Thursday, November 25, 2010

Saya Minah Rempit?

Bukan minah rempit yang bawak motor tu. *psstt: motor pun I tak reti bawak tau.haha*
Ni minah yang suka bawa keta laju. Hehe. Takla laju sangat. Biasa-biasa aje.
Baru ada 2 saman, bukan 10!


Kadang-kadang tak perasan pun bawak laju. Dah sedap tekan paddle minyak, sampai tak perasan meter tu. Hehe. Alih-alih sampai "surat cinta" kat ofis husband.
Ampun yang.. (^__~)



Muka driver sopan semasa memandu.Ngeh3.
Agak2 kalau senyum macam ni dekat Pak Polisi
bisa lepas nggak?? Haha.





Harap-harapla takda saman baru. Risau gak ni. Hari tu lepas hantar husband kat Subang, terus direct balik Johor. Ngantok gila drive sorang2. Petang pulak tu. Tu yang pecut semacam je. Hehe. *walhal sebelum tu dah janji ngan hubby nak bawak pelan2 je.hihihi.semoga saya dilindungi dari saman ekor.gulp~*




cikgucomey:rempit dengan selamat.ngee~

Mood Ke Laut

Haih~
Sejak berada di bumi Johor ni, mood berblogging memang ke laut ke longkang semua la. Hehe.


Yang pasti mood SHOPPING memang ade je. Ngeh3.
Sampaikan Enchik Suami hari-hari SMS tanya, "hari ni sayang pergi mana plak??" *perli bini dia la tu*



Time yang ada ni la nak guna sebaik mungkin untuk mak abah. Bukan selalu balik lama kan. Ni la masa nak manja2 ngan mak kan. Cakap je nak makan apa, confirm dapat!



Cinta hati saya masa muda. Gila jambu. Haha. Time ni kurus lagi ok.
Sekarang, Ya Allah!! Masih kurus lagi, tapi perut sudah maju sikit. Kih3





cikgucomey:rindu bau enchik suami.hadoiiii~

Thursday, November 18, 2010

Sedap Kalau Dapat Ni..

Besok Enchik Suami balik! Yahoooo!! *macam dah lama tak jumpa jek ek.padahal every week mmg balik.hihihi*


So, kenala masak special2 sikit.
Dah lama dapur tak berasap. Ngeh3. Almaklumla, dok sorang.
Konon-konon tak lalu makan. Sebenarnya, M.A.L.A.S!! Hahaha~


Ok, sempena kepulangan SUAMI TERCINTA, CikguComey plan nak masak...


.




.




.



::KUEW TEOW HAILAM::


pix: norlilovescake



CikguComey pulak dok teringin nak makan kek ni. Tak tahulah kenapa.
Sejak2 ni suka sangat makan manis2. Adeii~Bahaya tu..
Jangan kena kencing manis sudah. Mintak dijauhkan!!


Memang teringin gila nak makan kek macam ni. Ada strawberi.
Biskut loveletters.
Hehe. Kompem sedapla..
Aduyaiii~ Bila boleh makan ni..




cikgucomey:kempunan tak dapat makan kek besday
.

Wednesday, November 17, 2010

Musim Kahwin

Bila cuti sekolah je, confirmla schedule penuh dengan kenduri kahwin member2 kan.


CikguComey dah susun jadual kenduri kawan-kawan.
Tiap-tiap minggu makan frela jawabnya. Hehe.
Weekend full dengan kenduri ok!


Ni schedule yang dah siap,



20/11
- Banting - TUYUN
(member UKM)


27/11
-Bandar Tenggara, Kulai - AZZA
(member sekola,member baik ni!)

- Kulim, Kedah - KAK HASLINA (ngaja satu sekola, baik jugak..huhu.tapi kirim hadiah je)

5/12
-Taman Nuri, A.Star, Kedah - MAS
(member baik jugak masa kat UKM)

- Parit Buntar, Perak - AYU
( member sekelas DPLI)


11/12
- Senai, Johor - Yaya
(member sekolah.baik jugak.adeii)
- Permatang Pauh, Penang - Fadzliyana
(Cikgu GSTT kat sekolah)

- Juru, Penang - Kak Rosyatimah ( cikgu satu sekolah)

18/12
- Sik, Kedah - Kak Naimah
(member sekelas DPLI)




*ni pun ada lagi yang tak masuk dalam schedule.huhu



Gambar yang dah basi. Hehe. Tengok aje la ek.
Jangan muntah sudah. Hahaha




cikgucomey:lama tak makan nasi beriyani.


Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA!

Mesti semua orang dengan busy dekat dapur. Huhu.



Sedih. Uwaaa!!!! (T___T)
CikguComey hanya baring sambil mengadap laptop dengan TV yang dipasang tapi takde sapa yang tengok. Tsk. Sadis sungguh hidupku ni.


Besok sape2 yang makan lemang, ketupat, rendang tu ingat-ingatla kat CikguComey ni. Makankan untuk CikguComey sekali ek.



SALAM AIDILADHA semua!



cikgucomey:teringin nak korban.

Alhamdulillah, Rezeki Raya Haji

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.


Eh, jangan salah faham. Rezeki anak belum tau lagi. Huhu.
*tolong doakan ek.moga-moga ada khabar gembira*



Lepas ni boleh shopping. Gaji dah masuk! Hehe. Alhamdulillah.



Bolehlah beli i-Phone sebijik. Hihi.
Takpun Blackberry. (^__~)




Sebenarnya, CikguComey sampai terlupa pasal gaji ni. Mungkin sebab ada sponsor kot. Haha.
Tapi okeyla kan. Dah ada duit sendiri. Lama woo tak rasa gaji sendiri! Seksa la gak.



cikgucomey:tetap dapat duit bulanan dari enchik sponsor.hehe

1st Time Raya di Perantauan

Tiba-tiba sayu pulak dengar lagu Dendang Perantau. Tsk.


1st time
tau CikguComey sambut Raya Haji sorang2 di perantauan. Kira perantauan la gak kan. Walaupun dalam Malaysia lagi. Ngeh3.


Enchik Suami pun hanya dapat cuti sehari je. So, dia decide tak nak balik.
Tak berbaloi pun
. Letih je. Takpela. CikguComey memahami.



Tak mau sedih2la. Kita layan lagu hepi2 ek.







cikgucomey:rindu nak makan ketupat ngan kuah kacang.

Sunday, November 14, 2010

20 Hari Je Lagi

Rasa cepat je hujung minggu ni berlalu.


Enchik Suami dah selamat sampai Subang. Huhu.
Rasa tak puas lagi manja-manja dengan Enchik Suami, dia dah kena balik. Haih~



Tabahlah wahai hati, ('',)


Semoga kasih sayang kami berterusan hingga akhir hayat.
Aminn~



Kursus Enchik Suami berbaki 20 hari lagi. Nak tunggu 20 hari tu rasa lamanyaaaaaa!!
Rindu nak ngadap dia hari-hari. Masak untuk dia. Cari uban dia. *almaklumla enchik suami kan dah veteran.haha* Segala-galanya untuk dia!


cikgucomey:PJJ bukan senang.

Thursday, November 11, 2010

Getuk Ubi

Tadi tengok post Kak Jaja pasal ubi rebus. Memang terliur. (T____T)


Tiba-tiba teringat masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat GETUK UBI.
Bukan getuk ubi goreng.
Ni yang lenyek-lenyek, campur kelapa, gula, garam sikit, lepas tu mampatkan dalam loyang. Siap! Boleh potong. Memang sempoi. Sedap gila!


Ni la rupanya. Terjumpa pulak dekat google. Memang sedap. Aduyaiii. Cepatla cuti sekolah. Nak balik JB!!



Mak, Adik nak GETUK UBI!!



cikgucomey:cicah sambal bilis lagi sedap.nyum3

Sakit Gigi!!!!!!!



Aduh~ Sakit bangat.
Tak tahan ni.





Nak cabut tak boleh. Kena tunggu tak sakit baru boleh cabut. Huhu


Tapi bila dah tak sakit, time tu la tak fikir nak cabut. Sayangla konon. Erk~
Boleh pulak ek. Dah sakit tu buang aje la kan. Nak sayang-sayang pulak. Hehe



cikgucomey:selalu sakit gigi.

Tuesday, November 9, 2010

Rindula Pulak

Erm tiba2 rindu yang amat dekat Enchik Suami. Adeii~


Sabarlah wahai hati ('',)
3 hari je lagik.



Setiap kali besday Enchik Suami mesti potong kek.
Tapi bila turn besday si isteri, kek sepotong pun takde. Sadiss~

Takpela, I tetap sayang u. Hehe


Moga hati ni tabah. Sebulan je lagi.
Lepas ni, hari-hari leh ngadap Enchik Suami.
Cepatlah masa berlalu.


cikgucomey:teringin nak makan kek.

Monday, November 8, 2010

Hari Tua Saya!

Sebelum tu nak gelak puas2 dulu.


Hahahahahahahahahaha!!!



Boleh terlupa hari ni HARI TUA SAYA YG KE-25! Hehe
Eh, tua ke? Muda lagi kan.


Cukupla kek macam ni pun. Takyahla beso-beso.
Takda sapa nak makan pun.



Bukan sengaja nak lupa, mungkin Enchik Suami takde di sisi tu yang tak ingat.


NO CAKE, NO PRESENT!
Just a simple wish from my dear hubby bucuk ok!
Sangatla sedih. *nak tuntut jugak weekend ni.tak kira!!*


Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk nikmati hidup ni. Bukan senang nak sampai 25 tahun! Bersyukur sebab Allah panjangkan usia CikguComey.



cikgucomey:teringat kecik2 nangis sebab mak tak belikan kek besday.

MC Yang Tak Macam MC

Hari ni dapat MC.

Mula-mula malas nak gi klinik, tapi kenangkan hari Khamis ni ada program yang nak kena handle, pergi la jumpa doktor gak. Nanti melarat pulak demam.

Konon nak rehatkan dirila. Tapi tak boleh jugak! Kepala otak ni dok pikir keje yang tak siap lagi. Risau sangat. Khamis dah program, satu apa pun tak settle lagi. Adoii~ Bangun jugak buat apa yang patut.


Telefon pun dok bunyi jek.

Terlupa pulak terlibat dengan Bengkel Membuat Kek, Jumaat ni.
Haih~Aktif sungguh CikguComey.Tapi CikguComey memang suka keadaan busy2 ni. Semangat je kan.


Ini busy gila!
Kompem balik umah terus terbungkang. Hehe



Tapi kalau busy ari2 pun letih jugak. *balik umah tak larat nak layan suami pulak nanti.*



cikgucomey:tak sabar g sekolah esok.

Sunday, November 7, 2010

Demam Selsema

Ya Allah..dugaan apakah ini??


Masuk ni 2 kali dah demam. Hidung ni tak payah cakap. Dok soh~seh~soh~seh.. Penuh dah hingus. Hehe. Sila jangan geli eh. Hahaha.


Nikmat bila dapat hembus hingus kuat-kuat. Hik3.



Harap2la esok ok. Kalau boleh tak nak MC lagi. Lagipun minggu ni CikguComey ada program kena handle. *tiba2 pening pala sebab tak buat apa pun lagi.huhu* Doa2la esok semua ok.



cikgucomey:mak pesan banyak minum air.

Saturday, November 6, 2010

Takut Nak Berharap

Semalam, CikguComey buat urine test. Saja2 gatal. Hehe.
Memang dah overdue seminggu pun.


Resultnya,
1 line terang, 1 lagi tu blur sangat. Tapi boleh nampak line, cuma blur sgt2.
Terkejut ada. Terus kejut Enchik Suami. Enchik Suami kata tak nampak pun.



Elok je dia dah cuci muka, dia tengok lagi.

"'A'ahla yang..ada line tp blur." Enchik Suami dah excited sikit. Bini dia lagila. Tapi tak confirm lagi. Tak nak mengharap sangat.


Malam tadi g beli Clear Blue Test Kit kat Watson. Konon2 yang mahal, result lagi ok la. Check pagi td, NEGATIVE! Adeii~ Takla down sangat. Tapi sikit kechiwa! Huhu. Enchik Suami terus peluk and pujuk bini dia ni. Takut bini dia nangis la tu. Hehe.


Agaknya awal sangat kot check. Tunggu seminggu lagi. Huhu. *pujuk hati.tapi nak tunggu seminggu rasa lama gila!huhu*


Doakanla kawan2 ek. Mana tau berkat kawan2 semua. Aminnnnn~



cikgucomey:dah bersedia utk menimang cahayamata.

Thursday, November 4, 2010

UPIN IPIN AGENDA YAHUDI?



Petikan Dari FB kenalan,



**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***



***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI

WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***






cikgucomey:kompius.upin ipin kan org melayu yg keluarkan..hurmm.

Wednesday, November 3, 2010

Nasib Sempat...

Walaupun tak jadik konvo, CikguComey sempat wat outdoor photoshoot last weekend. Hehe. Nasib plan shoot awal. Adala gak kenangan.



Tapi ni je yang ada kat blog photographer. Gambar tak amik lagi. Layan je mana yang ada ek..





Puas hati! Hehe. Gambar sorang2 tu memang comel kan. Hua3.
Ada lagi. Nanti dah dapat gambar, I upload lagi yek!



cikgucomey:tak puas photoshoot.hehe

Tak Jadik Konvo

Rindu eh?? Ngeh3.
Mintak maafla. Tak sempat nak update. Busy betul minggu ni.



Rasanya semua dah tau Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dah banjir kan.


CikguComey adalah salah seorang mangsa kejadian jugak.
Tapi bukan mangsa banjir. Mangsa pelajar yang tak jadik BERKONVO sebab banjir!Hahaha.


Tapi takla sedih sangat kan. Sebab dah pernah konvo time degree kat UKM. Kesian dekat adik2 yang baru 1st time nak konvo. Takda rezeki. Takpe katanya postpone bulan 3 nanti. CikguComey bernasib baikla sebab tak sangkut dalam banjir. Ada member yang stuck dlm banjir. Lagi kesian. Sabar banyak2. Dah musim dia sekarang kan. Tak boleh nak elak.


Ini pengajaran untuk UUM. Lain kali, buatla awal2. Janganla tunggu musim tengkujuh baru nak sibuk berkonvo. Dengar cerita ada parents yang mengamuk2 pagi semalam sebab konvo dibatalkan. Yelakan, duit dah habis banyak. Tenaga lagi. Mintak cuti lagi. Alih-alih batal. Dugaan.




cikgucomey:yakin setiap yang berlaku ada hikmah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails