Thursday, April 15, 2010

Anak Anugerah Tuhan

'Fara tak ngandung lagi?'
.
.
'Dah ade isi belum?'
.
.
Soalan yang sangat selalu ditanya..
Kadang-kadang pressure gak, tapi kadang-kadang dah lali. Percaya pada rezeki Tuhan. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Alhamdulillah, hubby pun sangat memahami. Terima kasih Abang..

Saya percaya, setiap ujian yang diberi hanya semata-mata mahu menguji keimanan. Mendekatkan diri kepadaNya. Tuhan itu Maha Adil. Belum rezeki lagi. Berdoa dan terus berdoa. Sentiasa bermunajat kepadaNya. Tak lupa juga usaha berterusan.

Semoga saya dan suami akan diberi kekuatan yang berterusan. Amin...


aare:takkan pernah untuk berputus asa

Friday, April 9, 2010

Kasih Tak Kesampaian

Heh.

Bukan main post title kali ni. Meremang bulu roma I. Hehe. Alhamdulillah kasihku kesampaian.

Sebenarnya bukan nak berkongsi kisah A dan B putus cinta ke, C dan D putus tunang ke.. Takda kena mengena dengan kisah-kisah sendu dan sendawa ni. Heee~

Cuma nak berkongsi rahsia yang dah terbongkar. Hahaha. Dah lama saya nak publish story nih kat blog. Tapi asyik terlupa je. Tiba-tiba teringat plak hari ini.

Meh tengok gambar nih dulu.

.

.

.

Surprise!Kad Raya Kepunyaan Sang Arjunaku~Haha. Kantoi!


Dipendekkan cerita, masa saya pulun kemas rumah masa mak abah nak datang hari tu, saya sudah terjumpa kad ni. Hehe. Lama gak la saya berfikir. Setahu saya, hubby bucuk saya bukan mamat jiwa2 or mamat geli2. Haha. Rupa2nya dia pun jenis mamat yang ada taman dalam hati gak! Kehkehkeh.

Dah terjumpa saya pun bacalah. Ingatkan untuk saya. Sekali untuk ex-awek dia daa.. Cet. Buat lotih den je baca. Heh. Tapi saya tak kesah pun. Benda yang lepas jangan dikenang2. (dalam hati siap ko..balik kenala nanti. hehe) . Dia pun dah jadik suami kepunyaan saya kan. ADA KU KESAH??

Haa..Ni ha isi dalam kad tu..

Panjang gila tulis..Bukan main ye bang!


Kat sini saya nak pesanla kan.. Buat kengkawan, korang janganla simpan sejarah2 silam korang masa muda mudi. Kalau dapat isteri ke suami yang ala sporting and steady macam saya ni takpela. Sekali dapat yang cemburu buta tak ke huru hara jadinya. So, LU PIKIRLAH SENDIRI!

*_______*



mrs.ayie: ex-gf hubby merangkap kawan baik saya..erk.
.

Capek

Hurmm..Keluhan penat.

Saya sangat penat minggu ni. Sangat-sangat. Rasa tak terdaya. Tapi kena teruskan jugak. Saya baru rasa beruntung bersuamikan Sang Arjuna Ayie. Huhu. Minggu ni dia banyak tolong saya buat kerja rumah termasuklah menggosok baju saya hari-hari. *___________*

Kesian sang arjuna pujaan tak dapat layanan 1st class minggu ni. Hehe. Sori bebeh. Mintak2la saya masih dapat cium bau syurga lagi. Hoho. Tapi penat macam mana pun, saya masih menggagahkan kaki ni untuk masak special untuk pujaan hati tau. Walaupun kaki dah terketar-ketar, tangan dah keluar otot gara-gara seharian mengecat mural (mengalahkan orang tua plak ek..Erk..), saya tetap masak untuk suami bucuk.

Macam ni la kehidupan berumahtangga. Penat macam mana pun, tanggungjawab pada suami dan anak2 (walaupun takda anak lagi..Tsk..Tsk..) kena buat jugak. Saya memang tabik springla pada ibu2 berkerjaya yang berjaya menjaga rumahtangga mereka. Bukan senang tau. Saya yang duduk berdua ni pun dah rasa penat. Nanti bertiga, bereempat macam mana la kan.

Weekend ni saya dah cancel semua kelas tambahan. Really need a rest. Emosi pun tak stabil minggu ni. Asyik angin satu badan. Nak marah je. Sian arjuna saya. Hari-hari jadik tempat luahan. Tapi itulah gunanya ada suamikan. Heh~ So this weekend nak berguling puas2 kat rumah dan kuar jalan-jalan bagi keluarkan angin-angin negatif yang dah tepu dalam badan saya ni.



Rasa mahu pergi dating macam mereka berdua nih (^_~)



mrs.ayie: teringin nak honeymoon kat The Legend Water Chalet

Tuesday, April 6, 2010

Main Masak Masak

Saya memang suka main masak-masak. Pantang ada resipi baru, mesti nak cuba. Hehe. Sampai hubby pun pening nak layan bini dia ni. Dua hari lepas sempatla saya buat bergedil isi ketam. Resipi dari member belaja kat UKM dulu. Thanks Safa. Memang meletop u! Hehe. Hubby pun suka dengan resipi ni. Nah! Untuk tontonan korang.
.
.
Jeng jeng jeng
.
.
.

Yum..yum..=)





Bulat kecil..bulat kecil..bulatla besar..Haha





Nampak tak isi ketam tu..Memang marveles!


(*________*)
.
.
Puji diri sendiri plak saya ni ek. Tak rugi cuba resipi nih. Walaupun termasin sikit, tapi still menggoda jiwa. Kehkehkeh.

Kat sini saya nak tepek gak gambar donut kesukaan hubby. Hari Ahad hari tu saya buatla donut kesukaan hubby nih. Even bangun lambat sempat lagi menguli. Hehe. Cuma yang bestnya kali ni, donut saya memang gebu! Sampai petang pun masih lembut lagi. Bak kata hubby gebu macam laling. Hurmm nak wat cne kan..I memang gebu. Hikhikhik (^____^)


Donut gebus!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails