Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Lemah

Kadang-kadang susah nak luahkan apa yang ada dalam hati ni.
Kadang-kadang kita cuba buat-buat kuat semangat.
Tapi sampai satu tahap..
Kita baru sedar yang kita tak mampu nak kuat lagi.
Dan akhirnya, jatuh jugak air mata ni..

Lega..
Itu je mampu diucapkan bila air mata dah mengalir selebat mungkin.
Menangis bukan tanda lemah, tapi pengubat hati..

Saya menangis untuk sekian kalinya.
Dah lama tak menangis sampai bengkak-bengkak mata.
Rasa diri ni kerdil sangat compared to others.
Mujur Enchik Suami selalu di sisi. Katanya, belum ada rezeki lagi.
Saya masih cuba positifkan diri, mencari balik kekuatan yang selama ini saya bina..


 La Tahzan!




me:rasa rendah diri semakin menebal.

Wednesday, November 30, 2011

Patut Ke Saya Mengeluh..

Tak tahu nak mula dari mana. 
Sedih tapi rasa macam tak bersyukur pulak..:(

After 3 years, saya bersyukur sebab Tuhan masih panjangkan jodoh, beri kami kekuatan untuk hadapi segala kepayahan dan kesenangan bersama, rezeki yang melimpah ruah.
Ada kerja tetap, ada kereta, ada tempat berteduh, alhamdulillah rumah pun dah beli..


Patut ke saya mengeluh?
Hanya kerana saya belum dikurniakan rezeki yang satu ini..





"Ya Tuhan, kalau ini dugaanMu padaku, berikanlah aku kekuatanMu, kesabaranMu. Sesungguhnya aku percaya dengan ketentuanMu dan perancanganMu."

Monday, September 19, 2011

Enchik Suami Demam Teruk..:(


Hari ni terpaksa ambik cuti sebab Enchik Suami demam teruk. High fever. Panas sangat badan dia. Risau dibuatnya sebab Enchik Suami jarang demam teruk macam ni. Selama 2 tahun lebih hidup ngan dia, ni la 1st time dia demam teruk sampai nak collapse. Hopefully, Enchik Suami cepat sembuh.



cikgufarhana:semoga demam tu tak berjangkit kat saya.keje banyak sgt niii!

Tuesday, June 28, 2011

::Sedih::

Sejak dua menjak ni, rasa sayu je bila tengok ramai member yang dah bersalin. Yang pregnant..
Tersentuhla jugak hati ni. Terdetik dalam hati, bilala turn aku..(T___T)

Tapi Cikgu tetap bersyukur sebab Enchik Suami sangat memahami. Kalau Cikgu sedih, dia yang tenangkan.Belum sampai rezeki kami. 





Harap-harapnya, akan adala rezeki kami tahun ni. Doakan ye kawan-kawan.




cikgu_farhana: takkan berputus asa.yakin dengan perancangan Allah

Wednesday, March 23, 2011

1.4.3.

143!!!
Susah nak buang rasa benci  pada hamba Allah yang satu ini..
Saya bukanlah orang yang jenis pendendam, tapi apa yang berlaku pada saya, buat saya benci pada dia sampai bila-bila.
Saya masih belum mampu maafkan dia. 
Saya manusia biasa..perlu masa untuk memaafkan.
Saya pun tak suka perasaan ini menghantui diri saya..
Tapi ini saja yang mampu saya lakukan sekarang..
Semoga saya akan dapat memaafkan hamba Allah yang satu ini satu hari nanti.



*Kadang-kadang rasa tak mampu untuk menghadapi ujian ini. Doa saya, semoga Allah berikan saya kekuatan berterusan..



cikgufarhana: tak boleh tidur..

Friday, February 11, 2011

Polycystic Ovary a.k.a PCOS

Semalam CikguComey MC sebab badan dah tak larat gila. Dah sebulan Cik P kuar tak berenti-renti. Lately, Cik P dah jadi heavy pulak. Pagi semalam, bangun-bangun macam nak pengsan. Kepala noneng-noneng. Rengek-rengek kat Enchik Suami. Last-last Enchik Suami decide bawak CikguComey g gynae dekat KPJ Penang Specialist. Last 2 weeks, kitorang dah g. Suppose next appointment 1st March, tapi sebab Cik P tak mo stop, pergi jugak semalam. Tak pernah pulak Cik P melarat sampai sebulan uolllss~ Sian dekat Enchik Suami. Puasa sebulan. Hahaha. *18 sx ye..budak kecik jangan nyebok2 nak tau. Hihi.*

Nak kata terkejut, takla terkejut sangat sebab dah expect memang something wrong somewhere. Semalam, dengan keadaan CikguComey yang bertemankan Cik P, doc tetap wat ultrasound. Sabar je la. Seganla gak tapi dah nama sakit, simpan je la malu tu..:p

Finally, barula tau yang CikguComey ada Polycycstic Ovary a.k.a PCOS. Sebab tu la cik P tak mo berenti. Sekarang, CikguComey kena kurus untuk menormalkan balik ovari tu.
Macam ni keadaan ovari wanita yang ada PCOS.
(T___T)


Doc cakap kena makan ubat untuk masa yang lama. Bukan berbulan-bulan tapi mungkin bertahun-tahun! Then, bila dah preggy baru stop makan ubat. Huhu. Harap-harapla berjaya menguruskan badan. Chaiyok2!!



cikgucomey:redha dengan qada' dan qadarNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails