Thursday, July 29, 2010

Lagi Kes Isteri Curang

Haih.Apa nak jadikla dunia sekarang.

Isteri yang diamanahkan menjaga aib rumahtangga, makin menjadi-jadi mengaibkan suami sendiri. Nau'zubillah. Semoga teman-teman blogger tidak termasuk dalam golongan ini termasuk saya sendiri. Aminn~

Kisah ini kisah benar.

Seorang kenalan Mak baru sahaja bercerai. Kasihan.
Umur kenalan Mak tu pun dah 40-an. Isterinya pun lebih kurang. Anak-anak semua dah besar. Pasangan suami isteri ni kedua-duanya warga pendidik a.k.a GURU. Cuma si isteri ni graduan universiti, mengajar di sekolah menengah. Beza pulak dengan suami yang hanya mengajar di sekolah rendah.

Baru-baru ni si isteri ditangkap khalwat bersama pelajarnya yang berada di Tingkatan 6. Kena tangkap pulak dekat ladang KELAPA SAWIT! Malunya~Sian si suami dan anak2.

Mak cakap sebelum ni si suami selalu puji isterinya. Pandai jaga anak, urus rumah tangga. Memang nampakla si suami menyayangi isterinya. Kesian kan. Akhirnya, bercerai juga. Kalau tak ceraikan, dikata dayus. Isterinya diceraikan talak satu.



Pening si suami memikirkan keadaan anak-anaknya.



Semoga kisah ini dijadikan iktibar untuk para isteri, termasuk diri saya sendiri.



aarecomel:selalu muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails