Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Pesanan Enchik Suami


"Yang,balik JB jangan lama-lama sangat eh. Seminggu cukupla."

Pesan Enchik Suami beberapa minggu sebelum cuti sekolah..(",)

Ikutkan hati memang nak balik berdua. Tapi as usual Enchik Suami susah nak dapat cuti. So, terpaksala balik JB sorang. Memang sangat tak best! Dah tu kena naik bas pulak tu. Lagilaaaaaaaa bertambah-tambah tak best!! Hari tu nak tempah tiket flight tapi schedule kelas tambahan tak keluar lagi. Tak berani nak booking. Malas nak cari orang ganti last minute. Tak pasal-pasal orang menyumpah kat kite kan. 

Berat hati jugak nak tinggalkan Enchik Suami. Kitorang kan jarang-jarang berjauhan ni. Bukan Enchik Suami je meroyan, saya pun meroyan jugak nanti. Heh. Tapi awal-awal je la. Lepas 2-3 hari kat JB, takde maknanya! Haha. Hilang segala meroyan. Terus hilang ingatan kat Enchik Suami sekejap. Ngeh3.

Pesanan untuk Enchik Suami, BEHAVE YOURSELF OK!

Sayang awak sangat..:))



saya:berat hati.tsk.tak suka.

Friday, August 19, 2011

Rawak


1. Masih salahkan diri sendiri sebab blog tak berupdate. Haisshhhhh~PM pun sempat update blog dia tau...:p

2. Bulan Ramadhan tahun ni tak berapa best sebab tak dapat masak hari-hari untuk Enchik Suami. Tak dapat masak menu yang kebaboomm yang boleh buat perut Enchik Suami pecah... Sedih..(T___T)

3. The bestest thing, bulan ni gaji naik dan dapat tunggakan sekali! Yeehaaaaa~Syukur, Alhamdulillah..Bonus raya pun masyukkkk jugak. Dapat jugak rembattt perfume DKNY yang dah lama kehabisan stok kat rumah. Hehe.Tapi tak boleh joli sakan sebab dah nak kena bayar duit rumah..Tsk. Terus terbantut nak shopping.

4. Kalau tahun lepas, dapat puasa 14 hari je, tahun ni bajet kena ganti sikit je la. Alih-alih puasa ke-4 dah bendera Jepun. Arghhhhh~ Ingatkan cukupla 7 hari. Tetiba, Cik P jadik ting tong pulak. Bulan-bulan posela nak ting tong ye.. Dah benti seminggu, mai lagi. Nasib 2 hari je..So, kira banyakla gak kena ganti. Jawabnya, kena pose 6 la pasni..


5. Yang ni memang paling best..sebabnya, tahun ni Cikgu raya dekat JB dulu!!!!!!! Yeayyyyyy! Dapat makan rendang pagi raya nanti. Rendang air tangan mak memang tiada tandingan. Tahun lepas kempunan makan rendang mak sebab raya ke-3 baru sampai JB. Huhuhu.









cikgufarhana: tak sabar nak buat biskut raya.

Thursday, March 17, 2011

Wishlist Balik JB

Bukan selalu dapat balik JB dengan Enchik Suami. Almaklumla, Enchik Suami pejuang negara, susah sikit nak dapat cuti. So, bila dapat balik sama ni, macam-macamla plan dia.




1. Nak makan NASI AYAM PENYET sedap+murahhhh..Tempatnya tak jauh pun. Dekat Taman U. Restoran kawan pakcik Cikgu. Memang kalau balik JB, kitorang mesti makan dekat gerai dia. Sesuaila dengan selera Enchik Suami. Sambal tak pedas.Sedang-sedang je. Yang penting, sedap dan murah banding dekat Jusco Seberang Perai, 2 orang makan dah RM30++.


 Adeiii~Tergoda betul dengan sambal tu. Huhu. 
Tapi kalau ada tempe banyak-banyakkkk lagi tergoda!



2. BIG BUNDLE. Nama pun bundle, mestilah nak beli baju kan. Enchik Suami pernah pergi sekali je. Masa tu, kitorang kuar makan kat Stulang, pastu Abah bawak pusing-pusing bandar JB. Dia cakap baju-baju dekat situ kualiti bagus. Kain dia lembut, macam baju mahal. Tapi memang pun. Kebanyakan baju-baju ni, import dari luar negara. Bukan barang Siam la. Selama duduk dekat Butterworth ni, tak pernah pulak dia ajak Cikgu g kedai-kedai bundle.


Ha, nila kedai BIG BUNDLE tu. Dekat sangat dengan Danga Bay. 
Tapi kedai ni ada main branch, dekat Tampoi. Kalau tak silapla..


(tq Enchik GOOGLE)


3. Otak-Otak.. Sapa yang tak suka makan otak-otak uolllssss~Cikgu memang hantu otak-otak. Especially otak-otak Kempas. Otak-otak JB kureng sket kot pada Cikgu. Enchik Suami dah jadi hantu otak-otak sekarang. Ingat lagi, masa bulan puasa tahun lepas adala balik JB kejap. Hari-hari nak beli otak-otak untuk buka puasa. Kemaruk la tu!Hihi.

Otak-otak yang sedap. Kempas punya pedas sikit. Tu yang meletopp!
  



cikgufarhana:sejak kahwin ni, Enchik Suami dah pandai makan pedas, makan tempe, makan lauk kicap. Haha. Dah separuh Jawa.Hua3.

Saturday, December 25, 2010

Krismas di Kampung~

Merry Christmas!
Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Semoga kamu semua dilindungi Tuhan dan ceria2 selalu ye!


::Sengal. Dah petang baru nak wish. Hehe. Semalam seharian tak berblog. Tu yang tak sempat nak wish. Tapi kira okla wish petang-petang raya ni kan.




Hari ni CikguComey sambut krismas di kampung. Nun jauh di Jerteh. Malam tadi baru sampai sini. Alhamdulillah selamat sampai walaupun hujan sepanjang perjalanan. Risau sepanjang perjalanan, takut jadik apa-apa. Alhamdulillah takda apa-apa. CikguComey memang tak putus-putus doa dalam hati. Bukan apa, taula bila hujan jalan licin, lopak air banyak, jalan berlubang lagi.  Dekat Grik pulak kiri kanan pokok. Takut gak kalau petir ke apa kan. Memang tawakal je. Mulut pulak tak henti pesan kat Enchik Suami jangan bawak laju-lajuBiar lambat, asal selamat.




Model sampingan.








cikgucomey:semoga perjalanan kami besok dipermudahkan dan selamat sampai ke rumah.

Thursday, November 25, 2010

Mood Ke Laut

Haih~
Sejak berada di bumi Johor ni, mood berblogging memang ke laut ke longkang semua la. Hehe.


Yang pasti mood SHOPPING memang ade je. Ngeh3.
Sampaikan Enchik Suami hari-hari SMS tanya, "hari ni sayang pergi mana plak??" *perli bini dia la tu*



Time yang ada ni la nak guna sebaik mungkin untuk mak abah. Bukan selalu balik lama kan. Ni la masa nak manja2 ngan mak kan. Cakap je nak makan apa, confirm dapat!



Cinta hati saya masa muda. Gila jambu. Haha. Time ni kurus lagi ok.
Sekarang, Ya Allah!! Masih kurus lagi, tapi perut sudah maju sikit. Kih3





cikgucomey:rindu bau enchik suami.hadoiiii~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails