Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Friday, November 30, 2012

4th ANNIVERSARY

Alhamdulillah. Dah 4 tahun kami bersama. Syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Insya'Allah seberat mana pun dugaan, jika dengan izinNya ia akan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri.


Tahun ke-4, tiada hadiah istimewa, tiada kad ucapan, tiada dinner yang romantik, sekadar hidangan penambah berat badan. Hahaha. Serius. Bila masuk dalam mulut, saya dah terbayang lemak-lemak tepu sedang menempel kat badan saya terutama bahagian perut yang sedia ada dah banyak lemak! 



::OREO VANILLA CREPE WITH CHOCOLATE BUTTERCREAM::



Amacam? Berlemak tak? Haha.




Atas permintaan, saya letakkan resepi dan sumbernya. 

Untuk CREPE
Sumber: Majalah AROMA(Kak Ita-fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan:
  • 140gm tepung kek- self raising flour
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm gula caster
  • 500ml susu segar/susu cair
  • 30gm butter - dicairkan
  • 4 biji telur kuning
  • secubit garam
  • 1 sudu esen vanila - *saya letak perisa vanilla.sama ke lain ek?rasanya lain.bedal je la.


Cara penyediaan:
  1. Masukkan tepung kek+tepung jagung+garam dalam satu bekas. Ayak dan masukkan 1/2 susu ke dalam adunan tadi dan gaul rata sehingga licin dan tak berketul-ketul.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula, dan baki 1/2 lagi susu. Kemudian kacau rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kuning telur (no.2) ke dalam adunan tepung (no.1) dan gaul rata sehingga adunan menjadi licin. Tambahkan butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau hingga rata dan kemudian tapis.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
  5. Sediakan non-stick pan atau apa2 kuali yang tak lekat, panaskan dengan api besar sampai kuali betul2 panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Bila lapisan bawah dan kuning keemasan, angkat. Tak payah balikkan. Ulang hingga habis semua adunan.



Tips dari Kak Ita:Lepas angkat kulit crepe,lapis dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik untuk mengekalkan kelembapan dan elakkan crepe menjadi kering.






Untuk filling, saya hanya buat simple chocolate buttercream. Asalnya saya nak buat Vanilla Cream Kastard, tapi disebabkan semalam tak berapa sihat, saya guna je bahan yang ada dekat dapur. Memang tak larat nak drive semata-mata nak beli whipping cream. Jadi, guna je la stok yang sedia ada kat rumah. Jimat.


Tapi rasanya kureng sikit. Muak. Kalau filling guna whipping cream or chocolate ganache lagi sedapla. Kalau nak cuba jugak buttercream, boleh cuba resepi ni. Simple sangat.


CHOCOLATE BUTTERCREAM
Sumber: Google (tak ingat kt mana)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan choc chip - *saya gantikan dgn compound milk chocolate.sbb tu je stok yg ada.


Cara-cara:
  1. Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler
  2. Bila dah cair kacau sehingga sebati.
  3. Simpankan ke dalam peti sejuk biar pra beku. Kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim. 
  4. Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas crepe.


Ada banyak lagi resepi yang simple, boleh search kat google kalo tak nak cuba yang ini. Same goes to filling lain. Nak senang rujuk kat blog Kak Ita. Semua ada.


Untuk penyediaan:
  1. Letak sekeping crepe kemudian paipkan filling. 
  2. Lepas tu, letak biskut oreo yang dibuang cream atas filling tadi. Lapiskan semula dengan crepe dan ulang hingga siap.

Nak letak biskut dari bawah sampai atas pun boleh. Saya tak letak semua lapisan sebab stok biskut tak cukup. Mana nak cukup. Satu letak atas filling, satu masuk dalam mulut. Hahaha. Manalah nak cukupkan. Tapi serius.. Bila letak biskut oreo menambah lagi kelazatannya. 




Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin sangat. Kalau ada resepi yang simple-simple, confirm laju je saya cuba. Heh. Jadi, resepi yang saya cuba semua yang simple dan ringkas. Lagipun sendiri nak makan kan. Lainla kalau nak bisnes.


Pesanan saya, banyakkan bersabar masa mendadar crepe tu ok! Memang menguji kesabaran. SELAMAT MENCUBA!



saya:teringat-ingat kesedapan Oreo CheeseCake.adeii.


Tuesday, November 29, 2011

3rd Anniversary

Today, we turn to 3 years. Bless!

Syukur, kami masih diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian dalam kehidupan berumahtangga.

Takde hadiah istimewa pun. 
Sekadar Tiramisu special made by Cikgu..:)




1st time buat untuk Enchik Suami. Dia memang suka tiramisu ni. Saya memang tak pernah makan. 
Tapi serius, bila makan tadi memang sedapppp!!!! 
Bukan nak angkat bakul sendiri. Heh. Memang sedap, cuma tak sesuai untuk orang yang tengah diet ok!

 
Suka gile bila dapat makan tiramisu..Sedap ye yang..:))



saya:semoga kami akan terus tabah..:)

Monday, December 20, 2010

Roti John versi French Loaf

Hari ni dok tayang makanan je kan. Haha. Takpe. Memang sesuaila time2 hujan ni kan. Sure korang lapar bila tgk blog CikguComey kan. Harap bersabar ye.

Sempena sambutan anniversary yang sempoi tu kan, CikguComey buatla ROTI JOHN HOMEMADE untuk Enchik Suami tercinta. Sebelum ni dah pernah buat pun, cuma tak tayang je kat sini. Tapi kali ni CikguComey buat guna FRENCH LOAF. Masa tu dah tak jumpa roti johnnya. Nak cepat, sambar ajela french loaf  kat Giant tu. Sekali kooooo...lagi sedap weh~Memang menjilat jarila. Rangup2 gitu kan. Lepas ni kalau nak buat pun, guna french loaf je la. Dahla murah, sedap pulak tu. Hehe.


Amacam..terliur tak??  
*pssttt..kesat air liur tu.hik3*



cikgucomey:makan sekali-sekala takpe.

Belated Anniversary

Usia Perkahwinan KAMI!






Sekejap je dah 2 tahun 3 minggu.Walaupun baru 2 tahun, tapi dah macam-macam kami hadapi, tempuhi. Tapi alhamdulillah, kami masih diberi kekuatan oleh Allah untuk hadapi semua dugaan dan ujian bersama. Semoga kami akan diberi kekuatan yang berterusan dan kasih sayang kami juga akan berterusan hingga hujung nyawa. Aminn~


Sebenarnya anniversary 29 NOVEMBER, tapi disebabkan Enchik Suami tengah kursus hari tu, so postponela. Baru 3 hari lepas celebrate. Dah nak basi la gak kan. Tapi kitorang ni belasah aje. Hari-hari biasa pun macam celebrate anniversary, kan yang kan..hehe





Sempoi aje. Kek ngan roti john homemade. 
Owh ye, kek tu memang sangat tebal. 
Sebab tu muka Enchik Suami sedemikian rupa. Haha.
Acah aje tu. Dah tau bini dia amik gambo, mulala buat muka.




Alkisahnya, punyala semangat tunggu Enchik Suami balik keje, siapkanla awal2 makanan tu. Kek pun dah siap kuarkan dari kotak. Alih-alih dekat sejam lebih tunggu Enchik Suami balik. Biskut dekat kek tu pun dah lemau. Roti John pun dah sejuk. Haih~Sampai saya pun tertidur. Hahaha. Konon nak surprise, tak jadik sebab satu rumah dah bau kek!Hua3.



cikgucomey:hari-hari honeymoon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails