Showing posts with label rumah idaman. Show all posts
Showing posts with label rumah idaman. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Bila Rumah Dah Siap

Alhamdulillah. Dah siap pun rumah yang kami beli.
Insya'Allah by next month dah boleh dapat kunci.
Bersyukur sangat..:)


Macam tak percaya pulak dah beli rumah. Heh. 
Hari tu, masa dapat masuk rumah sendiri, rasa macam nak menangis ok! 
Tak tahula nak cakap macamana perasaan saya ni. 
Syukur sangat-sangat sebab Allah permudahkan semuanya.


Masa tengok rumah hari tu, sempatla jugak booking untuk grill dan tinted cermin.Lepas dapat kunci, barula diorang mula pasang semua tu. Untuk grill je RM3500. Kira dah disount la sebab kebetulan kontraktor tu kawan abah. Dapatla murah sikit. Bajet dalam RM4000++.  Tinted cermin pulak RM500. Ni harga promosi untuk 3 buah rumah terawal je. Kalau ikutkan memang mahal lagi sebab rumah kitorang memang banyak tingkap+pintu. Bayangkanla, bilik je dah 6 bilik. Lepas tu sliding door lagi. Berbaloila jugak kan. Save sikit kat situ.

Banyak lagi benda nak disenaraikan. Plan nak extend dapur. Dah tanya harga dalam RM7000-8000. Belum yang lain-lain lagi. Huhu. Memang banyak duit nak guna. Tapi slowlyla kan sebab kitorang pun tak tahu bila nak duduk. Hehe. So, buat yang penting-penting dulu.



me:gambar nanti saya tepek ek.

Friday, March 2, 2012

Deko Dapur

Since rumah dah nak siap, macam-macam dalam kepala otak ni. Nak buat macam tu, nak buat macam ni.
Rumah sendiri kan, jadi excited tu lebih sikit..:))


Tapi dalam banyak-bayak benda nak buat, dapur jugak yang jadi 1st priority saya. 
Lumrah orang perempuan kot ek.
Gaji besar mana pun, kena duduk dapur jugak..;p


Dapur rumah kitorang takla besar sangat. Untuk wet kitchen memang tak berapa besar.
Plan macam nak besarkan, tapi still dalam consideration. Belum finalize lagi. 
Saya memang suka dapur besar. Senang kalau time kenduri kan.
Takla dok berlaga bontot kan. Heh.


 
Sesuai untuk ruang yang kecik. Suka konsep ni. 
Guna ruang yang ada sebaik mungkin.



Ha, yang ini exactly sama dengan wet kitchen rumah kitorang. Ruangnya kecik
 tapi padanan warna putih oren menampakkan dapur ni lebih luas.



 Deko yang ni, favourite colour Enchik Suami.
Ok jugak kan cat warna merah kat dapur. 
Semangat sikit nak masak. Hehe


 I wish that i'll have this kitchen. 
Memang nak sangat deko dapur macam ni!
Tapi nak yang modern style.


 Ni pun ok jugak!


Yang ni memang stylishla. Kalau apartment, sangat sesuai.



Sebenarnya, tak kirala deko dapur kita tu macam mana pun kan, yang penting mesti bersih. Kalau deko dah meletopp, tapi dapur tunggang langgang, tak guna jugak kan. Ye tak??




me: baru fikir pasal dapur.belum lagi yang lain-lain..:(

Thursday, February 23, 2012

Rumah Kami

Tak sabar nak tengok rumah siap.
Developer dah call untuk ambik balik deposit.
Yeayyy! Dapat balik RM2000.

Sekarang dah mula simpan duit untuk rumah.
Kitorang plan buat sikit-sikit. Slowly la kan.
Lagipun belum tahu lagi bila nak duduk. Heh.
Mujurla beli dekat dengan umah mak. Boleh jugak mak abah tengok-tengokkan..:p


::Showhouse::
1st phase dah siap. Dah ramai yang duduk.
Mine is 2nd phase.




::Bilik Showhouse::
Dah ada yang beli. RM400K. Worth it la sebab fully furnished.




me:cuti sekolah seminggu plan nak balik JB.excited!

Sunday, March 27, 2011

Rezeki Beli Rumah

Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas, Cikgu dapat surat tawaran lantikan tetap. Baru tawaran, tapi insya'Allah tak lama lagi sahla lantikan Cikgu. Gaji pun naikla kan. Syukur sangat.



Kebetulan, masa balik JB haritu, Enchik Suami terbukak hati pulak nak booking rumah. Dekat sangattttt dengan umah mak Cikgu. Satu taman! Hihi. Tapi baru bookingla. Baru nak apply loan. Harap-harapla lulus. 



Mungkin ni la dinamakan rezeki. Rezeki nak beli rumah!
Alhamdulillah, syukur. Semoga urusan kami dipermudahkan.



::Rumah yang dibooking::
[34'x65']
[6 rooms, 5 bathrooms]




cikgufarhana:selalu pesan pada diri, "bersangka baik pada Allah". setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang besar.alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan!

Tuesday, March 8, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui skim tersebut, pembeli akan mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti kelaziman sebelum ini.


 Kalaulah dapat rumah macamni, best jugak. 
Tapi kalau setakat dua orang je, tak berbaloila pulak.



“Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih.
“Skim Rumah Pertamaku akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

Selain itu kata Najib, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem juga sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai rumah pertama tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM568 juta bagi membina 87,300 unit kediaman.

 Salah sebuah rumah idaman jugak.  


Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah tersebut 79,000 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah dan 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar.

Sementara itu, bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah pula, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Skim ini terbuka kepada pekerja estet tetap (warganegara) untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.“Tempoh pinjaman pula dipanjangkan sehingga 40 tahun dengan pembiayaannya menjangkau sehingga kepada generasi kedua,” jelasnya.

::sumber dari utusan malaysia::



cikgu_farhana: memang plan nak beli rumah taun ni.moga termakbul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails