Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

JODOHKU ORANG NEPAL

'Lautan api pun sanggup kurenang, inikan pulak Gunung Everest.' 


Kalau dah cinta, semua sanggup kan. Bila ada masalah, baru nak menyesal.
Bukan mendoakan, sekadar mengingatkan. *aku pulak yang emosi.hehe*


Semalam dapat khabar dari mak saya, anak kawan baik dia yang memang kitorang kenal dari kecik, dah nikah dengan jejaka Nepal. Agak mengejutkan. Budaknya berpelajaranla jugak. Tapi itu yang dah tersurat kan. Dah memang jodoh dia. Mula-mula keluarga tak berapa restu, tapi dah budaknya nak jugak, ibunya izinkan. Takut jadi benda yang tak elok kemudian hari, jadi mereka pun dinikahkan. 


Kita yang mendengar cuma boleh doakan takkan ada masalah kemudian hari dan semoga jodohnya berpanjangan. 


Tetiba saya rasa bersyukur sangat sebab dipertemukan jodoh dengan orang senegara walaupun bukan senegeri. Yang penting, Malaysia 'homemade'. Ehehe.


Syukur, suami saya orang Terengganu.. (^_~)




saya:kuasa Tuhan.

Sunday, July 1, 2012

AZWAN ALI PROPA

Siapa tak kenal dengan Azwan Ali. Pengacara paling 'hot' seantero Malaysia. *hot ke?hihihi*
Kalau korang tak kenal, memang korang lagi teruk dari katak yang duduk bawah tempurung tu. Ehehe. Gurau je.




Bukan nak mengutuk ke nak mengeji. Sekadar nak beri komen. Eceh. Macamla komen aku ni ada orang nak baca kan. Lantakla. Blog aku, sukahati aku nak tulis apa kan. Heh.




Bila cerita pasal Azwan Ali je, ramai yang mengutuk, mencaci, mencerca dan yang sewaktu denganya. Yang peliknya, yang mengutuk, mencaci  Si Azwan ni bukannya sesama artis je, orang-orang biasa yang tak berkaitan pun. 




Aku ni bukanla baik sangat dan bukanlah nak menyebelahi Azwan Ali ni. Cuma sebagai manusia yang berpegang pada ajaran Islam, aku berpendapat cukupla-cukupla mengutuk dan mengeji sesama manusia. Kalau korang rasa tak suka artis tu, korang diam-diam sudahla. Diorang pun takde kacau korang kan. Dari mengeji, baik doakan artis-artis kat Malaysia ni dapat petunjuk. Dapat jugak pahala. Dan bukan ke itu yang digalakkan dalam Islam?




Kalau korang rasa meluat dengan Azwan Ali ke artis-artis lain ke, korang tak payahla tengok rancangan-rancangan gosip yang ada kat TV tu. Tak payah amik pot. Baiklah tengok Semanis Kurma ke Al-Kuliyyah ke 30 Minit Bersama Ustaz Don ke. Berganda-ganda pahala. Peringatan untuk diri aku jugak..:))






Jadi, lepas ni kita banyak-banyakkanlah berdoa untuk orang lain dan banyak-banyakkanlah menonton program-program agama dekat TV untuk elakkan kita dari mengata artis-artis yang takde faedah tu.






saya:mengomen sebab tertengok ulangan Galaksi.

Monday, October 3, 2011

Tragedi Oktober

Kejap je dah masuk bulan 10. Rasa macam baru masuk awal tahun. Tsk.
Bulan 10 ni saya sibuk sikit. Banyak perkara akan berlaku dalam bulan 10 ni.




1. Budak-budak dah start exam. Confirmla busy nak tanda paper. Ditambah lagi nak siapkan segala kerja-kerja akhir tahun sebelum cuti.

2. Akan berinduksi selama 3 hari..18-20 Oktober. Tempat masih tak tahu lagi. Tunggu surat sampai. Kena tinggal la Enchik Busuk saya. Heh.

3. Mak Abah akan menunaikan rukun Islam ke-5...Pergi haji. Alhamdulillah, rezeki Mak Abah sampai jugak akhirnya. Dijadualkan pernerbangannya pada 22 Oktober. Syukur dah habis induksi time tu. Risau jugak tak dapat hantar. 

4. 29 Oktober, adik sepupu kahwin. Tak tahu lagi balik ke tak. Ikutkan saya memang boleh balik, tapi Enchik Suami tak confirm lagi.

5. Paling best, cuti seminggu sempena Deepavali!!! Yeayyy! Boleh bersenang-lenang goyang kaki dekat rumah..:p




cikgufarhana:sedih+gembira bila mak abah nak pergi haji.semoga mereka selamat pergi dan pulang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails