Showing posts with label sukahati. Show all posts
Showing posts with label sukahati. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Entri Kontot

Fuhhhh~Lama gila tak update.

Macam busy sangatla kan. Pada hal, MALAS!!Heh.
Rasanya takde apa yang nak diupdate. Boring *$%#&##

Kehidupan macam biasa. Masih berdua. Kadang-kadang ok, kadang-kadang gaduh. 
Adatla suami isteri kan. Tak thrill la takde gaduh-gaduh ni. Haha.
 
Pasal anak, 5 tahun menanti masih belum ada rezeki. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Berdoa dan terus berdoa. 
Lambat ke cepat, itu rahsia Allah.
Jangan terus-terusan bertanya soalan yang kami tak ada jawapan.
Cukup dengan mendoakan kami..;)


Daribloggeryangdahlamagiletakupdate,
-Cikgu Aare-



Thursday, November 24, 2011

Splashh Time!

            

  
Tempat Kejadian:Bayview Beach Resort, Batu Feringghi.
 

Selalu tengok blog ibu-ibu tepek gambo anak-anak main air kan. 
Kali ni kte tengok rupa orang tua bila main air. Kehkehkeh. *takde baby lagi, tepek gambo laki pun jadikla.ehehe*

Bukan main seronok la Enchik Suami bila dapat berendam dalam kolam..Letih kita yang menunggu ni. Mengalahkan budak-budak ok! Nasib bini sporting. Layan je la..*stress sebenarnya sebab tak dapat mandi..tsk.*


Lepas penat mandi-manda,


  
amik gambar pun kroh..kroh..Haiyaaa~Fail betul. Dahle tengah dinner..:p


Actually kitorang bukan saje-saje g resort tu. Kalau sekolah saya tak buat annual dinner kat situ, entah bila la nak sampai kan walaupun tak jauh mana..Dah alang-alang dinner abis lambat, terusla stay 1 malam. Dapat gak berehat+honeymoon..:)))




Saya pun nak interframe jugak!!Ngeh3..
*Bila la nak slim ni..adeiii~*




saya:weekend ni nak jalan-jalan, tapi tak tau nak pergi mana.

Tuesday, November 22, 2011

Sweetttttnyaaa Baddrol Bakhtiar..:)))

:)))))..

First of all, tahniah untuk semua pemain Harimau Malaya yang bermatian-matian untuk bawak balik emas once again. U did well dearrr!! Tak sia-sia saya duduk tercongok depan tv ok!Enchik Suami yang tak berapa minat bola sebelum ni pun terus jadik minat bola..:p

Personally, saya memang tabik spring dekat Kapten HM, Baddrol Bakhtiar..Dia memang superb la! Sebelum ni saya tak kenal pun sapa dia ni. Tapi sekarang, i'm ur BIG FAN ok!

Tapi seriously si Baddrol ni sweettt sangat. Ehehe. Semalam saya memang dok pujila si Baddrol ni. Sampai panas telinga Enchik Suami. Nampakla muka tak puas hati kan bila isteri dia ni puji orang lain..:))


 Sweet kan..kan..kan..:))


Sori yang, I memang suka orang hitam manis since dolu-dolu lagi. Tapi U jangan risau, U tetap paling hensemm! 
*sebenarnya nak cari suami hitam manis, tapi dah jodoh dengan kulit apek kan.redha.hihi.*




saya:enchik suami tetap paling kacak di mata saya..:))

Thursday, November 25, 2010

Saya Minah Rempit?

Bukan minah rempit yang bawak motor tu. *psstt: motor pun I tak reti bawak tau.haha*
Ni minah yang suka bawa keta laju. Hehe. Takla laju sangat. Biasa-biasa aje.
Baru ada 2 saman, bukan 10!


Kadang-kadang tak perasan pun bawak laju. Dah sedap tekan paddle minyak, sampai tak perasan meter tu. Hehe. Alih-alih sampai "surat cinta" kat ofis husband.
Ampun yang.. (^__~)



Muka driver sopan semasa memandu.Ngeh3.
Agak2 kalau senyum macam ni dekat Pak Polisi
bisa lepas nggak?? Haha.





Harap-harapla takda saman baru. Risau gak ni. Hari tu lepas hantar husband kat Subang, terus direct balik Johor. Ngantok gila drive sorang2. Petang pulak tu. Tu yang pecut semacam je. Hehe. *walhal sebelum tu dah janji ngan hubby nak bawak pelan2 je.hihihi.semoga saya dilindungi dari saman ekor.gulp~*




cikgucomey:rempit dengan selamat.ngee~

Tuesday, November 16, 2010

Alhamdulillah, Rezeki Raya Haji

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.


Eh, jangan salah faham. Rezeki anak belum tau lagi. Huhu.
*tolong doakan ek.moga-moga ada khabar gembira*



Lepas ni boleh shopping. Gaji dah masuk! Hehe. Alhamdulillah.



Bolehlah beli i-Phone sebijik. Hihi.
Takpun Blackberry. (^__~)




Sebenarnya, CikguComey sampai terlupa pasal gaji ni. Mungkin sebab ada sponsor kot. Haha.
Tapi okeyla kan. Dah ada duit sendiri. Lama woo tak rasa gaji sendiri! Seksa la gak.



cikgucomey:tetap dapat duit bulanan dari enchik sponsor.hehe

Wednesday, October 20, 2010

Suami U Macam Orang Korea La..

Hahahahahaha. Tergelak sopan CikguComey kat sekolah tadi. Hihi~ *sopan ke??*


CikguComey tengok Enchik Suami tu takda langsung muka pelakon Korea. Sipi-sipi pun takda. Haih~ Macamanela kawan CikguComey boleh cakap macam mamat Korea.


Macam mamat Korea ke??Kompiuss..('',)



Ni kalau Enchik Suami baca kompem hidung dia dah kembang kempis. Hehe.


Model baju Cap Ayam. Hehe.
Bucuk saya ni memang banyak koleksi baju Cap Ayam.



Kalau orang cakap dia macam Chineese look, tu memang biasa. And orang mesti cakap muka dia macam laki Anne Ngasri.* Eh silap. Ex-husband Anne.* Adala kot. Sikit jek. *muka lebih kurang takpe, jgn perangai lebih kurang.huhu.mtk dijauhkan.*



cikgucomey:muka saya mcm sape ek?haha

Thursday, October 14, 2010

Kepulangan Yang Dinanti

Eh, dah macam tajuk lagu raya Aman Shah plak ek.


Tak sabar nak tunggu Enchik Suami pulang besok. Ngee~
Seminggu tak jumpa, rindu gila! Tsk.


Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Tak tahu nak bagi
makan apa dah.Hehe.Takpela yang.
U tetap cute! Haha.




Mula-mula memang sedih. Tapi dah masuk minggu ke 2 ni, dah ok sket. Harap-harapla boleh bertahan. Lama lagi Enchik Suami nak habis kursus. 3hb DEC baru abes ok!


Semoga Enchik Suami selamat sampai besok. Amin ('',)




cikgucomey:tak pernah jemu tengok muka suami.hihi.

Monday, July 19, 2010

Dah Ada Isi Belum??

Dah ada isi belum??
Takda lagi ke??

Soalan cepumas..cepugangsa..cepuperak..Heh.

Confirm soalan tu yang makcik Bedah, makcik Peah, makcik Som akan tanya nanti.
Kadang-kadang malas aku nak g mana-mana bila balik kampung sebab tak larat nak tepis soalan-soalan camtu. Haih~Tapi kesian pulak kat mak kan.

Tak larat aku nak sedu sedan pasal ni.
Bukan tak usaha
. Bagai nak rak usaha tau. Ekekeke.
Tapi belum ada rezeki. Korang ingat senang ke nak dapat baby? Kalau Tuhan tak izinkan lagi aku nak buat macam mana.



Sapa yang tak teringin nak boyot macamni oiiii~
Kalau aku boyot macamni kompem lagi comel.Hik3.


Emosi pulak tengahari buta ek. Sigh~Apa-apala ek. Janji aku rock! Keh3.



aarecomel:usaha tergendala 5 minggu.adeii~

Berukband Oh Berukband

Salam Monday Blues.

Mesti ramai yang tak semangat nak kerja kan. Hehe.
Jangan jeles ye.
Wa dok rilek-rilek di atas tilam empuk sambil berblogging di pagi Isnin. Ngeh3.
Dah nama wa penganggur terhebat!!
*lambat betul la posting ni..boring tahap gaban dah ni..arghhhh~tension wa!*

Wa tau luorang rindu nak baca entry kat sini kan..kan..kan..Kih3

Mintak maafla beb. Wa punya berukband ada sikit masalah. Tu pasal wa takde update ini belog sejak wa kena paksa rela balik kampung. Heh.

Nasib baikla wa tak hangin. Kalau tak memang wa dah kasi potong ini berukband.



Potong!Potong!


Ditambah pulak wa guna laptop mak wa yang macam siput sedut ni. Erk~
Tapi takpela. Janji wa boleh belogwakling..belogclimbing..wa sudah senang hati lor..





aarecomel:laki wa syok dapat wa punya lappy n broadband.aishhh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails