Sunday, May 14, 2017

SEMANGAT BARU 2017


Perghhhh! Penuh sawang blog ahkak ni ๐Ÿ˜†
Harap ada la yang sudi baca lagi blog picisan ahkak ๐Ÿ˜‰

So many things happened during break time dari dunia blog. Alhamdulillah, life is getting better and better. Keep calm and tawakal to Allah. InsyaAllah everything is going smoothly.

Semangat baru 2017 ๐Ÿ’“๐Ÿ’“
Ahkak keluar dari comfort zone. Cuba belajar-belajar berniaga. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, kenalah gigih cari side income untuk kesenangan di kemudian hari. Benda yang ahkak tak pernah terfikir pun. 

Bukak ahkak je tak percaya. Kawan-kawan pon tak percaya ok! ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ 
Ala orang kata tak cuba tak taukan. Yeahh, positive!!



Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal korset Premium Beautiful ni, jangan segan jangan malu. Whatsapp akak terus๐Ÿ‘‡
.
.
.
.

[CikguAare 0173425864]

Thursday, August 29, 2013

Entri Kontot

Fuhhhh~Lama gila tak update.

Macam busy sangatla kan. Pada hal, MALAS!!Heh.
Rasanya takde apa yang nak diupdate. Boring *$%#&##

Kehidupan macam biasa. Masih berdua. Kadang-kadang ok, kadang-kadang gaduh. 
Adatla suami isteri kan. Tak thrill la takde gaduh-gaduh ni. Haha.
 
Pasal anak, 5 tahun menanti masih belum ada rezeki. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Berdoa dan terus berdoa. 
Lambat ke cepat, itu rahsia Allah.
Jangan terus-terusan bertanya soalan yang kami tak ada jawapan.
Cukup dengan mendoakan kami..;)


Daribloggeryangdahlamagiletakupdate,
-Cikgu Aare-



Sunday, March 10, 2013

::Oreo Cheesecake::

2 bulan setengah di KL, aktiviti memasak sangatlah tidak memberangsangkan. Haih.
Memang malas gila! Tapi bila ada orang nak datang, boleh pulak rajin kan. 


Jadi, kawan-kawan, silalah rajin-rajin datang rumah saya ok! 
Confirm saya akan automatik bertukar jadi rajin. Haha.




Godeh-godeh folder F.O.O.D terus terliur tengok gambar ni





.



.





.





Perghhh memang menggiurkan anak tekak wehh. 
Kombinasi biskut oreo dengan creamcheese memang terbaikk! 
Tapi kalau nak buat lagi, saya nak try resepi yang simple macam kat SINI
Orang yang takde oven pun boleh buat tau..



saya: laporrrr!!

Friday, November 30, 2012

4th ANNIVERSARY

Alhamdulillah. Dah 4 tahun kami bersama. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Insya'Allah seberat mana pun dugaan, jika dengan izinNya ia akan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri.


Tahun ke-4, tiada hadiah istimewa, tiada kad ucapan, tiada dinner yang romantik, sekadar hidangan penambah berat badan. Hahaha. Serius. Bila masuk dalam mulut, saya dah terbayang lemak-lemak tepu sedang menempel kat badan saya terutama bahagian perut yang sedia ada dah banyak lemak! 



::OREO VANILLA CREPE WITH CHOCOLATE BUTTERCREAM::



Amacam? Berlemak tak? Haha.




Atas permintaan, saya letakkan resepi dan sumbernya. 

Untuk CREPE
Sumber: Majalah AROMA(Kak Ita-fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan:
  • 140gm tepung kek- self raising flour
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm gula caster
  • 500ml susu segar/susu cair
  • 30gm butter - dicairkan
  • 4 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu esen vanila - *saya letak perisa vanilla.sama ke lain ek?rasanya lain.bedal je la.


Cara penyediaan:
  1. Masukkan tepung kek+tepung jagung+garam dalam satu bekas. Ayak dan masukkan 1/2 susu ke dalam adunan tadi dan gaul rata sehingga licin dan tak berketul-ketul.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula, dan baki 1/2 lagi susu. Kemudian kacau rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kuning telur (no.2) ke dalam adunan tepung (no.1) dan gaul rata sehingga adunan menjadi licin. Tambahkan butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau hingga rata dan kemudian tapis.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
  5. Sediakan non-stick pan atau apa2 kuali yang tak lekat, panaskan dengan api besar sampai kuali betul2 panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Bila lapisan bawah dan kuning keemasan, angkat. Tak payah balikkan. Ulang hingga habis semua adunan.



Tips dari Kak Ita:Lepas angkat kulit crepe,lapis dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik untuk mengekalkan kelembapan dan elakkan crepe menjadi kering.






Untuk filling, saya hanya buat simple chocolate buttercream. Asalnya saya nak buat Vanilla Cream Kastard, tapi disebabkan semalam tak berapa sihat, saya guna je bahan yang ada dekat dapur. Memang tak larat nak drive semata-mata nak beli whipping cream. Jadi, guna je la stok yang sedia ada kat rumah. Jimat.


Tapi rasanya kureng sikit. Muak. Kalau filling guna whipping cream or chocolate ganache lagi sedapla. Kalau nak cuba jugak buttercream, boleh cuba resepi ni. Simple sangat.


CHOCOLATE BUTTERCREAM
Sumber: Google (tak ingat kt mana)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan choc chip - *saya gantikan dgn compound milk chocolate.sbb tu je stok yg ada.


Cara-cara:
  1. Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler
  2. Bila dah cair kacau sehingga sebati.
  3. Simpankan ke dalam peti sejuk biar pra beku. Kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim. 
  4. Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas crepe.


Ada banyak lagi resepi yang simple, boleh search kat google kalo tak nak cuba yang ini. Same goes to filling lain. Nak senang rujuk kat blog Kak Ita. Semua ada.


Untuk penyediaan:
  1. Letak sekeping crepe kemudian paipkan filling. 
  2. Lepas tu, letak biskut oreo yang dibuang cream atas filling tadi. Lapiskan semula dengan crepe dan ulang hingga siap.

Nak letak biskut dari bawah sampai atas pun boleh. Saya tak letak semua lapisan sebab stok biskut tak cukup. Mana nak cukup. Satu letak atas filling, satu masuk dalam mulut. Hahaha. Manalah nak cukupkan. Tapi serius.. Bila letak biskut oreo menambah lagi kelazatannya. 




Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin sangat. Kalau ada resepi yang simple-simple, confirm laju je saya cuba. Heh. Jadi, resepi yang saya cuba semua yang simple dan ringkas. Lagipun sendiri nak makan kan. Lainla kalau nak bisnes.


Pesanan saya, banyakkan bersabar masa mendadar crepe tu ok! Memang menguji kesabaran. SELAMAT MENCUBA!



saya:teringat-ingat kesedapan Oreo CheeseCake.adeii.


Sunday, November 25, 2012

MURTABAK MINI

As usual, hari Ahad adalah hari bermalas-malasan untuk saya. 
Jadi, hari ni saya sekadar masak Murtabak Mini untuk 'brunch' (breakfast+lunch). 


MURTABAK MINI

Bahan-bahan inti:

Isi ayam/daging cincang -ikut suka nak letak banyak mana
2 biji ubi kentang -dipotong dadu
1 biji bawang besar -dicincang/dipotong dadu
serbuk kari -saya bubuh 1 paket(kalau tak suka rasa kari, boh 2 sudu besar pun dah ok)
cili blender -(yang ni optional.saya suka ada rasa pedas.cili blender ni saya memang dah
                  siap boh bawang merah,bawang putih, dan halia.memang selalu ada stok)
gula, garam secukup rasa - nak letak perasa pun boleh.saya memang takde stok perasa kat  
                                     umah.

*kalau ada daun sup, boleh jugak nak letak.saya tak letak sebab tak beli.




 Bahan-bahan lain:

  • kulit popia saiz besar
  • 2 biji telur         
  • sedikit minyak untuk menggoreng               


Cara-cara:
  1. Serbuk kari+cili blender digaul sekali. Letak air sedikit
  2. Tumis serbuk kari+cili blender hingga naik bau. 
  3. Masukkan kentang dan ayam. Masukkan air sedikit untuk mempercepatkan kentang empuk.
  4. Bila kentang hampir empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan bawang yang dicincang tadi. Biarkan sehingga kentang betul-betul empuk. 
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, campurkan inti dengan telur. Gaul sebati.
  7. Panaskan kuali, letak sedikit sahaja minyak. 
  8. Letak sedikit inti di atas kulit popia dan lipatkannya menjadi empat segi.
  9. Masukkan murtabak ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Selamat mencuba!


saya: gigihkan diri untuk menaip resepi yang sempoi nih atas permintaan sorang kawan yang sedang sarat mengandung tetapi berkobar-berkobar memasak. Hehe.

KASIH ABAH

Kejadian 3 hari lepas, semasa saya sedang memilih kuih untuk minum petang,


Bapa: Adik nak kuih apa? Ambik la.
Anak perempuan: (Terus pilih kuih-muih kegemaran)

Usai si anak memilih kuih, si bapa pun bertanya,

Bapa: Cukup ke dik? Nak apa-apa lagi?
Anak: (Sekadar menggelengkan kepala tanda cukup)


Semasa dalam perjalanan pulang, saya rasa sebak. Teringat saya pada Abah.. (T__T)


Abah saya adalah orang yang paling istimewa dan anugerah yang tidak ternilai untuk saya. Sejak kecil, Abah sangat menjaga makan kami adik beradik. Tak pernah sekali pun saya adik beradik tak cukup makan. Abah saya tak pernah kekok dalam membantu Mak menguruskan rumah. Dari mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, hatta memasak pun Abah cukup hebat! Bertuahkan saya.


Abah pantang bila dengar saya nak makan apa-apa. Pasti dia akan belikan makanan yang saya nak makan. Kalau tak jumpa, dia akan cari sampai jumpa. Begitulah kasih Abah.. (T_____T)



Hakikatnya, walaupun saya dah 4 tahun kahwin, kasih sayang Abah terhadap saya tak pernah berubah. Masa Abah datang ke rumah saya tempoh hari, Abah tunaikan hasrat saya nak makan Asam Pedas Ikan Pari. Malah, sepanjang di rumah saya, Abahlah orang yang sibuk memasak di dapur, bukannya saya! Ya Allah, besarnya kasih sayang Abah. Abah jugakla yang temankan saya pergi ke pasar. Abahlah jugak yang keluarkan tenaga kopekkan durian untuk saya makan. Dan setiap kali Abah nak ke rumah saya, dia pasti akan tanya dulu kalau-kalau saya ada nak makan apa-apa. Abah pasti akan belikan dan bawa ke Penang.




Sesungguhnya, saya tahu bahawa saya tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Abah pada saya. Hanya sekalung doa yang tak pernah putus dari saya untuk Abah dan Mak.





Buat Abah, 
Adik cuma nak Abah tahu, yang Adik sangat sayangkan Abah dan Abah adalah lelaki nombor satu dalam hati Adik.



saya: menaip sambil bergenang air mata.


Thursday, November 22, 2012

ITU BUKAN KERJA SAYA..

Kadang-kadang saya tak faham dengan mentaliti sesetengah masyarakat. Nak kata takda agama, ada. Tapi bila bercakap macam tak ada pegangan agama pulak.


Saya tak marah. Simpan dalam hati, apatah lagi. Mungkin sebab dah alah bisa tegal biasa.
Cuma kecewa sikit.


Bila saya beli rumah yang ada 6 bilik, maka keluarlah ayat ni,


"Buat apa beli rumah besar-besar..anak pun takda.."



Saya hanya mampu senyum kelat. Dalam hati, istighfar banyak-banyak. 


Salah ke saya nak beli rumah besar mana pun? Ada ke saya susahkan mereka? 
Kalau tak ada anak sekarang, sampai bila-bila ke takde anak?
Tipulah kalau saya tak terasa. Tapi saya telan je kata-kata sinis tu. Kalau berpeluang, saya cuma nak beritahu, 'Mengandung ke tak, ITU BUKAN KERJA SAYA'...



saya:lambat ke cepat, Allah lebih mengetahui.

Tuesday, November 20, 2012

SAYONARA

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik nak masuk bulan Disember. Phewww~



Tahun ni adalah tahun yang paling penat untuk saya. Dari awal tahun sampailah hari-hari terakhir persekolahan, masih pulun buat kerja yang tak habis-habis. Alhamdulillah, semuanya siap sebelum cuti. 


Sekarang ni, sibuk pulak nak kemas barang. Nampak macam sikit je barangnya, tapi bila dah kemas baru tahu ok! Ni baru duduk rumah yang sekangkang kera, kalau duduk rumah yang besar gabak lagi banyaklah barang kan. Baju kurung saya pun dah penuh satu 'box' besar tu. Itu pun kadang-kadang merungut dengan Enchik Suami takda baju. Heh.


Sejujurnya, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah dan jiran-jiran. Diorang semua dah macam keluarga saya sendiri. Bukan senang nak hidup di tempat orang. Tambah pulak saya dan Enchik Suami takda sedara mara dekat sini. Kawan-kawan dan jiran-jiranla yang banyak membantu. Huhu. Allah saja yang mampu balas jasa mereka.








me:will gonna miss them badly...:((

Thursday, September 27, 2012

KL, HERE WE COME!

Finally, we'll be moving to KL next year. Insya'Allah..:))

Mengejutkan. Unexpected. 
Enchik Suami baru plan nak isi borang pindah. Alih-alih dah dapat dulu arahan kena pindah. Enchik Suami akan mula keje di ofis baru by 1st January. Saya pun kelam kabut isi eg-tukar. Mujurla ada 4 hari lagi. Alhamdulillah, pengetua pun dah sahkan. Harap-harap saya pun dapatla pindah. Kalau tak, kenala mintak lagi tahun depan. 


saya:stress pulak bila fikir kena packing.adeii.


Tuesday, July 31, 2012

IFTAR:ROTI JOHN DAN DONUT COKLAT BERCONRFLAKE

Lama tak buat Roti John dan donut.

Ini menu hari Ahad hari tu. Memang plan nak masak. Tapi pagi tu sempat layan Enchik Suami tengok wayang. Lepas tu window shopping, survey-survey baju raya untuk saya. Eemmm masih takde yang berkenan. Sampai rumah dah dekat pukul 5.30 petang.


Sebabkan nak makan makanan manis-manis, saya pun dengan gigihnya menguli tepung nak buat donut. Memang kelam kabut. Letih gila. Time tu baru rasa bagusnya kalau ada breadmaker. *tak beli-beli lagi.stress.tsk*  Dengan kepantasan tahap maksima, sempatla buat dua jenis juadah ni. Lepas buka, letih tahap gaban ok! Rasa terus nak collapse. Heh.



 ::DONUT COKLAT BERCORNFLAKE::






::ROTI JOHN FRENCH LOAF::

Bila lama tak makan donut sendiri buat, rasa nyesal napa tak rajin nak menguli.Memang sedap gila! Angkat bakul sendiri ok. Haha. Puas hati. Kita nak bubuh topping apa-apa pun ikut suka kita kan. 

Same goes to Roti John. Kalau beli RM3, belum tentu sedap kan. Saya pulak memang suka buat Roti John guna french loaf. Lagi nikmat bila makan..:)




saya:rajin masak bila ada mood je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails