Showing posts with label uncontrol. Show all posts
Showing posts with label uncontrol. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Interview Oh Interview

Pagi-pagi dah bangun walaupun cuti. Enchik Suami masih lena diulit mimpi.*ayat tak tahan.kata cikgu BM kan.hua3* Siap berselubung bagai. Sabar aje la. Kalau tak sebab nak kena interview Rabu depan, takda maknanya CikguComey rajin bangun pagi-pagi selongkar buku-buku lama uolllllssss!! Adeii~


Otak ni dah berkarat haaa..Baca banyak kali tak jugak ingat-ingat. Agaknya banyak minum air ada semut kot. Haha. Alasan. Memang dah berkarat sikit otak ni, ngaku je la kan. Hehe. Baru baca sikit dah boring. Terus bukak laptop tengok blog. Apa kesss??? Ngeh..ngeh..ngeh..Macamana nak lulus ni wehhh~Stress dah ni.


Lebih kurang macamnila keadaan CikguComey sekarang.
(T___T)



Korang doakanla CikguComey ni lulus interview ni ek. Tak kuasa dah nak interview-interview ni. Letih den. Kalau interview mintak keje dulu takpe,senang je. Taula nak baca apa. Ni bila dah keje gomen, semua isu nak kena tau. Adoyaiii~Harap2la otak ni tak berkarat sangat.




cikgucomey:kerja sekolah pun berlambak tu.haih~rasa nak makan aiskrim la.baru hilang stress.

Wednesday, July 21, 2010

Bila Rindu


Mode hari ini : TAK KERUAN

Muka comel tak seceria Adibah Noor,

Badan lesu tak setangkas Datuk Nicol David,

Makan tak lalu tak seperti hari-hari biasa,

Kepala noneng-noneng mengalahkan ibu mengandung,

Sebabnya...

.

.

.

.

.


Rindu gila dekat Bucuk!



Ikutkan hati mahu pulang saja ke rumah. Weekend boleh jumpa Bucuk. Huhu. Rasa mahu nangis. Rindu nak gelak tawa dengan Bucuk. Stress~



aarecomel:migrain.Align Center

Tuesday, June 22, 2010

Mode ::EMOSI TAK STABIL::

Pagi-pagi dah tak keruan. Resah semacam. Nak marah pun ada. Tengok hubby tido sedap je. Nak ngada-ngada pun takde mood. Pandangan kosong. Kepala sarat dengan mimpi mainan tido malam tadi. Bangun2 je dah migrain. Siap mandi terus masak. Lembab je buat kerja. Macam orang takde energy. Mana pulak hilang semangat ni. Langkah longlai je.

Hubby dah siap nak g keje. Hidang makanan. Sambil layan dia makan, mulut laju membebel. Dah mulala. Bila emosi tak stabil, mulut jadi mangsa. Nasib hubby malas nak layan. Dia makan dengan lahapnya. Macam takda apa berlaku.

Perut dah kenyang, hubby gerak nak g ofis. Bini pun salam peluk cium. Peluk lama2. Macam tak mau lepas. Pada hal nak pegi keje je. Biasala mood tak elok, rasa mahu dibelai2 je. Heh. Tiba-tiba aunty sebelah btau ada surat notis. Adeii~ Patutla rasa tak sedap hati je. Dapat notis bil elektrik rupanya. Hubbyla ni. Lambat bayar. Sabar je la. Aunty sebelah pun dapat gak. Haha. Sepesen. Dia siap offer nak tolong bayarkan. Bagus. Good offer. Haha.

Dah buat macam-macam. Mood masih tak muncul tiba. Haih. Jom tido!


aarecomel:bertambah migrain bila tau posting bulan 9

Friday, June 18, 2010

Andai Itu TakdirNya

Emosi terganggu lagi.

Sorang sorang bunting.

Bila turn aku..aku pun takda jawapan.

Kepala pusing. Rasa macam ada batu hempap je.

Gedebuk!

Adeii~

Baru nak ok. Tiba-tiba datang lagi.

Rasa taknak online FB lagi.

Tak mahu tau siapa yang bunting lagi lepas ni.

Sedih. Jeles.

Tapi aku kena kuat.

Kalau itu takdirNya,

Aku kena sabar,

redha,

percaya pada ketentuanNya.

Sesungguhnya.. Dia perancang terbaik.

Ya Allah, kepadaMu aku berserah.



Anugerah Tuhan yang tiada nilainya.
Ibu sentiasa menunggumu sayangggg~




aarecomel:masih bersyukur punya suami yang penyayang.

Thursday, May 27, 2010

Cicak Durjana

Grrrrrrr!!

Kenapala cicak ni tak reti bahasa.

Hangin satu badan dibuatnya.

Oi cicak..Nak berak tu janganla sepah-sepah.

Penat aku nak mop. Kalau tahi ko tu sikit tak apa. Ini belambak-lambak. Merata-rata pulak tu.

Haissssssshhhhhhhh. Aku memang geram betul.


Cicak durjana. Tunggu ye. Bila aku dah terer lastik, kompem ko kena..Eiii~geramm!


Nasib baikla aku nih tak reti nak lastik.

Kalau tak kompem korang satu family dah arwah.

Gerammmnyyyyyyyyeeeeeeeee..

Cicakkkkkkkkkk!!!! Tunggu ko. Siapla nanti.



Lastik getah idaman kalbu. Memang kena spare kat umah. Senang aku shoot kat cicak nanti..Ngee~





aare:kena tuntut ilmu melastik dengan sang arjuna

Friday, May 14, 2010

Malaysia Kalah Lagi



Saya kecewa sebab,
.
Malaysia kalah separuh akhir
.
Lee Chong Wei tidak pamerkan kehebatannya yang sebenar
.
Hafiz Hashim tak main sungguh2 masa lawan Jepun
.

Tapi saya bangga dengan
.
Semangat Lee Chong Wei dan semua pemain,
.
Sokongan rakyat Malaysia yang tak berbelah bahagi




Apa-apapun, saya akan tetap menyokong dan terus menyokong badminton Malaysia. Mungkin bukan rezeki kita lagi, insyaAllah 2012 jadik milik kita. Aminnn..


aare:doakan kejayaan mereka dari jauh je..

Thursday, February 11, 2010

Sedih Tiba-tiba

Saya tak tau napa tiba-tiba saya emosi. Rasa mahu menangis. Huhuhu. Saya rasa sedih. Sedih bila fikir when I'm gonna have a bun in my oven. Seronok bila baca blog member-member yang sedang pregnant. Bahagianya mereka. Saya tak tahu napa hari ni saya sangat emosi. Tak tertahan-tahan airmata ni. Tolongla pergi air mata. Saya tak suka sedih-sedih. Saya benci sedih. Saya nak gembira je. Tolongla lari jauh-jauh perasaan nih.

Saya selalu fikir positif. Mungkin bukan rezeki saya dan suami lagi. Saya masih bersyukur sebab hubby sangat memahami. Walaupun saya tahu dia sangat suka budak-budak. Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan.

Wednesday, January 20, 2010

No Turning Back

Erm..saya tak tau napa saya asik pikir benda2 yang dh lepas..
Saya hanya nak yang terbaik untuk saya, suami, dan anak2 (bakal..*_* )..
Selama nih saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat..
Tapi kenapa saya rasa macamtu sekarang..
Arghhhh~~
Headache!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails