Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Mode: M.A.L.A.S

Sejak-sejak ni, saya rasa saya kurang produktif. Huhu.
Malas je rasa. Badan pun letih je.. Macam takde semangat.
Hurmm tak taula kenapa ni.
Serba serbi malas! Adeiii.
Manalah semangat ni pergi..:((





Cepat-cepatla datang semangat baru. Kerja makin banyak ni..:((








me:stress.

Wednesday, May 18, 2011

I'm Back!

Hahahahaha. Gelak puas-puas dulu. Lama gila Cikgu tak update blog.

Tak sempat cik kak oiii..Keje sekolah berlambak. Tambah pulak, nak layan Enchik Suami yang asik ngadu kurang kasih sayang. Haihhh~ Macam-macam la.

Tapi kali ni dah berazam nak rajin-rajinkan update! Yeahhh! *dengan penuh semangat ni, ala-ala Abg Nas rambut ketak.hahaha*

Sebab lama tak update, Cikgu nak tunjuk mukala sketkan. Walaupun tak berapa nak cun, harap bolehla buat hilang rindu korang kt Cikgu. *macamla ada yang rindu kt aku ni kan..haha.tak kire.nak letak jugak!*






Taraa......










Apa macam? Cun takkk??? Hehe.



cikgu_farhana: gambar choc donut ball lagi menggoda dari muka cikgu ok!

Sunday, March 6, 2011

Sekadar Luahan

Serius malas nak update blog ni. Mood tah kemana. Ditambah pulak kerja sekolah banyak. Pencerapan la. Meeting PIBG la. Balik je dah letih. Tak larat nak ngadap laptop. Kalau on laptop pun sebab buat kerja-kerja sekolah. Takda maknanya nak berfb ke berblogging ke apa lagi nak berblogwalking! 


Sekolah tinggal seminggu je. Lepas tu, boleh rehat goyang kaki, jadik surirumah sepenuh masa ok! Tapi untuk seminggu je. (T___T) . Sejak dua menjak ni, memang cepat letih. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja, jadik surirumah sepenuh masa, ada bisnes online ke..paling cikai pun, jual kueh ke kan. Arghhh~berangan je la. Kalau duduk rumah, duit berkepuk-kepuk, memangla saya sanggup berhenti kerja. Ni walaupun dua-dua bekerja, kais sebulan, makan sebulan. Huhu. Tapi tetap bersyukur sebab masih cukup makan, ada tempat tinggal, ada kereta nak g jalan-jalan.

 Kalau jadik housewife, confirmla aku pemasak tegar!Pantang ada resepi, confirm nak cuba. 
Sekarang, jangan harapla. Masak ala kadar je. Donut pun lama tak buat!Haih~



Buat kengkawan lama, dah dapat bonus tu, ingat-ingat aku yang jadik kuli kerajaan ni ye. Tak baik tau rezeki tu makan sorang-sorang. Haha. *time ni la baru nak ngaku kawan, nak contact kengkawan lama.apa punya kawan la..ngeh3* Syok bila dengar kawan-kawan dapat bonus kan.. Ada yang 3 bulan gaji, paling best 12 bulan gaji pun adooo!Perggghhhh~Sentap jugak la. Tapi tu rezeki masing-masingkan..Yang penting jangan lupa menyimpan untuk masa depan!





cikgucomey: kadang-kadang rasa mahu kerja private balik.boleh gitu?hihi

Thursday, January 20, 2011

Interview Oh Interview

Pagi-pagi dah bangun walaupun cuti. Enchik Suami masih lena diulit mimpi.*ayat tak tahan.kata cikgu BM kan.hua3* Siap berselubung bagai. Sabar aje la. Kalau tak sebab nak kena interview Rabu depan, takda maknanya CikguComey rajin bangun pagi-pagi selongkar buku-buku lama uolllllssss!! Adeii~


Otak ni dah berkarat haaa..Baca banyak kali tak jugak ingat-ingat. Agaknya banyak minum air ada semut kot. Haha. Alasan. Memang dah berkarat sikit otak ni, ngaku je la kan. Hehe. Baru baca sikit dah boring. Terus bukak laptop tengok blog. Apa kesss??? Ngeh..ngeh..ngeh..Macamana nak lulus ni wehhh~Stress dah ni.


Lebih kurang macamnila keadaan CikguComey sekarang.
(T___T)



Korang doakanla CikguComey ni lulus interview ni ek. Tak kuasa dah nak interview-interview ni. Letih den. Kalau interview mintak keje dulu takpe,senang je. Taula nak baca apa. Ni bila dah keje gomen, semua isu nak kena tau. Adoyaiii~Harap2la otak ni tak berkarat sangat.




cikgucomey:kerja sekolah pun berlambak tu.haih~rasa nak makan aiskrim la.baru hilang stress.

Saturday, January 15, 2011

CikguComey Stress!!



Haih~Tak produktif langsung!Baru 3 entry je bulan nih~ Orang lain pun keja jugak, tapi maintain je update hari-hari. 


Tapi memang takda masa sekarang. Balik sekolah dah letih. Almaklumla sekolah jauh sket ngan umah. 45 minit. Tu paling awal. Kalau jalan sesak, 1 jam baru sampai. Letih wooo~Kereta pulak manual. Boleh tercabut urat-urat lutut ni kalo traffic jam.

Sampai umah, korang ingat boleh rilek-rilek, santai-santai? Takda maknanya! Pujaan hati Malaya dah merengek-rengek mintak dilayan. Bini yang keletihan ni, layankan aje. Tak buat nanti kurang pulak pahala. Ni belum ada anak lagi. Kalau ada anak, pujaan hati kena pandai-pandaila bawak diri ye. Hehe.



 
Asal amik gambar mesti muka saya sekerat aje. Sabar je la. 
Oh, ni la pujaan hati yang mengada-ngada tu. Hehe. Ampun yang~



Sekian saja luahan hati saya yang stress bila tengok blognya tak berupdate!




cikgucomey:sabtu pun kena g sekolah.

Tuesday, December 28, 2010

Gulliver's Travels 2010




Sapa dah tengok filem ni? Best tak?? Erm CikguComey tak tengok lagi. Huhu. Tengok promo kat tv macam best gila je kan. Lagi-lagila bila si Jack Black yang berlakon. Memang sure lawakla. Plan nak tengok hari ni tapi dah orang tu bantai tido sampai ke petang, tak jadikla nak tengok. 

Actually filem ni dah ada sebelum ni kan. Tapi diolah semula. Pelakon pun berbeza. Cuma yang kali ni siap ada 3D lagi. So boleh pilihla nak tengok yang biasa ke yang 3D. Haih~bile nak g tengok ni...



cikgucomey:layan semua cerita.

Thursday, November 11, 2010

Sakit Gigi!!!!!!!



Aduh~ Sakit bangat.
Tak tahan ni.





Nak cabut tak boleh. Kena tunggu tak sakit baru boleh cabut. Huhu


Tapi bila dah tak sakit, time tu la tak fikir nak cabut. Sayangla konon. Erk~
Boleh pulak ek. Dah sakit tu buang aje la kan. Nak sayang-sayang pulak. Hehe



cikgucomey:selalu sakit gigi.

Wednesday, October 13, 2010

G.E.R.A.M.

Saya tak fahamla. Kenapa kaum CHA YA NUN ALIF suka sangat under estimate orang lain.


Macamla korang bagus sangat!Grr~


Geram sampai kurus kering.Ehehe.
GRRR~



Dulu pun korang bukannya terus pandai. Suka-suka je nak cakap orang itu ini. Haih~Mentang-mentang aku orang baru ko suka2 je nak ngata kan. Macamla ko tu perfect sangat!!


Sebab tu la aku ni suka kawan ngan orang2 yang lebih tua ala-ala mak aku. Budi bahasa pun ok. Tak kedekut ilmu. Cakap pun tak menyakitkan hati.




cikgucomey:selalu ingat pesan mak
.

Sunday, October 10, 2010

Bukan Rokok je Naik Harga..

Cerita ni kira dah basi la gak. Hehe. Tapi tak kira, nak citer gak.


Haritu kan CikguComey ada citer pasal demam kan, kesudahannya CikguComey dapat MC 2 hari. Terkejutla gak kan. Ingat doktor nak bagi 1 hari je. Alih2 dapat 2 hari koooo~ Ahh heaven! Hee~


Tapikan bila dah dok umah sorang2, boring gila. Kalau Enchik Suami ada takpela. Rasa macam nak g sekolah je, tapi dah doktor bagi cutikan. Lepak je la.



Eh dah melalut la plak. Sebenonya, nak cite pasal ubat demam yang cekik darah!



Korang nak tau, CikguComey ingat rokok je naik harga, rupanya ubat pun naik harga gak! Tak percaya?? Meh CikguComey tunjukkan bukti.


RM108.00 ok!
5 jenis ubat + MC.
Reasonable tak?


CikguComey tak tahula napa mahal sangat. Cashier cakap antibiotik yang mahal. CikguComey iyekan je la. Nasibla bawak duit lebih hari tu. Kalo tak, tak pasal-pasal kena g bank cucuk duit. Haha.



cikgucomey:dah sihat dah.alhamdulillah.

Sunday, September 26, 2010

Aduh, Sakit Kepalaku!

Memang betul2 sakit kepala sekarang ni.
*sakit2 pun bleh update blog.hehe.hubby paksa ok!kata nak kaya.haha*



Muka memang dah ala-ala macamnila. Hurmmm~



Tak tahula napa pening dari pagi tadi. Tapi time shopping boleh hilang pening pulak. Hua3. Tu maksudnya kena shopping je la kan. Baru tak pening. Hik3. Botakla kepala Enchik Suami. Ala, sekali sekala takpekan yang.. Ngee~


cikgucomey:mata dah kuyu nih~

Monday, August 9, 2010

I'm Not Counted Yet


"Saya telah dibanci"




"I'm counted"


Adeii. Tiba-tiba risau pasal ni. Saya tak dibanci lagi. Macam mana ni?? *perlu ke risau sampai macamni?ehehehe*
Add Image


Risau nihhh~




cikgucomey:lagi risau bila suami tak call.huhu

Wednesday, July 21, 2010

Bila Rindu


Mode hari ini : TAK KERUAN

Muka comel tak seceria Adibah Noor,

Badan lesu tak setangkas Datuk Nicol David,

Makan tak lalu tak seperti hari-hari biasa,

Kepala noneng-noneng mengalahkan ibu mengandung,

Sebabnya...

.

.

.

.

.


Rindu gila dekat Bucuk!



Ikutkan hati mahu pulang saja ke rumah. Weekend boleh jumpa Bucuk. Huhu. Rasa mahu nangis. Rindu nak gelak tawa dengan Bucuk. Stress~



aarecomel:migrain.Align Center

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails