Yang penting, sedap dan murah banding dekat Jusco Seberang Perai, 2 orang makan dah RM30++.


 Adeiii~Tergoda betul dengan sambal tu. Huhu. 
Tapi kalau ada tempe banyak-banyakkkk lagi tergoda!



2. BIG BUNDLE. Nama pun bundle, mestilah nak beli baju kan. Enchik Suami pernah pergi sekali je. Masa tu, kitorang kuar makan kat Stulang, pastu Abah bawak pusing-pusing bandar JB. Dia cakap baju-baju dekat situ kualiti bagus. Kain dia lembut, macam baju mahal. Tapi memang pun. Kebanyakan baju-baju ni, import dari luar negara. Bukan barang Siam la. Selama duduk dekat Butterworth ni, tak pernah pulak dia ajak Cikgu g kedai-kedai bundle.


Ha, nila kedai BIG BUNDLE tu. Dekat sangat dengan Danga Bay. 
Tapi kedai ni ada main branch, dekat Tampoi. Kalau tak silapla..


(tq Enchik GOOGLE)


3. Otak-Otak.. Sapa yang tak suka makan otak-otak uolllssss~Cikgu memang hantu otak-otak. Especially otak-otak Kempas. Otak-otak JB kureng sket kot pada Cikgu. Enchik Suami dah jadi hantu otak-otak sekarang. Ingat lagi, masa bulan puasa tahun lepas adala balik JB kejap. Hari-hari nak beli otak-otak untuk buka puasa. Kemaruk la tu!Hihi.

Otak-otak yang sedap. Kempas punya pedas sikit. Tu yang meletopp!
  



cikgufarhana:sejak kahwin ni, Enchik Suami dah pandai makan pedas, makan tempe, makan lauk kicap. Haha. Dah separuh Jawa.Hua3.

Monday, July 26, 2010

Aiman Tak Kisah

Opss~ Jangan salah faham. Bukan nak cerita pasal si Aiman Tak Kisah. Hehe.

Saya ni punya nama pendek je. FARHANA. Eh, bukan Farhana Puteri Bumi Kenyalang tuu.. *Ekceli bangga gak ada lagu nama Farhana. Ekekeke. Terus glamer pastu.Hua3.Perasan!* Tapi ramai betul susah nak sebut nama saya dengan sebutan yang betul. Haih~Susah bebeno ke??


Masa sekolah, cikgu-cikgu selalu panggil FARAHANA. Agaknya bila ditambah A ditengah tu lagi senang nak sebut kot. Kalau cikgu tu pakai gigi palsu, boleh terkeluar agaknya gigi dia bila sebut FARHANA. Ngeh3. Saya agak je la.

Saya ni banyak nama glamer jugak. Hihi. Glamerla sangat.

Orang keliling, jiran-jiran, makcik pakcik, sepupu sepapat panggil saya FARAH. Tapi bila sampai kampung, nenek terus panggil PARAHHHHHHHHH~Huhu. Orang Jawa mana ada huruf F.
Keluarga angkat saya pulak lebih selesa panggil ANA. Tak tahu napa. Arwah ayah cakap nama Ana lagi sesuai dengan saya. Ahaks. Terasa lembut dan ayu gitu. *terus jadik sopan bila orang panggil Ana. Hua3*

Masuk sekolah menengah, kawan-kawan panggil A'A atau ejaan cantik A'ARE. Hehe. Kalau dah nama duduk asrama, wajib ada nama glamer gitu. Sampai kawan-kawan sekelas boleh lupa nama sebenar. Bila cikgu panggil nama Farhana, diorang siap boleh tak kenal. Hanginnnnn je~



Sekarang dah boleh panggil Cikgu Farhana a.k.a Cikgu Comey.
Hik3. Cikgu tak kisah. Lalalala~



Bila dapat anak sedara, dapatla pangkat MOK SU. *Dalam hati taula aku ni gemuk.korang panggil aku mok su pulak. adeii~ hehe*

Balik Jerteh, anak-anak sedara hubby panggil AUNTY FARAH. Haha. Konon-konon asal bandar, panggil pun kena style orang bandar la eh. Bukan saya yang suruh panggil macam tu, hubby yang memandai-mandai je. Last-last lekat sampai sekarang. Sabar aje la. Layannn~




aarecomel:farhana=kegembiraan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails