Showing posts with label PCOS. Show all posts
Showing posts with label PCOS. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

TREATMENT PCOS: PART II

Lega. Alhamdulillah semuanya ok. 

Macam biasa, bila masuk je bilik Doc, ofkos la kena timbang berat kan. Haha. Fobia ok! Tapi semalam agak mengejutkan sebab turun lagi 2kg!! Yeayy! Walaupun tak banyak, at least turun. 

Punyala excited, terus call Enchik Suami. Enchik Suami pulak macam biasala. Takde perasaan. 

"2 kilo je turun?? Ingatkan 10 kilo ke 15 kilo ke."

Tu la ayat dia. Sangat tidak memberi semangat. Ingat senang ke nak turun 2 kilo! Taula dia tu badan selim. Naik kejap lepas tu nak turun pun senang. Arghhhhh! Jeles betul. Mana tak selim, lepas makan je buang. Kalau tak buang, tak sah. Ehehehe.

Sekarang ni, kena tunggu next period. Hari ke-13, doc soh datang. Kali ni doc nak bagi makan clomid pulak. Sangat risau bila kena makan ubat ni. Sebab most of the pcoser beritau bila makan clomid, badan macam di pam-pam. Adeiii~ Harap-harapla Lactolite dan PB dapat membantu..(^__^)




saya:moga Allah permudahkan usaha kami.

Wednesday, June 27, 2012

Treatment PCOS

Saspen pulak nak jumpa gynae Jumaat ni. Huhu. 


Pada hal dah setahun lebih treatment dengan Dr Ramesh ni. Maybe saspen sebab nak timbang berat kot. Hahaha. Perkara yang saya paling tak suka ialah TIMBANG BERAT ok! Sebab takut tengok jarum penimbang tu tunjuk dekat angka-angka yang mengerikan. Huahuahua. Tapi setiap kali datang appoinment, memang wajib timbang berat. Nak tak nak, kena jugak. Dr Ramesh macam biasala. Senyum je bila tengok berat saya yang mengerikan tu. Senyum penuh makna ye. Sendiri pahamla.






Mak aihhh, beratnya! Kalau berat saya macam ni, tak tahulah. 
Berat sekarang pun dah rasa tak larat nak bawak badan. Hehe.



Alhamdulillah lepas treatment, period saya pun dah regular. Setakat ni tak pernah missed lagi. Syukur sangat. Bila period dah regular, peluang untuk pregnant tu tinggila. Cuma belum ada rezeki lagi. Kawan-kawan doakanla ek. 




Ada seorang doktor pernah beritahu yang saya ni kira beruntung sebab period dah normal. Ada sesetengah pesakit PCOS terpaksa makan ubat turun darah untuk datang period. Ada sorang ofismate Enchik Suami dah buat ovarian drilling (OD) tapi period masih tak keluar jugak. Kasihan kan. Jadi, saya ni memang dah patut bersyukur sangat-sangat sebab period dah datang naturally. Insya'Allah pasti ada rezeki nanti.






Saya percaya, setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah dan ganjaran yang sangat  besar. Manala tau rezeki nak dapat kembar kan. Hehe. Aminkan ye kawan-kawan..:)))






saya:kalau dapat kembar sepasang, memang syukur sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails