Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

SAYONARA

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik nak masuk bulan Disember. Phewww~



Tahun ni adalah tahun yang paling penat untuk saya. Dari awal tahun sampailah hari-hari terakhir persekolahan, masih pulun buat kerja yang tak habis-habis. Alhamdulillah, semuanya siap sebelum cuti. 


Sekarang ni, sibuk pulak nak kemas barang. Nampak macam sikit je barangnya, tapi bila dah kemas baru tahu ok! Ni baru duduk rumah yang sekangkang kera, kalau duduk rumah yang besar gabak lagi banyaklah barang kan. Baju kurung saya pun dah penuh satu 'box' besar tu. Itu pun kadang-kadang merungut dengan Enchik Suami takda baju. Heh.


Sejujurnya, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah dan jiran-jiran. Diorang semua dah macam keluarga saya sendiri. Bukan senang nak hidup di tempat orang. Tambah pulak saya dan Enchik Suami takda sedara mara dekat sini. Kawan-kawan dan jiran-jiranla yang banyak membantu. Huhu. Allah saja yang mampu balas jasa mereka.








me:will gonna miss them badly...:((

Wednesday, November 30, 2011

Patut Ke Saya Mengeluh..

Tak tahu nak mula dari mana. 
Sedih tapi rasa macam tak bersyukur pulak..:(

After 3 years, saya bersyukur sebab Tuhan masih panjangkan jodoh, beri kami kekuatan untuk hadapi segala kepayahan dan kesenangan bersama, rezeki yang melimpah ruah.
Ada kerja tetap, ada kereta, ada tempat berteduh, alhamdulillah rumah pun dah beli..


Patut ke saya mengeluh?
Hanya kerana saya belum dikurniakan rezeki yang satu ini..





"Ya Tuhan, kalau ini dugaanMu padaku, berikanlah aku kekuatanMu, kesabaranMu. Sesungguhnya aku percaya dengan ketentuanMu dan perancanganMu."

Wednesday, November 23, 2011

M'sia vs Syria:Baddrol Bakhtiar Tak Main (T__T)

Kechiwa..:(((

Punyala semangat saya ni duduk depan tv, sekali tengok adik kesayangan, Baddrol Bakhtiar tak main pulak..
Sedih. Hampa. Kechiwa. *emosi lebih ok!ehehe*


Dik, ko memang superb!


::Gambar ihsan Google::



saya:bertambah sedih bila enchik suami tak balik-balik lagi.uwaaa~

Tuesday, September 27, 2011

Rindu TAN

Raya dah sampai penghujung.
Ni maknanya, dah sebulan TAN masuk hospital. Hari ni rasa rindu sangat dekat TAN. 
Kalau nampak sepupu sepapat TAN, rasa sedih pulak. Macamanela keadaan TAN. Semoga dia baik-baik sahaja.

Kepada Enchik Mekanik, sila buat kerja cepat sikit ek.

Gambar TAN dari belakang. Depan pun cedera jugak, 
tapi tak teruk sangat.



cikgufarhana:baru niat nak carikan teman TAN, dah merajuk..:p 

Friday, September 23, 2011

Minggu Ini Dalam Sejarah


1. Isnin - Ambik cuti jaga suami yang demam teruk.

2. Selasa - Bikin gempak dekat sekolah..hampir-hampir nak pitam. Nasib ada cikgu-cikgu lain yang bantu. Balik sekolah, Enchik Suami jemput. 1st timeeeee tu!

3. Rabu - Keadaan masih tak stabil. So, MC lagi. Tapi doc memang dah bagi MC siap-siap. Macam dah tau je kan..:p

4. Khamis - Dah bersemangat nak pergi sekolah, tapi Enchik Suami kata saya tak sihat sepenuhnya. Ditambah pulak, tetiba ada bintik-bintik merah dekat badan. Enchik Suami terus panik. Terus bawak jumpa Doc. Again, dapat MC lagi.  Haih.

5. Jumaat - Bangun pagi, kepala dah sakit sangat. Gara-gara tak boleh tidur 2 malam. Tapi masih bersemangat nak pergi sekolah. Baju semua dah pakai. Alih-alih angin puting beliung datang..Bwekkkkkk~ Muntah-muntah pulak. Kebetulan Enchik Suami baru balik. Apelagi, terus tak bagi pergi sekolah. Tuan badan dah nangis-nangis nak g sekolah, tapi hakikatnya tuan punya badan dan nak pengsan. Kepala makin sakit. Finally, MC lagi..:((((

Sekian untuk minggu ini. Semoga saya dapat ceria seperti selalu..:((



Harap-harap besok dapat seceria ni..



cikgufarhana:menaip dalam kepeningan.

Tuesday, June 28, 2011

::Sedih::

Sejak dua menjak ni, rasa sayu je bila tengok ramai member yang dah bersalin. Yang pregnant..
Tersentuhla jugak hati ni. Terdetik dalam hati, bilala turn aku..(T___T)

Tapi Cikgu tetap bersyukur sebab Enchik Suami sangat memahami. Kalau Cikgu sedih, dia yang tenangkan.Belum sampai rezeki kami. 





Harap-harapnya, akan adala rezeki kami tahun ni. Doakan ye kawan-kawan.




cikgu_farhana: takkan berputus asa.yakin dengan perancangan Allah

Monday, May 30, 2011

::APAM GULA MERAH::

Tiba-tiba teringin pulak nak makan apam. Lama tak buat. 

Akhirnya, jadi jugak apam Cikgu ni walaupun dah berhari-hari tertangguh. Nasibla kelapa parut tu elok lagi. Risau jugak kalau dah masam. Rugi je beli kelapa tu kan. Dahla mahal..



Ni la rupa Apam Gula Merah Cikgu..





Sebabkan lama tak buat, siap call mak dulu. Hihi. Alhamdulillah, jadik Sedap pulak tu. Hehe. Angkat bakul sendiri ok! 

Tapi keciwa sikit sebab Enchik Suami tak berapa suka. Penat-penat kita buat, dia tak berapa nak makan. Last-last, rezeki Aunty sebelah. Pagi-pagi dah dapat sepinggan Apam Gula Merah..^___^




cikgu_farhana: memang suka bagi jiran makanan..untung sapa jadik jiran cikgu.hihi

Sunday, May 22, 2011

Breadmaker Oh Breadmaker

Dah berapa kali postpone nak beli breadmaker. Huhu


Memang nak sangat breadmaker ni. Tapi setiap bulan ada je hal yang tak disangka-sangka. Terpaksala ku lupakan breadmaker..Haih~Harap sangat dapat beli BM ni. 


 Yang, bila nak belikan BM ni??



Jeles tengok sifu-sifu memasak buat roti. Serius memang jeles! Memang nak sangat buat roti sendiri. Baru puas makan kan. Enchik Suami pun memang sangat menggalakkan Cikgu cuba resepi-resepi yang best. Dia tau makan je. Kalau tak sedap, komplen pulak. Sabar je la layan karenah Enchik Suami.




cikgu_farhana:kalau ada anak nanti, mesti lagi seronok memasakkan..

Sunday, March 27, 2011

I'm Single Now!

Serius. Saya bujang sekarang!


Tapi untuk 3 hari je..:p




Walaupun baru berapa jam kena tinggal, dah nak meroyan dah ni.
Rumah sunyi sepi. Dengar suara tv je la. Huhu.



 Enchik Suami, sila jaga diri eh. 
 Jangan nakal-nakal.





Nasibla 3 hari je banggg.. Kalau 3 bulan, boleh kurus kering bini u ni..Hehe. 
Kurus ke? Haha. Sendiri mau jawab ok!



Apsal la laki aku ni nampak tua ek dalam gambo ni??
Bini dia maintain ayu kan. Ngee~




cikgufarhana::tido bertemankan kain pelikatla jawabnyaa..:p

Wednesday, March 16, 2011

Kek Bantat

Kechiwwaa~Dah lama tak buat kek. Alih-alih bantat pulak. Haihhh~Sedih betul la. Dahle tekak ni memang nak sangat makan kek coklat. Sabar je la. 


Lebih kurang cengginila kek cikgu yang bantat tu, tapi cikgu buat seloyang.
Ambikk kooo~


credit to: kekdankopi




cikgu farhana: kena beli oven jugak ni!

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA!

Mesti semua orang dengan busy dekat dapur. Huhu.



Sedih. Uwaaa!!!! (T___T)
CikguComey hanya baring sambil mengadap laptop dengan TV yang dipasang tapi takde sapa yang tengok. Tsk. Sadis sungguh hidupku ni.


Besok sape2 yang makan lemang, ketupat, rendang tu ingat-ingatla kat CikguComey ni. Makankan untuk CikguComey sekali ek.



SALAM AIDILADHA semua!



cikgucomey:teringin nak korban.

Sunday, November 14, 2010

20 Hari Je Lagi

Rasa cepat je hujung minggu ni berlalu.


Enchik Suami dah selamat sampai Subang. Huhu.
Rasa tak puas lagi manja-manja dengan Enchik Suami, dia dah kena balik. Haih~



Tabahlah wahai hati, ('',)


Semoga kasih sayang kami berterusan hingga akhir hayat.
Aminn~



Kursus Enchik Suami berbaki 20 hari lagi. Nak tunggu 20 hari tu rasa lamanyaaaaaa!!
Rindu nak ngadap dia hari-hari. Masak untuk dia. Cari uban dia. *almaklumla enchik suami kan dah veteran.haha* Segala-galanya untuk dia!


cikgucomey:PJJ bukan senang.

Friday, October 29, 2010

Emosi Hari Jumaat

Sedih sikit.
Enchik Suami bagitau mungkin tak dapat balik minggu ni. Huhu.






Sedih tapi taknak risaukan Enchik Suami. Cuba buat-buat faham situasi dia. Dalam hati, Tuhan je tau.


Pre-convo photoshoot pun maybe kena postpone. And once again, tak dapat bergambar dengan Enchik Suami. Kecewa lagi. (T_____T)


Mengharapkan keajaiban je sekarang ni.




cikgucomey:tahan diri dari nangis.

Tuesday, October 19, 2010

Rindu Nak Ajar Akaun

Huhu. Agak2 ada tak sekolah yang kekosongan cikgu Akaun?


Kalau ada, saya nak apply! Hehe.* Ingat macam keje private ke?? Boleh suka-suka nak pindah kan. Huhu.*



Sangat berharap ada peluang nak ajar akaun lepas ni.
Really miss to teach account!!


Dua orang bekas student yang sangat interested nak belajar akaun.




cikgucomey:akan berbakti kepada anak bangsa seikhlas hati.

Sunday, October 10, 2010

Tewas Jugak Akhirnya

Bukan pasal kisah Sukan Komanwel. Tapi kisah bini yang tak tahan sebak sebab kena tinggal.


Uwaaa~ Enchik Suami dah balik Subang!


Mula-mula boleh control lagi masa hantar dia. Dalam kereta pun maintain lagi. Alih-alih sampai je umah, bukak je pintu terus meleleh air mata. Terus teresak2 macam budak kecik. Huhu. Sunyi je rasa umah. Rasa kosong. Huhuhu~


Bukan seminggu atau dua minggu. 2 bulan!!


2 bulan CikguComey kena hadapi situasi ni. Cepatlah masa berlalu. Tak sanggup rasanya nak duduk rumah sorang2. Balik kerja pun takda orang yang sambut. (T__T)

Masa, gerak cepat sket eh..Huhu



cikgucomey:bila petang, lagi sayu.huhu

Tuesday, September 28, 2010

Yang Tak Suka Tu La Yang Dapat..

Selalunya apa yang kita tak suka la kita dapat kan. Tak kirala apa pun. Sebab tu orang tua2 pesan jangan benci sangat. Yang benci tu la yang kita akan dapat..Huhu.


CikguComey ni memang suka gila kat subjek Akaun. Dari sekolah lagi. Gila punya suka la. Masa praktikum pun CikguComey pilih ajar Prinsip Akaun. Memang bestla bila student boleh faham kita ajar dan paling gembira sekali bila CikguComey dapat tahu yang student2 dapat markah bagus masa exam mid term. Alhamdulillah. Tak sia2 CikguComey basuh diorang. Heee~


Sangat teruja bila anak melayu suka nak belajar akaun.
Tapi sangat susah nak jumpa. Huhu.



Tapi sedih sikitla kan bila posting ni tak dapat subjek Akaun. Huhu. Posting pulak kat sekolah yang boleh kata 100% student CHA YA NUN ALIF. Kompemla tak dapatkan nak ajar akaun. Dapatlah subjek KHB yang memang CikguComey tak suka langsung masa sekolah dulu! Adeii~Sabar ajela. Kan 'saya yang menurut perintah'...Haih~Harap2la boleh buat yang terbaik.


cikgucomey:hopefully one day akan ada peluang nak ajar akaun.huhu

Sunday, September 26, 2010

Ratu Airmata!

Tadi tengok cerita kat TV3. Mula2 ok. Macam biasa je.


Tapi bila part mak dia datang dari kampung, pastu bawakkan lepat pisang, siap suapkan kat mulut anak dia (Eira Syazira) terus I meleleh air mata. Huhu. Eh silap, bukan meleleh! Menangis teresak2 terus! Nasib Enchik Suami ada di sisi. Terus dapat dakapan hangat gitu. Hik3. Mekacih yang!




Sensitif terlebih pulak sejak2 ni. Rindu sangat kat mak. Rasa tak puas balik raya hari tu. Tak sempat nak manja2 ngan mak lebih2. Huhu. Dah memang anak emak kan. Uwaaa~ Tak mo nangis lagi.


Terjumpa pulak gambar ni. Mak sihat lagi masa ni. Bergaya lagi. Ahaks!
Abah pun berisi sangat. Sekarang dah kurus macam muda2. Huhu.
Rindu sangat mak ngan abah!



cikgucomey:kasih ibu sampai ke syurga.rindula selagi mereka ada.huhu

Friday, September 24, 2010

No Spirit!

Tak tahula nak cakap macamana.
Sedih ada. Takda mood pun ada. Rasa tak semangat je nak masuk sekolah Isnin ni. Tak tahulah kenapa.



Tapi CikguComey memang selalu macam ni. Bila nak masuk keje je, mesti kena dapat kata-kata semangat mak dulu. Then baru ok. Hehe. Anak emak! Dah kahwin pun still nak mak jugak. Huhu. Rindu pulak kat mak. Uwaaaa! Nak balik JB sekarang jugak!!!



CikguComey rasa agaknya emosi terganggu sket bila pikir Enchik Suami nak g kursus 2 bulan. Yealakan. Kita baru masuk kerja, dia pulak tinggalkan kita sorang2. Adeii~Takde kawan nak story new experience. Huhu. Memang boleh cakap kat phone, tapi feel tu tak sama. Ngeee~ *makin terserlah kengadaanku.hik3*



Ya Allah, semoga Engkau permudahkan segala urusanku. Aminn~



cikgucomey:mahu cari kasut baru esok.hehe

Wednesday, September 22, 2010

Ingatkan Sebulan, 2 Bulan La!

Sedih ni. Dari tadi petang dah sedih, tapi tahan je.


Kepala pun dah pening dok pikir. Siap boleh mengelamun pikir nasib badan. Huhu. Mood memang sedihla. Down pun ada. Uwaaaaaa!!! Mahu nangisla..


I memang cengeng a.k.a gembeng..
Takdenya kuar setitik je air mata.Sebaldi tu biasa. Hihi


1st, syukur sebab Enchik Suami dapat g kursus nak naik pangkat. Rezeki Allah.
Alhamdulillah.



2nd, sedih sangat sebab kena tinggal 2 bulan! Enchik Suami kursus dekat Subang for 2 months!



Ya Allah, kuatkanlah semangatku ini
~ Boleh ke duduk umah sorang2. Paling sedih, sedara mara memang takda kat sini. Mak abah jauh di JB. Mak mertua nun di Jerteh. Huhu. Kontang kantingla CikguComey di sini. Enchik Suami pun risau nak tinggalkan buah hati dia ni, tapi apakan daya.."saya yang menurut perintah"..('',)



cikgucomey:confirm ari2 nangis masa tido.huhu

Wednesday, September 1, 2010

[Jim Ya Wau Alif] [Kaf Alif Cha Alif Wau]

Ehehehe. Sila eja dengan betul ye..^______^



Sape pandai eja dapat duit raya..50 sen! Haha.



Gelak pengubat hati yang lara
. Ecececehhh~ Lara la sangat. Sikit je.
Malas mahu fikir. Life must goes on.



Saya tahu saya kuat. Sebab tu Tuhan bagi ujian dekat saya.
Dia takkan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu.
Itu janji Dia. Jadi, saya akan terus positifkan diri.


Senyum selagi mampu.. [^______^]



Yeah, chaiyok2!!



cikgucomey:dalam hati siapa yang tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails