Saturday, July 24, 2010

Mintak Simpang Malaikat 44!!

Suamiku kahwin dua???
Mintak dijauhkanlah..Simpang malaikat 44 uolsss!!
*sambil terpikir kenapa malaikat 44..kenapa tak 55 ke 66 ke..hehe*

Saya tau bukan saya je takut dimadukan. Boleh kata semua isteri tak nak dimadukan. Betul tak Kaum Isteri2??? Hehe.



Kalau betul2 redha, payung emas di syurga.
Kalau tak redha, jawabnya sediakan payung sebelum hujan. Hik3.



Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat saya dengar suami kahwin dua. Mula-mula masa balik Jerteh hari tu. Tak sangka pulak yang biras saya tu berbini dua. Terkejut makkk~ Siap nak tersedak lagi masa mak mentua cerita. Bila tanya Encik Suami, dia cakap malas nak cerita or bising-bising. Takut balik pada diri sendiri. Gulp~ Terus terdiam sambil berdoa semoga dia hanya milik saya seorang. Huhu.

Balik JB pulak mak saya bercerita yang jiran kami *jiran dekat sangat* dah kahwin dua. Yang tak bestnya, jiran kami tu nak sewa rumah yang betul-betul terletak dekat depan rumah kitorang ni untuk bini no.2 dia. Sigh~ Saya kurang setujula sebab kesian dekat bini 1st. Kot ye pun bini 1st redha, jagalah hati dia. Yang paling tak tahan, mak saya btau jiran saya tu siap boleh jemput datang majlis dekat umah bini no.2.. Hantar kad lagi uolsss!! Memang selamba badak sumbu betul la~ Huhu.

Macam-macam hal kan. Heh.

Cuma saya kagum dengan isteri2 pertama. Kalau saya ditempat mereka, boleh ke saya terima semua ini??Tabah ke saya?? Waallahua'alam. Saya pun tak tahu. Saya cuma berdoa benda ni takkan terjadi pada saya. Aminnn~



aarecomel:punya seorang sahabat yang ada adik beradik 30 lebih sbb bapaknya kahwin 3.

5 comments:

  1. uishh minta djauhkan la ye klu laki kita mahu kawen lbh dr 1 taakootttt

    ReplyDelete
  2. Parkcheek~org lelaki mmg macam tu..dah ada 1 pun xcukup.

    k.retna~tu la..takott kan..tak rela I..hehe

    ReplyDelete
  3. uishhhhh!!!!!!!!1xbole trima..hhuhuh

    ReplyDelete
  4. echah~huhu.betul3.bukan senang nak terima kan..

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails