Friday, July 2, 2010

Tudung Sanggul Tinggi

Semalam tengok cerita TV3. Ala, yang mistik2 tu. Lupa tajuk drama tu. Heh.

Pelakon perempuan, Sheila Rusly. Suami dia Zamarul. Cerita pasal Sheila Rusly, suka tengok bila dia dah bertudung. Ayu gitu. Sopan. Sesuai dengan imej Muslimah.


::Sheila Rusly::


Tapi ada satu yang kurang berkenan di mata nih. Bila tengok dia, rasa macam pedih-pedih je mata ni semalam. Hehe. Over pulak ek. Ala. Tudung dia pakai. Eh, bukan tudung. Cara dia pakai tudung tu. Bukan main tinggi bonggol unta di belakang. Tak berkenan betul la.


Mak ai!Tingginya sanggul..
Ni bukan Sheila Rusly. Hehe.
Tapi gayanya lebih kurangla macamni.


Trend sanggul tinggi ni dah makin meluas dah. Dulu dekat Arab je. Sekarang pengantin pun pakai tudung macam ni masa bersanding. Haih~Tak faham den. Cantik sangat ke pakai tudung macam ni? Den malas nak cakap banyak. Member-member den pun ikut trend ni masa sanding. Kang kalau tak nak pakai, orang kata tak up to date pulak. Macam-macam. Nasibla den dah kahwin awal-awal. Agaknya den pun di kalangan mereka-mereka ni. Tsk. Tak kot. Heh. Den kan old skul. Suka yang sedang-sedang aje. Heee~


Tengok kat bawah ni. Mangsa trend.


::MODEL HIASAN::
*nasib tak nampak muka u*



::MODEL HIASAN::
*yang ni takpe nampak muka, memang model sebenar.hehe*



HADITH MUSLIM

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.


Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Ya Allah, jauhilah aku dari tergolong di kalangan mereka. Aminn.



aarecomel:teringin nak naik unta.larat ke unta nak kendong aku nih.erk~

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails