Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

AIR KATHIRA

Salam 10 Ramadhan!
Finally saya jumpa jugak air kathira dekat Butterworth ni.


Walaupun rasanya tak sama macam kat Johor nun, tapi bolehla setakat nak hilangkan kempunan kitorang berdua ni..;)


Sekarang ni teringin nak makan kuih kole kacang. Tapi tak jumpa lagi. Susah-susah, kena buat sendirila jawabnya. Adeiii~Rajin ke? Bulan puasa je selera macam-macam kan. Haih. Nafsu ok!




saya:semoga Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir kami berdua.Amin

Thursday, July 26, 2012

TERCEKIK TULANG

Rupa-rupanya seksa jugak bila tercekik tulang ek. Lagi-lagi tulang yang halus-halus tu. 
Bila dah tercekik, punyala seksa nak keluarkan. 

Serius. Memang susah gila! Tak tipu. 
Tak percaya korang tryla buat-buat tercekik. Baru korang tau.
Amacam? Ada bran? Eheh.




Ini semua gara-gara nasi kerabu. Selepas kejadian tercekik tulang tempoh hari, Enchik Suami terus belikan lauk daging bakar untuk gantikan ikan goreng tepung. Dia takut saya tercekik lagi. Ehehe. 



Terima kasih abang kerana memahami. Terharu. Tsk.




saya:mujur tulang ikan,kalo tulang ayam, pengsan.

DUGAAN RAMADHAN

Sehari sebelum Ramadhan, saya diuji dengan ujian yang sangat hebat. 
Berat sungguh dugaan itu pada saya. Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu. Saya seperti hilang punca, hilang arah. Ditambah pula dalam keadaan diri yang tidak boleh bersolat. Terasa perit sangat jiwa. Hanya mampu beristighfar.


Sungguh besar dugaanMu Ya Allah.
Adakalanya rasa tak termampu untukku harunginya.
Namun,
Aku sentiasa percaya dan yakin dengan ketentuanMu.
Tidak ada hambaMu yang diuji lebih dari apa yang dia mampu.
Aku pegang pada janjiMu Ya Allah.
Dan sebab itu,
Aku terus bertawakal, terus berusaha, dan berdoa setiap hari
Mengharapkan agar semua ini akan ada pengakhiran yang baik.

Di sebalik keperitan,
Aku masih panjatkan syukur kerana
Aku tahu ujianMu adalah tanda kasih sayangMu padaku.
Terima kasih Ya Tuhan kerana memilih aku
Untuk diuji.




Semoga doa saya akan dimakbulkan dan diberikan kekuatan yang berterusan untuk mengharungi hari-hari mendatang.



saya:sabar.tawakal.

Tuesday, August 23, 2011

Menu Iftar Semalam


Semalam terover rajin sikit. Dapatla buat 2 jenis makanan untuk berbuka puasa. 
Itupun yang ringkas-ringkas je. Tapi cukuplah untuk perut kitorang berdua ni.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


 ::BRUSCHETTA::
Senang,mudah dan sedap dimakan..:p

 ::APAM BERAS::
Takde plan nak buat apam. Tetiba nampak kat tenet, terus g dapur 
tengok bahan-bahan cukup. Lastly, jadikla apam ni. 
Sebelum g sekolah dah sempat siap. Balik petang, kukus balik.


Bukti, saya masak dua menu ni semalam..:p





cikgufarhana:dah masuk mood raya.

Friday, August 19, 2011

Rawak


1. Masih salahkan diri sendiri sebab blog tak berupdate. Haisshhhhh~PM pun sempat update blog dia tau...:p

2. Bulan Ramadhan tahun ni tak berapa best sebab tak dapat masak hari-hari untuk Enchik Suami. Tak dapat masak menu yang kebaboomm yang boleh buat perut Enchik Suami pecah... Sedih..(T___T)

3. The bestest thing, bulan ni gaji naik dan dapat tunggakan sekali! Yeehaaaaa~Syukur, Alhamdulillah..Bonus raya pun masyukkkk jugak. Dapat jugak rembattt perfume DKNY yang dah lama kehabisan stok kat rumah. Hehe.Tapi tak boleh joli sakan sebab dah nak kena bayar duit rumah..Tsk. Terus terbantut nak shopping.

4. Kalau tahun lepas, dapat puasa 14 hari je, tahun ni bajet kena ganti sikit je la. Alih-alih puasa ke-4 dah bendera Jepun. Arghhhhh~ Ingatkan cukupla 7 hari. Tetiba, Cik P jadik ting tong pulak. Bulan-bulan posela nak ting tong ye.. Dah benti seminggu, mai lagi. Nasib 2 hari je..So, kira banyakla gak kena ganti. Jawabnya, kena pose 6 la pasni..


5. Yang ni memang paling best..sebabnya, tahun ni Cikgu raya dekat JB dulu!!!!!!! Yeayyyyyy! Dapat makan rendang pagi raya nanti. Rendang air tangan mak memang tiada tandingan. Tahun lepas kempunan makan rendang mak sebab raya ke-3 baru sampai JB. Huhuhu.









cikgufarhana: tak sabar nak buat biskut raya.

Tuesday, September 7, 2010

Plan Lain, Lain Yang Jadik

Hoyyeehhhh2~



Besok nak balik kampung dah! Tapi bukan balik bandar, kali ni balik kampung ok. Hehe. Tahun ni turn raya kat Jerteh. *huhu.sedih sebenornya. (T__T)*



Orang yang paling gumbira mestila Enchik Suami kan. Raya umah dia mestila seronok kan. Tapi yang penat, isteri dia yang comel ni gak. Penat den kemas umah. Packing baju. Gosok baju raya. Letih dah ni. Rasa nak demam pun ada. *mintak dijauhkan.kang tak beraya pulak.*




Ok, back to track. Hehe. Sebenarnya, nak tepek gambar menu buka puasa tadi. Konon nak masak Nasi Daging Merah, sekali jadik NASI GORENG USA uollllllssss! Haha. Ni semua gara-gara nak habiskan stok makanan dalam peti sejuk tu ha. Ni pun pening lagi sebab ada lagi makanan tak abis dalam tu. Adeiii~ *terus rasa nak bagi kat Aunty sebelah.haha.time ni baru nak bagi ye*



Mohle tgk gambar NASI GORENG USA ngan donut pujaan hati. Eehehe.






::MENU IFTAR 070910::



cikgucomey:yeay!besok takyah pening nak masak ape.hehe

Uli Jangan Tak Uli...

Hehe. Serius lama tak main uli menguli.



Tiba-tiba hari ni tekak macam nak makan donut. Nyum3..Sedapnya donut. *eh kurang pahala pose i..oppsss lupe.i cutila.ehehe*Nanti dah siap CikguComey upload gambar ek.





Tapi CikguComey nak tepek gak donut yang
CikguComey dah penah buat. Hehe. Sila JANGAN NGENCES ok!





::VERSI COKLAT & ICING::



cikgucomey:menu iftar,nasi goreng daging merah.hrp2 jadikla.hehe

Monday, September 6, 2010

Hidup Biar Sedappp



Lalalalalalala
. Hati riang.




Bold ^______________^




Hepi bebeno hari ni sebab Nasi Tomato CikguComey mabelessss sangaaaaaattttt! Haha. Angkat bakul sendiri ok!



Eh bukan perasan tau. Buktinya, Enchik Suami hanya mampu menganggukkan kepala berkali2 bila ditanya "sedap tak bang?".. Hehe. Sambil anggguk sambil ngap. Ngeh3. Lapar sangatla tu. 2 pinggan ok dia makan!



Tak mahu bebel panjang, layan Nasi Tomato kat bawah ni ek.





::NASI TOMATO::
Sedap hingga menjilat jari. Hik3. Sangatla perasan kan!









Nak tepek jugak lauk semalam. Hubby request nak makan DAGING GORENG KUNYIT.



::DAGING GORENG KUNYIT::
Letih jugak nak tunggu empuk. Tapi bila makan
mmg ummppphhh~Tak boleh cakapla.
Hehe. Angkat bakul sendirik lagi ok!

*sila jangan meluat ye!hehe*



cikgucomey:misi menghabiskan lauk dalam fridge.hehe.

Saturday, September 4, 2010

NASI AYAM IN DA HOUSE!




Finally, jadik jugak NASI AYAM CIKGUCOMEY!
*nak juga tu tagline cikgucomey.haha*



Taraaaa~



.


.



Menu Iftar hari ni, NASI AYAM CIKGUCOMEY!





Layan je la gambar2 kat bawah ni ye.





Bukan main Enchik Suami makan. Licin semua! Abis buka terus basuh pinggan mangkuk periuk nasi. Senang kerja den. Hehe. Tapi nak kena masak untuk esok pagi pulak. Hurmm. Takpela. Untuk Enchik Suami, CikguComey sanggup je. Kata nak jadik isteri solehah! Hehe.



cikgucomey:enchik suami dah request daging goreng kunyit besok.

Friday, September 3, 2010

Ketuk-Ketuk Ramadhan: NASI LEMAK JEJARI AYAM

Ermm mood makan je sekarang ni. Hehe.



Alkisahnya nak masak Nasi Ayam. Tapi jadik Nasi Lemak Jejari Ayam pulak. Ngeh3. Tak kisahla kan. Janji ada ayam tu okla. Hihi.



::NASI LEMAK JEJARI AYAM::
Sempoi je. Sorila ek. CikguComey takda pinggan cantik
macam Cik Mat Gebu.
Sob~Sob~Sob~





Bukan taknak buat Nasi Ayam, tapi tak sempat! *memang pandai bagi alasan.haha* Tadi petang pas hubby solat Jumaat, gerak g Tesco Seberang Jaya. Sebelum tu sempat lagi singgah bank. Rasa macam dah kuar awal tapi lambat gak. Alih-alih bila dah habis shopping tengok jam dah kul 5. Hubby dah risau, asik tanya sempat ke nak masak??



Ala setakat nasik lemak. *ceh.ayat berlagak kan.haha.macam dia sorang je pandai masak nasik lemak.hua3* Kejap je masak. Sampai umah, terus bukak langkah. Hehe. Sebelum kul 7 semua dah settle. Alhamdulillah. Hubby makan 2 pinggan. Sedap la tu sebab ada jejari ayam. *hubby memang kaki ayam.eh,bukan kaki ayam tu.hik3..*




cikgucomey:harap2 esok jadila Nasi Ayam.

Ketuk-Ketuk Ramadhan: Tiub Basikal Goreng

Salam semua. *sopan je arininya intro.hari Jumaat kena sopan.hihi*


Pose tak hari ni? Ha..tak posela tu. Mentang-mentang dok buat kuih raya, ngelat la tu. Haha. *orang dolu2 suka buat macamni.menurut cerita mak-mak ok.hehe*


Hari ini CikguComey takde benda nak tulis. Cuma nak tepek gambar menu buka pose 2 hari lepas. Dah basi ok! Haha. Tapi tak kira. Nak jugak tepek. Ngeee~



::MAKARONI GORENG::
[a.k.a TIUB BASIKAL]


Hehe. Jangan salah faham ye. Takkanla CikguComey nak goreng tiub basikal kot. Hilang akal ke apa nak jamu Enchik Suami tiub basikal. Haha. Enchik Suami yang panggil tiub basikal. Layan aje la. Janji sedap wehhh..Hik3. Sekarang ni dah jadik favourite Enchik Suami. Alhamdulillah, berkat air tangan isteri kot. Ngeh3.



cikgucomey:plan nak masak nasi ayam arini.

Wednesday, September 1, 2010

Alamak,Takde Air!!

Dugaan sungguh hari ni. Takda air la pulak.


Nasib CikguComey dah mandi pagi2 Subuh tadi. Takla masammm kan. Hehe.


[Susah bila hidup tanpa air kan]

credit to:adrysabry.com


Mintak2la air tu kejap je takda. Kalau sampai ke petang, buka kat luarla nampaknya. Haih~


Tergendala lagi nak masak makaroni. Semalam Enchik Suami dah kempunan makaroni. Gara-gara makaroninya kembang semangkuk. Huhu. Last2 buka nasi lemak sambal udang gituuu~Hehe. *nasibla bini dia ni pantas bertindak.kalau tak makan megi je yang..ngeh3*


cikgucomey:tetiba teringat air kathira.

Thursday, August 26, 2010

Kembali ke Pangkal Jalan

Pon~Pon~


I'm back! Ehehehe.






Alhamdulillah, CikguComey sudah kembali ke pangkal jalan. Hihi. Dah selamat sampai rumahku syurgaku. Ekekekeke.


Mood letih ada lagi. Nak demam pun ada sebab bas tu gile sejuk. Tambah pulak, CikguComey bernasib malang semalam sebab dapat seat bawah lubang angin yang panjang tu. Ambikkk ko~Lemak-lemak tepu dalam badan CikguComey pun tak dapat menahan kesejukan tu tau. Huhu. Rasa macam kat Everest jek. Ngeh3.





Sweater tebal pun tak berkesan gak. CikguComey siap berstokin bagai tapi sejuk jugak. Last-last, ku ambik kain pelikat Abg Bucukku bungkus satu badan. Haha. Dengan muka-muka sekali. Puas hati! Baru lena tido. Hehe.


Dah tak heran mamat sebelah pandang2. Mesti dia confuse kain pelikat sapa plak eh..CikguComey dah tak kuasa nak layan. Yang penting, kain pelikat Abg Bucukku memang sedap je bau. Haha. Tu yang lena tido. *memangla bau sedap.dah dekat sebulan tak basuh.jadi peneman tidola kononnya.haha*


cikgucomey:ngantok lagi.

Thursday, August 19, 2010

Dari Masjid ke Masjid

Malam tadi sempatla tengok rancangan ni dekat TV3. Biasa hari Ahad. Tapi mungkin ulangan kot malam tadi.

Personally, CikguComey memang suka la rancangan ni. Memang bagus sangat! Yeala kita ni manala sempat nak singgah semua masjid kan. Masjid dekat rumah pun belum tentu pergi. Erk~ *sapa makan cili terasa pedasnya.ehehehe*


So, bila tengok rancangan ni bolehla tau masjid-masjid yang menarik dan aktif dekat Malaysia ni. Boleh jugak kongsi-kongsi idea nak buat aktiviti apa dekat masjid or surau taman kan.



Kat belakang van tu, masjid pertama di dunia yang dindingnya
diperbuat daripada anyaman. Dekat PERAK.
Korang tau tak? Tak tau kan. Hehe.


Tahniahla pada penerbit rancangan ni, Ahmad Fedtri Yahya!


CikguComey memang tabik springla dekat dia. Memang serba boleh. Mengacara pandai. Jadi penerbit pulak tu. Tulis lirik lagu. Haih serba serbila. Untungla sapa dapat Fedtri ni. *rugi kahwin awal..ekekeke.tipu je.best woo kahwin awal*


cikgucomey:memang suka rancangan2 tv3 dari kecik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails