Friday, October 29, 2010

Jangan Sayang Lebih-Lebih

Dulu,

Enchik Suami selalu pesan jangan sayang dia lebih-lebih. *masa belum kawinla.* Katanya, perempuan ni kalau frust susah. So, sayang dia ala kadar je sebab dia tak nak saya kecewa.


Mula-mula pedihla jugak kan dengar. Tapi bila fikir balik, betul jugak cakap Enchik Suami. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami bersatu.


Sekarang,

Saya ada seorang kawan yang terluka. Dah lama jugak. Hampir setahun. Kesian sangat. Bila baca tulisannya, saya tahu dia sangat terluka!!



Untuk sahabat,
Saya doakan dia tabah. Anggapla ini sebagai dugaan. Dugaan Allah untuk memberi yang lebih baik.


Sekarang sayang lebih-lebih takpe.
Hehe. Dapat pahala.
*gambar ulang tayang ntah berapa kali.haha*




Pengajarannya
, JANGAN SAYANG LEBIH-LEBIH.




cikgucomey:sayang enchik suami sangat2.

Emosi Hari Jumaat

Sedih sikit.
Enchik Suami bagitau mungkin tak dapat balik minggu ni. Huhu.






Sedih tapi taknak risaukan Enchik Suami. Cuba buat-buat faham situasi dia. Dalam hati, Tuhan je tau.


Pre-convo photoshoot pun maybe kena postpone. And once again, tak dapat bergambar dengan Enchik Suami. Kecewa lagi. (T_____T)


Mengharapkan keajaiban je sekarang ni.




cikgucomey:tahan diri dari nangis.

Tuesday, October 26, 2010

Paul Si Sotong Kurita Tak Panjang Umur

Ingat lagi tak si Paul sotong kurita yang glamour tu masa World Cup.
Takkanla tak ingat kan. Famous satu dunia tu!!




Sian Paul. Sekejap je sotong tu rasa nikmat glamour. Umur tak panjang.




Tinggal kenangan. Dunia ni kan pinjaman je. Ehehehe.
Sempat jugak ko glamer kan..



Paul telah disahkan mati oleh pihak muzium. Tak diberitahu pulak sebabnya. Tunggu je la paper besok. Confirm ada dekat paper kan.




cikgucomey:tak berapa suka makan sotong.

Dont Break My Heart~

Buat perokok2 sekalian, tengok-tengokla iklan ni. Huhu.





KATAKAN TIDAK PADA ASAP ROKOK!!


cikgucomey:risau abah n abg isap rokok.huhu

Sunday, October 24, 2010

Bront Palare Menang!


Congrats BRONT PALARE!!
Pemenang kategori Pelakon Lelaki FFM 23
*kalau tak silapla kategori tu.hehe.*


CikguComey memang suka tengok dia berlakon. Memang berkesanla.Tapi dia kurang publisiti. Low-profile je. Okeyla kan. Yang penting berlakon tip top.



Keep it up BRONT!


cikgucomey:pandang bakat bukan rupa.

Nasi Lemak 50 Sen

Mesti ramai yang dah tengok playback filem CUTI-CUTI CINTA kan.




CikguComey memang tak setujula dengan dialog Farid Kamil tu. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Tadi masa baca paper METRO AHAD pun, Cik Gayah ada komen.


Mungkin pada sesetengah orang, ayat tu biasa je. Tapi CikguComey secara peribadi memang tak setuju langsung!! Lepas ni, budak-budak sekolah rendah pun akan cakap macam tu. Budak-budak sekarang ni jangan buat main. Cepat je ikut.

CikguComey tak kisah orang nak cakap CikguComey ni kolot ke ape. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan. Tepuk dada, tanya diri sendiri.



cikgucomey:lama tak tengok wayang.

APAM BALIK HOMEMADE

Lama tak bersilat kat dapur. Sejak Enchik Suami kursus, dapur CikguComey tak berapa nak berasap. Ehehehe.


Dah duduk sorang, tak kuasa nak masak. Makan je apa yang ada. Biskut cicah milo 'o' pun dah kira menyelerakan. *sebenarnya MALAS!haha*


Tapi tadi boleh datang pulak aura rajin. Mula-mula plan nak g pasar malam je. Alih-alih terajin pulak nak buat APAM BALIK homemade. Dari haritu nak buat tapi dah berpuluh-puluh kali postpone. Hehe. Finally, jadik jugak!


Gambarnya esokla ek. Malas nak transfer. Ngee~*letih gara2 apam balik.haha*


Sekarang ni rasa bestnya kalau dapat tidur macam ni. Hehe.
Penat gila wehh membalikkan apam tu.
Kroohhh~kroohhh~



cikgucomey:katak dah bunyi2.kompem ujan.


Wednesday, October 20, 2010

Suami U Macam Orang Korea La..

Hahahahahaha. Tergelak sopan CikguComey kat sekolah tadi. Hihi~ *sopan ke??*


CikguComey tengok Enchik Suami tu takda langsung muka pelakon Korea. Sipi-sipi pun takda. Haih~ Macamanela kawan CikguComey boleh cakap macam mamat Korea.


Macam mamat Korea ke??Kompiuss..('',)



Ni kalau Enchik Suami baca kompem hidung dia dah kembang kempis. Hehe.


Model baju Cap Ayam. Hehe.
Bucuk saya ni memang banyak koleksi baju Cap Ayam.



Kalau orang cakap dia macam Chineese look, tu memang biasa. And orang mesti cakap muka dia macam laki Anne Ngasri.* Eh silap. Ex-husband Anne.* Adala kot. Sikit jek. *muka lebih kurang takpe, jgn perangai lebih kurang.huhu.mtk dijauhkan.*



cikgucomey:muka saya mcm sape ek?haha

Dinner: 2 BUNGKUS NASI LEMAK!!!


Burkk~
Alhamdulillah.


Hehe. Kenyang gile nih. Baru plan nak diet, datang pulak rezeki.
Tak baik tolak rezeki kan. Ngee~



Patutla CikguComey dok gatal tangan. Rupanya nak dapat nasi lemak! Haha. Nak pecah perut abiskan nasi lemak 2 bungkus. Adeii. Makin bertambah-tambahla lemak ni. Haihhh~




Enchik Suami baru sound minggu lepas, "TAK KURUS-KURUS PUN YANG.." hehe. Sabar ye bang. U anta I g SLIM WORLD ke LONDON WEIGHT ke kompem I slim melim u. Hik3.




cikgucomey:agak2 macamanela kalau saya kurus ek??

Tuesday, October 19, 2010

Rindu Nak Ajar Akaun

Huhu. Agak2 ada tak sekolah yang kekosongan cikgu Akaun?


Kalau ada, saya nak apply! Hehe.* Ingat macam keje private ke?? Boleh suka-suka nak pindah kan. Huhu.*



Sangat berharap ada peluang nak ajar akaun lepas ni.
Really miss to teach account!!


Dua orang bekas student yang sangat interested nak belajar akaun.




cikgucomey:akan berbakti kepada anak bangsa seikhlas hati.

Sunday, October 17, 2010

Award Dari WANZI

Jangan jeles! CikguComey dapat award!
*macamnila orang yang jarang dapat award.excited semacam.haha*




Thank you WANZI!
Buat susah-susah je bagi award ni. Hehe.
CikguComey tak laratla nak tag malam ni.
Besok-besok ye WANZI.
Letih dah ni..


cikgucomey:baru 2x dpt award.sadis~

Bercinta Macam Naik Bas

Yeke? Korang setuju ke dengan perumpamaan kawan CikguComey ni??



"BERCINTA MACAM NAIK BAS"


Maksudnya, ada orang naik bas sekali je dah sampai destinasi. Ada orang pulak kena tukar bas banyak kali baru sampai destinasi yang dituju.




Ada benarnya jugak kan. Erm~


Alhamdulillah. CikguComey tak kena naik bas
banyak kali. Rezeki masing-masing.



cikgucomey:lawak pulak tgk gambar kat atas tu.haha

I'M OLD ENOUGH!

Boleh kata setiap minggu CikguComey akan tengok rancangan ni.
Walaupun dah tau rancangan ni dah lapuk kan, tapi tetap nak tengok gak. Ngee~


Korang ingat senang ke nak buat rancangan macam ni??
Susah tu. Memang salutela kat orang Jepun ni. Macam-macam idea diorang kan.
Sebab tu la Jepun maju.


Pernah sekali CikguComey boleh pulak ternangis tengok rancangan ni. Haha. Kata RATU AIRMATA! Ngeh3. Bukan sedih pasal apa pun. Bila tengok mak diorang nangis, ngan aku sekali nangis. Hehe. Kalau anak sendiri yang terlibat dalam program ni pun, confirmla I terharu kan.



Meh layan one of the episode..









cikgucomey:agak2 kalau kat m'sia budak2 selamat ke nak g shopping sendiri??

Thursday, October 14, 2010

Mencari Photographer Area Penang

CikguComey sedang mencari2 freelance photographer area Penang ni. Kalau dapat yang area Butterworth lagi ok.


Bukan nak amik gambar kawin, tapi nak amik gambar konvo. Hehe.


::BACHELOR ACCOUNTING::
2004-2008
Tak mau amik gambar skema2. Nak yang ngokngek2.Haha



2 Nov ni CikguComey konvo untuk DPLI. Yang tak best, Enchik Suami tak boleh attend. So, we decide nak bergambar berdua la dulu kan. Outdoor photoshoot. Ada gak la kenangan. Masa degree dulu, Enchik Suami tak datang pun. Huhu.



So, sapa2 yang ada buat freelance photography blehla roger2 kat sini ek..Sangat dialukan!


cikgucomey:nanti kalo preggy pun mahu bergambar gak.hihi.

Kepulangan Yang Dinanti

Eh, dah macam tajuk lagu raya Aman Shah plak ek.


Tak sabar nak tunggu Enchik Suami pulang besok. Ngee~
Seminggu tak jumpa, rindu gila! Tsk.


Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Tak tahu nak bagi
makan apa dah.Hehe.Takpela yang.
U tetap cute! Haha.




Mula-mula memang sedih. Tapi dah masuk minggu ke 2 ni, dah ok sket. Harap-harapla boleh bertahan. Lama lagi Enchik Suami nak habis kursus. 3hb DEC baru abes ok!


Semoga Enchik Suami selamat sampai besok. Amin ('',)




cikgucomey:tak pernah jemu tengok muka suami.hihi.

Wednesday, October 13, 2010

G.E.R.A.M.

Saya tak fahamla. Kenapa kaum CHA YA NUN ALIF suka sangat under estimate orang lain.


Macamla korang bagus sangat!Grr~


Geram sampai kurus kering.Ehehe.
GRRR~



Dulu pun korang bukannya terus pandai. Suka-suka je nak cakap orang itu ini. Haih~Mentang-mentang aku orang baru ko suka2 je nak ngata kan. Macamla ko tu perfect sangat!!


Sebab tu la aku ni suka kawan ngan orang2 yang lebih tua ala-ala mak aku. Budi bahasa pun ok. Tak kedekut ilmu. Cakap pun tak menyakitkan hati.




cikgucomey:selalu ingat pesan mak
.

Tuesday, October 12, 2010

Sempat Lagi Tuuuuu...

Haih~Time takde duit ni boleh plak CikguComey shopping online. Haha


Buat Enchik Suami,
Ampunkan isterimu yang memang kaki shopping ni ek! *ampun yang..hehe*


Tapi bukanla mahal sangat pun. RM33 je. Sehelai blouse je tau. Kata tengah kering, sehelai je la. Nanti dapat gaji, confirm berhelai-helai I beli uolllllsssss!! Ngee~


Tak sabar nak tunggu blouse tu sampai. Harap2la cantik and bila CikguComey pakai akan bertambah-tambahla kecomelan akak dik non oiii~ Haha


Opss, lupa pulak. Tak boleh puji lebih2 sebab nanti kena keji dengan manusia berhati busuk. *Erk. Arghh, lantakla. Nak keji ke nak puji ke CikguComey tetap maintain comel!*


Kalau korang nak cuci2 mata, blehla g kat SINI. Memang tak tahan wei. Buat yang comel2 mcm I ni, dont worry saiz anda available. Tu yang best.


Ni la blouse yang CikguComey beli. RM28 je.
Kalo ok, confirm I beli lagi ye Cik Biha. Hehe
.
www.kznabihah.com


cikgucomey:semakin suka shopping online.

Sunday, October 10, 2010

Kasihku Hanya Untukmu



Hari ni rasa syahdu je.


Maybe sebab baru je kena tinggal. Huhu.
Tu yang emo terlebih.



Tiba-tiba teringat Enchik Suami pernah cakap,



"Takpe, abang takde duit takpe, tapi jangan sayang takde duit.."



Huhu. Memang terharu. Kadang-kadang saya tak pernah terfikir suami saya sanggup berkorban macam tu. Masa kawan-kawan dulu dia tak pernah tunjuk betapa sayangnya dia dekat saya. Bila dah sah, memang totally different! Dan saya sangat bersyukur!



Kasihku hanya untukmu sampai bila-bila..('',)


Semalam, Enchik Suami belikan mineral water sedozen. Memang dah jadi rutin sebab bini dia ni tak boleh minum air yang dimasak. Nanti kompem hilang suara. Ehehe.


Dan ini jugak buat saya terharu sebab dia takkan pernah lupa belikan air mineral sebelum dia pergi outstation. Syukur Ya Tuhan~ Rasanya itu saja perkataan yang sesuai. BERSYUKUR sebab Tuhan kurniakan saya suami yang sangat bertanggungjawab & penuh dengan kasih sayang!



cikgucomey:terima kasih Ya Tuhan.

Suka Hati Akula!!

Maghrib2 dah buat orang menyirap. Adeii~


Memangla aku ni tak comel. Kalau aku sendiri tak puji anugerah ciptaan Tuhan ni, sape lagi nak puji. Ade aku kisah ke ko nak puji ke tak. Suka hati akula oiiii!!!!



Tapi takpela. Sekurang2nya ko sudi jugak nak tengok blog aku kan. Haha. Malas nak layan. Yang penting aku bersyukur sebab aku ni sempurna. Comel ke tak comel, ini anugerah yang Tuhan bagi. Aku bersyukur. Aku tak kisahla ko nak ngata aku ke ape, janji aku ni laku beb! Dah kahwin pun..Haha. Ada aku kisahhhh?????



cikgucomey:bersyukur dgn apa yg ada.

Berita Baik! KPLI AMBILAN JAN 2011

Kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu or tertanya-tanya pasal KPLI, bolehla apply KPLI Ambilan Jan 2011, silalah ke website KPM ye. Yang penting besok dah boleh beli no.pin kat BSN. Lepas tu barula boleh apply online. Good luck!


Bukan senang nak jadik GURU yang betul2 G.U.R.U



cikgucomey:belek2 paper tak nampak pulak iklan KPLI.Alih2 dah kuar.

Kalau Berpacaran..I Likee!!




KALAU BERPACARAN
::SUHAIMI MIOR HASSAN feat. ANA RAFFALI & ALTIMET::

Sangat suka lagu ni. Sempoi. Simple. Nice.
Enjoy it!



cikgucomey:suka yg simple2 aje.

Tewas Jugak Akhirnya

Bukan pasal kisah Sukan Komanwel. Tapi kisah bini yang tak tahan sebak sebab kena tinggal.


Uwaaa~ Enchik Suami dah balik Subang!


Mula-mula boleh control lagi masa hantar dia. Dalam kereta pun maintain lagi. Alih-alih sampai je umah, bukak je pintu terus meleleh air mata. Terus teresak2 macam budak kecik. Huhu. Sunyi je rasa umah. Rasa kosong. Huhuhu~


Bukan seminggu atau dua minggu. 2 bulan!!


2 bulan CikguComey kena hadapi situasi ni. Cepatlah masa berlalu. Tak sanggup rasanya nak duduk rumah sorang2. Balik kerja pun takda orang yang sambut. (T__T)

Masa, gerak cepat sket eh..Huhu



cikgucomey:bila petang, lagi sayu.huhu

Bukan Rokok je Naik Harga..

Cerita ni kira dah basi la gak. Hehe. Tapi tak kira, nak citer gak.


Haritu kan CikguComey ada citer pasal demam kan, kesudahannya CikguComey dapat MC 2 hari. Terkejutla gak kan. Ingat doktor nak bagi 1 hari je. Alih2 dapat 2 hari koooo~ Ahh heaven! Hee~


Tapikan bila dah dok umah sorang2, boring gila. Kalau Enchik Suami ada takpela. Rasa macam nak g sekolah je, tapi dah doktor bagi cutikan. Lepak je la.



Eh dah melalut la plak. Sebenonya, nak cite pasal ubat demam yang cekik darah!



Korang nak tau, CikguComey ingat rokok je naik harga, rupanya ubat pun naik harga gak! Tak percaya?? Meh CikguComey tunjukkan bukti.


RM108.00 ok!
5 jenis ubat + MC.
Reasonable tak?


CikguComey tak tahula napa mahal sangat. Cashier cakap antibiotik yang mahal. CikguComey iyekan je la. Nasibla bawak duit lebih hari tu. Kalo tak, tak pasal-pasal kena g bank cucuk duit. Haha.



cikgucomey:dah sihat dah.alhamdulillah.

Wednesday, October 6, 2010

Sedap Sangat ke Rokok??

Sekarang kecoh pasal harga rokok naik. Sana sini semua cakap pasal rokok.


Tapi CikguComey rasa takde kesan pun harga naik. Kalau dah kaki rokok tu, sanggup je bayarkan. Janji dapat asap. Ye tak?


Kecik macamni dah smoking. Hidup dia bertahan berapa lama ek??


Alhamdulillah, Enchik Suami tak merokok. Try pun tak pernah. Syukur sangat. CikguComey ni memang tak tahan bau rokok. Lagi2 bau rokok Gudang Garam. Boleh pengsan kalau bau woo!


Sedap sangat ke merokok ek?Apala yang best sangat merokok ni ek. Haih~Dah tau tak elok untuk kesihatan, still gak nak merokok. Tak paham den. Ingat-ingatla orang tersayang.



cikgucomey:arwah atok meninggal sebab rokok.huhu

Tuesday, October 5, 2010

Hari-Hari Tanpamu

Hari-hari tanpamu,
Aku malas nak masak,
Kononnya takda selera,
Tapi 2 bungkus roti aku bedal.

Hari-hari tanpamu,
Tidurku tak lena,
Tidurku bertemankan cahaya lampu kalimantang,
Sebabnya aku ni penakut.

Hari-hari tanpamu,
Aku sunyi tanpa bicara,
Aku rindu akan suaramu yang konon2 macho itu,
Barula aku sedar rupanya aku suka suaramu yang kukutuk sebelum ni. *ngee*

Buat arjunaku,
Aku memang rindu sama kamu,
Cepatlah masa berlalu,
Supaya aku dapat bersamamu seperti sediakala.


Nukilan,
ISTERIMU YANG TAK PANDAI TULIS SAJAK. *haha*

Demam Pulak

Haih~Time Enchik Suami takde di sisi barulah nak demam. Huhu.


Kalau dia ada, sihat aje. Segar bugar. Ehehe. Ini dia dah g kursus barulah demam panas. Sabar ajela. Dugaan kan. Agaknya dah banyak sangat dosa-dosa kecik tu. Hee~ *belum campur dosa besar lagi.adeii~*


Mengeluh-mengeluh jugak, tapi masih bersyukur sebab kuat lagi nak drive ke sekolah. Jauhla gak kan. 45 minit baru sampai sekolah tau! CikguComey malas nak MC. Malas nak manja2kan diri nih. Dok umah pun boring gak. Baikla g sekolah. Kalau Enchik Suami ada best gak. Boleh ngada-ngada. Hahaha.


Cepat2la kebah demam ni. Malam ni dah mula selsema. Adeii~ Jawabnya kena bawak bekalan tisu banyak2la ke sekolah esok. Huhu.



Selsema oh Selsema.



cikgucomey:teringat masa spm diserang selsema teruk.huhu

Saturday, October 2, 2010

So Far So Good

Finally berjaya harungi minggu pertama dengan jayanya. Hehe.


Sekolah ok je. Cikgu2 pun ok. Kerani pun ok. Pengetua, PK sume ok. Cuma students je la. Memang kurang ajar sikit. Tapi normal kat sekolah tu. Buat bodoh aje la.


Saya memang respect dengan cikgu2 Melayu senior sekolah tu. Itu yang buat saya semangat untuk terus g kerja. Kalau diorang boleh, saya mesti boleh jugak kan..Think positive!







cikgucomey:semangat kena kuat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails